Wednesday, August 10, 2011

terakhir dan penutup

1. zakat bukan hanya untuk mualaf.. lina joy terima zakat atau tidak, saya tiada bukti.. @izaan14

memang benar zakat bukan hanya untuk muallaf, tetapi golongan muallaf berhak menerima zakat. betul tidak? ini bermakna lina joy berhak menerima zakat. dia terima atau tidak kita berdua tiada bukti, tetapi mari kita fikir jawapannya. Jikalau Lina Joy pernah menerima zakat, ini bermakna baitulmal menjalankan tugasnya dengan baik. jikalau lina joy tidak pernah menerima zakat, kita boleh mempersoalkannya. mengapa? mengapa dia tidak menerima zakat?

2. jabatan saya juga ada mualaf, kawan saya juga mualaf, mereka tak pernah terima zakat juga.. saya ada bukti.. @izaan14

mengapa mereka tidak pernah menerima zakat? sedangkan Rasulullah S.A.W mengizinkan baitulmal memberi zakat kepada mereka. Sebaik-baiknya, kita berilah mereka untuk melembutkan hati mereka. Jikalau mereka tolak, itu hak mereka dan kita perlulah menghormati hak mereka untuk menolak pemberian zakat.

3. pasal 12 orang kat gereja tu bukan kerana salah pejabat agama tak bagi zakat, tapi diorang memilih untuk berada disana..

kenapa mereka memilih untuk berada di sana? ini kerana akidah mereka lemah. sebagai saudara seagama, bukankah tanggungjawab kita untuk membimbing mereka? tanggungjawap kita untuk membantu mereka?

4. mengapa jadi persoalan orang islam kena terima zakat baru boleh jadi islam? tak mampu bekerja kah? tuhan larang bekerja? @izaan14

Secara umumnya asnaf Muallaf Qulubuhum terbahagi kepada tiga jenis iaitu:

Pertama: Golongan yang diberikan zakat oleh Nabi SAW bagi tujuan menjinakkan hati mereka agar mereka dan kaum mereka memeluk Islam.

Kedua: Golongan yang sudah masuk Islam, tetapi masih lemah Islamnya, oleh itu diberikan zakat bagi tujuan menguatkan Islam mereka.

Ketiga: Golongan kafir yang diberikan zakat bagi mengelakkan kejahatan mereka terhadap Islam

Imam Al-Tabari pula melalui tafsirannya bagi golongan Muallaf Qulubuhum, mereka diberikan zakat meskipun kaya bagi membaiki keadaan agama Islam mereka dan supaya menjadi pendokongnya.

5. pasal orang tak sembahyang ni, saya boleh cakap setiap 10, 7 orang di ragui sembahyangnya.. harap saudara faham bab ini. mempertikai sembahyang adalah tidak dibenarkan sama sekali, tapi di boleh kan 'memperbetul'kan. dengan cara paling halus.

dlm tweet saudara, "kalau saya jawab lina joy murtad kerana dia tak sembahyang boleh tak? ada beribu hadis dan nas al quran juga.". Disini saya tidak mempertikaikan tentang sembahyang, kerana itu satu kewajipan. persoalannya disini, kita tahu Lina joy ini muallaf,oleh itu imannya masih cetek. adakah kita sebagai umat Islam, membantunya mempelajari cara-cara bersembahyang? adakah individu muslimin memberitahu kepentingan sembahyang itu kepada lina joy? ada? itu persoalan saya.


apa yang saya ingin tegaskan disini, kita sebagai umat islam perlu membimbing saudara-saudara seagama kita terutamanya mereka yang lemah akidahnya. Pada pandangan saya, "kes lina joy" dan "serbu gereja" ini memperlihatkan kita tidak memperdulikan saudara-saudara kita ini. mereka lemah iman, itu kenyataan. tetapi itu tidak boleh dijadikan alasan untuk menyalahkan mereka. kita perlu bimbing mereka. bimbing mereka kejalan yang benar.

Sekiranya saya terkasar bahasa dan saudara berkecil hati, saya tidak berniat begitu kerana saya anak muda yang cintakan agama dan negara ini. saya anak muda berlatarbelakang ekonomi, sedang membuat kajian-kajian berkenaan polisi-polisi yang ada sekarang. tugas saya mengkaji bukanlah untuk mencari kesalahan, tetapi penyelesaian.

Saya menghargai perbincangan ini. Perbincangan dengan saudara sedikit sebanyak membuka fikiran saya untuk lebih berfikir. Saya akan jadikan ini sebagai pengalaman saya agar saya lebih matang, menggunakan hasil-hasil kajian saya untuk mengangkat Malaysia menjadi negara maju.

Sebelum saya mengundur diri, saya ingin memohon maaf kerana terkasar bahasa, lebih-lebih lagi dengan orang yang berumur seperti saudara. saya tidak bermaksud bercakap sebegitu kasar tetapi sekiranya saudara kecil hati, saya memohon maaf.

sekian, terima kasih.

-izaan14

No comments: