Tuesday, May 03, 2011

berani

keberanian bertanggungjawab akan menimbulkan orang memuja dan menghargai. di samping mencela dan ingin engkau jatuh. maka keduanya kelak yang akan mendesak supaya engkau lebih hati-hati dan mempertinggikan mutu pekerjaan, sehingga seorang engkau akan bernilai tinggi daripada beribu manusia, nama mu tidak lepas-lepasnya daripada mulut yang memuji dan mencela, yang memuji setinggi langit, sehingga kedudukan mu disamakan dengan malaikat suci, dan mencela, membenamkan engkau sampai ke petala bumi.

di atas keduanya itulah, pujaan dan celaan, terletak kebesaran. apabila keduanya tidak ada lagi, tamatlah riwayatmu, walaupun nafasmu masih ada...

No comments: