Thursday, October 20, 2011

Ahli Akdemik atau Mekanik

Di mana kurang atau silapnya perlakuan seseorang itu dalam memberi pendapat atau kerana jawatan dan peranannya dalam masyarakat? Yang membezakan pendapat antara seorang yang ahli akedemik yang memegang jawatan penting dalam kerajaan atau mekanik di sebuah bengkel?

Pasti seorang mekanik itu ditertawakan jika beliau mengatakan bahawa Islam di negara ini telah lama di Kristiankan dengan budaya sosial yang menular secara halus atau gerakan bawah tanah. Bagaimana remaja dan anak muda yang terlibat dengan seks bebas atau black metal yang menyembah berhala. Berkumpul dalam hutan dan berpesta. Semua ini berlaku bukan? Mengapa kita pejam mata? Bukti apa lagi yang kita mahu?

Tidak ada siapa peduli jika mekanik tersebut menyatakan bahawa ada parti politik yang berusaha menumbangkan kerajaan Malaysia dengan bantuan kewangan dari negara yahudi atau komunis. Seperti juga tuan-tuan dan puan-puan yang membaca pojok saya yang berunsur komedi ini. Anggaplah bahan ini bahan tidak ilmiah.

Tapi mengapa jika ada orang yang kononnya ahli parlimen, ahli kerajaan, ahli menteri, ahli akedemik, ahli politik, ahli bangsawan yang kaya raya menyatakan ada longkang tersumbat di hadapan premis perniagaannya maka berlumbalah bapak-bapak menteri melihat sendiri betapa besarnya longkang dan sampah yang tersumbat. Maka berduyun-duyun pula ahli media dan siaran melapurkan terdapat bahaya longkang yang tersumbat bakal mengorbankan nyawa. Maka habislah pekerja bawahan sesebuah pihak berkuasa tempatan yang berkerja siang malam memastikan bahawa tidak lagi ada sampah yang berada dalam longkang tersebut.

Saya tak berbohong! Seorang pemilik rangkaian telekomunikasi terbesar di Malaysia menghantar pegawai khasnya menyerang Datuk Bandar Kuala Lumpur kerana saman keretanya yang hanya bernilai RM30.00 saya ulang, TIGA PULUH RINGGIT!!. Manakala sebuah pihak berkuasa tempatan di Perak yang melantik Ahli Lembaga Penasihat nya hanya untuk mencari penyelesaian masalah sampah dan longkang tersumbat di dalam daerahnya. Padahal masalah sampah sedemikian boleh diselesaikan dengan cara membersihkannya secara berulang kali. Itu sahaja caranya. Bukan dengan hanya bermesyuarat dan berbincang sambil minum kopi.

Realiti ini berlaku dimana-mana. Jangan tanya saya bagaimana cara untuk menyelesaikannya. Ini negara yang saya sayangi. Saya hanya mampu bersuara secara begini. Saya hanya boleh melaungkannya agar mengubah sedikit sistem akedemiknya, sisipkan sedikit ilmu yang berupa pendidikan secara berperingkat berteraskan perpaduan sesama insan. Sebagaimana kita mahu orang lain menghormati kita, kita belajarlah menjadi manusia yang berakhlak dan berbudi bahasa, berperkerti mulia. Bukan hanya ilmu akedemik, tapi pembentukan akhlaknya, agamanya, susur galur budayanya. Mengenal bangsanya sendiri, mengenal asas pembentukkan negaranya sendiri dan peranan pemerintahlah selebihnya..

No comments: