Thursday, September 08, 2011

Tambera Datuk Seri Paduka Tuan ( 1078 H / 1667 M )

Undang-undang ini adalah merupakan bahagian kedua daripada Hukum Kanun Kedah, berdasrkankan tarikh nama penulis undang-undang tersebut ialah Sultan Dhiauddin Mukarram Shah, Sultan Kedah ke 15.

Fasal 1 : Perbuatan yang Menjadi Larangan

Undang-undang ini nampaknya menerapkan nilai-nilai Islam dengan melarang rakyatnya melakukan perbuatan yang dilarang agama Islam. Antara perbuatan yang di larang adalah mencuri, menyamun, menyabung, makan madat, menyembah batu atau kayu, minum arak dan sebagainya. Orang yang melakukannya disuruh bertaubat. Tetapi tidak di sebutkan dengan jelas jenis hukuman yang dikenakan sama ada dikenakan hukum hudud atau tidak. Adalah menjadi kesalahan jika panglima atau ketua kampong ( kweng ) tidak memberitahu kepada raja jika orang bawahannya melakukan kesalahan tersebut.

Fasal 2 : Hukum Bagi yang Tidak Sembahyang

Mereka yang tidak bersembahyang akan dihukum takzir. Sekiranya enggan, mereka akan di bawa ke masjid dan dikekang lehernya.

Fasal 3 : Hukum Tentang Zakat

Hasil bendang atau huma hendaklah dikenakan zakat, 10 emas. Sesiapa yang enggan akan di hukum mengikut syarak.

Fasal 4 : Jual Beli Kerbau

Sesiapa yang hendak berjual beli kerbau hendaklah memberitahu kweng

Fasal 5 : Kerbau Merosakkan Pagar.

Menurut fasal ini menerangkan mengenai tanggunjawab tuan punya sawah dan tuan punya kerbau. Sawah hendaklah dipagar dan kerbau hendaklah di hantar ke padang besar. Kerbau yang membelah ( merosakkan ) pagar pada waktu malam, boleh di tikam, tetapi tidak pada waktu siang dikenakan denda sahaja.

No comments: