Friday, September 30, 2011

hubungan dengan tuhan

bagaimana kita boleh yakin pada diri bahawa segala perlakuan atau amalan yang kita lakukan itu adalah yang terbaik? siapa boleh menentukan keberkesanan amalan kita dengan tuhan? ada KPI? ada carta statistik yang berupaya meningkatkannya?

sejak dulu saya percaya, bahawa seorang manusia yang taat perintah allah / tuhan adalah orang yang berupaya menjaga hubungan nya antara sesama manusia. lihat sahaja akhlaknya, budi pekerti, amalan hariannya, perbualannya, percakapannya dan segala bentuk sahsiah diri seseorang manusia itu..

menjaga hubungan antara manusia itu adalah ‘skala’ atau ‘gambaran’ manusia yang ada hubungan dengan tuhan / allah..

walaupun pakaian itu salah satu daripada ‘petunjuk’ yang menentukan diri, tapi ilmu pengetahuan dan umur adalah yang utama terlebih dahulu..

perhiasilah diri mu, kenderaanmu! berjalanlah di mukabumi allah ini dengan keredhaannya.. terimalah segala bentuk ujian dan cabaran.. kerana itu adalah yang lebih baik dari hanya menunggu mati.. ;-)

Thursday, September 29, 2011

Hudud hanya Islam di sisi PAS?

Izinkan saya memberi sedikit pandangan berkaitan kemelut ini dalam perspektif Islam yang saya pelajari. Saya akan cuba permudahkan agar senang di fahami. Boleh sahaja mengulas dan memberi pandangan yang bersesuai demi menjelaskan maksud yang mudah di fahami.

Ulama lain dalam negara hanya bisu bila PAS menetapkan hukum hudud atau islam hanya berada di tangan kuasa politik PAS? HUDUD itu hanya kepada penganut agama Islam? Melampau sekali tanggapan bahawa Islam itu berpilih-pilih menetapkan hukum-hakam. PAS kekal ‘HARAM’ pada pandangan saya hanya kerana mereka memilih bangsa dan agama tertentu dalam menentukan HUKUM berkaitan agama Islam.

Islam itu adalah untuk semua. Melaksanakan hukum Islam juga adalah hak untuk semua. Yang menjadi kemestian pada orang islam adalah RUKUN! Lupa bahawa kita yang muslim ada rukun? Iaitu Rukun Islam dan Rukun Iman.

Dalam melaksanakan hukum menurut pandangan Islam adalah dengan ‘merujuk’, bukan ‘memihak’. Semaklah perundangan menurut Islam yang sebenar. Bukan hanya kerana faktor politik!

Dalam menilai seorang manusia insan muslim itu pula adalah dengan melihat hubungannya dengan tuhan, kemudian hubungannya sesama manusia. Jika ada keseimbangan itu, sempurnalah kehidupannya sebagai seorang muslim. Inilah ASASnya!

Saya akan meneruskan jika ada kemusykilan. Sila lah bertanya.

Tuesday, September 27, 2011

penyampaian atau pendidikan?

mudah berkata dari melaksana, mudah juga menuding kepada yang berwajib tanpa usul periksa. tapi itulah hakikat yang perlu di telan dalam cabaran dunia masa kini.

dasar pendidikan yang berorientasikan ‘kecemerlangan akedemik’ yang wujud secara meluas di sekolah dan institusi pengajian tinggi sekarang haruslah di bendung segera agar ianya tidak menjadi budaya usang yang mengugat nilai mulia dan keberkesanannya.

hentikan segera cara hidup materealistik yang mengenepikan budaya akhlak yang mengejar kekayaan dan kesenangan wang ringgit, status, kedudukan dalam politik, pangkat dan sebagainya.

harus segera menimbang atau memansuhkan dasar ekonomi yang terlalu memihak kepada keuntungan semata-mata, yang membelakangkan urusan kebajikan manusia sehingga menyebabkan golongan pemodal dan golongan berada menguasai keseluruhan pertumbuhan ekonomi negara yang tidak di jiwai oleh akhlak mulia. Peranan pemerintah bukan hanya mengenakan cukai atau menerima imbuhan, tapi fikirkan kemasyalatan atau kemudaratan kepada masyarakat dan rakyat umumnya.

kita harus berubah! Ubah segera kurikulum sekolah yang berbentuk sekular di semua peringkat dan gantikan dengan sistem pendidikan berteraskan islam. tuntutan keperluan beragama dan bangsa lain yang perlu juga di hormati. bukan kerana agama tertentu kita boleh merumuskan bahasa pengajian itu berteraskan keperluan mempelajari ilmu agama. pilihlah agama yang di rasakan paling sesuai untuk di jadikan pedoman.

pengisian hidup generasi yang lebih berilmu, nilai akedemik, perubahan teknologi dan keperluan kumpulan yang berkemahiran.

belia yang budiman, membuat kebajikan, amal jariah dan berpersatuan. kepimpinan dalam kumpulan dan juga masyarakat.

boleh juga dengan semua aktiviti bersukan dan kegiatan yang tidak bertentangan dengan syariat.

ini adalah masa yang memerlukan keperihatinan yang lebih dari semua pihak dalam merealisasikan sistem akhlak yang sebenar. ancaman sekularisme yang semakin mencabar. sentuhan dan pendekatan islam secara menyeluruh semestinya berasaskan al-quran dan al-sunnah. Pandangan ulama dan cerdik pandai islam yang tegas dan berani.

tidak ada penyelesaian yang benar jitu, seandainya umat islam masih berdolak dalik dengan sentimen kepentingan dasar-dasar pendidikan. cabaran ini hanya akan merugikan bangsa dan negara kita sendiri jika masih berlengah-lengah.

saya nyatakan cara islam kerana islam itu agama yang saya anuti, jika ada yang berpendapat bahawa sistem pembelajaran lain yang oleh mengatasi cara islam, boleh sahaja merumuskankan tanpa sekatan. kita sama-sama boleh merealisasikan pendidikan dan pengajaran yang lebik baik.

tidak mungkin kefahaman seorang manusia boleh di jelaskan dengan serangkap pantun atau penulisan yang dikategorikan sebagai tidak ilmiah atau bahasa pasar yang merosakkan, tapi lihatlah kepada kesungguhan orang yang mahu menjadikan sesebuah kehidupan itu lebih baik dari sebelumnya. terimalah.

Sunday, September 25, 2011

menuntut ilmu

ilmu merupakan suatu alat yang penting untuk menjalankan tugas sebagai khalifah allah. tanpa ilmu seseorang itu tidak dapat membezakan yang mana baik dan yang mana buruk, yang mana perlu di lakukan terlebih dahulu dan yang mana perlu di kemudiankan. ilmu yang di titik beratkan di dalam islam adalah ilmu yang berkaitan dengan ilmu-ilmu mengenal allah dan rasulnya atau ilmu fardu ain, kerana apabila seseorang itu mengetahui ilmu fardu ain, ia dapat beribadat kepada allah dengan sempurna.
di samping mempelajari ilmu fardu ain, setiap manusia juga perlu mempelajari ilmu fardu kifayah yang berhubung dengan kehidupan seharian seperti ilmu berkaitan dengan dengan politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. kedua-dua ilmu ini ( fardu ain & kifayah ) penting demi kebahagian, di dunia dan juga akhirat.

Friday, September 23, 2011

video undilah


baru berpeluang melihat video undilah yang telah di haramkan hari ini, banyak juga yang suka, ada juga yang tidak suka. saya berada dalam kumpulan yang TIDAK SUKA. di bawah ini saya nyatakan mengapa saya tidak suka.

cerita ringkas:


tiga orang di panggil oleh PM untuk memberi cadangan. tiga orang tersebut mewakili 3 bangsa, 1 berbangsa melayu, 1 berbangsa india dan 1 berbangsa cina.
rancangan PM adalah untuk menghantar seorang ke angkasa lepas dan minta di nyatakan kos yang akan di kenakan.
dengan pantas melayu itu menjawab, "saya sanggup dengan 1 juta..",
kemudian yang  india pula menyatakan " saya sanggup dengan 2 juta.."
PM tanya "mengapa 2 juta?" India tu jawab, "saya ambil 1 juta, lagi 1 juta PM ambillah.."
kerana yang cina tu diam, PM bertanya kepada yang cina pula. " you mahu berapa juta? 
cina tu jawab, " 3 juta!"..
PM tanya lagi kepada cina tersebut, "mengapa you mahu lebih dari mereka?"
cina tu jawab sambil tersenyum," saya ambil  1juta, PM ambil 1 juta.."
PM tanya lagi " lagi 1 juta?"
cina tu jawab, " kasi sama itu melayu 1 juta, kasi dia naik sana..!"

Wednesday, September 21, 2011

didik 2

bagaimana menentukan pembentukan akhlak atau sahsiah sorang anak kecil? didikan di rumah lebih baik atau di sekolah?

jika ada yang menjawab pembentukkan bermula dan terbaik dirumah, kita tak perlu lagi menghantar anak ke sekolah. sia-sia masa mereka kita biar di sekolah kebangsaan 6 tahun, sekolah menengah 5 tahun. kita terus hantar sahaja mereka ke universiti. kita biar mereka berpolitik untuk menentukan hala tuju nasib anak-anak bangsa mereka pula.

itu pun jika mereka tidak celaru dengan identiti dengan agama dan bangsa mereka. tidak celaru dengan sejarah bangsa atau agama mereka. atau mereka celaru berkaitan asal usul mereka?

di universiti sempatkan mereka mempelajari semua itu? kemampuan ibu bapa mereka ada? tiada kos?

penanda aras untuk berpolitik adalah apabila memiliki keluarga dan pendapatan sendiri. itu syarat wajib dalam menentukan kualiti pemimpin. bukan saya mereka cipta, tapi itu merupakan tuntutan dalam agama.
selidikilah.

peringkat rendah adalah dimana 'palitan dan contengan' warna kepada sehelai kertas / kain putih! harus kita tentukan nasib mereka. bukan biar mereka mewarnai 'lukisan hidup' mereka. kita bertanggungjawab.

peringkat menengah kita ansur lepas tali kebebasan, tapi bukan lah di rantai, pembelajaran peringkat rendah akan terbentuk di sini. mereka kenal dunia dengan persaingan. di sini mereka kenal siapa kawan dan lawan.

peringkat universiti mereka belajar hidup dengan sendiri, tanpa sedar ibubapa beri kebebasan. kebebasan inilah yang menghancurkan. salah didikan. salah anggapan. salah zaman. salah rakan-rakan. salah pendidik. salah agama. salah bangsa. salah segalanya.

itulah politik. itu lah cinta. itulah dosa. itulah pahala. itulah pertimbangan. itu lah hasilnya.. SATU MALAYSIA.

didikan atau pendidik?

mana yang lebih menjadi keutamaan? peranan pendidik, gaji pendidik atau skim perkhidmatan pendidik?

dah lama saya bandingkan sekolah kebangsaan kerajaan dan sekolah cina juga sekolah tamil, tapi rupanya kiasan atau sindirin tersebut tidak menjadi.

tapi yang menjadi kebanggaan kerajaan dan pemerintah bila dapat menyebut bahawa peruntukan yang mereka beri berjumlah berbilion-bilion ringgit, peratusan pelajar di universiti dan jumlah pinjaman yang mereka beri kepada pelajar yang cemerlang dan miskin.

itu bukan ukuran pencapai pendidikan. jumlah mereka yang dapat A, dengan jumlah yang lulus dan mendapat pendidikan yang sempurna adalah berbeza.
mengapa kerajaan tidak mahu memahami ILMU MANUSIA. manusia di cipta berbeza-beza dengan sifat dan kemampuan yang berbeza juga.

itu hakikat. jangan bandingkan mereka yang telah berada di peringkat tertinggi. kemudian di sogokan dengan cara hidup berpolitik yang sonsang dan kotor. nyatakan pada saya perbezaan antara ilmu pengetahuan lain dengan ilmu politik? mana yang lebih baik dan menjadi pegangan hidup?

tapi haruslah berpolitik agar mendapat pendidikan yang terbaik. bukan peratusan, tapi perlaksanaan. anggap lah contoh didikan itu seperti keluarga sendiri.

nyatakan kan ilmu pengetahuan yang di buat di peringkat rendah oleh kerajaan dan peranan pendidik? dimanakan antara ilmu itu membentuk sahsiah diri seorang budak atau remaja? budaya yang cuba di pupuk?

ini antara perkara yang cuba saya ketengahkan dalam mengubah isi kandungan pendidikan di peringkat awal dalam menentukan kualiti dan peranan kerajaan dalam membentuk negara. sedikit-sedikit akan saya cuba membantu dalam membentuk masyarakat yang lebih berilmu.

semuanya bermula dengan SISTEM PENDIDIKAN..

Saturday, September 17, 2011

perancis

Sesudah perang yang pertama, meskipun Perancis termasuk negeri yang menang, namun kemelut ekonomi sangatlah mempengaruhi masyarakat Perancis. Maka naiklah Arstide Brind menjadi Perdana Menteri, seorang diplomat eropah yang amat ulung. Maka terjadilah pemogokan buruh keretapi kerana meminta kenaikan gaji, 150,000 buruh mogok. Dan parlimen belum bersidang lagi.

Dengan cepat Perdana Menteri itu mengambil sikap luar biasa, iaitu menyatakan undang-undang “negara dalam bahaya” dan mengadakan mobilasi umum, sehingga dengan cara demikian permogokan dapat di tindas. Beberapa lama kemudian di panggilnya parlimen akan bersidang. Baru sahaja ia naik ke atas mimbar untuk mempertahankan kebijaksanaan pemerintahannya, maka kedengaranlah sorak-sorak dari pihak pembangkang “runtuhlah diktator, robohlah tangan besi..:

Maka dari atas mimbar yang tinggi itu beliau melihat dengan tenangnya kepada barisan pembangkang itu, kemudian di palingkannya pula matanya kepada segala anggota parlimen, seorang-seorang dengan sikap tenang, sehingga kian lama, lantaran tenangnya majlis itu, kian heninglah suara sorak kaum pembangkang. Melihat kepada majlis yang tenang, beliau pun mulai pidatonya dengan tenang sambil menggeleng-gelengkan kepala “ Diktator kata tuan-tuan? Begini berat kewajipan yang telah ku pikul, di dalam usia yang telah meningkat tinggi, untuk tanah air yang ku cintai, tidak lebih baikkah, kalau tuan-tuan ucapkan saja satu kalimat, satu kalimat pun cukuplah, satu isyarat pun jadi! Supaya naik yang lebih cekap menghadapi kesulitan ini. Maka saya berjanji akan mengikut perintahnya dengan tidak sesal sedikit pun. Saya akan duduk kembali ke atas kerusi saya yang dahulu, saya akan duduk bersama tuan-tuan, menjadi seorang pelayan kecil kepada tanah perancis yang tercinta ini! Sangka tuan-tuan hanya dengan cara yang begitu sajakah menghadapi soal yang amat besar ini? Kesulitan ini jauh lebih besar dari apa yang tuan fikirkan!...”

Tiba-tiba majlis menjadi hening, suara kaum pembangkang tidak dapat dinaikkan lagi. Sikap jujur dan sungguh-sungguh dengan sendirinya telah memikat dan menakluki hati parlimen seluruhnya, bahkan hati kecil kaum pembangkang sendiri juga. Dia sengaja berhenti berbicara beberapa detik, seakan –akan meminta keputusan yang tegas dari parlimen. Maka kedengaran suara: “ Terus! Terus! ”

Thursday, September 08, 2011

Tambera Datuk Seri Paduka Tuan ( 1078 H / 1667 M )

Undang-undang ini adalah merupakan bahagian kedua daripada Hukum Kanun Kedah, berdasrkankan tarikh nama penulis undang-undang tersebut ialah Sultan Dhiauddin Mukarram Shah, Sultan Kedah ke 15.

Fasal 1 : Perbuatan yang Menjadi Larangan

Undang-undang ini nampaknya menerapkan nilai-nilai Islam dengan melarang rakyatnya melakukan perbuatan yang dilarang agama Islam. Antara perbuatan yang di larang adalah mencuri, menyamun, menyabung, makan madat, menyembah batu atau kayu, minum arak dan sebagainya. Orang yang melakukannya disuruh bertaubat. Tetapi tidak di sebutkan dengan jelas jenis hukuman yang dikenakan sama ada dikenakan hukum hudud atau tidak. Adalah menjadi kesalahan jika panglima atau ketua kampong ( kweng ) tidak memberitahu kepada raja jika orang bawahannya melakukan kesalahan tersebut.

Fasal 2 : Hukum Bagi yang Tidak Sembahyang

Mereka yang tidak bersembahyang akan dihukum takzir. Sekiranya enggan, mereka akan di bawa ke masjid dan dikekang lehernya.

Fasal 3 : Hukum Tentang Zakat

Hasil bendang atau huma hendaklah dikenakan zakat, 10 emas. Sesiapa yang enggan akan di hukum mengikut syarak.

Fasal 4 : Jual Beli Kerbau

Sesiapa yang hendak berjual beli kerbau hendaklah memberitahu kweng

Fasal 5 : Kerbau Merosakkan Pagar.

Menurut fasal ini menerangkan mengenai tanggunjawab tuan punya sawah dan tuan punya kerbau. Sawah hendaklah dipagar dan kerbau hendaklah di hantar ke padang besar. Kerbau yang membelah ( merosakkan ) pagar pada waktu malam, boleh di tikam, tetapi tidak pada waktu siang dikenakan denda sahaja.

Qazaf - Undang-Undang Lama Kedah

Perlaksanaan hukum sumpah ini berdasarkan beberapa peristiwa menunjukkan kepentingannya dalam menegakkan keadilan tetapi mungkin ini juga membolehkan setengah pihak yang jelas bersalah, menyalahgunakannya bagi melepaskan diri. Daripada kes-kes yang di putuskankan di mahkamah besar di alor star terdapat 2 kes sivil dalam 10 bulan pertama 1325 hijrah ( 1907 masihi ) di mana plaintif enggan untuk mengambil sumpah. 44 kes telah di rekodkan dalam masa yang sama di mana sumpah telah di ambil, 28 daripada kes sivil dan pengambilan sumpah ini di ambil secara sama rata antara plaintif dan defendan. Dalam 16 kes-kes jenayah, terdapat 4 orang pengadu yang berjaya dalam aduan mereka dan penjenayah-penjenayah tersebut dikenakan hukuman penjara telah mengambil sumpah dan 1 lagi tidak di sahkan sumpahnya. – Rujukan Undang-Undang Lama Kedah

Wednesday, September 07, 2011

PAS

Sekitar tahun 1960, bertempat di sebuah surau di Ulu Besut, Terengganu, seorang ulama PAS yang juga guru pondok di Pasir Tumbuh, Kelantan iaitu Tuan Haji Mustafa Abu Bakar telah mengeluarkan fatwa berikut:

1. Orang UMNO di dalam Barisan Nasional ( BN ) hukumnya murtad.

2. Orang UMNO di dalam BN tidak sah jadi imam sembahyang.

3. Sembelihan orang UMNO di dalam BN tidak boleh dimakan.

4. Tidak sah akad nikah, sekiranya jurunikah adalah orang UMNO dan,

5. Kalau tidak sefahaman antara suami isteri, jika salah sorangnya adalah UMNO dan seorang lagi adalah PAS, maka tertalaklah antara suami dan isteri tersebut dan jika bersama, hukumnya adalah zina dan anak yang di perolehi adalah zina.

Saturday, September 03, 2011

kata

“ada masanya dalam hidup saya.. apa yang hendak saya lakukan ialah hanya membuktikan kepada diri saya bahawa saya boleh memenangi barat secara fizikal dan intelektual. tetapi, apabila saya menang, ia menjadi tidak bermakna. saya bertanya diri saya: siapakah saya? seorang palestin, seorang ahli falsafah, seorang pemikir kemanusiaan yang liberal? jawapan saya ialah: saya seorang islam!..”

kita

kita mempunyai suatu tugas yang amat penting di hadapan kita. berapa lama kita akan berpuas hati dengan cebisan yang di campakkan oleh barat kepada kita? sekarang ialah masa kita membuat sumbangan asli kita. sebagai ahli sains kemasyarakatan, kita perlu melihat ke belakang kepada pelajaran kita dan membentuk semula berdasarkan al-quran dan sunnah. inilah bagaimana nenek moyang kita melakukan sumbangan asli mereka kepada pembelajaran sejarah, undang-undang dan budaya. barat tidak meminjam warisan mereka dan meletakkannya di acuan sekular. adakah ianya satu usaha yang terlalu besar untuk kita ambil pengetahuan dan mengislamisasikannya?