Monday, December 03, 2012

DAP! PENCAPAIAN!

Selepas 1945, timbul kontrovesi besar antara dua mahzab penulis Cina Malaysia. Satu mahzab persuratan Cina Perantau ( Overseas Chinese ) dan satu lagi mahzab Cina Malaysia.

Mahzab Cina Perantau berpendirian bahawa penulisan orang-orang Cina di luar Tanah Besar China, tak kira bagaimana isinya, adalah berorientasikan negara China dan tidak memberi perhatian kepada suasana lingkungan mereka.

Mahzab persuratan Cina Malaysia menegaskan bahawa penulis Cina Malaysia seharusnya menjadi sebahagian daripada persekitarannya dan bahawa tanggungjawabnya ialah terhadap tanah yang didiaminya, serta bahawa dia tidak sepatutnya menulis sebagai orang luar. Pemimpin gerakan persuratan Cina Malaya, En. Fang Hsiu menyimpulkan seperti berikut:

"Di Malaya terdapat jutaan orang Cina, kebanyakan mereka telah berkurun-kurun berada di sini, mengambil bahagian dalam pertumbuhan ekonomi negeri, dalam urus tadbirnya, keterikatan perasaan mereka dengan negeri ini telah terbukti, dengan batang tubuh mereka, mereka mempertahankan Malaya, menumpahkan darah mereka menentang penceroboh, kerana mereka anggap Malaya sebagai tanahair mereka.

"Bagaiamana pun, dengan segala kesetiaan mereka, usaha mereka, nenek moyang mereka, dan penolakan mereka terhadap sebarang perkaitan dengan China sebagai tanah leluhur. Mereka masih dinafikan tempat yang wajar dan setara dalam tubuh politik negeri ini, mereka masih di anggap seperti orang luar, kesetiaan mereka diragui..

"Mereka mahu menjadi warga Malaya, bukan Cina Perantau, tapi kerajaan mendiskriminasikan mereka dari sudut ini dalam cara yang menyebabkan mereka terus menerus merasa terasing. Mereka mahu hidup aman, harmoni dan berteman dengan kaum-kaum lain di Malaya, tetapi tembok-tembok telah di bina..

"Persuratan mempengaruhi peristiwa, dengan menulis dan meluahkan rasa hati kami, harapan kami, kami ingin berhubungan dengan kaum-kaum lain, untuk mencapai saling-persefahaman.. Kami mahu setiap orang tahu bahawa meski kami pun kami menggunakan bahasa Cina, ini tanahair kami..

"Di China, persuratan berperanan membebaskan rakyat China. Di sini, di Malaya, persuratan bahasa Cina-Malaya, kami berperanan merangsang dan mengukuhkan perpaduan, saling-persefahaman, dan harmoni di antara tiga kaum Malaya yang terbesar. Inilah sifat istimewa dan khusus persuratan Cina-Malaya.."




Posted via DraftCraft app

Sunday, November 25, 2012

Akhirnya hukum Islam terlaksana di Kelantan! Kedai Gunting Rambut!

Islam berkembang dengan meriahnya di Kelantan! Pihak berkuasa negeri Kelantan dah mula 'menyaman' pengusaha kedai gunting rambut bukan Islam di sana. Mengasingkan lelaki dan perempuan bukan Islam adalah sebahagian dari undang-undang Islam yang wujud di Kelantan.

Tapi, adakah kerajaan Islam Kelantan faham apa itu hak 'kaum dhimmi' atau 'hak bukan Islam'? Kebebasan mereka dalam bidang ekonomi, agama, dan ruang / peluang mereka mencari rezeki?

NI SEMUA SALAH UMNO!

Tidak ada unsur politik dalam perhimpunan ini. Hanya usaha jahat UMNO!





Maaf! Tiada Isyarat Tangan! Bos @anwaribrahim di Sabah!

Maafkan saya.. :-p

Saturday, November 24, 2012

BAKAL PM KITA!

Saya tak rasa nak bergurau pun! Orang ini pernah anggap hukum Islam tidak akan di laksanakan ( terma undang-undang sivil atau pun undang-undang syariah ) dan terima negara ini sebagai sebuah negara Islam.

Rujukan ayat-ayat beliau sebelum parti DAP 'bersatu' dalam 'Pakatan Rakyat'. Apa yang di sebutnya negara ini sekular, bebas beragama. Pernah mengaku mempunyai bukti kegiatan Dato Seri yang suka 'main belakang', dan mengelar 'aljuburi'.

Sebagaimana ayat 'Langkah mayatnya dahulu sebelum wujud negara Islam'. Menjadi 'pencetus' sentimen 'bangsa' dan sangat bersifat perkauman.

Hari ini beliau jadi 'pemimpin' yang memimpin 'parti Islam' di dalam negara, malah sanggup pula bekerjasama menjatuhkan kerajaan sedia ada dengan 'apa cara'.. Hebat!! Takbir!!

Monday, November 19, 2012

PERDANA GLOBAL PEACE FOUNDATION!

International Conference 9/11 Revisited - Seeking The Truth
PWTC
19 November 2012

History of Al Qaeda

Important to understand of 9/11, US Intelligence is the unspoken architect of 'Islamic terrorism' going back to the heyday of the Soviet-Afghan war.

Osama bin Laden was 22 year old was trained in a CIA sponsored guerrilla training camp. Education in Afghanistan in the years preceding the Soviet-Afghan war was largely secular. With religious textbooks produced in Nebraska, the number of CIA sponsored religious school ( madrasahs) increased from 2500 in 1980 to over 39000.

'Advertisement, paid for from CIA funds, were placed in newspapers and newsletter around the world offering inducement and motivations to join the (Islamic) Jihad..' - Pervez Hoodbhoy, Peace Research 1 May 2005

'The United States spent millions of dollar to supply Afghan schoolchildren with textbooks filled with violent images anf militant Islamic teaching.. The primers, which ewre filled with talk of jihad and featured drawings of guns, bullets, soldier and mines, have served since then as the Afghan school system's core curriculum. Even Taliban used the American-produced book.. ' - Washington Post 23 March 2002


Posted via DraftCraft app

Sunday, November 18, 2012

ISLAM ITU PAS!

Mereka masih percaya bahawa politik dan agama harus di satukan. Begitu juga ahli UMNO, mereka anggap matlamat menghalalkan cara itu adalah cara dan corak politik yang di haruskan dan termasuk dalam tuntutan agama Islam.

Jika saya doa ' Ya Allah, hancurkan kan lah PAS, hancurkan lah kerajaan PAKATAN RAKYAT.. ? Adakah saya di kira mendokan kehancuran agama Islam? Kerana mereka masih faham 'POLITIK ITU SEBAHAGIAN DARI AGAMA ISLAM'.. Doa saya di kira sebagai 'hancurlah Islam'? Itu adalah maksudnya?

Apa hukumnya?

Posted via DraftCraft app

Friday, November 16, 2012

TAK PERLU RASUAH LAGI! HANYA PERLU KAMERA #AES !

Saya tak rasa kelakar pun jika kamera di sabitkan dengan kelemahan pihak agensi penguatkuasaan kepada mereka-mereka yang bawa laju atau buat kesalahan di jalanraya. Atau kita boleh sedikan jumlah statistik reka-rekaan berkaitan kemalangan atau kematian yang di sebabkan oleh mereka yang suka bawa laju dan menyusahkan pengguna jalanraya yang lain.

Kita kenakan cukai jalan pada kenderaan, kita beli kamera dan halang kenderaan dibawa secara 'laju' di lebuhraya dan jalanraya. Tapi kita kecualikan kenderaan yang rasmi, berlogo kerajaan, perkhidmatan 'cermin gelap' yang lain, menteri-menteri dan orang kenamaan yang lain. Hebat!

Yang tinggal terlibat hanya kita, saman yang kita perlu bayar! Kita akan berpakat sesama kita untuk berdemo pula selepas ini apabila kita ingin menyampaikan ketidakpuashatian kita kepada pihak berkuasa dan kerajaan yang memerintah.

Itulah yang berlaku sejak merdeka, kita ciptakan sesuatu, kita cadangkan undang-undang baru. Selepas beberapa musim, kita rasa tak puas hati, kita pinda dan gubah semula undang-undang tersebut. Atau bila kita berkuasa, kita hapuskan undang-undang yang kononnya dah lapuk dan tak sesuai dengan zaman. Itu berlaku kepada ISA, Ordinan Darurat, AUKU dan beberapa lagi pindaan-pindaan yang tak popular seperti undang-undang / akta kerajaan tempatan, taman, hotel, rumah urut, pusat hiburan dan sebagainya.

Saya cuma gambarkan sesuatu yang tidak mungkin dapat di ubah ketika ini, tapi akan jadi bahan ketawa dan kesilapan di masa-masa akan datang, berkaitan dengan keputusan kerajaan dalam menangani masalah budaya, akhlak peribumi rakyat malaysia untuk menghargai apa itu negara, nyawa, bangsa, dan orang yang hidup bersama dengan kita walauapapun konteks kriteria warganegara yang bergelar manusia atau haiwan yang dibela.

Paling ringkas, ketika mengambil tiket tol, 'Hati-hati tuan / puan ketika memandu nanti, semuga perjalanan tuan / puan selamat.. ' Jika ayat itu tidak mendatangkan kesan pada hati. Memang anda tak patut jadi manusia! Lebih baik jadi haiwan! *patut guna ayat Kassim Selamat dalam filem Ibu Mertua Ku..




Posted via DraftCraft app

Wednesday, November 14, 2012

TINGGI CITA-CITA!

Hidup mesti mempunyai cita-cita. Tinggi cita-cita itulah yang menjadikan manusia di dalam hidupnya sentiasa hendak mencapai yang lebih sempurna. Manusia tidak mahu mencukupkan sehingga keadaannya yang ada sekarang sahaja. Hanyalah manusia yang ada cita-cita. Sebab itu hanyalah manusia yang senantiasa beroleh kemajuan di dalam hidupnya.

Tinggi cita-cita bertali dengan harga diri dan tahu kemuliaan diri. Tahu harga dan kemuliaan diri itulah yang menyebabkan kebanyakkan orang tidak suka melakukan pekerjaan yang hina di mata orang banyak. Namanya di belinya dengan harga yang sangat mahal, dengan usaha dan tenaga, kadang-kadang dengan kepayahan hati dan badan, kepayahan menjaga langkah jangan sampai tertarung. Sebab itu maka orang yang mempunyai cita-cita dan nama harum itu kurang jumlahnya dari manusia kebanyakan. Tegasnya hanya manusia yang lahir ke dunia, hidup, makan dan mati.

Orang yang bercita-cita tinggi dan tahu akan harga dirinya tidak mahu mendekati pekerjaan yang hina dan rendah, pekerjaan yang tiada layak baginya. Kerana dia tahu bahawa ruginya untuk namanya sudah terlalu banyak. Dia tidak mahu akan menjatuhkan harga itu hanya di dalam waktu yang pendek.

Posted via DraftCraft app

Friday, November 09, 2012

JOM SOKONG PAKATAN RAKYAT! JOM TUKAR AGAMA!

Mereka percaya bahawa orang melayu boleh tukar agama dengan memberi kemenangan kepada mereka (Pakatan Rakyat)! Syabas Nurul Izzah! Semuga kekal menjadi YB dan membawa orang melayu keluar dari Islam! Takbir!!!

Monday, October 22, 2012

I'm not muslim, but we are!

Quotes from Malaysia Kini

Telestai: Come on, Minister Nazri Abdul Aziz, there is no such thing as Malaysia being ‘neither a theocratic nor a secular state'. As they say, either you are pregnant or you're not pregnant. Please make up your mind.

Karma: This is all for the 13th general election. Umno only speaks according to what is required for the time, just like the infamous lawyer VK Lingam.

Since the majority of their votes are in the hands of Malay-Muslims, it is better to say Malaysia sounds like an Islamic state, but it is not an Islamic state and it is not a secular state too.

Whereas the DAP has been consistent in claiming, since a long ago, that Malaysia is a secular state.

Anonymous #18452573: The Alliance Memorandum submitted to the Reid Commission on Sept 27, 1956, referred to religion in these terms: "The religion of Malaysia shall be Islam. The observance of this principle shall not impose any disability on non-Muslim nationals professing and practising their own religion, and shall not imply that the state is not a secular state.

"The Colonial Office did not object after being assured by the Alliance leaders during the London Conference in May 1957 that they ‘had no intention of creating a Muslim theocracy and that Malaya would be a secular state'. (Gan Ping Sieu, Letter to the Editor in The Nut Graph, March 17, 2009).

Aiyoyo: This is the problem with this country. Neither here nor there, and full of contradictions. The country is not Islamic, but not secular. Educate strictly in Malay and teach in English. There is no apartheid but racism is an official government policy.

There is freedom of religion but it is okay to desecrate other religions. The list goes on and on. The ministers should make up their bloody minds so that we all can move on.

Bash: Malaysia looks like an Islamic state, sounds like one, but it is not one. I say it is one country, two systems, as intended by the Reid Commission. Like the game 'Charades', you don't have to draw a picture to know that it is an elephant.

Swipenter: Malaysia is not secular and not fully Islamic, according to Nazri But after 55 years of rule by the Umno-led government, we have earned a reputation for being corrupt and practising apartheid-like policies.

So perhaps we can say we have a ‘faux democratic system of government with strong Islamic underpinnings that encourages race and religious supremacy and refuses to fight corruption'?

Anonymous#007: There are indeed a lot of ambiguities in religion, which is why it should be kept out of affairs of the state and nation. Take for example the attempted murder of 14-year-old Malala Yousafzai. The Taliban used the Quran to justify its action.

Why has this act not touched on the sensitivity of the followers of the religion; where are the global protests and posse to hunt down, kill and destroy the property of the perpetrators?

It is a fact that some people will choose to interpret religion only to promote their self-interests, which is why we cannot afford to mix state and religion.

Malala is now recovering in - by all accounts - a Christian country, because they have better medical facilities and doctors there than in her own country.

Starr: Utter rubbish! Under the Umno/BN government, the constitution has been tampered with on so many occasions by the executive branch, which made unilateral declarations without regard to the tenet and spirit of the constitution as envisaged by the founding fathers.

It is high time that a constitutional court is set up in Malaysia, with eminently reputed judges who are well-versed with constitutional law to try such issues.

Anonymous_4031: Nazri, back your arguments with quotes like what Lim Kit Siang has done on the issue. Have you any proof? Or are you blowing a trumpet?

Practising Islamic values is different from being an Islamic state. And if you believe in hudud and syariah law, why did you not charge Opposition Leader Anwar Ibrahim with sodomy under syariah law?

Don't be a hypocrite! You cannot preach Islamic values and at the same time practise secular law, can you? If the police did not have evidence under syariah law, it is just too bad.

Have solid proof, please. The federal constitution does not mention in these words that we are an ‘Islamic state'. Period.

Bamboo: Another minister who has a law degree but interprets laws not according to the letter, but like the home minister, interprets laws to suit Umno's whims, fancies and convenience. The way they interpret the law is more to mislead and fish for votes from the masses, whose sole source of news is from the government mouthpieces.

This is so that Umno can stay in power, to continue plundering public money and escape accountability from the crimes committed by their prince-lings. There is no other way to save Malaysia except to vote Umno out.

Human Being: ‘Secular' is not a bad word. Christians are not worried about secular laws. As long the law is good for the people, it is good secular law. All good laws are the same as God's law, whether categorised as an ‘Islamic law' or a ‘secular law'.

Artchan: Do you think the corrupt politicians would behave any better whether we are a secular state or Islamic state? Thieves are thieves. They do not fear God and have no shame.

Wira: According to Nazri, we are neither a secular nor an Islamic state. What are we then? A confused state?

Onyourtoes: Tell you what, Nazri, Malaysia is not a secular state, it is not an Islamic state. It is in the state of entropy, hopelessness and disarray. Moronic politicians talk about God and religion every day when they are manifestly ungodly and depraved.

Bumiasli: Secular state or not, these goons have definitely been going around in circles contradicting one another. So ‘circular' state would be more appropriate to describe our current situation.

Retnam: Whether we are a secular state or Islamic state is not very clear. But one thing is certain: we are a corrupt state.

Posted via DraftCraft app

Tuesday, September 25, 2012

SEKULARISME

Sejarah Sekularisme

Kelahiran ideologi sekular ini sebenarnya timbul dalam agama Kristian. Ajaran Bible yang di anuti oleh masyarakat Kristian tidak mengandungi secara langsung aspek-aspek perundangan dan pemerintahan negara, lantaran itu suatu idea dan falsafah baru di perlukan sebagai tambahan kepada ajaran Bible tersebut. Tambahan pula, pemerintahan gereja ketika itu tidak membuka langsung ruang pemikiran dan pengkajian terhadap ilmu-ilmu yang tidak di sebut secara langsung dalam Bible, menyebabkan berlakunya pemberontakan rakyat demi untuk mencipta kemajuan.

Kelahiran aliran sekularime barat itu di dorong oleh sebab-sebab berikut:

1. Cengkaman dan Penguasaan Gereja secara Zalim

Masyarakat barat di kuasai oleh golongan gereja ( paderi ) yang menentang pembangunan, pemodenan serta ilmu-ilmu sains moden. Di katakan antara tahun 1841-1901, seramai 32,000 orang di bunuh oleh pihak gereja kerana pandangannya bertentangan dengan pendapat gereja termasuklah Parnily yang menemui bintang beredar pada orbit, Compland yang menemui planet lain selain bumi, Galileo yang mengatakan bumi mengelilingi matahari dan Columbus yang menemui tanah Amerika.
Mereka dibunuh dan dihukum secara kejam akibat daripada pengkajian mereka yang bercanggah dengan ajaran ortodoks Bible. Akibatnya berlaku penentangan terhadap gereja dan Reformasin Agama yang di ketuai oleh Martin Luther ( 1483-1546 ).

2. Perkembangan Sains dan Teknologi Moden

Penemuan-penemuan dan perkembangan sains teknologi menghilangkan keyakinan masyarakat terhadap kepercayaan agama, perkara-perkara ghaib, mistik dan metafizik. Pencapaian kemajuan sains dan teknologi yang kian canggih akhirnya menyebabkan kelunturan iman kepada perkara-perkara ghaib akibat dimomokkan dengan kejayaan teknologi membuktikan idea meterialisme, dan semua perkara mempunyai sebab yang boleh dibuktikan secara impirikal dengan sendirinya tertolak.

3. Revolusi Perancis 1789

Berlakunya revolusi ini dengan rampasan harta benda paderi, penentangan sekolah-sekolah gereja dan sebagainya, hingga akhirnya kekuasaan paderi di jatuhkan apabila Napoleon Bonaparte, seorang anak petani memulakan kempen merampas kuasa daripada tangan paderi. Prinsip mereka dalam pemerintahan negara di ungkapkan oleh falsafah mereka 'Berilah urusan pentadbiran negara kepada Kaisar dan berilah urusan tuhan ( agama ) kepada tuhan..' Dan pada tahun 1905 Perancis telah meluluskan satu rang undang-undang yang memisahkan antara agama dengan pentadbiran dan kerajaan.

4. Perkembangan Aliran Pemikiran Falsafah Secara Bebas

Kebanyakkan pemikir dan ahli falsafah ketika itu memandang agama sebagai penghalang kepada kebebasan berfikir mereka dan akhirnya timbullah pelbagai usul agar kebebasan berfikir dibuka untuk mencipta kemajuan. Hasilnya, lahirlah pemikiran sekularisme. Falsafah dan ideologi ini cukup diminati dan di sokong kuat oleh beberapa tokoh ahli falsafah termuka seperti Loke, Leibniz, Hegal, Marx, Homes dan Rosseau agar agama dipisahkan daripada aspek pemerintahan dan pentadbiran negara.


Posted via DraftCraft app

Monday, September 24, 2012

ISLAM DAN SOSIAL

"Dan bersiap sedialah kamu untuk (menghadapi) musuh-musuhmu dengan apa yang kamu termampu, daripada kekuatan angkatan perang berkuda, untuk menggerunkan musuh-musuh Allah dengan persiapan kamu itu..." - Al Anfal : 60

1. Penularan kisah sosial yang berlaku ke atas budaya yang tercemar atas alasan kuasa pemerintahan, permodenan dan ini berlaku di dalam masyarakat Islam. Penghakisan model atau contoh pimpinan Islam yang kebanyakannya terjadi di kalangan pembesar, pemimpin dan kumpulan elit.

2. Keruntuhan moral yang berlaku di kalangan masyarakat Islam di sebabkan oleh kebudayaan luar yang tidak terbatas. Masyarakat menerima tanpa tapisan agama. Menerima kemajuan teknologi bersama sumber yang tidak terbatas, penyalahgunaan sesuatu ilmu tanpa had dalam keadaan yang mudarat.

3. Krisis sosial yang berlaku di kalangan wanita disebabkan oleh perjuangan pembebasan hak wanita sepertimana yang dilakukan oleh wanita-wanita barat. Perjuangan ini sedikit sebanyak mempengaruhi emosi kaum wanita Islam dalam tidak sedar dan tidak segan-segan menuntut sesuatu yang amat mengelirukan dan mendatangkan kesan negetif.

4. Pertelingkahan nilai ilmu atas alasan kebebasan pendidikan seperti yang di anjurkan oleh sistem pendidikan barat yang berteraskan sekularisme, menyebabkan berlakunya tuduhan-tuduhan, andaian-andaian, teori-teori dan tesis-tesis yang mengugat ketenteram sosial masyarakat seperti penulisan Salman Rushdie, Taslima Nasreen, Irshad Manji dan lain-lain..

"Golongan Yahudi dan Nasrani (Kristian) tidak sekali-kali akan redha kepada kamu sehinggalah kamu mengikut jejak langkah (anutan) mereka.. " - Al Baqarah : 120

Posted via DraftCraft app

Wednesday, September 19, 2012

ISLAM DAN KRISTIAN!

Dalam AlQuran, jelas di sebutkan bahawa orang Kristian ialah sahabat orang Islam. Malahan orang Kristian Abyssina yang menyelamat dan melindungi orang Islam dari musuh mereka. Dalam AlQuran juga terkandung nasihat Allah kepada mereka yang beriman supaya membenarkan "Orang bukan Islam, bersembahyang dan menganuti kepercayaan Tuhan mereka sendiri. Mereka yang beriman akan bersembahyang mengikut cara beriman dan menganuti kepercayaan sendiri. Kepada yang beriman, kepercayaannya sendiri, manakala yang bukan Islam, mempercayai agamanya sendiri.."

AlQuran tidak mengajar permusuhan antara agama semata-mata kerana kepercayaan atau ajaran yang berbeza. Permusuhan hanya akan berlaku apabila menentang musuh yang menyerang atau mengancam kita. Namun, sekiranya musuh sudi berdamai, kita harus menerima dan berusaha mencapai pendamaian. AlQuran melarang sama sekali kesetiaan fanatik kepada golongan masing-masing sehingga menimbulkan perbalahan atau peperangan yang berlanjutan.

Inilah ajaran yang terkandung dalam AlQuran. Namun berapa kerapkah ajaran ini disebut atau di laungkan? Banyak perang agama atau jihad yang kononnya mempertahankan maruah agama sebenarnya adalah perang politik, di cetuskan oleh golongan yang mempertahankan agenda politik mereka dengan sengaja memesongkan ajaran agama supaya boleh mencetuskan peperangan sesama insan.

Posted via DraftCraft app

Wednesday, September 05, 2012

AGAMA ITU BUDAYA

Sebarang cubaan untuk bercakap tanpa bertutur dalam mana-mana bahasa tertentu samalah seperti cubaan untuk menganuti sesuatu agama yang bukannya agama tertentu.. Maka setiap agama yang hidup dan sihat mempunyai keunikkannya yang tersendiri. Kuasanya terkandung dalam mesejnya yang istimewa dan luarbiasa dan kecenderungan yang di hidupkan oleh wahyu. Pandangan yang dibukanya dan misteri yang di tonjolkannya merupakan sebuah dunia lain untuk di huni, apa yang kita maksudkan dengan mempunyai agama adalah mempunyai dunia lain untuk didiami, sama ada kita menjangka akan masuk sepenuhnya kedalamnya atau pun tidak.. - Santayana, Reasons in Religion.

Posted via DraftCraft app

Monday, September 03, 2012

SAMPAH ITU REZEKI KU!

Pada setengah orang, sampah itu sampah. Sampah itu kotor. Sampah itu kuman. Sampah itu penyakit.

Dalam politik, sampah jadi isu dan perbalahan. Siapa dapat kontrak. Siapa lantik kontraktor. Semua itu masih dalam 'kategori' sampah.

Saya melihat unsur dalam sampah. Elemen yang ada dalam 'timbunan' sampah. Plastk, kertas, kaca, logam antara unsur yang bernilai. Yang tiada nilai adalah sisa makanan yang dah basi atau masam. Ada ada juga yang buang 'sisa pepejal' dalam kertas yang di balut plastik. Atau dalam pampers. Itu memang tak bernilai!

Saya masih melihat sampah itu adalah 'sikap'! Asalnya sampah itu adalah dari 'keturunan' yang baik-baik, memberi 'nikmat', beri kekenyang dan memberi status pada sesetengah golongan. Orang bercakap, di rumah Peah itu hanya hidang biskut dan kopi, padahal rumah si Joyah tu hidangkan nasi hujan panas lauk kurma daging dan ayam masak merah. Lebih kecewa kalau si peah tu hidang biskut kerana Peah pernah kecewa kerana kita pernah berebut bekas suaminya yang sangat kita cintai. Kita tak sedar bahawa si Joyah tu tengah aim anak lelaki kita yang baru umur 18 tahun yang ada muka iras bintang KPop!

Kadang-kadang kita pun merenung juga.. Dari mana datangnya 'gen dan kromosom' anak lelaki kita yang macam bintang KPop tu... :-)


Posted via DraftCraft app

Sunday, August 26, 2012

INI AGENDA JAHAT UMNO!

Syurga bukan jaminan! Tapi Neraka itu macam sudah pasti! Saya tidak mengubah walau sepatah huruf pun!

Published with Blogger-droid v2.0.6

SIAPA PENGGANTI TOK GURU!

Ulasan saya berdasarkan bacaan saya buku Dr Mujahid Yusof Rawa, Rejuvenasi PAS. Menurut buku tersebut, isu siapa pengganti jadi bualan di Kelantan. Bagi saya itu sangat kurang sopan walaupun memang benar berlaku. Dah jadi 'Tiga Abdul' pula, kerana wujudnya pula 'kem' yang di katakan menyebelahi pihak tertentu. Lebih menarik apabila di kaitkan dengan isu pembalakkan.

Dua kem yang menarik dan berkonflik, Kem Dato Paduka Husam Musa dan Kem Nik Abduh. Dua kem yang di katakan mempunyai kekuatan kewangan, pengaruh dan ketokohan. Cuma status menantu CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan Berhad itu saya tak pasti pula 'menyebelahi' siapa.

Apabila wujudnya catatan bahawa Dato Paduka Husam tidak menyebelahi Tok Guru, ada yang anggap ada 'habuan' yang terlibat. Malah ada juga cerita bagaimana 'ketegasan' Dato Husam Musa menolak permohonan balak dalam mesyuarat exco. Tetapi dikatakan ada proksi beliau dan duit yang digunakan untuk menonjolkan dirinya sebagai pengganti Menteri Besar Kelantan.

Yang sangat menarik lagi, kedua-dua kem ini mula terbentuk di negeri lain di luar Kelantan. Kerana ini saya telah nyatakan berulang kali. Ini semua berlaku kerana PAS mula meniru perjuangan UMNO! Bukan lagi kerana 'Islam dan Ketuanan Melayu' di awal penubuhan PAS itu lagi dan PAS baru sedar setelah 57 tahun.

Posted via DraftCraft app

Friday, August 24, 2012

HAK UNTUK BERDAKWAH

Orang bukan Islam juga menikmati hak ini, iaitu hak untuk meyakinkan orang Islam tentang pandangannya. Dua sebab boleh menunjukkan dan menguatkan hak orang bukan Islam ini dalam Islam.

Pertama, proses dakwah adalah hubungan dua hala; proses berhujah dan membalas hujah. Ia tidak boleh berlaku kecuali dalam satu dialog bebas di antara dua orang atau pihak. Keyakinan begini terhasil daripada proses dialetik bukan merupakan tujuan Islam.

Keyakinan dengan cara ini menganggap manusia adalah kertas putih (tabula rasa) yang dibentuk oleh guru dan ianya tidak benar. Jenis pengetahuan yang di persoalkan disini tidak sesuai kecuali yang mencungkil beberapa tindak balas dan menghasilkan beberapa perubahan dalam pengubahan subjek.

Kedua, ianya hanya menjadi baik sekiranya orang Islam dibenarkan untuk berdakwah dan orang bukan Islam juga diberikan hak yang sama. Hak bertimbal balik itu tidak akan mengalami penyalahgunaan oleh sebarang pihak kerana ianya sama dimiliki oleh mereka disebabkan kemanusiaan mereka. Ianya tidak boleh dipertikaikan bahawa orang bukan Islam mungkin tidak berdakwah kepada orang Islam.

Orang Islam dianggap mengetahui tentang kebenaran paling berharga yang dimiliki mereka. Sekiranya mereka tidak berupaya menolak dakwah orang bukan Islam, tugas mereka adalah menetapkan diri dalam agama mereka atau sekurang-kurangnya dengan meminta nasihat daripada orang yang berilmu dalam agama mereka.

Sekiranya mereka keluar dari Islam disebabkan dakwah orang bukan Islam, kelemahan pada ilmu dan iman merekalah yang perlu dipersalahkan. Islam tidak meminta mereka dilindungi oleh orang yang jahil, tetapi mereka mereka perlu mengajar dan menjadikan mereka berilmu.

Diperingkat mana sekalipun, dengan kemajuan moden dalam teknologi komunikasi, tiada perlindungan sebegitu atau pengasingan boleh dilakukan. Hujah lawan akan sampai pada mereka dengan apa cara sekalipun, dan perlindungan yang ada untuk mempertahankan daripada hujah ialah hujah yang lebih baik, sahih dan benar.

Apa yang perlu ditakutkan dari pelaksanaan hak bukan Islam ini ialah hasutan atau pengkianatan terhadap negara Islam, atau ummah Islam secara keseluruhannya.

Tetapi penyampaian yang jujur daripada pihak mana sekalipun, mesti dibenarkan untuk diteruskan tanpa membiarkan atau dihalang oleh sebarang sumber.

Posted via DraftCraft app

Thursday, August 23, 2012

HAK BUKAN ISLAM

Sebagaimana apa jua perbentangan tesis secara teori, penerangan mengenai Islam kepada orang bukan Islam boleh menggunakan semua bukti yang ada ; tetapi ia tidak boleh lebih daripada hanya membentangkannya. Kepada orang yang terlalu bersemangat dan mengambil penolakkan manusia daripada menerima dakwah ke dalam hati, atau sesiapa yang cuba melepasi batas dalam mengemuka kan kebenaran mengenai Islam , AlQuran memberi amaran:

" Jika tuhan kamu menghendaki nescaya berimanlah sekelian manusia yang ada dibumi (tetapi tidak dilakukanNya). Maka patutkah engkau pula hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang yang beriman? "

" Wahai sekelian manusia! Datang kepada kamu kebenaran (AlQuran) dari tuhan kamu. Oleh itu, sesiapa yang mendapat hidayah petunjuk (beriman kepadanya), maka faedah hidayah petunjuk itu terpulang kepada dirinya sendiri; dan sesiapa yang sesat (mengingkarinya), maka bahaya kesesatannya itu tertimpa keatas dirinya sendiri.." (Yunus 10:99, 108)

Keadaan Islam yang sebegini adalah amat neutral. Untuk menggangu proses yang melibatkan perkara intelek dengan membawa dan melihat apa yang lebih dari hujah boleh merosakkan proses itu. Gangguan seperti itu mengandungi ancaman kepada penyatuan dan kesahihan manusia. Tambahan pula, suatu keputusan yang di ambil melalui paksaan, suapan atau gangguan yang lain bukan merupakan keputusan yang dibuat. Iaitu ianya berlaku bukan disebabkan kehendak sendiri dan dianggap tidak bermoral. Kedua-dua pihak yang terlibat dalam keputusan itu dan pendakwah yang 'menolongnya' kepada keputusan itu melalui jalan yang tidak sah patut dibalas dengan azab neraka. Dari pandangan Syariah, keputusan untuk memeluk Islam itu tidak sah dan batal kepada subjek dan suatu jenayah yang boleh di dakwa kepada pendakwah sebagai penyampai.

Posted via DraftCraft app

NURUL IZZAH & LAMPU ALADIN!

Saya mula sedar, YB Nurul Izzah sangat selesa berada dalam parlimen dan menjadi sebahagian dari kerajaan BN. Antara YB PKR yang saya suka! Perkataan dari mulutnya sentiasa teratur dan menunjukan bahawa beliau bersungguh dalam setiap pengucapannya. Saya percaya ramai juga beranggapan begitu.

Sejauh mana beliau membantu rakyat di kawasannya? Saya harus akur, beliau berjaya menambat hati pengundinya juga.

Cuma apabila beliau bercakap hal yang berkaitan dasar PKR, dasar Pakatan Rakyat, timbul lah pembohongannya terhadap isu semasa dan hal kerajaan yang lain. Kemampuan memberi rumah percuma atau apa sahaja yang percuma itu umpama beliau memiliki lampu ajaib Aladin! Mungkin juga mereka sekeluarga adalah keturunan Aladin! Siapa tahu!

Wednesday, August 22, 2012

PAS YANG TIDAK MODEN!



Saya masih tidak menerima perjuangan Islam PAS! Bukan kerana saya tak cukup islam atau terlebih islam, tapi sangat tidak kena dengan prinsip-prinsip asas islam itu sendiri.

Dari Presiden hingga kepada ahli yang paling bawah, saya tidak pernah dengar sepatah ayat pun yang baik berkaitan kerajaan, umno atau BN. Mustahil kerajaan BN, umno dan seluruh ahlinya adalah ahli neraka!

Adakah islam dalam umno tidak diterima pakai oleh PAS? Pembangunan dan perkembangan ekonomi dalam negara juga sering di persenda dan salah ertikan dengan kezaliman dan pembaziran. Adakah pembangunan dan kekayaan yang wujud dalam negara ini merupakan sumber yang tidak sah atau halal dari segi hukum syarak?

Asasnya agama islam pada PAS adalah apa sebenarnya? Perjuangan politik PAS itu adalah perjuangan agama islam? Dalam rupabentuk yang sebagaimana? Siri ceramah, kutipan derma, memburukkan pemimpin dan mengkafirkan islam lain itu adalah islam cara PAS? Mustahil itu adalah islam yang dari alquran atau sunnah.

Ekonomi yang di bentuk oleh kerajaan Islam PAS? Corak atau perniagaan yang sebagaimana di cadangkan oleh PAS dalam membantu golongan islam yang lain? Terutama dalam pembahagian keperluan fakir miskin, asnaf dan kumpulan fisabillilah dan lain? Bentuk simpanan perbendaharaan yang wujud dalam islam PAS?

Saya pernah syorkan kepada Pemuda PAS agar mewujudkan Yayasan PAS yang kukuh! Membina sekolah dan universiti. Menyediakan kemudahan pembelajaran yang bersesuaian. Bukan membentuk kumpulan militan yang menentang kerajaan / bangsa islam sendiri. Dengan terbentuknya yayasan tersebut, PAS bukan sahaja akan menjadi islam dengan falsafahnya, malah akan mempunyai 'tentera islam' yang akan menawan dunia! Memiliki cerdik pandai islam dalam semua bidang adalah maksud islam yang moden dan universal! Bukan sekadar mengadap kiblat yang sama, tetapi memiliki hala tuju islam yang lebih baik berbanding islam yang ada dalam PAS itu sendiri!

Itu berlaku hari ini. PAS masih tidak berubah! Kekal dengan islam yang salah! Islam yang tidak langsung membuka tafsiran dan takrif yang moden dan boleh diguna pakai oleh bangsa lain, agama lain. Tiada istilah arab! Tapi keterbukaan islam kepada agama lain adalah tuntutan sejak wujudnya agama islam.

Posted via DraftCraft app

Thursday, August 16, 2012

AKTA IBUKOTA PERSEKUTUAN 1960 : KUASA DATO BANDAR

BAHAGIAN III
PERUNTUKAN-PERUNTUKAN PERALIHAN

(pindahmilik harta,dsb)
17. (1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan seksyen ini dan apa-apa arahan Yang di-Pertuan Agong, semua harta dan aset yang sebelum sahaja mula berkuatkuasa Akta ini adalah terletakhak pada Ahlimajlis-ahlimajlis Perbandaran Kuala Lumpur atau pada seseorang bagi pihak Ahlimajlis-ahlimajlis itu hendaklah apabila mula berkuatkuasanya Akta ini terletakhak pada Dato Bandar.

(2) Semua tanah yang sebelum sahaja mula berkuatkuasanya Akta ini telah terletakhak pada atau direzabkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubung dengan jagaan tanah bagi maksud Ahlimajlis-ahlimajlis Perbandaran Kuala Lumpur hendaklah, apabila mula berkuasakuasanya Akta ini, terletakhak pada atau di sifatkan sebagai direzabkan, mengikut mana yang berkenaan, bagi maksud Dato Bandar.

(kontrek-kontrek dan pembicaraan sedia ada)
18. (1) Tertakluk kepada Bahagian ini, semua suratikatan, bon, perjanjian, suratcara dan perkiraan kerja yang sedia ada sebelum sahaja mula berkuatkuasanya Akta ini dan yang menyentuh mana-mana harta yang dipindahmilik di bawah seksyen 17 hendaklah berkuatkuasa dan berkesan sepenuhnya terhadap atau untuk Dato Bandar, dan boleh dikuatkuasakan dengan sepenuhnya dan dengan berkesan seolah-olah sebagai ganti Ahlimajlis-ahlimajlis Perbandaran Kuala Lumpur, atau mana-mana orang yang bertindak bagi Ahlimajlis-ahlimajlis itu, Dato Bandar telah dinamakan dalamnya atau telah menjadi suatu pihak kepadanya.

(2) Tertakluk kepada Akta ini, apa-apa perbicaraan atau alasan tindakan yang belum selesai atau yang sedia ada sebelum sahaja mula berkuatkuasanya Akta ini oleh atau terhadap Ahlimajlis-ahlimajlis Perbandaran Kuala Lumpur atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Ahlimajlis-ahlimajlis itu boleh diteruskan atau dibawa oleh atau terhadap Ahlimajlis-ahlimajlis Kuala Lumpur atau orang itu jika Akta ini tidak dikanunkan.

(penerusan perjanjian-perjanjian perkhidmatan, dsb)
19. Tiap-tiap yang sebelum sahaja mula berkuatkuasanya Akta ini telah diambilbekerja oleh Ahlimajlis-ahlimajlis Perbandaran Kuala Lumpur hendaklah apabila berkuatkuasanya Akta ini disifatkan sebagai ditukarkan ke perkhidmatan Dato Bandar atas had-had dan syarat-syarat perkhidmatan sebagaimana yang terdapat sebelum berkuatkuasanya Akta ini.

(kuasa-kuasa berkenaan dengan ordinan perbandaran PTM 3/48)
20. Semua kuasa yang diberi kepada Raja dalam Mesyuarat Negeri Selangor oleh seksyen 3 Ordinan Perbandaran (Pemakaian Diperluaskan) 1948, hendaklah berkenaan dengan Bandaraya, disifatkan sebagai diberi, apabila dan selepas mula berkuatkuasanya Akta ini, kepada yang di-Pertuan Agong.

(pemansuhan 52/50) sel.PW 194/50
21. (1) Apabila mula berkuatkuasa Ak ta ini, Bahagian-bahagian I & II Ordinan Pilihanraya Pihakberkuasa Tempatan, 1950, hendaklah terhenti dipakai bagi Bandaraya, dan apa-apa perintah yang masih berkuatkuasa pada masa itu dibawah seksyen 52 Ordinan tersebut berkenaan dengan Bandaraya hendaklah dengan ini tamat.

(2) Perlembagaan Perbandaran Kuala Lumpur yang diisytiharkan di bawah seksyen 4 Ordinan Pilihanraya Pihakberkuasa Tempatan, 1950, sebagaimana dipinda dari semasa ke semasa, adalah dengan ini di mansuhkan , dan seseorang yang sebelum sahaja mula berkuatkuasanya Akta ini adalah Yang Dipertua atau seorang Ahlimajlis bagi majlis yang ditubuhkan dibawah Ordinan Perbandaran dan Perlembagaan tersebut hendaklah apabila mula berkuatkuasanya Akta ini terhenti menjadi Yang Dipertua atau Ahlimajlis tersebut, mengikut mana yang berkenaan.

(32) tahun 1958
(3) Ordinan Ibu Kota Persekutuan ( Pilihanraya Perbandaran) , 1958, adalah dengan ini di mansuhkan.

Posted via DraftCraft app

Friday, August 10, 2012

BILA UMNO JADI REBUTAN

Orang berlumba jadi orang umno, mahu jadi orang kerajaan, mahu jadi pemerintah, mahu mencari dan buat kekayaan.

Manakala orang lama umno berebut cari pengaruh agar jasa mereka tak dilupakan. Orang muda sibuk dengan transformasi kononnya mahu bawa perubahan. Padahal ayat transformasi itu hanya ayat / istilah baru. Sejak wujud umno, suara orang muda sentiasa jadi 'bisa' yang mengancam negara. Lihat dan bacalah sejarah umno.

Ada yang kecewa dan membentuk parti lain dan cuba berjuang dengan aliran lain. Tapi sama kah dengan umno? Hari ini parti PAS sangat berbangga jika orang umno masuk parti mereka. Kerana mereka tahu kualiti orang bagaimana. Orang umno memang sentiasa hebat walau apa parti mereka sertai. Walaupun hebat yang boleh melingkupkan mereka sendiri.

Sama sekali minta jauhkan diri dari mereka yang mengaku umno tanpa tahu asal usul. Umno rosak kerana mereka. Berada dalam umno, tapi hanya mahu mengekalkan kekayaan dan kesejahteraan ahli keluarga. Lihat sendiri, bukan saya bergurau. Jika benar mereka usahawan berjaya, mengapa nak habiskan di meja politik?

Hati-hati dengan mereka ini, sentiasa ingat bahawa umno tak akan rosak di tangan musuhnya, tapi akan rosak kerana ahlinya sendiri..

Posted via DraftCraft app

HATI ORANG UMNO

Jika 25 tahun lalu, saya lihat umno dan politik itu sangat berlawanan dengan cara hidup. Hubungan antara masyarakat dan jiran tetangga. Hubungan dengan bangsa dan agama lain yang sentiasa akrab bagai aur dengan tebing.

Seorang cina boleh singgah mana-mana rumah untuk tumpang minum atau makan. Imej seorang cina di kampung saya dengan seluar khakis 'katok, tshirt pagoda. Basikal palang berbakul jual ikan dengan dacing tembaga. Atau bertindak sebagai penjual ayam atau peraih buah. Lebih tepat gambaran seperti dalam filem Tan Sri P. Ramlee, watak apek dalam Sarjan Hassan atau apek dalam Seniman Bujang Lapok. Tapi bukan apek dalam Madu Tiga yang mati pun kena pegang bendera.

Mengapa cara hidup orang umno berubah? Kerana perubahan zaman? Atau kerana wawasan 2020 yang mahu menjadikan kita menjadi negara maju?

Bagaimana umno boleh di benci? Kerana pemimpin umno semakin kaya? Kerana orang umno pandai berniaga? Kerana orang umno memberi peluang kepada bangsa lain mencari kemewahan dan kekayaan di negara ini?

Atau umno di benci kerana tidak menerima seorang peliwat jadi perdana menteri, maka rakyat boleh merusuh dan membentuk parti politik?

Cuba tanya diri sendiri pula, antara orang umno dan bangsa lain, apakah bentuk permusuhan yang mereka alami? Mengapa mereka bermusuh? Kerana slogan hari kebangsaan, atau jumlah duit yang di habiskan oleh seorang perdana menteri demi mentadbir negara?

Posted via DraftCraft app

KAMI BENCI UMNO

Saya juga membenci. Terutama yang hanya fikir mereka sudah lama 'umno' untuk berjuang mempertahankan nasib bangsa dan negara.

Berada dalam umno jika hanya sebagai penjilat atau mahu menang bergaya, lebih baik jangan menyusahkan orang lain.

Saya tak hadir kemajlis makan-makan atau untuk menerima wang saguhati hanya kerana saya memiliki kemeja atau tshirt umno.

Saya pilih untuk tidak menyerang mana-mana individu yang saya rasakan tidak memberi impak kepada pembangunan sahsiah bangsa dan agama. Itu muktamad. Tapi pasti saya menyerang sesiapa sahaja yang hanya mementingkan diri sendiri dengan helah yang tidak dapat di tafsirkan. Kerana makanan buaya adalah bangkai, maka buaya tidak akan menolak bangkai. Itu istilahnya.

Saya tak pandai berbahasa, saya tidak pandai bermadah berhelah. Jika benar di hati saya, itu lah kebenaran. Jika salah di mata saya, itulah kejahatan yang sedaya upaya saya hindarkan dati menguasai diri.

Nilai pangkah saya di kertas undi adalah sama nilai pangkah seorang perdana menteri sekalipun. Tapi bagaimana nak menyakinkan orang lain bahawa kita pilih dan mengundi orang yang salah?

Posted via DraftCraft app

Tuesday, July 24, 2012

AGAMA ATAU POLITIK?

Sejak dulu saya memang sedar bahawa agama itu sentiasa jadi perbalahan dalam politik dan masyarakat. Siapa lebih alim, siapa lebih amal, siapa lebih bersedekah dan siapa yang zuhud.

Tapi benarkah itu yang kita pelajari dalam memahirkan diri dengan ilmu agama?

PAS sedaya upaya sedang cuba jadi UMNO! Baru mahu bekerjasama dengan bangsa dan agama lain. Ketika PAS keluar UMNO dahulu? Bukankah mereka mengkafirkan orang UMNO kerana bekerjasama dengan bukan islam?

Orang muda UMNO pula mahu orang agama meneraju UMNO sebagai sayap kanan parti. Tidakkah pelik jika UMNO pula cuba jadi PAS? Sedangkan UMNO sejak dahulu 'simpan' serban dan kopiah apabila keluar masjid, hanya bertemu dan mengadap tuhan atas kapasiti individu. Orang UMNO sejak dulu berhubung dengan tuhan atas sifat peribadi dan sulit menyembah tuhan yang ESA.

Orang UMNO menghulur salam kepada bukan islam sejak awal penubuhannya lagi. Mengapa islam orang UMNO di ragui? Kerana orang UMNO cuba pakai suit dan 'coat' bertali leher berhubungan dengan bangsa dan agama lain seluruh dunia? Maka orang PAS anggap orang UMNO kafir?

Hebatnya UMNO kerana pegangan agamanya, bangsanya dan negara malaysia ini. Bukan kerana taksub kepada ketua bahagian, ketua cawangan, ketua wanita, ketua pemuda atau ketua puterinya. Kita semua sedar bahawa tempoh yang panjang ini bukan hanya kerana seorang ahli agama, seorang individu atau seorang Perdana Menteri.

Yang masih mengukuhkan UMNO adalah kerana kesepakatan yang wujud dalam bangsa melayu itu sendiri. Manakala bangsa melayu yang kecewa pula cuba merosakkan dengan segala perbuatan. Tapi harus ingat, sepanjang tempoh itu UMNO masih kekal dengan perjuangannya. Masih berusaha memimpin generasi lain sebagai pelapis pemerintahan negara.

Cari sepotong ayat yang boleh membuktikan bahawa saya berbohong berkaitan UMNO. Atau cuba melihat mereka yang memang sengaja mencari kesalahan sesama sendiri? Tanpa mahu menerima bahawa perjuangan yang UMNO bawa ini benar-benar menyeleweng dari Islam dan menghapuskan sendiri entiti bangsa lain sebagai skala kejayaan negara.

Ada bangsa yang pupus di negara ini? Agama yang di larang sama sekali ajarannya? Cuba lihat sendiri pertambahan bangsa lain dalam negara? Dimana pendirian kita apabila berada di negara lain? Adakah mereka & negara lain lebih Islam dari kita?



Saturday, June 09, 2012

TAHU DIRI

Tahu diri dalam bahasa arab 'tawadu'. Ertinya kita insaf dimana kedudukan kita yang sebenarnya, sehingga tidak lebih ke atas daripada tempat kita yang sebenarnya dan tidak pula di bawah. Jadi bukanlah merendah diri, sebagaimana kerap kali orang salah mengertikannya.

Orang yang mengangkat dirinya lebih daripada semestinya membesar-besarkan diri, tidak tahu mengaku tahu dan sebagainya, nescaya dalam waktu yang tidak berapa lama akan kelihatan kebodohan atau kelemahannya.

Tak usah kita memukul canang menunjukkan diri, kerana 'manikam' tulen akan dapat di kenal oleh 'jauhari'. Emas lancung tiada perlu di sepuh, kilat tembaga akan kelihatan juga. Manusia serupa belaka. Kelebihan yang akan di dapat hanyalah kerana bekas. Lebih baik serupa orang mengaji, mulai dari bawah, dari alif. Agar kelak beransur-ansur kepada huruf lain. Buruk amat kalau di mulai dari atas kerana terpaksa turun juga.

Tahu diri bukan ertinya membuat diri menjadi hina, segan-segan, menyisih-nyisih, hingga timbul takut bergaul, atau kaku dan canggung. Bukan! Sebab hal yang sangat berbahaya, harus dibuang jauh-jauh. Orang yang pandai memyesuaikan diri , ialah yang tahu dimana tempat duduknya. Dia tahu apa ada padanya dan mana dia kurang. Bagaimana pun jua masyhurnya dan besar seseorang , namun "segala tahu" tidaklah ada.

Orang "segala tahu" sangatlah menjemukan.

MENCARI NAMA!

Salah satu daripada perangai kegila-gilaan di zaman kita ini, ialah mencari nama dan kemasyhuran. Kalau orang suka menyelidiki, jarang sekali orang yang terlepas daripada penyakit keanak-anakkan ini, sehingga agaknya mereka sangka bahawa ketenangan dan berdiam diri itu suatu malu yang tidak dapat dipupuskan.

Sebab itu mereka berlumba, berkejar-kejar sehabis daya upaya menyatakan diri dan iklannya ke muka umum. Segala tipu daya, segala ikhtiar dan usaha, dicari, diusahakan, supaya nama di sebut orang. Mereka semuanya seakan-akan orang binggung, bersorak setinggi langgit, serupa penumpang perahu yang tenggelam layaknya, terdampar kepada sebuah pulau, lalu di garangnya api, di kipas-kipasnya kain kepada kapal yang lalu lintas, supaya penumpang kapal itu tahu bahawa dia ada dalam pulau tersebut.

Yang herannya, penyakit mencari nama itu bukan sahaja menyerang kepada orang-orang yang suntuk akal, makhluk 'kelas tiga' di dalam masyarakat. Bukan sahaja verkooper berkeliling yang mengagungkan jualannya, menyatakan kejempolannya. Bukan sahaja tukang-tukang jual 'obral' atau penjaja-penjaja ubat yang 'berlesing' di tepi jalan menyatakan ubtnya yang paling manjur dari segala macam ubat di atas dunia ini, sehingga dokter sendiri berkali-kali kalah di buatnya.

Bahkan, yang lebih menyedihkan hati, penyakit ini lebih hebat menyerang orang-orang yang tidak di sangka begitu, iaitu sebagai penganjur-penganjur pergerakan politik, yang datang ke dusun-dusun menyatakan kepada rakyat, bahawa dialah pemimpin yang tulen, sedangkan yang lain itu palsu. Dialah yang bekerja guna rakyat, sedangkan yang lainnya itu hanya guna 'kantungnya'.

SIAPA PEJUANG?

Seorang ibu menyusukan anaknya dengan segala kejujuran. Dia tidak meminta upah daripada anaknya. Tetapi seorang anak yang cukup kemanusiaannya, dengan sendirinya merasa bahawa dia wajib membalas jasa ibunya dan ayahnya.

Seorang lelaki sejati yang terkemuka dalam masyarakat bangsanya, akan terus memimpin bangsa itu dengan segala daya upayanya. Dinyatakan fikiran-fikirannya yang beerti, yang akan berguna bagi mereka.

Kadang-kadang fikiran itu di terima orang dan kadang-kadang orang tolak. Dia akan bekerja juga, walau upahnya hanya dicebir orang.

Seorang satria belerja keras membela tanahairnya, siang dan malam, pagi dan petang, tiada mengenal bosan payah. Upahnya hanya di buang, di denda, di asingkan dari kaum kelaurganya, bahkan ada juga yang di bunuh.

Friday, June 08, 2012

PEMIKIRAN YANG BEBAS ATAU IDEA BARU?

Apa lagi yang mahu di buktikan? Memang sejak dulu, generasi muda sentiasa mahukan kebebasan dalam mengadaptasi, mengenengahkan idea baru dan cuba memulakan prinsip pemikiran yang baru. Padahal sejak wujudnya manusia, se awal Nabi Adam a.s. dan, anak-anaknya Habil juga Qabil, telah membuktikan bahawa manusia itu tak kira muda atau tua atau apa status pun. Kejahatan sentiasa menang dalam diri manusia. Sejauh mana kritis atau puitis seorang yang berlabelkan manusia itu adalah tidak terpelihara dengan kisah dan tauladan. Hari ini perbuatan baik di sangka buruk, mungkin juga perbuatan buruk di sangka baik.

'Niat buruk, jahat prasangka' itu adalah biasa dan normal dalam pemikiran manusia. Tambahan pula dengan perbuatan atau perlakuan bagi melengkapi niat tersebut. Maka kejadian demi kejadian akan terus berlaku.

Apakah pembuatan 'mematikan' anak dalam kandungan seorang ibu muda itu lebih baik kerana ingin menyelamatkan nyawa ibu muda tersebut? Semestinya kerana sebab dan alasan yang baik jika bayi itu mempunyai kompilasi yang bakal memudaratkan nyawa kedua beranak tersebut. Itu contoh dalam konteks sains. Pernah dengar contoh dalam agama? Bagaimana seorang islam itu mengaku kafir dan tidak islam hanya kerana hukuman mati yang bakal di terimanya? Kisah para sahabat nabi muhammad saw yang merampas dan membahagikan sesama mereka harta rampasan perang?

Hari ini jika kerajaan negeri berpakat membahagikan harta negeri dengan niat mengembangkan agama islam, adakah kita akan percaya?

Atau, para pembesar negeri menerangkan bahawa ada jalan besar yang bakal di bina dan memerlukan duit kutipan derma bagi membangunkan lebuhraya tersebut? Sahih? Boleh terima?

Atau, mungkin kerajaan pusat memerlukan buruh paksa untuk di hantar keluar negara untuk membina landasan keretapi di luar negara dulu adalah cara menguruskan negara yang betul?

Hari ini siapa yang betul? Saya? Anda? Atau kita tunggu apa mimpi kita malam nanti? Atau kita biar islam itu menentukan bahagian syurga mana yang kita boleh pilih apabila kita mati kelak..


Monday, June 04, 2012

SIAPA LEBIH BENAR?

Yang berlaku kepada BN atau UMNO itu semua adalah perkara yang di benci dan di larang tuhan. Tetapi yang berlaku kepada PKR, PAS itu pula adalah fitnah segalanya.

Sedaya upaya masing-masing cuba menyembunyikan kesalahan. Diam bila terkena ke atas hidung sendiri. Pukul canang bila kena kepada orang lain.

Kalau bukan kerana politik pun, manusia memang sebegitu. Termasuk juga urusan mengadap tuhan. Akan berjemaah bila imam itu adalah sama parti dengannya. Mengelak sebarang program pengajian atau kisah masjid kalau bukan dalam parti yang sama.

Yang berlaku dalam senario politik hari ini? Siapa lebih islam? Yang mengaku partinya lebih islam? Atau yang cuba mengamalkan ajaran islam itu sendiri?

Bahasa kasarnya, jika kita sembahyang adakah kita lebih islam dan lebih baik dari orang islam lain? Yang menjadikan kita lebih baik itu adalah kerana agama?

Siapa pula kita yang menuding jari kearah orang lain tanpa sedar kita juga di tuding orang!

Hanya satu panduan saya, jika saya ingin melihat manusia lain, saya lihat hubungannya dengan tuhan. Jika hubungan dengan manusia dan masyarakatnya pun seorang manusia itu tak boleh tampak baik, agak-agak hubungan mereka dengan tuhan itu adalah lebih baik?

Hubungan manusia antara manusia, hubungan manusia dengan tuhan. Tapi jika hubungan nya dengan tuhan adalah hebat, masakan hubungannya dengan manusia lain tidak baik? Pasti ada yang tak kena jika berlaku sebaliknya pula.








I blog with BE Write

Sunday, June 03, 2012

PIAGAM MADINAH

Fasal 1
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Penyayang : Inilah kitab (Piagam Bertulis) daripada Nabi Muhammad, pesuruh Allah bagi orang-orang yang beriman dan orang-orang yang memeluk Islam dari Quraisy dengan penduduk Yathrib dan orang-orang yang bersama mereka lalu masuk ke dalam golongan mereka dan berjuang bersama-sama mereka.

Fasal 2
Bahawa mereka adalah satu umat (bangsa) berbeza dari manusia-manusia lain.

Fasal 3
Golongan Muhajirin dari Quraisy tetaplah di atas pegangan lama mereka : mereka saling tanggung-menanggung membayar dan menerima diyat (wang tebusan) di antara sesama mereka dalam mana mereka menebus sesiapa yang tertawan dengan cara berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang beriman.

Fasal 4
Bani Auf (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka dalam mana mereka bersama-sama tanggung-menanggung membayar serta menerima wang tebusan seperti dulu; dan setiap taifah (golongan) tetaplah menebus sesiapa yang tertawan dari kalangan mereka sendiri dengan cara berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.

Fasal 5
Bani al-Harith (dari Yathrib – Madinah) bin al-Khazraj tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebusan darah seperti dulu, dan tia-tiap puak dari (Suku Khazraj) hendaklah membayar wang tebusandarah mereka sendiri dengan adil dan berkebajikan di kalangan orang-orang yang beriman.

Fasal 6
Bani Saidah (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebusan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.

Fasal 7
Bani Jusyam (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.

Fasal 8
Banu al-Najjar (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.

Fasal 9
Bani Amru bin Auf tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.

Fasal 10
Bani al-Nabiet (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.

Fasal 11
Bani Aus (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.

Fasal 12
Bahawa orang-orang yang beriman tidaklah boleh membiarkan sebarang masalah di antara mereka sendiri bahkan mestilah sama-sama bertanggungjawab memberi sumbangan, dengan berkebajikan untuk menbayar wang tebusan darah dengan adil.

Fasal 12-b
Hendaklah seseorang yang beriman itu tidak membuat apa-apa perjanjian dengan orang yang di bawah kawalan seseorang yang beriman yang lain dengan tidak mendapat persetujuan terlebih dahulu.

Fasal 13
Bahawa orang-orang beriman lagi bertaqwa hendaklah menentang sesiapa yang membuat kesalahan, melanggar kesusilaan, melakukan kezaliman atau dosa atau perseteruan atau kerosakan di kalangan orang-orang beriman, dan mereka hendaklah bersatu bersama-sama menentang orang tersebut walaupun jika orang itu anak kepada salah seorang dari mereka.

Fasal 14
Tidak sayugianya seseorang mukmin itu membunuh seorang mukmin lain kerana seorang kafir, tidak sayugianya ia menolong mana-mana kafir terhadap seseorang mukmin.

Fasal 15
Bahawa jaminan Allah itu adalah satu dan sama; ia melindungi nasib orang yang lemah dari perbuatan mereka; dan bahawa orang-orang Mukmin hendaklah salinh menjamin sesama sendiri terhadap (gangguan) orang lain.

Fasal 16
Bahawa orang-orang Yahudi yang menyertai kita hendaklah mendapatkan pertolongan dan pimpinan dengan tidak menzalimi dan tidak boleh ada pakatan tidak baik terhadap mereka.

Fasal 17
Bahawa perdamaian orang-orang mukmin itu adalah satu dan sama, oleh itu tidak boleh dibuat perjanjian dengan mana-mana orang mukmin tanpa diturut serta oleh mukmin yang lain dalam sesuatu perang pada jalan Allah, melainkan dengan dasar persamaan dan keadilan di kalangan mereka.

Fasal 18
Bahawa setiap serangan kita hendaklah dikira sebagai serangan terhadap semua, oleh itu hendaklah disilihgantikan tenaga menentangnya.

Fasal 19
Bahawa orang mukmin hendaklah saling membela sesama mereka atas setiap darah yang tumpah pada jalan Allah.

Fasal 20
Bahawa orang-orang mukmin lagi bertaqwa hendaklah teguh di atas sebaik-baik petunjuk dan seteguh-teguhnya.

Fasal 20-b
Nahawa tidak boleh mana-mana orang musyrik melindungi harta orang-orang Quraisy dan tidak juga nyawa mereka dan tidak boleh menghalang orang mukmin (akan haknya)

Fasal 21
Barangsiapa membunuh dengan sewenang-wenangnya akan seorang mukmin dengan tidak ada bukti yang cukup hendaklah dihukum bunuh balas kecuali dipersetuji oleh wali yang kena bunuh menerima ganti darah. Semua orang mukmin hendaklah bersatu suara mengutuk perbuatan itu, bahkan tidak harus bagi mereka menegakkan terhadapnya.

Fasal 22
Bahawa tidak harus bagi mana-mana orang mukmin yang mengakui isi kandungan Piagam ini, dan percaya Allah dan Hari Kemudian, menolong mana-mana orang yang mencabul ataupun melindungi orang itu. Barangsiapa menolong orang itu maka keatasnya laknat Allah dan kemurkaanNya pada hari Kiamat kelak, dan tidak akan diterima darinya sebarang tebusan dan tidak juga sebarang taubat.

Fasal 23
Berbalah walau bagaimanapun kamu dalam sesuatu perkara hendaklah merujukkan perkara itu kepada Allah dan Nabi Muhammad.

Fasal 24
Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah turut serta membelanja sama-sama dengan orang-orang mukmin selama mana mereka itu berperang

Fasal 25
Bahawa kaum Yahudi dari Bani Auf adalah satu ummah bersama orang-orang mukmin, mereka bebas dengan agama mereka sendiri (Yahudi) dan orang Islam dengan agama mereka (Islam), begitu juga orang-orang yang sekutu mereka dan begitu juga diri mereka sendiri, melainkan sesiapa yang zalim dan berbuat dosa maka hal itu tidak akan menimpa melainkan dirinya dan keluarganya sendiri

Fasal 26
Yahudi Bani al-Najjar (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.

Fasal 27
Yahudi Bani al-Harith (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.

Fasal 28
Yahudi Bani al-Saidah (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.

Fasal 29
Yahudi Bani Jusyaim (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.

Fasal 30
Yahudi Bani al-Aus (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.

Fasal 31
Yahudi Bani Tha’alabah (diperlakukan sama dengan Yahudi Bani Auf, kecuali orang-orang zalim dan orang yang berbuat dosa maka hal itu tidak akan menimpa melainkan diri dan keluarganya sendiri.

Fasal 32
Bahawa suku Jafnah yang bertalian keturunan dengan Yahudi Tha’alabah (diperlakukan) sama dengan mereka itu (Bani Tha’alabah)

Fasal 33
Bani Shutaibah (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf, dan sikap yang baik hendaklah membendung segala kejahatan.

Fasal 34
Bahawa orang-orang yang bersekutu dengan Yahudi Bani Tha’alabah (diperlakukan) sama dengan mereka itu.

Fasal 35
Bahawa para pegawai kepada orang-orang Yahudi (diperlakukan) sama dengan orang-orang Yahudi itu sendiri.

Fasal 36
Tiada seorang pun yang menyertai Piagam ini boleh menarik diri keluar dari pakatan mereka melainkan dengan persetujuan dari (Nabi) Muhammad.

Fasal 36-b
Tidak boleh disekat dari membuat kelukaan yang dilakukan oleh mana-mana orang ke atas dirinya, barang siapa membuat kejahatan maka balasannya adalah dirinya dan keluarganya kecuali orang yang dizalimi dan bahawa Allah akan melindungi orang yang menghormati piagam ini.

Fasal 37
Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah menbiayai negara seperti mana orang-orang mukmin juga hendaklah membiayai negara; dan hendaklah mereka sama0sama tolong-menolong menentang sesiapa jua yang memerangi orang-orang yang menganggotai Piagam ini; dan hendaklah mereka saling nasihat-menasihati, sama-sama membuat kebajikan terhadap perbuatan dosa.

Fasal 37-b
Mana-mana orang tidaklah boleh dianggap bersalah kerana kesalahan yang dilakukan oleh sekutunya; dan pertolongan hendaklah diberi kepada orang yang dizalimi.

Fasal 38
Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah memikul biayaan bersama-sama orang mukmin selama mana mereka berada dalam keadaan perang

Fasal 39
Bahawa Kota Yathrib adalah terpelihara sempadannya tidak boleh dicerobohi oleh mana-mana pihak yang menganggotai piagam ini

Fasal 40
Bahawa jiran tetangga hendaklah diperlaku sebagai diri sendiri, tidak boleh dilakukan terhadapnya sebarang bahaya dan dosa.

Fasal 41
Tidak boleh dihampiri sebarang kehormatan (wanita) melainkan dengan izin keluarganya sendiri.

Fasal 42
Bahawa apa juga kemungkaran (bunuh) atau apa juga pertengkaran di antara sesama peserta piagam ini sekira-kira dikhuatiri membawa bencana maka hendaklah dirujukkan kepada hukum Allah dan kepada penyelesaian oleh Muhammad pesuruh Allah, Allah menyaksikan kebaikan isi kandungan piagam ini dan merestuinya

Fasal 43
Bahawa tidaklah boleh diberi bantuan perlindungan kepada Quraisy (musuh), begitu juga tidak boleh diberi perlindungan kepada orang-orang yang membantunya.

Fasal 44
Bahawa hendaklah bantu-membantu mempertahankan kota Yathrib daripada mana-mana pihak yang mencerobohnya.

Fasal 45
Apabila mereka diajak untuk berdamai atau untuk masuk campur dalam satu-satu perdamaian maka hendaklah mereka bersedia berdamai atau masuk campur ke dalam perdamaian itu; dan bila mana mereka diajak berbuat demikian maka orang-orang mukmin hendaklah merestuinya kecuali terhadap orang-orang yang memerangi agama (Islam).

Fasal 46
Bahawa orang-orang Yahudi Aus sendiri dan begitu juga orang-orang yang bersekutu dengan mereka hendaklah memikul kewajipan sama seperti mana pihak-pihak yang lain yang menganggotai ini demi kebaikan mereka semata-mata (perdamaian) dari anggota-anggota piagam ini. Dan mereka hendaklah berbuat kebajikan dengan tidak melakukan dosa kerana barang siapa yang berbuat sesuatu maka dialah yang menanggungnya sendiri. Dan Allah menyaksi akan kebenaran isi kandungan Piagam ini dan merestuinya.

Fasal 47
Bahawa piagam ini tidak boleh dipakai bagi melindungi orang-orang zalim dan yang bersalah; dan bahawa –mulai dari saat ini barang siapa berpergiaan dari kota Madinah atau menetap di dalamnya adalah terjamin keselamatannya kecuali orang-orang yang zalim atau bersalah. Dan bahawa Allah merestui setiap orang yang membuat kebajikan dan bertakwa dan bahawa Muhammad hendaklah diakui Pesuruh Allah.

Saturday, June 02, 2012

UMNO : TUNKU ABDUL RAHMAN

.. Satu perkara yang kita semua ketahui ialah pembesar-pembesar Melayu telah mengasingkan diri daripada rakyat jelata.. UMNO ini tiada mendapat sokongan daripada pembesar-pembesar politik. UMNO ini bertulangbelakangkan rakyat jelata sahaja.. Pembesar-pembesar itu berdiri di barisan kerajaan British, kerajaan Melayu dan hartawan-hartawan dalam negeri ini..

.. Buruk atau baik bangsa kita itu tiada boleh diubah perasaan kebangsaan Melayu itu. Begitu juga Cina dan India yang datang dari negeri yang merdeka yang mempunyai sejarah yang mereka bermegah-megah dan berasa sombong dengannya..

.. Janganlah disifatkan bangsa tuan-tuan itu sebagai lembu yang siapa sahaja boleh mencucuk hidungnya. Ketahuilah bahawa bangsa kita ini sanggup memerintah negerinya sendiri sekiranya tidak diganggu oleh penjajah yang ada sekarang ini dan boleh bekerjasama dengan lain-lain bangsa yang menumpang dalam negeri ini..

.. Kebanyakan orang kita menyangka iaitu dengan tidak ada British memelihara dan menjaga kita maka kita akan menjadi umpan bagi makanan bangsa lain yang menumpang duduk di sini. Selagi perasaan seumpama ini tidak dihapuskan maka selama itulah kita akan di hambakan oleh sebarang bangsa yang datang ke negeri ini..

.. Baik apa pun kesilapan yang harus telah dilakukan oleh British di dalam riwayat penjajahannya yang panjang itu adalah suatu perkara yang telah terbukti dengan seterang-terangnya iaitu British telah menjadi johan keadilan dengan undang-undang dan cara hidup yang teratur..

Sunday, May 20, 2012

ANWAR IBRAHIM BERCINTA LAGI!

Di akhbar, katanya lepasan universiti. Saya tak tahu siapa, nama atau jantinanya. Saya benar tak pasti sama ada itu adalah benar atau tidak juga. Tapi jika benar pun berlaku, bukan salah saya.


Yang saya benar yakin salah adalah, utusan malaysia itu salah, UMNO juga salah, BN juga salah, malah seluruh ahli dan penyokong UMNO itu salah. Ini semua konspirasi! Sengaja nak burukkan nama Anwar Ibrahim. Fitnah!!


Liwat 1.0, salah UMNO dan salah kerajaan, Liwat 2.0 juga adalah salah UMNO, Perlembagaan Negara yang lapuk dan Sistem Kehakiman Malaysia berat sebelah. Eh! Tapi Anwar Ibrahim bebas la pula. Pelik juga kan sistem yang tak adil ini membebaskan pemimpin yang ada tuduhan meliwat dan ada video yang 99% betul.


Kini kita bakal ada Liwat 3.0, saya pasti sangat ini semua kerja UMNO juga.. Rakyat dah sedar, kerja Liwat ni sedap dan tak mengapa dilakukan. Malah jika menyokongnya juga kita menyokong Islam!


Jom kita takbir!!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, May 19, 2012

MUZAKARAH: PENAFIAN AGAMA DALAM POLITIK

Mengapa perlu muzakarah antara PAS dan UMNO? Mereka bukan dalam parti komponen yang sama. Mereka tak pernah anggap Islam itu Agama Rasmi bagi Negara Malaysia.


Yang Islam hanya PAS! Maka PAS harus muzakarah dengan DAP dan PKR. Mereka harus tetapkan Islam itu harus di putuskan sama ada kekal dengan 'Perlembagaan UMNO dalam Negara'


Yang mengKafirkan UMNO adalah PAS! Yang mengatakan anak orang UMNO adalah anak ZINA juga adalah PAS!


Fatwa / Amanat Haji Hadi masih di terima pakai. Malah Haji Hadi juga masih hidup jika nak di tanya semula sebagai bukti.


Harus ingat, PAS juga yang menyatakan tak sah sembahyang dengan Imam orang UMNO, Haram makan sembelihan orang UMNO, dan Haram berpakat dengan UMNO.


Saya benar atau saya salah?


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, May 14, 2012

Bebal atau Sebal?

Jangan salahkan ibubapa anda! Atau keluarga anda! Atau negara yang anda percaya bukan milik kerajaan yang memerintah.


Jangan salahkan diri anda kerana tak dapat membezakan kerajaan yang di sokong oleh majoriti yang lain.


Jangan salahkan tuhan, jika rasa diri anda tak dapat kontrak kerajaan atau membodohkan orang lain!


Anda yakin politik yang anda baru kenal apa itu liwat dan boleh mengkafirkan islam lain itu sebagai fitnah! Atau anggap semua orang keldai padahal diri tak pernah pun tahu apa itu 'perbedaan dan perbezaan' pendapat.


Simpatilah pada diri anda dan keluarga.. Kalau anda rasa boleh masuk syurga dengan membodohkan orang lain, menyokong orang mampu meliwat dan mengkafirkan orang lain kerana ilmu yang tinggi berdasarkan serban, janggut, jumlah bini, atau mungkin juga merasakan diri sudah begitu mulia di sisi tuhan dan bersih dari dosa.


Selagi kerajaan ini yang memerintah, bermakna memang ini adalah kerajaan yang di 'restu tuhan'.. atau 'kerajaan yang tuhan redho'..


Kenapa tak boleh terima? Kerana tuhan dah hitam kan hati dan fikiran anda? Oh! Lupa!! Anda dah di janjikan syurga...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, May 12, 2012

Sumbangan Al Quran oleh YB Tian Chua

Sama sekali saya tak bergurau. Itu benar gambar ahli parlimen Batu YB Tian Chua. Beliau menyumbangkan Al Quran di sekolah-sekolah dan masjid di sekitar parlimennya.

Saya tidak mempertikai cara beliau. Kalau salah. tak mungkin orang islam lain mendiamkan diri. Cuma saya mula rasa ada yang tak kena dengan Majlis Agama Islam Wilayah. Adakah mereka sedar itu merupakan tanggungjawab mereka?

Karpal Singh menyokong Hukum Hudud!

Tersentuh hati saya apabila seorang pemimpin DAP bersetuju dengan negara islam PAS. PAS benar-benar berjaya menyakinkan DAP dan PKR bahawa mereka lebih Islam dari UMNO. Takbir!!!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, May 06, 2012

KANUN PROSEDUR JENAYAH: BAB VII: PERHIMPUNAN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG

Seksyen 83. Siapa yang boleh memerintah perhimpunan yang menyalahi undang-undang untuk bersurai.

Seseorang Majistret, pegawai polis yang diwartakan, pegawai polis yang tidak rendah pangkatnya daripada Inspektor atau ketua balai polis berkuasalah memerintah mana-mana juga perhimpunan yang menyalahi undang-undang yang mengandungi lima orang atau lebih yang berkemungkinan menganggu ketenteraman awam supaya bersurai dan hendaklah selepas itu menjadi kewajipan tiap-tiap ahli perhimpunan itu bersurai.

Seksyen 84. Mengunakan kekerasan untuk menyuraikan perhimpunan yang menyalahi undang-undang.

Jika mana-mana perhimpunan yang menyalahi undang-undang di perintahkan bersurai di bawah seksyen 83 atau di bawah seksyen 5 Akta Ketenteraman Awam ( Pemeliharaan ) 1958, dan perhimpunan itu tidak bersurai, atau jika, tanpa diperintah bersurai, mana-mana pegawai polis atau ahli tentera atau mana-mana orang yang membantu pegawai polis atau ahli tentera bolehlah mengambil apa-apa langkah yang perlu bagi menyuraikan orang-orang itu daripada berhimpun dan menangkap mereka atau sesiapa juga daripada mereka itu, dan jika ada sesiapa yang menentang, boleh lah digunakan kekerasan yang difikirkan perlu untuk mengatasi penentangan itu dan tidak akan bertanggungjawab ke atas mana-mana prosiding jenayah atau sivil bagi mengunakan kekerasan sehingga menyebabkan mudarat atau kematian kepada mana-mana orang atau kerosakan kepada mana-mana harta.

Friday, May 04, 2012

Menjadi Mulia dengan Beragama?

Saya tak menerima tajuk itu kalau merujuk dengan mana2 individu yang mengaku beragama. Mungkin bukan mereka yang ada masalah, tapi saya sendiri! Saya anggap semua itu adalah salah saya sendiri yang tidak dapat menuntut ilmu dengan sempurna! Salah saya kerana gagal memahami apa itu orang agama atau saya menuntut ilmu yang salah!


Jika tambah pula dengan politik, saya boleh terus sahaja campak 'segala keimanan atau ketakwaan' saya ke tepi2 lorong atau jalan. Memang akan laris dan laku..


Tak perlu saya tayangkan segala sijil keilmuan saya, atau guru agama sebagai rujukan. Hanya perlu nyatakan dari parti politik mana! Maka segala 'agama' akan terus menusuk ke rongga2 lubang seluruh jasad! Memenuhi urat darah yang mengalir laju membawa adrenalin pejuang muslim / islam / fisabillillah yang sejati dan tulen!


Agama yang saya anuti hari ini, tidak menerima ilmu sains atau kimia atau di perjelaskan apa itu gambar yang tulen atau gambar bergerak yang di panggil video atau alat yang bernama camera cctv! Mungkin benar, umat islam hari ini tidak lagi mengikut sunnah nabi, tidak lagi bersugi, naik unta, pakai jubah atau tidur di atas pelepah kurma.


Hari ini, bukan mahzab lagi yang di ikuti, atas nama islam, kalau mak ayah yang melayu tulen pun, jika ada anak nanti, mungkin islam anaknya sudah menjadi syiah atau wahabi atau apa lagi yang lain dari mahzab shafie, hambali atau selebihnya..


Keterbukaan itu tidak juga menerima agama itu sebagai amalan atau panduan hidup, tapi di pilih2 mana yang di sukai atau mana yang releven. Selebihnya guna bila perlu!


Sekian..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, April 22, 2012

Kami Juga Mahasiswa!

Memang kerajaan BN Zalim! Kami cuma pelajar miskin yang tak mampu bayar yuran universiti, kalau kami berkhemah kat sini, kami dapat sumbangan makanan dari orang ramai! Orang Kuala Lumpur suka sedekah! Kami ikhlas menerima semua bentuk sumbangan.. Kami bukan pengemis, kami cuma nak hak kami di hormati! Kami mahu orang ramai faham bahawa di sini kami boleh dapat belajar dan ilmu secara percuma..


Bukankah kami bijak bila buat begini? :-)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, April 15, 2012

Kami dah Pandai!

Kami mahasiswa dah pandai! Kami tak perlu lagi pinjaman PTPTN, kami juga tak mahu ada pemimpin kerajaan! Kami dah ada Adam Adli dan Safwan Anang!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, April 14, 2012

Maaf! DBKL tak minat politik!

Walauapa pun berlaku dalam bandar Kuala Lumpur, DBKL tak mahu terlibat! Biarlah warga kota nak buat apa pun! Janji cukai bayar, lesen perniagaan bayar. Saman bayar.


Berkaitan ketenteraman awam atau keselesaaan warga kota, maaf DBKL tak boleh campur.


Minggu depan ada lagi Bersih 3.0. Saya syor perniaga buka kedai lebih awal! Saya yakin benar DBKL akan tutup mata!


DBKL tak akan berani tegur sesiapa pun! Akan menikus macam biasa.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, March 23, 2012

Negara orang!

Benar kata orang, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu..

Bukan perjalanan seni atau pengembaraan seorang pencari bakat di negara orang, tapi saya benar anggap ini 'rezeki' yang tuhan beri. lihat sahaja dengan siapa dan dimana gambar ini di ambil. Ada beberapa orang penting dalam negara dan terkenal di dunia.

Penceritaan yang tak mungkin boleh habis dalam sehari. Masih ada beratus keping gambar yang saya simpan sebagai kenangan.

Sebagai ingatan kepada diri, kita masih ada negara yang aman makmur dan kita masih berusaha mengekalkannya sebegitu..

Wassallam..

Friday, March 09, 2012

Islam di Malaysia bukan bermula pada 1957

Islam bukan bermula selepas merdeka 1957 atau selepas pembentukan Malaysia pada 1963, malah kedaulatan kerajaan-kerajaan Melayu telah lama berdiri teguh sejak berabad-abad lamanya. Jika di sandarkan pada Batu Bersurat Teengganu, kerajaan Melayu yang berteraskan ajaran agama Islam telah bertapak kukuh sejak kurun ke 13 lagi. fakta ini diteguhkan lagi melalui pemakaian undang-undang kanun-kanun Negeri-Negeri Melayu ( Malay Digest) yang berlandaskan hukum syarak. 

ISLAM AGAMA NEGARA : UNDANG-UNDANG TERTINGGI NEGARA

Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi di Negara ini memartabatkan Islam sebagai Agama Negara – Fasal 1 Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan – ‘ Islam adalah agama bagi Pesekutuan;’ atau dalam teks asalnya ‘islam is the religion of the federation;’. Jika diterjemahkan kedalam bahasa arab ia bermaksud – ‘islam deen alDawlah’. Bersandar kepada ketinggian kedudukan islam sebagai Agama Negara ini, Fasal 1 Perkara 37 Perlembagaan Persekutuan mewajibkan Seri Paduka baginda Yang DiPertuan Agong untuk membuat satu komitmen atas nama suci Allah dengan melafazkan sumpah – wallahi; wabillahi; watallahi untuk memelihara agama islam pada semua masa. Lafaz sumpah ini dilakarkan secara khusus di dalam jadual keempat Perlembagaan Persekutuan.

Friday, February 10, 2012

Jika ini satu konspirasi?

Sejak 1998, saya mula sedar bahawa politik ini adalah kerja yang tersusun dan terang-terang memanipulasi sebarang situasi. Walau apa penceritaan media cetak dan elektronik.

Selepas black 14, saya mula gambarkan bahawa negara kita memang memiliki perancang utama yang menentukan siapa yang layak bergelar menteri atau siapa bakal memegang jawatan utama sektor awam. Termasuk siapa boleh bergelar dengan panggilan apa pun dalam masyarakat. Sama ada anugerah atau isikan sahaja tempat kosong.

Kebenaran hanya wujud dalam kisah dongengan. Kekayaan pula perlu penipuan, helah untuk menjadi lebih bijak dan pintar. Manakala ubah suai untuk jadi lebih kacak atau cantik..

Saturday, February 04, 2012

selawat dan salam ke atas junjungan

setelah 28 tahun berada di atas dunia ini, (secara biologikalnya 40 tahun). :-)

saya masih berpeluang untuk melihat tempat kelahiran, rumah, orang-orang yang menyaksikan kelahiran saya dan bagaimana saya membesar dan terdidik dengan ilmu manusia, ilmu masyarakat, ilmu untuk menjadi orang.
syukur alhamdullillah, saya masih dapat menikmati hidup ini tanpa sebarang penyakit, cuma sesekali itu adalah demam, pening kepala atau tersalah urat dimana-mana bahagian tubuh badan. sedaya upaya cuba menghindar penyakit hati dan penyakit hasad terhadap mana-mana orang. menyedari diri juga kurang ilmu jika di bandingkan dengan orang lain.
selawat dan salam ke atas junjungan, segala puji pujian keatas baginda. semuga sama-sama memiliki hati dan cinta kepada NYA.

Thursday, February 02, 2012

Kepala Babi

Walau apapun anggapan orang lain, saya masih yakin dan waras untuk memahami bahawa kepala-kepala itu adalah dari perbuatan orang melayu sendiri. Bukan saya buta. Bangsa Cina hari ini telah lama maju dan bertamadun berbanding melayu. Taraf ilmu dan budaya orang cina jauh lebih baik dengan budaya Malaysia.

Memang melayu banyak memberi ruang dan peluang yang sama kepada bangsa lain. Tapi ada melayu lain yang masih tak mahu melihat perkongsian antara melayu dengan bangsa lain. Dalam sebuah pejabat kerajaan pun. Melayu akan bomohkan melayu lain hanya kerana kedudukan pejabat atau siapa ada bini cantik. Ini adalah melayu!

Saya juga melayu, benar kepala babi itu sensitif, tapi jika cina nak mengugut melayu, kepala babi itu langsung tidak mengancam nyawa. Langsung tidak mendatangkan mudarat apa-apa pun. Atau anggap itu acara simbolik yang kononnya mencabar tahap keislaman bangsa melayu.

Jika benar melayu merasa terancam dengan kepala babi, tapi bukan aktiviti kelab malam, pusat hiburan atau rumah urut. Ternyata anda melayu yang berada di zaman yang salah. Sedangkan bangsa lain telah lama moden dan maju dalam urusan mengkafirkan dan menyesatkan umat islam di negara ini.