Wednesday, February 09, 2011

adap berpolitik

Melihat kepada suasana politik semasa, mereka makin hilang adap dan budaya sebagai bangsa yang beragama. Sama ada dari pihak kerajaan atau mana-mana pihak lain, sama juga semakin menyesakkan nafas, apatah lagi kepada pihak yang semakin tergila-gila jawatan sebagai pemegang kuasa, tak kiralah sebagai apapun, janji dapat peranan. Dari sekecil-kecil jawatan, sehingga ke jawatan utama. Yang pasti mereka tak kira kepala siapa yang dipijak, atau duit siapa yang patut di ambil. Asalkan dapat memenuhi hajat untuk kepentingan diri. Jika atas kapasiti parti politik, mereka sama. Membawa kepentingan orang lain termasuk diri sendiri.

Tidak kah kita tahu bahawa walau siapa pun yang memerintah, semuanya bergantung kepada wakil rakyat yang kita pilih? Terkenal atau tidak, bila berada di dalam bidang politik, mereka jadi sama. Wakil kepada rakyat. Kuasa yang kita wakilkan itu menjadikan mereka lupa kepada tuhan. Mereka lupa mereka adalah hamba yang perlu juga menyembah tuhan. Mengapa saya merepek? Lihat sendiri.

Saya pernah dihalau oleh seorang timbalan menteri dari rumahnya hanya kerana saya sebagai setiausaha pemuda umno di sebuah kampung. Beliau mengatakan bahawa beliau seorang timbalan menteri dan saya tidak setaraf untuk berbincang dengan beliau. Padahal saya hanya datang untuk memohon sumbangan piala untuk kejohanan liga bolasepak antara kampung-kampung di daerah mukim sahaja.

Ini bukan fitnah atau rekaan, saya menceritakan bagaimana seorang rakyat biasa boleh berubah sekelip mata hanya kerana sokongan orang lain.

Kepuraan dan bermuka-muka adalah sifat yang berada di kalangan orang politik. Ikhlas? Senaraikankan nama mereka-mereka itu jika ada.

No comments: