Tuesday, October 19, 2010

tali persaudaraan

hak orang islam keatas orang islam enam perkara: apabila engkau bertemu dengan dia ucapkanlah salam kepadanya, apabila dia memanggil hendaklah diperkenankan, apabila dia meminta nasihat hendaklah beri nasihat, apabila dia bersin dengan memuji allah hendaklah mohon buatnya rahmat, apabila dia sakit hendaklah ziarahi dan apabila dia mati hendaklah hantarkan mayatnya ke kubur..

Tuesday, September 14, 2010

petikan

Ilmu adalah Hartaku
Hujjah adalah Asas Agamaku
Kasih Sayang adalah Teras Sikapku
Keinginan yang baik adalah Pemanduku
Ingatan kepada Allah adalah Senjataku
Sabar adalah Pakaianku
Tenang adalah Karektorku
Kemiskinan selepas memberi adalah Kejayaanku
Rela Berkhidmat adalah Seruanku
Kepatuhan adalah penilaian Diriku
Tekun adalah Peribadiku
dan Solat adalah Keseronokanku..

Tuesday, August 24, 2010

bangsa

entah di mana silapnya, bangsa ini begitu sempit dan kolot dengan fahaman politik yang keras.. mahu memecahkan kan bangsa lain, berpuak-puak mencintai dunia dan akhirat.. lupa bahawa asalnya dari tanah, dan akan kembali kepada tanah juga nanti..
Published with Blogger-droid v1.5.5

Friday, August 20, 2010

quotes

no culture can live, if it attempt to be exclusive
Published with Blogger-droid v1.5.4

Sunday, August 15, 2010

peribadi

' manusia dipandang dari segi tubuh hanya sama
ayahnya adam dan ibunya hawa
kalau mereka itu membangga-bangga keturunan
keturunannya pun sama, tanah dan air..'

peribadi

kepada pemuda!
bebanmu akan berat
jiwamu akan harus kuat
tapi aku percaya
langkahmu akan jaya
tegakkan budimu
kuatkan peribadimu..

Saturday, August 14, 2010

melayu

melayu itu orangnya bijaksana,
budi bahasanya tidak terkira,
kurang ajarnya tetap bersantun,
jika menipu pun masih bersopan,
bila mengampu bijak beralas tangan..
Published with Blogger-droid v1.5.2

Wednesday, August 11, 2010

iqamat al-hijrah

Allah memerintahkan perbuatan dengan hujah dan contoh..
Published with Blogger-droid v1.4.10

agama

seorang ahli falsafah berkata: 'terimalah walau dalam agama apa engkau di lahirkan. sama sahaja, dalam agama nasrani, atau islam, atau yahudi atau buddha sekali pun. cuma satu yang penting engkau perhatikan; iaitu engkau lahir dalam lingkungan suatu agama dan satu kepercayaan yang engkau pertahankan oleh nenek moyangmu. ingatlah bahawa dalam agamamu ada kewajiban mu kepada allah yang harus engkau sempurnakan...'

ikhlas

keikhlasan tidak bererti menjual pendirian. seorang yang ikhlas dalam islam dan seorang yang ikhlas dalam kristian, bisa berkawan selapik seketiduran, dengan tidak usah mengorbankan agama masing-masing..

Tuesday, August 10, 2010

salah faham

'.. satu-satunya agama yang cuba dan berusaha dengan kebanyakan agama dunia yang lain di tanah air mereka sendiri sama ada dalam bidang pemikiran atau peperangan sejarah. islam terlibat dalam peperangan ini, sama ada dari segi kerohanian ataupun politik sejak belum dilahirkan, sebelum mendapat kuasa di tempatnya, bahkan sebelum ia menyempurnakan sistem pemikirannya. ia masih lagi berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam semua peringkat tambahan lagi, islam adalah satu-satunya agama yang mendapat kejayaan besar dalam konflik agama dan antarabangsa dengan agama yahudi, kristian, hindu dan buddha. begitu juga, ianya satu-satunya agama yang menggunakan semua kekuatan kerohaniannya untuk melawan penjajahan dan penguasaan barat di seluruh dunia apabila daerahnya, bahkan negara utamanya, dipecahkan dan kesemua kawasan naungan berhadapan dengan gejala penjajahan. akhirnya islam masih lagi berjaya pada hari ini dan berkembang melalui misi dan kemasukan islam dengan kadar yang besar berbanding dengan agama lain. oleh itu, tidak hairanlah, ia sebagai agama yang mempunyai bilangan musuh yang paling besar dan agama yang banyak salah faham..'

nota

'.. saya menerima kata-kata awak bahawa saya memang mempercayai islam sebagai satu cara hidup dan saya menganggap kritikan awak bertujuan untuk menunjukkan dan membetulkan serta memperbaharui keprihatinan yang penting ini apabila perlu..'

prakata

'.. ada masanya dalam hidup saya.. apa yang hendak saya lakukan ialah hanya membuktikan kepada diri saya bahawa saya dapat memenangi barat secara fizikal dan intelektual. tetapi, apabila saya menang, ia menjadi tidak bermakna. saya bertanya kepada diri saya. siapakah saya? seorang palestin, seorang ahli falsafah, seorang pemikir kemanusian yang liberal? jawapan saya ialah: saya seorang Islam!..'