Monday, January 09, 2012

Mengapa hukum jadi sandaran fahaman politik?

Saya cuba untuk tidak mengaitkan agama dan politik yang bertujuan untuk memenangkan saya dalam perbualan atau bahas dengan sesiapa. Jujurnya saya beranggapan agama itu pilihan peribadi, seandainya  agama itu bukan islam sekalipun, saya percaya semua agama itu adalah bertujuan baik. Saya mengaku saya seorang muslim yang mengaku islam itu sebagai agama dan cuba sedaya upaya memahami dan menjelaskan sebaik-baiknya kepada orang lain tanpa meletakkan islam itu sebagai ‘alat untuk menang’ atau menjadikan agama islam itu sebagai sandaran keyakinan saya kepada pemerintah atau kerajaan.
Saya percaya politik itu alat atau bertujuan mendapat kuasa dan cara mengendalikan kuasa. Manakala kejahatan sesorang itu adalah keperibadiannya. Asingkan kejahatan seseorang itu dari agama dan politiknya. Kerana ianya langsung tak berkaitan.
Kurang jelas maksud saya?
Baiklah, kita andaikan dan cuba letakkan perlembagaan atau undang-undang yang ada. Kita buat berdasarkan kesepakatan politik dan perbincangan bukan? Proses pilihanraya yang di anggap demokrasi. Pembuatnya terdiri dari pelbagai bangsa, agama, adat dan budaya. Sesiapa yang telah menjadi ketua dalam masyarakat dan negeri. Mereka semua bertanggungjawab dan berperanan. Tetapi apabila undang-undang itu di langgar atau di kianati? Kita salahkan pemerintah atau pembuat undang-undang atau orang yang melakukan kesalahan?
Saya tak tahu apa yang tuan-tuan dan puan-puan fikirkan. Tapi ini adalah pemikiran yang saya alami. Saya cuba jelaskan. Sebaik mungkin, agar ada yang faham apa itu proses mentadbir negara.
Wasallam..

No comments: