Friday, December 30, 2011

Islam Sebagai Pembentuk Hidup II

Siapa orang yang ingin jatuh ketika berjalan di jalanraya atau melanggar apa-apa kenderaannya? Tidak ada yang suka jatuh, semuanya ingin selamat. Tetapi semuanya wajib pula di ikat oleh suatu peraturan. Di negeri kita di suruh orang berjalan sebelah kiri, di bagi tempat bermotosikal, motokar atau orang berjalan kaki.. di tengah-tengah simpang berdiri seorang polis yang membahagi-bahagikan orang berjalan itu, mendahulukan yang dahulu, mengemudiankan yang kemudian. Hikmatnya adalah supaya jangan berselisih. Dan diadakan pula hukuman, peraturan, tempat kembali seketika terjadi perlanggaran yang tidak di ingini.

Demikian pulalah kita di dalam perjalanan hidup, tidak ada yang ingin rosak dan binasa, semuanya ingin selamat, semuanya ingin sihat. Tetapi supaya keinginan itu tercapai, supaya tujuan perjalanan itu lurus, tidak terpesong di tengah jalan, diadakan aturan yang mesti diingat oleh semua, di perhatikan oleh semua. Tempat kembali apabila terjadi perselisihan. Itulah dia syariat yang diturunkan oleh Allah kepada bangsa manusia dengan perantaraan Nabi-nabiNya.

Islam Sebagai Pembentuk Hidup

Sudah sekian banyak huraian paparan yang di keluarkan, berhubung dengan rahsia hidup. Siapa di antara kita yang tidak ingin akan kesempurnaan? Siapa diantara kita yang tidak menuju kebahagian? Asalnya telah ada di diri, asal nafas masih mengalir di badan dan tidak ada orang yang ingin hendak tinggi, hendak mulia, hendak cerdas akalnya, hendak terbentuk budinya. Oleh sejak permulaan kitab telah kita terangkan pendapat orang lain dan pendapat kita sendiri berhubungan dengan cita-cita kesempurnaan itu. Telah kita korek kehidupan dan rahsianya, kita kaji hikmat dan firasatnya. Tetapi dapatkah di yakinkan akan selamat hidup, akan tercapai tujuannya, kalau sekiranya tidak ada undang-undang yang di jalaninya?

Friday, December 09, 2011

Buka Minda

Siapa? Kepada siapa layak di tujukan buka minda tersebut? Kita mudah menyebut kepada orang lain, tetapi kita sendiri bercakap seolah pemikiran kira adalah utusan tuhan. Minda kita bertindak dan berfungsi sebagaimana minda orang lain juga. Pemikiran itu semestinya berdasarkan perasaan dan suasana sekeliling. Jika berada dalam kelompok orang politik, maka bicara politiklah. Jika berada dalam kumpulan perompak, maka berminda perompak lah kita. Itu hakikat dan realiti yang harus di percaya dan diterima. Setiap pemikiran seseorang adalah berdasarkan budaya Bangsanya. Agamanya. Keturunannya. Ini juga prinsip awal yang mudah. Kita sendiri mengelarkan orang lain sebagai berbangsa-bangsa, memanggil gelaran orang dengan bangsanya. Kita sendiri mendidik keturunan bangsa kita dengan etika dan kelangsungan budaya kita sendiri. Jelas bukan? Pernah suatu ketika, ada cerdik pandai dan pemimpin negara yang mengulas budaya orang melayu yang dikatakan malas, tidak pandai, tidak berdaya saing kerana faktor makanan. Ini bukan cakap saya. Ayat itu dari setengahnya pakar-pakar dalam negara. Faktor saiz fizikal manusia melayu yang tak sama seperti bangsa lain. Contohnya ahli sukan. Sukan fizikal seperti ragbi dan bina badan. Terbukti apabila Mr. Universe menjadi milik melayu. Bagaimana? Bangsa yang bagus akan di anggap bangsa pilihan memimpin dunia, kecerdikan manusia atau bangsa mampu mengubah dunia. Saya percaya jika sesuatu bangsa itu akan melakukankan keburukan. Tapi saya tak percaya bangsa itu boleh menbawa kebaikkan. Kerana semulajadinya manusia atau bangsa lain akan menidakkan keupayaan bangsa lain, mereka tak percaya ada bangsa yang lebih baik daripada bangsa mereka. Terutama melibatkan warna kulit. Kemudian asal usul negaranya dan seterusnya agama yang di anutinya..

Published with Blogger-droid v2.0.1

Bantuan?

Kalau sebut bantuan, tak kiralah siapa atau apa pun status atau pangkah parti apa pun. Semua orang nak. Tak kira gaji seringgit atau beribu-ribu ringgit.. Cuba cakap kepada orang yang pangkah Pakatan Rakyat, yang layak terima bantuan adalah untuk orang yang menyokong kerajaan BN sahaja.. Tetiba akan keluar ayat cukai itu dari rakyat, maka semua dapat atau apa yang di beri oleh kerajaan adalah hak semua. Tapi masa pangkah atau fitnah kerajaan itu? Ada fikir tak bahawa bantuan itu jadi HARAM apabila kita menuduh kerajaan itu KAFIR atau tak islam, bunuh orang, atau salahgunakuasa atau ada beg tangan 250 ribu.. Ketika mengatakan kerajaan seleweng duit beli lembu dan kondo tu ada fikir tak bahawa itu adalah keputusan yang di buat oleh satu kumpulan orang. Bukannya dari SEORANG.. Yang membayar gaji atau hasil yang di dapati dalam negara itu rezeki tuhan bagi atau kerajaan bagi? Kurang jelas? Jika rezeki tuhan bagi, cuba lah berpindah negara pula.. lihat pula rezeki yang tuhan beri bila berada di negara lain.. adakah sama atau tuhan berubah hati untuk mengandakan rezeki-rezeki yang bakal di perolehi.. Kasar bukan ayat yang sedemikian.. tapi itulah tujuan asalnya.. jangan lupa bahawa tuhan juga beri otak dan akal untuk sendiri memikir antara yang layak dan tak layak..



Published with Blogger-droid v2.0.1

Saturday, December 03, 2011

".. Islam akan terhakis apabila tanggung jawab terhadap urusan Islam gagal dipantau secara tegas. Islam telah mula dijadikan instrumen bertujuan meraih pengaruh dan mendapatkan kuasa, sehingga ke peringkat sedia berkompromi kepada perkara-perkara prinsip menyentuh aqidah. Hari ini nama suci ALLAH, dilaporkan telah diguna pakai tanpa menghiraukan sensitiviti umat Islam – tanpa mengendahkan potensi yang boleh mengelirukan aqidah anak-anak Islam – tanpa mempedulikan betapa terhirisnya perasaan ummah. Nama suci ALLAH yang termaktub di dalam Al-Quran diambil dan dijadikan terjemahan kepada perkataan God. ALLAH adalah kalimah yang amat suci di kalangan umat Islam, kini turut dinamakan kepada simbol pujaan agama lain. Kalimah suci ALLAH bukan sekadar “nama am” yang bermaksud “Tuhan” walau apa bentuknya. Kesucian kalimah ALLAH amat tinggi di sisi Islam. Kalimah tersebut bila dicetak pada kertas, tidak boleh dipijak, tidak boleh dijadikan bahan bungkusan, tidak boleh dibawa ke dalam tandas. ALLAH adalah nama khas, Tuhan Maha Suci – Tuhan Maha Agung. ALLAH adalah satu-satunya Tuhan berdasarkan Kalimah Syahadah yang dilafazkan:

“Bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH”;

".. Penghakisan martabat agama Islam di bumi ini bukanlah sesuatu yang tidak mungkin terjadi atau tidak dirancang secara tersirat baik dari dalam mahupun dari luar negara. Jika dihalusi, usaha-usaha pencerobohan terhadap Islam bukan sahaja tampak berlaku, tetapi berlaku dalam terang lagi bersuluh. Ia mungkin bermula dengan satu jamuan – satu nyanyian, satu perkhemahan – satu lawatan; ia mungkin bermula dengan segenggam garam – setahil emas, ia mungkin bermula dengan satu kalimah – satu ceramah.."

petikan.. DYTM Raja Nazrin Shah

".. Segala yang terpahat di dalam Perlembagaan adalah dalam semangat menjunjung Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu yang secara tegas menetapkan antaranya, Islam sebagai agama Persekutuan, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Tanah Simpanan Melayu diperuntuk dan dipertahankan, kedudukan istimewa Orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain dilindungi, kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah Negara kekal terjamin. Perkara-perkara ini tidak boleh dipinda di dalam Perlembagaan semata-mata melalui suara majoriti dua pertiga ahli-ahli Dewan Rakyat atau ahli-ahli Dewan Negara tanpa perkenan Raja-Raja. Perkara-perkara ini tidak boleh sewenang-wenangnya dijadikan modal politik untuk kepentingan politik. Perkara-perkara tersebut adalah prinsip asas, prinsip utama yang tidak boleh sama sekali diperdagangkan.. "

Friday, December 02, 2011

ahli neraka?

saya tak tahu siapa di antara mereka yang ahli syurga atau ahli neraka.. tapi menurut ahli ulama PAS, mereka semua ini adalah kafir! kerana mereka ahli UMNO!

KEKUATAN UMNO DAN RAKAN-RAKANNYA

Apakala UMNO telah mengambil ketetapan hendak mencapai kemerdekaan dengan jalan Perlembagaan, maka kita telah bergerak menyediakan segala alat kelengkapan untuk mencapai cita-cita kita itu. Tujuan hendak mencapai kemerdekaan dan jalan Perlembagaan itu adalah mempunyai cara-cara dan jalan-jalannya, yang kita sendiri telah tentukan, iaitu memperkuatkan pertubuhan kita dengan membanyakkan bahagian-bahagian dan cawangan-cawangan UMNO sehingga menjalar ke merata ceruk rantau di dalam negeri ini, dan dengan jalan ini dapatlah diikat tali muhibbah dan kasih mesra di antara UMNO dan rakyat jelata. Kemudian itu kita menganjurkan perasaan berbaik-baik dan bekerjasama di antara Melayu dengan orang-orang yang bukan melayu dan dengan jalan ini tertubuhlah Perikatan UMNO-MCA-MIC pada hari ini merupakan satu pergerakan nasional yang cukup terkenal..

AMANAT HAJI HADI AWANG

Sedutan ucapan ini adalah seperti berikut:

“ Saudara-saudara sekelian percayalah,

Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian,

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku, agama suku’.