Monday, January 30, 2012

Fikiran saya celaru?

Suasana politik hari ini, mungkin ada orang anggap bahawa, politik itu perlu dalam kehidupan. Status masakini politik itu adalah kepartian. Politik berdasarkan logo parti dan menyokong kumpulan mana-mana kumpulan yang berkaitan. Sama ada menyokong, menentang. tak peduli atau langsung tak ambil perhatian terhadap mana-mana kejadian alam.

Saya menuduh orang taksub, orang menuduh saya kafir. Dah jadi biasa. Bertambah parah apabila yang menjadi guru, pendidik, hal agama atau ustaz pula dengan sewenang-wenang pula beranggapan kerajaan zalim, kerajaan kejam. Tanpa sedar mereka sendiri belajar dan menjadi ustaz, imam atau bilal mana-mana masjid dengan gaji dan bantuan kerajaan.

Ini hakikat. Walau apa pegangan politik atau agama, kerajaan tak pernah pertikai mengapa pelajar tajaan mereka menyokong mana-mana parti politik. Tapi menjadi sedemikian akan meletakkan kita sebagai manusia tak kenang budi atau ibarat menanggung biawak hidup. Samalah sesiapa sahaja yang hidupnya hanya tahu menyalahkan dasar atau peraturan kerja dan diam apabila menerima gaji bulanan yang digunakan untuk makan dan menjadi darah daging.

Tiada istilah atas pagar atau tak menyokong, tapi lebih banyak kepada menyampah dengan suasana keperibadian seseorang wakil yang bertanding entahkan kenal ataupun tidak. Tetapi terpaksa menyokong kerana di bawah logo yang sama.

Wasallam.

Politik baru?

Saya tak percaya bahawa politik itu akan berubah jadi baru, setiap tahun akan sama seperti kalendar. Setiap tahun baru, ada perayaan, ada cuti ada pelbagai kiraan hingga 365 hari, kemudian akan di kira semula dengan bilangan angka yang sama. Kecuali setiap tahun mempunyainya lebih dari 400 hari, dan tahun berikut akan jadi 450 hari pula.
Perjalanan dasar sesebuah negara itu memang bergantung kepada pemerintah semasa. Siapa yang melaksana, mengubal atau menjalankan tugas-tugas hal berkaitan dengan kemasyarakatan itulah yang menjadi cerminan kepada nasib rakyat seluruhnya.
Setiap kali tak selesa atau tak sedap bawa kereta, kita tukar kereta baru. Tapi masih mengunakan jalanraya dan lebuhraya yang sama. Sama ada kereta baru, buruk, mahal atau kereta yang di beli secara skrap, jumlah tol tetap sama. Kualiti jalan dan persekitaran juga sama.
Cuma, sesiapa yang ada kereta yang lebih laju, akan sampai lebih cepat dari kereta yang kurang laju.
Mengunakan minyak sintetik atau separuh sintetik juga tak akan menyebabkan kereta buruk jadi laju. Tapi faktor semangat untuk jadi laju tetap ada. Walaupun secara hukum fiziknya, jika berlaku perlanggaran, hentakan perlanggaran tetap memusnahkan.
Bukan semua pemikiran itu adalah bertujuan baru akan meninggalkan yang lama. Tanpa sedarlah bahawa yang baru itu wujud kerana ada yang lama. Bukankah itu cara kita mewarisi?

Wasallam.

Sunday, January 29, 2012

Cina

Saya di katakan rasis kerana saya pertikaikan beberapa perlakuan yang mencerminkan budaya antara kaum, bangsa dan agamanya.
Mengapa pula saya harus bertindak di luar kemampuan saya untuk menerangkan sesuatu pada perlakuan bangsa kepada bangsa lain jika di pengaruhi oleh parti politik?
 Jika mengata cina mata sepet, adalah terhad kepada cina dalam DAP sahaja? Tidak kepada cina MCA atau cina Gerakan?
Siapa yang mengkasifikasikan bahawa perlakuan bangsa itu adalah dari fahaman parti politiknya? Anutan agamanya? Negara asalnya? 

Wednesday, January 18, 2012

Bukan salah saya?

Bagaimana saya nak terangkan, perbandingan atau jumlah kenaikan gaji yang dikatakan berpatutan dan layak kepada penjawat awam menurut kata JPA.

Kata orang lama, kita di bawah ni dulu sekolah tak pandai, tak ada kelayakan, mereka pegawai atasan kerja teruk, kena meeting sana, meeting sini, tanggungjawab besar. Kita yang rendah ni bukan penting sangat. Itu kata orang yang dah 30 tahun dalam perkhidmatan kerajaan. Entah perli atau kata-katanya memang benar. Terpulang lah…

Walau berapa kenaikan yang dapat, ikan kembung pecah perut tetap jadi lauk kepada nasi saya. Telur mata kerbau atau telur dadar. Sesekali makan ulam sambal. Jika ada lebih, baru dapat beli kicap cap Tamin. Jangan kata sedap! Jika itu menu sepanjang tahun! Salah saya tak mendapat pendidikan tinggi kerana tak layak dan tak mampu dapat masuk universiti. Hanya orang pandai sahaja berada dalam universiti. Sama seperti penjara, hanya ada orang baik-baik sahaja di dalamnya. Kerana orang jahat masih kat luar sini membuat kekayaan dan mengumpul harta..

Kepada pemimpin, anda lebih bagus dari kami. Tuhan hanya beri rezeki dan kekayaan hanya kepada orang macam tuan-tuan dan puan-puan. Kami si miskin kekal jadi pemalas. Kerana tuhan tak sayang kami..

Wallahualaam..



Tuesday, January 17, 2012

itu?

kejatuhan pertama dijadikannya pelajaran untuk menempuh kesulitan kedua.. dan ada pula yang jatuh tetapi ia tak bangun lagi selama-lamanya.. perjuangan demikian tidak ada pada binatang, hanya kepada insan, pada manusia, dan itulah kekuatan yang mereka rasai..

Monday, January 16, 2012

Orang itu siapa?

Seorang budiman, seorang mulia jasa, di aibkan orang, dilupakan orang, tetapi orang yang sudi menurut perintah orang yang banyak, diangkat. Apa sebabkah itu?

Sebabnya ialah kerana orang yang sama hidup dengan dia hendak berlumba dengan dia. Orang sakit hati mengapa ilmunya dan akalnya begitu lanjut, sedangkan orang lain tidak mendapat. Kadang-kadang apa yang dikatakannya itupun terasa oleh orang lain, tetapi orang lain itu kedahuluan olehnya. Sebab itu dengan segala daya upaya mereka berusaha hendak menghapuskan kelebihannya atau menjatuhkan darjat yang telah di capainya.itulah sebabnya orang mulia jasa itu banyak sekali yang membencinya. Hasad dengki melihat kemajuan orang lain dalam perkara yang sefasal ini, adalah rajanya segala macam hasad dengki di dunia.lebih besar hasad dengki orang terhadap mulia jasa itu daripada terhadap harta benda, kekayaan dan kebangsawanan. Akan dilagak dia dengan wang; akan di pujuk dia dengan pangkat,  dia tidak berkehendak pangkat. Sebab itu maka si hasad bertambah hasad juga.

Dia dibenci, tetapi dengan diam-diam langkahnya dituruti. Dia sengaja di singkir diri bersama-sama duduk. Bukan kerana dia busuk, tetapi kerana kalau dia hadir di dalam satu majlis. Maka dialah bulannya dan yang lainnya hanya menjadi bintangnya; muram cahaya bintang oleh cahaya bulan. Sebab itu dikarangkanlah fitnah – dia jahat, dia kianat, dia busuk, dia tidak ada harga. Dan semua itu di ucapkan dibelakangnya, tidak berani di depannya. Yang berani berkata demikian di hadapannya, hanyalah orang-yang tidak dapat menahan hati lagi, kerana tiap-tiap apa yang di ketengahkan, ‘memotong’ orang lain juga.

Terima kasih..

Wasallam..


Wednesday, January 11, 2012

Zakat?

Tetiba jadi perhatian apabila mula di perkatakan oleh orang politik. Orang agama sekali lagi menikus dan melarikan diri dengan jawapan.

Orang politik sekali lagi menang dalam usaha merosakkan undang-undang dan perlembagaan negara dengan helah yang paling halus. Mencemari institusi agama. Adakah orang agama tidak lagi mahu bersama mempertahankan negara dengan jawapan-jawapan dalam bentuk yang lebih islamik?
Atau orang agama lebih suka kepada bentuk perniagaan atau insuran yang islamik? Perbankan yang islamik? Atau telekomunikasi yang islamik? Hilang akal apa jika ada guna talian telefon yang islamik? Zakat tak islamik ke?

Ketika isu makan malam di gereja, yang disalahkan oleh orang politik adalah jabatan agama yang tak menyalur duit zakat kepada kumpulan muaalaf. Kumpulan muaalaf dalam keutamaan nombor berapa dalam pembahagian zakat?

Hari ini kita bicara pengendali jabatan agama menggunakan duit zakat untuk kos guaman demi kepentingan Islam? Sekali lagi saya hilang akal kerana “AGAMA” di bawa dan di dakwa di MAHKAMAH! Kos bayarannya menggunakan duit ZAKAT..

Renungkanlah.. Wasallam.. 

Monday, January 09, 2012

hari ini?

Umat manusia dan umat Islam sedang berada dalam satu era pancaroba yang di sebut oleh Greenspan sebagai  ‘The Age of Turbulence’ (Greenspan, 2008), suatu zaman dalam mana kecermerlangan sains moden dan sekular telah mencapai kemuncak kegemilangannya dari segi ciptaan-ciptaan dan penemuan-penemuan saintifik yang menakjubkan (dan yang amat bermanfaat), tetapi kekufuran, kegoan dan keangkuhan akal (reason) bebasnya telah mencipta pelbagai jenis malapetaka ekonomi, politik, budaya, intelektual dan moral kerana membelakangi petunjuk Allah SWT, bimbingan para Rasul, hukum-hukum Allah SWT dan ajaran agama Allah SWT. Tamadun tempang dan cacat ini didirikan atas sistem pendidikan moden sekular barat, yang kemudian diterapkan di negara-negara orang Islam termasuk dunia Melayu Islam.
Tan Sri Prof. Dr Muhammad Kamal Hassan

Mengapa hukum jadi sandaran fahaman politik?

Saya cuba untuk tidak mengaitkan agama dan politik yang bertujuan untuk memenangkan saya dalam perbualan atau bahas dengan sesiapa. Jujurnya saya beranggapan agama itu pilihan peribadi, seandainya  agama itu bukan islam sekalipun, saya percaya semua agama itu adalah bertujuan baik. Saya mengaku saya seorang muslim yang mengaku islam itu sebagai agama dan cuba sedaya upaya memahami dan menjelaskan sebaik-baiknya kepada orang lain tanpa meletakkan islam itu sebagai ‘alat untuk menang’ atau menjadikan agama islam itu sebagai sandaran keyakinan saya kepada pemerintah atau kerajaan.
Saya percaya politik itu alat atau bertujuan mendapat kuasa dan cara mengendalikan kuasa. Manakala kejahatan sesorang itu adalah keperibadiannya. Asingkan kejahatan seseorang itu dari agama dan politiknya. Kerana ianya langsung tak berkaitan.
Kurang jelas maksud saya?
Baiklah, kita andaikan dan cuba letakkan perlembagaan atau undang-undang yang ada. Kita buat berdasarkan kesepakatan politik dan perbincangan bukan? Proses pilihanraya yang di anggap demokrasi. Pembuatnya terdiri dari pelbagai bangsa, agama, adat dan budaya. Sesiapa yang telah menjadi ketua dalam masyarakat dan negeri. Mereka semua bertanggungjawab dan berperanan. Tetapi apabila undang-undang itu di langgar atau di kianati? Kita salahkan pemerintah atau pembuat undang-undang atau orang yang melakukan kesalahan?
Saya tak tahu apa yang tuan-tuan dan puan-puan fikirkan. Tapi ini adalah pemikiran yang saya alami. Saya cuba jelaskan. Sebaik mungkin, agar ada yang faham apa itu proses mentadbir negara.
Wasallam..

Sunday, January 08, 2012

Islam dan Pembudayaan Ilmu

Suatu bangsa yang berjiwa kental dan memiliki cita-cita yang luhur, bukan sahaja untuk memelihara maruah, malah juga mengangkat martabatnya kearah mercu kejayaan kecemerlangan, dengan itu tidak ada pilihan lain melainkan untuk meletakkan ilmu sebagai wadah utama. Sebagai bukti di mana sejarah bangsa dan negara di sepanjang zaman yang mampu membuktikan keunggulan adalah memiliki semangat yang kental untuk memperolehi, memperkembang, dan mengunakan ilmu yang manafaat kepada kemanusiaan sejagat  - ahmad muhamad said 1990

Saturday, January 07, 2012

hari terakhir sebagai ketua keluarga..

saya cuba untuk tidak membuat andaian kepada ahli keluarganya.. tapi tanggungjawab dan amanah yang telah ada itu adalah haknya.. sebagai bangsa yang sama.. saya turut bersimpati dengan ujian yang di terima.. tapi saya percaya.. sebarang keputusan itu adalah setimpal.. itu janji tuhan.. kepada sesiapa sahaja..

fikiran ilmu yang baharu?

Gambaran itu tak sama pada setiap manusia, tapi proses pemikiran setiap manusia itu hampir sama. Mahu jadi jaguh dalam apa jua bidang. Mahu di klasisifikasikan sebagai pemikiran era baru yang bakal mengubah fikiran manusia lain.

Jika di gambarkan pemikiran seorang bergelar penoreh getah atau nelayan, komposisi yang hampir sama adalah kerana jumlah makanan yang bakal terhidang untuk keluarganya.

Manakala pemikiran seorang anak teruna kepada si dara, untuk ada angan-angan memiliki keluarga yang bahagia, termasuk perancangan masa depan bersama tanpa ada keraguan sedikitpun tentang kesusahan yang bakal terjadi. saya andaikan itu adalah kerana ‘cinta’.

Cinta itu membawa kepada kesungguhan dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Entah apa istilah atau penggunaan ayat, saya yakini ianya hanya kerana kesukaan seseorang itu melakukan sesuatu dengan sepenuh hati.

Kita mahu mengubah, kita mahu berubah. Kita mahu orang lain faham dan sedar perubahan yang kita cuba lakukan, kita tak sedar bahawa mereka telah lama jauh berubah dan berada di depan. Kita buka pintu yang sedikit dengan harapan pintu itu terus terbuka.

Kerana kereta api yang kita cuba tahan, kita cuba pandu, kita cuba tumpang itu bukan lagi medium pengangkutan masa kini. rupanya mereka yang tertinggal itu telah lama naik kapal terbang yang berada jauh di langit tinggi.

Gambaran itu hanya kiasan atau perbandingan. Tapi jika kita renung semula, tamadun ilmu yang kita bakal ubah ini adalah milik kita sepenuhnya. Tamadun yang dahulunya dikenali dan yang pernah menjadi bangsa pelayar dan pedagang yang hebat dibeberapa kurun yang terdahulu.

Sikit perubahan yang mungkin makna besar pada setengah orang, banyak perubahan mungkin bawa sedikit makna kepada sebahagian orang.

Siapa yang takut ISA? Orang kebanyakan? Atau penjenayah atau ahli politik? Kumpulan yang takut hanya mereka yang mahu buat salah dan cuba melepaskan diri.

Siapa takut AUKU? Ibu bapa kepada anaknya bergelar mahasiswa? Ahli politik? Atau kumpulan kerajaan bergelar penjawat awam?

Guna kembali fikiran cinta itu. Lukislah apa sahaja catatan atau gambarajah. Saya melihat ISA itu hanya penting kepada “kumpulan tertentu”, tetapi AUKU itu adalah adalah pemangkin kepada TAMADUN BANGSA YANG BERILMU. Masa depan anak bangsa kita adalah terletak kepada kebijaksaan kita yang dewasa yang bergelar pemerintah yang adil dan faham apa itu ILMU pada tafsiran kepentingannya di dunia dan juga akhirat..

Akhirkata, permulaan ILMU itu memang bermula dengan ungkapan… “BACALAH….”

Wasallam..

Tuesday, January 03, 2012

Siapa berkuasa ke atas siapa?

Bagaimana seorang ketua itu di nilai? Berdasarkan jumlah pengikutnya atau jawatan dan pangkat seseorang itu? Saya mula meragui kepimpinan sesebuah kerajaan atau pihak berkuasa tempatan. Kuasa dan pangkatnya di sisi perkhidmatannya. Memegang amanah dan tanggungjawab atau menikmati segala jenis kemudahan dan merebut peluang kepada ‘ketamakkan’ projek dan kepentingan diri? Atau kuasanya boleh memberi kelebihan dan pangkat kepada sesiapa sahaja yang di sukai?  Dari 1500 orang kepada 13000 orang itu jumlah dan angka yang besar. Saya agak sesiapa sahaja yang berada di tempat itu, pengaruh juga pasti besar dalam semua urusan pentadbiran.

ANDAIKATA ianya sebuah kementerian atau pihak berkuasa tempatan. Agaknya perlakuan ketua-ketua dalam jabatan itu bagaimanalah lagaknya.

Dari sekecil jawatan, sehingga ke jawatan utama sektor awam. Masihkah tidak dapat dinilai harga kemanusiaan yang sama-sama mencari rezeki dengan cara dan pegangan yang berlandaskan prinsip yang sama. Prinsip ‘keberkatan’ mencari rezeki yang halal dan mendapat pahala dari tuhan.

Satu suara mungkin tidak dapat mengubah keseluruhan sistem yang berada dalam pentadbiran yang diklasifikasi sebagai bandaraya bertaraf dunia. Tetapi, satu suara yang jujur menyatakan yang benar itu adalah suara yang mengajak dan mengajar orang lain untuk turut sama berkata benar. Sesungguhnya, setiap pekerjaan itu adalah mulia, jika niatnya untuk berbakti kepada orang lain. Saya percaya bahawa berkhidmat dengan pemerintah ( kerajaan ) itu adalah pekerjaan yang mulia dan kiraan pahala sebagai ibadah.
Terserah walau apa juga pandangan orang lain. Kerana sesiapa sahaja berhak menyatakan pandangan dan membuat keputusan. Kerana itu pilihan yang boleh di fikirkan oleh sesiapa sahaja…

Wasallam..

Sunday, January 01, 2012

ini fikiran

Mereka orang menyatakan faham. Tetapi hendaklah faham itu yang sudah di yakini benar lebih dahulu menurut ukuran sendiri. Jangan sampai menyatakan faham yang canggung, sebab faham yang canggung meskipun merdeka menyatakan, akan segera dimuntahkan oleh masyarakat. Jangan pula tercengang dan marah mendengarkan pendapatan baharu yang belum biasa terpakai. Kalau kerana sekiranya faham atau pendapatan yang baharu ini barang yang benar, meskipun kita tidak mahu menerimanya sekarang, nanti dia akan menang juga. Sebaliknya jika dia barang yang bukan tulen, dia akan habis musnah dan tidak tahan kena cahaya matahari.
Demikianlah kehendak hukum keadilan di dalam dunia ini.
Oleh sebab itu maka suatu pemerintahan wajib memajukan ‘onderwish’ rakyat, pendirian dan pengajaranya, memerangi buta huruf, menyediakan sekolah yang cukup buat anak-anak. Kerana ‘onderwish’ telah maju dalam satu negeri, akan keluarlah fikiran-fikiran yang bagus dan pendapatan yang memberi manfaat kepada masyarakat umum.