Wednesday, August 31, 2011

asabiyah

".. tidak ada asabiyah dalam islam, asabiyah bukannya 'kebangsaan', ia berasal daripada perkataan tasawuf yang bererti fanatik iaitu perasaan yang membuta tuli dan degil atau disebut faham kebangsaan yang sempit atau kedaerahan. faham kebangsaan yang luas adalah berdasarkan tanahair dan kewatanan..." islam melihat kebangsaan sebagai alat, bukan sebagai tujuan..

Saturday, August 20, 2011

kelantan di mata saya

Umum
Satu perkara yang sering kita tak sedar, pendapat atau pandangan itu sebenarnya adalah di pengaruhi ‘pandangan umum’ dan peristiwa tertentu. Saya melihat Kelantan sebagai sebuah negeri yang sama seperti mana-mana negeri di Malaysia. Mungkin ramai yang beranggapan negeri Kelantan unik kerana kuasa politik dan corak pemerintahannya. Tapi bagi saya itu adalah biasa.

Pentadbiran
Seperti yang kita sedia maklum, kuasa pentadbirannya adalah pada Parti Politik PAS. Rintangan terhadap ‘harta negeri’ menyebabkan mereka hilang pedoman. Berkaitan royaltinya, balaknya dan pendapatan negeri yang lain. Perlakuan ahli politiknya juga mengalahkan para pedagang antarabangsa. Tapi hanya berlaku dengan kuasa politik. Itu bukan cara islam yang saya pelajari.

Politik
Saya anggap mereka kejam! Kerana Amanat Haji Hadi dan slogan ‘pangkah PAS masuk Syurga’ itu. Retetan peristiwa Memali sehingga lah kepada cubaan rampasan kuasa Al Maunah, dan termasuk juga siri perjuangan mereka di luar negara yang di anggap sebagai fisabillilah di padang pasir.

Agama
Saya meragui status agama yang mereka anuti. Islam yang saya belajar jauh sekali menyimpang dari sahsiah diri dan pentadbiran negeri yang mereka amalkan. Mungkin fahaman atau mahzab yang berbeza? Keraguan saya memuncak dengan kemunculan ‘Wahabi’ yang semakin hebat di perkatakan terutama oleh Prof Madya Dr Asri (bekas mufti). Saya biar saudara fikirkan kerana ini boleh menyebabkan salah faham. Bahaya. Jika menuduh saya ‘sekular’ sekali pun, itu adalah pandangan saya.

Sosial
Maafkan saya, secara perbadi, saya takut berada di Kota Bharu pada sebelah malam. Bahasa dan perlakuan budak-budak punk tu menakutkan saya.

Ekonomi
Saya lihat mereka lebih suka melihat generasi muda keluar dari kawasan dan berhijrah membina keluarga. Mereka suka melihat anak-anak bekerjaya di luar dan membawa pulang pendapatan kepada orang tua. Mereka suka aman tenteram untuk mengerjakan amal ibadat dan menikmati rezeki yang anak-anak cari. Itu kebanggaan mereka. Anak-anak juga diberkati. Golongan tua suka menghabiskan masa di surau-surau dan masjid bersama rakan sebaya dan menikmati sisa-sisa hidup. Siapa pun memang akan tertarik dengan cara hidup begini. Kata mereka itu cara hidup ISLAM.

Saturday, August 13, 2011

sesiapa yang mengetahui bahasa sesuatu kaum, ia akan selamat daripada mereka..

kamu

kamu hanyalah seorang daripada kami, oleh itu jika kamu mampu, pergilah dan timbulkankan rasa tidak percaya di kalangan sekutu-sekutu musuh supaya mereka berundur kerana sesungguhnya peperangan ialah satu tipu muslihat..

Wednesday, August 10, 2011

terakhir dan penutup

1. zakat bukan hanya untuk mualaf.. lina joy terima zakat atau tidak, saya tiada bukti.. @izaan14

memang benar zakat bukan hanya untuk muallaf, tetapi golongan muallaf berhak menerima zakat. betul tidak? ini bermakna lina joy berhak menerima zakat. dia terima atau tidak kita berdua tiada bukti, tetapi mari kita fikir jawapannya. Jikalau Lina Joy pernah menerima zakat, ini bermakna baitulmal menjalankan tugasnya dengan baik. jikalau lina joy tidak pernah menerima zakat, kita boleh mempersoalkannya. mengapa? mengapa dia tidak menerima zakat?

2. jabatan saya juga ada mualaf, kawan saya juga mualaf, mereka tak pernah terima zakat juga.. saya ada bukti.. @izaan14

mengapa mereka tidak pernah menerima zakat? sedangkan Rasulullah S.A.W mengizinkan baitulmal memberi zakat kepada mereka. Sebaik-baiknya, kita berilah mereka untuk melembutkan hati mereka. Jikalau mereka tolak, itu hak mereka dan kita perlulah menghormati hak mereka untuk menolak pemberian zakat.

3. pasal 12 orang kat gereja tu bukan kerana salah pejabat agama tak bagi zakat, tapi diorang memilih untuk berada disana..

kenapa mereka memilih untuk berada di sana? ini kerana akidah mereka lemah. sebagai saudara seagama, bukankah tanggungjawab kita untuk membimbing mereka? tanggungjawap kita untuk membantu mereka?

4. mengapa jadi persoalan orang islam kena terima zakat baru boleh jadi islam? tak mampu bekerja kah? tuhan larang bekerja? @izaan14

Secara umumnya asnaf Muallaf Qulubuhum terbahagi kepada tiga jenis iaitu:

Pertama: Golongan yang diberikan zakat oleh Nabi SAW bagi tujuan menjinakkan hati mereka agar mereka dan kaum mereka memeluk Islam.

Kedua: Golongan yang sudah masuk Islam, tetapi masih lemah Islamnya, oleh itu diberikan zakat bagi tujuan menguatkan Islam mereka.

Ketiga: Golongan kafir yang diberikan zakat bagi mengelakkan kejahatan mereka terhadap Islam

Imam Al-Tabari pula melalui tafsirannya bagi golongan Muallaf Qulubuhum, mereka diberikan zakat meskipun kaya bagi membaiki keadaan agama Islam mereka dan supaya menjadi pendokongnya.

5. pasal orang tak sembahyang ni, saya boleh cakap setiap 10, 7 orang di ragui sembahyangnya.. harap saudara faham bab ini. mempertikai sembahyang adalah tidak dibenarkan sama sekali, tapi di boleh kan 'memperbetul'kan. dengan cara paling halus.

dlm tweet saudara, "kalau saya jawab lina joy murtad kerana dia tak sembahyang boleh tak? ada beribu hadis dan nas al quran juga.". Disini saya tidak mempertikaikan tentang sembahyang, kerana itu satu kewajipan. persoalannya disini, kita tahu Lina joy ini muallaf,oleh itu imannya masih cetek. adakah kita sebagai umat Islam, membantunya mempelajari cara-cara bersembahyang? adakah individu muslimin memberitahu kepentingan sembahyang itu kepada lina joy? ada? itu persoalan saya.


apa yang saya ingin tegaskan disini, kita sebagai umat islam perlu membimbing saudara-saudara seagama kita terutamanya mereka yang lemah akidahnya. Pada pandangan saya, "kes lina joy" dan "serbu gereja" ini memperlihatkan kita tidak memperdulikan saudara-saudara kita ini. mereka lemah iman, itu kenyataan. tetapi itu tidak boleh dijadikan alasan untuk menyalahkan mereka. kita perlu bimbing mereka. bimbing mereka kejalan yang benar.

Sekiranya saya terkasar bahasa dan saudara berkecil hati, saya tidak berniat begitu kerana saya anak muda yang cintakan agama dan negara ini. saya anak muda berlatarbelakang ekonomi, sedang membuat kajian-kajian berkenaan polisi-polisi yang ada sekarang. tugas saya mengkaji bukanlah untuk mencari kesalahan, tetapi penyelesaian.

Saya menghargai perbincangan ini. Perbincangan dengan saudara sedikit sebanyak membuka fikiran saya untuk lebih berfikir. Saya akan jadikan ini sebagai pengalaman saya agar saya lebih matang, menggunakan hasil-hasil kajian saya untuk mengangkat Malaysia menjadi negara maju.

Sebelum saya mengundur diri, saya ingin memohon maaf kerana terkasar bahasa, lebih-lebih lagi dengan orang yang berumur seperti saudara. saya tidak bermaksud bercakap sebegitu kasar tetapi sekiranya saudara kecil hati, saya memohon maaf.

sekian, terima kasih.

-izaan14

saya akan teruskan jika saudara menjawap setiap satu...

1. semasa lina joy memeluk islam, adakah beliau pernah menerima zakat sebagai seorang muallaf? jikalau pernah,saya mohon maaf kerana terlepas pandang. Jikalau tidak pernah, sistem zakat perlu dikaji sebaik-baiknya.

2. 12orang itu orang islam, saudara kita juga. tidak layakkah mereka menerima bantuan baitulmal?

3. kerana apa dia tidak sembahyang? ada orang islam yang membimbingnya? ada orang islam yang memberi tunjuk ajar kepadanya? beliau saudara baru kita, sepatutnya semasa dia memeluk islam, orang-orang Islam perlu membimbingnya. memberi tunjuk ajar dan membimbingnya. tetapi bila dia berniat murtad, baru umat islam sedar akan kehadiran saudara baru kita itu?

4. Ini bermaksud mereka yang berniat keluar islam kerana lemahnya akidah mereka. jadi sebagai umat islam, apa tindakan kita? perlu kita biarkan mereka? tiadakah rasa tanggungjawab untuk membimbing mereka, dan menguatkan akidah mereka supaya tidak keluar daripada islam?

5. kemahuannya? kenapa mereka kemahuan sebegitu? ini kerana akidah mereka lemah. kita sebagai muslim, mereka itu saudara kita. adakah kita membimbing mereka supaya akidah mereka teguh?

sekian, terima kasih.

saya akan terus jawab di sini

untuk menjadi seorang islam, kita tak boleh jadi ikut-ikutan.. islam menetapkan beberapa garis panduan.. antaranya rukun islam & rukun iman.

jikalau saudara berkata begitu. Adakah Lina Joy dan 12orang lagi itu faham tentang rukun iman dan islam? saya tidak tahu 12orang itu, tetapi yang pasti lina joy tidak mengetahuinya kerana dia saudara baru. adakah orang-orang islam menerangkan kepada mereka? satu persatu? izinkan saya bercerita pengalaman peribadi. saudara mara saya terdiri drpd golongan muallaf hasil daripada perkahwinan. mereka yang memeluk islam ini dibawa ke masjid setiap hujung minggu, diajar betapa indahnya islam, hukum-hukum islam dan alhamdulillah positive outcome.

selain itu, kita perlu mencari 'islam' itu secara berguru.. bukan jadi lembu.. dengar cakap sahaja.. @izaan14

secara berguru? ya betul. tetapi adakah orang-orang islam ini menjadi guru kepada mereka? jikalau kita cetek ilmu, mengapa tidak kita bawa mereka kepada mereka yang arif tentang agama? boleh membimbing mereka? Di negeri saya, terdapat kelas membimbing golongan muallaf dan alhamdulillah sambutannya menggalakkan. bukan itu sahaja, pasangan kepada golongan muallaf itu juga turur hadir dalam kelas tersebut, sama-sama mempelajari agama.

untuk seorang muslim buat dosa atau jahat, bukan berpunca kerana dia tak sembahyang atau tak terima zakat. itu adalah kemahuannya @izaan14

kemahuannya? kenapa mereka kemahuan sebegitu? ini kerana akidah mereka lemah. kita sebagai muslim, mereka itu saudara kita. adakah kita membimbing mereka supaya akidah mereka teguh?

seterusnya

kalau saya jawab lina joy murtad kerana dia tak sembahyang boleh tak? ada beribu hadis dan nas al quran juga

kerana apa dia tidak sembahyang? ada orang islam yang membimbingnya? ada orang islam yang memberi tunjuk ajar kepadanya? beliau saudara baru kita, sepatutnya semasa dia memeluk islam, orang-orang Islam perlu membimbingnya. memberi tunjuk ajar dan membimbingnya. tetapi bila dia berniat murtad, baru umat islam sedar akan kehadiran saudara baru kita itu?

sebagai manusia waras, kita boleh agak seseorang muslim yang nak keluar islam.. tapi bukan la kerana tak dapat zakat keluar islam..

Ini bermaksud mereka yang berniat keluar islam kerana lemahnya akidah mereka. jadi sebagai umat islam, apa tindakan kita? perlu kita biarkan mereka? tiadakah rasa tanggungjawab untuk membimbing mereka, dan menguatkan akidah mereka supaya tidak keluar daripada islam?


jawapan seterusnya

jawapan salah baitulmal tak beri zakat kepada lina joy dan menyebabkan diri nya murtad adalah tak logik.

saya setuju. tetapi jikalau kita baca pengertian zakat satu persatu, tujuan memberi zakat kepada kaum muallaf ini adalah untuk menunjukkan betapa islam ingin membantu mereka, islam ingin memberitahu betapa indahnya agama islam itu sendiri. pandangan JAIS pula:

Maksud muallaf ialah orang yang dijinakkan hatinya supaya tertarik kepada Islam. Oleh itu, golongan muallaf yang berhak menerima zakat ialah mereka yang baru memeluk Islam, yang kehilangan sumber pencarian atau pendapatan ahli keluarga sehinggalah dia mampu berdikari dan menguruskan kehidupan keluarganya.

kegagalan kita memberi zakat kepada mereka, beerti kita sedikit gagal menarik hati mereka kepada Islam.

Muhammad ’Ali Al-Sobuni (1997) pula berpendapat bahawa Muallaf Qulubuhum ialah mereka yang diberikan zakat oleh Rasulullah SAW dengan tujuan supaya menjinakkan hati mereka untuk masuk Islam atau supaya menetapkan diri mereka dalam Islam. Sepertimana yang diriwayatkan oleh Sofwan bin Umaiyah bahawa dia berkata: Nabi SAW telah memberikanku zakat, sedangkan dia adalah orang yang paling aku benci. Baginda berterusan memberikanku zakat sehingga dia menjadi orang yang paling aku kasihi”.

ini jawapan saya beserta beberapa rujukan luar. :)


saya tak dapat terima pandangan Dr Asri kerana negeri perlis tak ada doa qunut! ;-) jadi saudara pasti faham mengapa! @izaan14

saya tidak ingin mengulas tentan isu ini kerana kita membincangkan soal lain. saya harap saudara faham

jawapan :-)

berikut merupakan jawapan2 saya:

1. Prof.Asri seorang ahli akademik. Selalunya pandangan2 ahli akademik boleh digunapakai. Jikalau saudara tidak hormat, maka saya tidak boleh memaksa saudara dan saya hormat keputusan saudara.

2. semasa lina joy memeluk islam, adakah beliau pernah menerima zakat sebagai seorang muallaf? jikalau pernah,saya mohon maaf kerana terlepas pandang. Jikalau tidak pernah, sistem zakat perlu dikaji sebaik-baiknya.

3. jikalau itu pandangan peribadi Prof.Asri, saya setuju dengan pandangan peribadi beliau. saya juga bercakap berdasarkan pandangan peribadi, bukannya mewakili mana-mana pihak.

4. saya tahu beza murtad dan zakat. saya memilih kes lina joy dan serbu gereja kerana terdapat persamaan. persamaannya, mereka tidak menerima zakat. itu persamaannya. lagi sekali saya tegaskan, mereka tidak menerima zakat.

5. 12orang itu orang islam, saudara kita juga. tidak layakkah mereka menerima bantuan baitulmal?

6. jikkalau Prof.Asri tidak menyatakan penyelesaian, maka itu tugas muslimin lain menyatakan cara-cara penyelesaian. salah satu cara, sistem zakat perlu dikaji. bila saya kata dikaji, maksudnya pihak yang mengagihkan zakat perlu memberi zakat kepada semua individu yang layak, tanpa ada yang tercicir.

7. saya menerima semua pandangan dan berfikir sebaiknya. lihat dari sudut positif, perbezaan pendapat kita berdua menyebabkan kita dua berfikir, berbincang, mengutarakan pandangan masing2. perbincangan adalah sihat. think positive.

Maaf untuk memilih menjawap disini.

salam

Assalamualaikum saudara. maaf kerana memilih untuk memberi respon di sini,memandangkan 140huruf di twitter tidak cukup untuk saya explain. Pertama sekali saya berharap anda faham,saya bercakap dari sudut akademik,bukannya politik. Diharap saudara tidak emosi membincangkan soal sensitif ini kerana ia boleh membawa perpecahan kepada kita. umat islam perlu bersatu,bukannya berpecah.

Untuk pengetahuan saudara,saya TIDAK mengaitkan zakat dengan murtad. Saya cuma memberi contoh sahaja. Kenapa saya memberi contoh sedemikian?

Mari kita lihat kes lina joy. Semasa Lina Joy memeluk Islam, adakah orang Islam yang lain membimbingnya ke jalan yang benar? adakah dia diberi sebahagian zakat kerana Islam memperuntukkan zakat bagi kaum muallaf juga. Tetapi apabila lina joy mengambil keputusan untuk murtad, baru orang islam memperdulikannya? Saudara boleh search di youtube ceramah dan komen Prof.Asri berkenaan kes ini.

Kes serbu gereja baru2 ini. apabila fakir-fakir miskin itu memohon baitulmal, permohonan mereka ditolak. tetapi apabila pihak gereja ingin memberi bantuan kepada mereka, kita tuduh mereka berniat jahat pula?

apa yang saya ingin simpulkan. Kenapa apabila saudara seislam kita susah, kita tidak dapat bantu? Tetapi apabila saudara seislam kita ini memilih musuh islam Lina Joy (murtad), dan fakir2 miskin (menerima bantuan gereja), baru kita mahu bersuara?

saya menunggu reply daripada pihak saudara. sekian.
Assalam. :)

Monday, August 08, 2011

jadi ulul albab bukan berfikiran lembab

Saya amat anti apabila mendengar sesetengah penceramah menyebut bahawa dalam agama ini semua yang diterangkan oleh tok-tok guru mesti diterima sahaja, jangan banyak pertikai atau soal. Bahkan mereka mengangkat slogan barang siapa banyak bertanya itu maka lemahlah imannya. Akhirnya, sehingga sesetengahnya disesatkan guru-guru tarikat mereka, atau diselewengkan oleh ustaz-ustaz mereka. Punca utama kesesatan kebanyakan manusia ini adalah anggapan bahawa akal perlu dimandulkan tanpa perlu bertanya dalil atau hujah apabila berhadapan dengan golongan agama. Seakan ajaran Islam ini antiakal yang matang yang sentiasa menilai apa yang didengar. Padahal akal yang matang itulah ciri golongan Ulul Albab yang diseru oleh al-Quran. Kata tokoh pemikir semasa Muhammad al-Ghazali r.h: Aku begitu berang dan marah apabila difahami agama itu sebagai kecenderungan kepada perkara-perkara ghaib yang kabur, atau menuruti perasaan yang tidak pasti. Seakan iman itu pemikiran yang pasif, sementara antiiman pula adalah pemikiran yang aktif. Atau seakan insan mukmin itu tunduk kepada kejahilan, sementara orang lain pula menyingkap penemuan baru dan mencari ilmu pengetahuan. Boleh jadi golongan yang menyandarkan diri kepada agama ini terdiri daripada kalangan yang buruk pemikirannya, atau berpenyakit fitrahnya, namun apalah dosa agama ini sehingga disandar kepada mereka atau mereka pula yang membawa agamanya. (Muhammad al-Ghazali, Ilal Wa Adwiah, 36, Kaherah: Dar al-Syuruq). Maka jadilah kita golongan Ulul Albab, bukan golongan berfikiran lembap.

Hak Zakat Golongan Mualaf

Golongan mualaf adalah antara mereka yang layak menerima zakat. Ia sebagaimana yang terkandung dalam firman Allah yang maksudnya: Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang fakir, orang miskin dan amil-amil yang menguruskannya dan orang mualaf...(at-Taubah: 60)

Persoalannya, masih terdapat golongan ini yang terpaksa turun-naik pusat zakat atau Baitulmal memohon bantuan terutama menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Wartawan, MOHD. RADZI MOHD. ZIN menemu bual Pengarah, Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam merangkap Pengarah Institut Kajian Zakat Malaysia (IKAZ) UiTM, Prof. Madya Dr. Muhamad Rahimi Osman yang memperkatakan tentang agihan zakat kepada asnaf mualaf.

Dr. Muhamad Rahimi Osman

MEGA: Golongan mualaf adalah salah satu asnaf yang layak menerima zakat. Boleh Dr. jelaskan siapakah yang dimaksudkan dengan mualaf?

DR. RAHIMI: Golongan mualaf ialah mereka yang dijinakkan hatinya atau keyakinan hatinya dapat bertambah terhadap Islam. Mereka adalah salah satu dari lapan golongan yang layak menerima zakat.

Golongan mualaf ini seperti yang disebut oleh Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya Fiqh al-Zakat boleh dibahagikan secara umumnya kepada kategori berikut:

1) Golongan yang diharapkan keislamannya atau keislaman keluarga serta kaumnya. Ini seperti yang berlaku kepada Safwan bin Umayyah yang pada masa pembukaan Kota Mekah diberikan keamanan oleh Rasulullah SAW dan diberi masa untuk memikirkan tentang dirinya (sama ada mahu memeluk atau sebaliknya).

Kemudian beliau kembali bertemu Nabi dan turut berperang bersama kaum Muslimin dalam peperangan Hunain, yang ketika itu beliau masih belum lagi memeluk Islam.

Kemudian Rasulullah SAW memberinya sejumlah unta yang banyak dari sebuah lembah (wadi), sambil menyatakan ini adalah pemberian orang yang tidak takut akan kefakiran. Dengan pemberian itu Safwan bin Umayyah memeluk Islam.

2) Golongan orang yang ditakuti akan kejahatan mereka. Mereka ini dimasukkan ke dalam kelompok penerima zakat, dengan harapan dapat mencegah kejahatannya.

Dalam riwayat Ibnu Abbas dikatakan, bahawa ada suatu kaum datang kepada Nabi SAW yang apabila mereka diberi bahagian dari zakat, mereka memuji Islam dengan menyatakan: Inilah agama yang baik! Akan tetapi apabila mereka tidak diberi, mereka mencelanya.

3) Golongan orang yang baru memeluk Islam. Mereka perlu diberi perhatian agar bertambah mantap keyakinannya terhadap Islam.

Ini kerana setiap orang yang baru memeluk Islam sesungguhnya telah meninggalkan agamanya yang lama, mengorbankan apa yang menjadi miliknya dari kedua orang tua dan keluarganya.

Dimusuhi keluarga dan diputuskan rezekinya. Tidak dapat diragukan lagi, bahawa orang yang merelakan dirinya dan meninggalkan dunianya semata-mata kerana Allah sangat perlu diberi perlindungan dan pertolongan.

Saidina Umar Al-Khattab telah membatalkan pemberian zakat kepada asnaf mualaf. Apakah bahagian golongan mualaf ini telah dimansuhkan selepas kewafatan Rasulullah SAW?

DR. RAHIMI: Apa yang dilakukan oleh Saidina Umar sebenarnya bukan memansuhkan asnaf mualaf dari ketetapan yang telah dibuat oleh al-Quran.

Sebenarnya apa yang dibuat oleh Umar pada masa pemerintahannya ialah beliau tidak lagi memberi zakat kepada golongan ini kerana menurut pendapatnya bahawa Islam sudah kuat dan tidak perlu lagi untuk dipujuk hati golongan bukan Islam seperti yang berlaku di zaman Nabi SAW.

Begitu juga menurut beliau mualaf itu bukan sesuatu yang bersifat tetap, dan tidak bermakna seorang yang mualaf pada suatu masa, tetap mualaf pula pada masa lain.

Namun begitu terdapat pandangan ulama yang menyatakan bahawa keperluan untuk menjinakkan hati golongan bukan Islam tidak terhenti. Sebabnya, ini termasuk dalam tugas dakwah Islam yang akan mengeluarkan golongan bukan Islam dari lembah kekufuran kepada cahaya Islam.

MEGA: Siapakah bertanggungjawab memujuk hati dan menyerahkan zakat kepada golongan mualaf?

DR. RAHIMI: Dengan menjadikan golongan ini sebagai sasaran zakat, jelas kepada kita bahawa zakat dalam pandangan Islam bukan sekadar perbuatan baik yang bersifat kemanusiaan dan bukan pula sekadar ibadah yang dilakukan secara peribadi. Ia adalah salah satu tugas pemerintah.

Ini kerana kebolehan menarik hati dan penentuan keperluan golongan mualaf hanya boleh ditentukan oleh pihak pemerintah seperti yang dilakukan oleh Nabi SAW dan Khulafaur-Rasyidin.

Pemerintah juga bertanggungjawab melindungi saudara baru Islam ini, yang kadang-kadang akan melibatkan isu-isu perundangan dan politik.

MEGA: Bagaimana pemerhatian Dr. terhadap kebajikan asnaf mualaf di negara kita?

DR. RAHIMI: Kedudukan perkara ini sebenarnya memerlukan kajian yang menyeluruh di seluruh negara bagi kita melihat tahap kebajikan asnaf.

Kajian sebegini perlu agar membantu pihak berkaitan mengefisienkan bantuan dan paling kurang, agar tidak berlaku terlepas pandang dalam menjaga dan memelihara kebajikan asnaf ini.

Tinjauan secara umum di negeri Selangor, kebajikan asnaf ini diberi tumpuan istimewa.

Pelbagai bantuan disalurkan dengan mengambil kira tahap ekonomi dan bentuk bantuan yang diperlukan asnaf berkaitan. Bantuan yang diberi meliputi sumbangan awal ketika memeluk Islam dan bantuan berterusan mengikut keperluan asnaf bagi tempoh lima tahun.

MEGA: Kebelakangan ini, kita sering melihat beberapa saudara mualaf meminta bantuan daripada masjid ke masjid atau daripada rumah ke rumah seolah-olah meminta sedekah. Kenapa berlaku hal sebegini?

DR. RAHIMI: Kita memang tersua senario seperti ini. Di kariah saya pun ketika bulan Ramadan ini, surau kami kerap didatangi asnaf mualaf.

Seperti yang dinyatakan tadi, hal ini juga perlu dibuat kajian dan siasatan. Beberapa perkara mungkin menyumbang kepada fenomena ini.

Pertama, asnaf berkaitan mungkin tidak tahu haknya yang memang tersedia di pejabat agama. Ini berlaku jika asnaf berkaitan memeluk Islam melalui saluran umum yang belum melalui proses jabatan agama.

Keduanya, kita tidak mengetahui status mualafnya itu sudah berapa lama. Kemungkinan sudah melebihi lima atau 10 tahun.

Jika bantuan kepadanya mungkin sudah terhenti kerana sudah terlalu lama status mualafnya, bantuan masih tetap perlu diberi jika insan berkenaan tergolong dalam kelompok asnaf fakir, miskin dan gharimin (orang yang berhutang).

Ketiganya, kemungkinan berlaku di sana masalah sikap mualaf itu sendiri yang sudah selesa dengan menerima bantuan orang lain.

Ini melibatkan masalah tarbiyah yang perlu diusahakan agar mereka memahami perkara pokok berhubung dengan kedudukan meminta-minta dalam agama Islam.

Apa pun keadaannya, permasalahan ini tidak boleh dipandang ringan kerana senario berleluasa peminta sedekah mualaf memberi implikasi yang tidak elok pada pandangan umum.

Seolah-olah masuknya mereka kepada agama Islam berakhir dengan menjadi peminta sedekah.

Senario ini juga memberi gambaran begitu lemahnya sistem takaful Ijtimaii masyarakat Islam hingga tidak dapat membantu saudara mereka yang baru memeluk Islam.

MEGA: Apakah pendekatan terbaik dalam menyalur bantuan kepada asnaf mualaf ini?

DR. RAHIMI: Perkembangan Islam di negara kita ternyata menarik minat non-Muslim mendekati Islam. Mereka ini terdiri daripada lelaki dan wanita dengan peringkat umur serta latar belakang sosio-ekonomi yang berbeza.

Kedudukan ini tentunya menggambarkan bantuan yang diperlukan mereka tidak sekata. Bagi golongan remaja, perhatian perlu diberi kepada memastikan mereka mendapat bantuan secukupnya untuk menimba ilmu dan mempunyai kemahiran tertentu untuk berdikari dalam kehidupan.

Bagi golongan yang tua dan uzur, perhatian yang perlu diutamakan ialah memastikan mereka mendapat bantuan secukupnya dalam meneruskan kehidupan.

Adalah suatu kezaliman di pihak ummah membiarkan mereka meminta sedekah untuk memenuhi keperluan mereka ini. Untuk perlu rasa satu keaiban jika keadaan ini berlaku. Lebih-lebih jika keperluan mereka itu tidak terbela dan disiarkan pula secara umum dalam program Bersamamu TV3.

Hari ini, kemungkinan pengurusan sebegini agak besar memandangkan pejabat agama terhad kakitangannya berbanding dengan hal-hal yang perlu diuruskan di setiap negeri.

Keadaan ini menuntut keprihatinan orang ramai untuk hubungkan asnaf-asnaf yang memerlukan kepada pengetahuan pihak berwajib agar tidak berlaku terlepas pandang dalam memelihara kebajikan asnaf dan hak mereka yang sepatutnya.

Untuk tujuan ini, para amil boleh berperanan sepanjang tahun menyalur maklumat kepada pejabat agama agar tidak hanya aktif ketika bulan Ramadan.

Usaha ini juga boleh meminimumkan hal-hal birokrasi yang mungkin timbul jika asnaf berurusan secara terus dengan pejabat agama.

lina joy

1. Saya ditanya mengapa Lina Joy tidak diberikan zakat, saya jawab jika dia layak pasti dapat.

2. Saya di tanya mengapa dia tak layak, saya jawab jika ada keraguan memang tidak layak juga.

3. Saya di tanya mengapa tiada orang yang membimbing dia, saya jawab bukan guru yang mencari murid.

4. Saya di tanya mengapa Lina Joy tidak ada pegangan agama yang kuat, saya jawab hubungan manusia dengan agama adalah melalui perlakuannya kepada tuhan, jika hubungannya baik dengan tuhan, pasti ada manusia lain akan nampak dan akan menjadikan hubungan dia dengan manusia juga baik.

5. Saya ditanya mengapa tiada pihak membantu Lina Joy, saya jawab ada, dia dah ambil peguam yang bernama Dato Dr Cyrus Das.

6. Saya ditanya mengapa tiada wakil dari badan Islam yang membantu, saya jawab Haji Sulaiman Abdullah dari Majlis Agama Islam, Dato’ Umi Kalthum Abdul Majid Peguam Kanan Persekutuan dan wakil Jabatan Pendaftaran Negara dan Kerajaan Malaysia.

7. Saya jawab lagi, yang menyokong Lina Joy terdapat lagi 11 NGO dalam Negara dan luar Negara. Adakah ini tindakan dia berseorangan?

8. Saya jawab lagi, ini bukan kes kerana tak dapat bantuan zakat atau keluar masuk agama Islam, tapi Gerakan Missionary Kristian yang cuba menyebarkan agama. Bukan kerana tiada orang bijak pandai agama dalam Negara, tetapi permainan undang-undang yang cuba memalukan Negara. Kerana Malaysia yang di tadbir oleh pemimpin yang beragama Islam. Kerana itu kita berusaha mentadbir dan menjaga agama Islam dengan sebaik mungkin.