Friday, February 10, 2012

Jika ini satu konspirasi?

Sejak 1998, saya mula sedar bahawa politik ini adalah kerja yang tersusun dan terang-terang memanipulasi sebarang situasi. Walau apa penceritaan media cetak dan elektronik.

Selepas black 14, saya mula gambarkan bahawa negara kita memang memiliki perancang utama yang menentukan siapa yang layak bergelar menteri atau siapa bakal memegang jawatan utama sektor awam. Termasuk siapa boleh bergelar dengan panggilan apa pun dalam masyarakat. Sama ada anugerah atau isikan sahaja tempat kosong.

Kebenaran hanya wujud dalam kisah dongengan. Kekayaan pula perlu penipuan, helah untuk menjadi lebih bijak dan pintar. Manakala ubah suai untuk jadi lebih kacak atau cantik..

Saturday, February 04, 2012

selawat dan salam ke atas junjungan

setelah 28 tahun berada di atas dunia ini, (secara biologikalnya 40 tahun). :-)

saya masih berpeluang untuk melihat tempat kelahiran, rumah, orang-orang yang menyaksikan kelahiran saya dan bagaimana saya membesar dan terdidik dengan ilmu manusia, ilmu masyarakat, ilmu untuk menjadi orang.
syukur alhamdullillah, saya masih dapat menikmati hidup ini tanpa sebarang penyakit, cuma sesekali itu adalah demam, pening kepala atau tersalah urat dimana-mana bahagian tubuh badan. sedaya upaya cuba menghindar penyakit hati dan penyakit hasad terhadap mana-mana orang. menyedari diri juga kurang ilmu jika di bandingkan dengan orang lain.
selawat dan salam ke atas junjungan, segala puji pujian keatas baginda. semuga sama-sama memiliki hati dan cinta kepada NYA.

Thursday, February 02, 2012

Kepala Babi

Walau apapun anggapan orang lain, saya masih yakin dan waras untuk memahami bahawa kepala-kepala itu adalah dari perbuatan orang melayu sendiri. Bukan saya buta. Bangsa Cina hari ini telah lama maju dan bertamadun berbanding melayu. Taraf ilmu dan budaya orang cina jauh lebih baik dengan budaya Malaysia.

Memang melayu banyak memberi ruang dan peluang yang sama kepada bangsa lain. Tapi ada melayu lain yang masih tak mahu melihat perkongsian antara melayu dengan bangsa lain. Dalam sebuah pejabat kerajaan pun. Melayu akan bomohkan melayu lain hanya kerana kedudukan pejabat atau siapa ada bini cantik. Ini adalah melayu!

Saya juga melayu, benar kepala babi itu sensitif, tapi jika cina nak mengugut melayu, kepala babi itu langsung tidak mengancam nyawa. Langsung tidak mendatangkan mudarat apa-apa pun. Atau anggap itu acara simbolik yang kononnya mencabar tahap keislaman bangsa melayu.

Jika benar melayu merasa terancam dengan kepala babi, tapi bukan aktiviti kelab malam, pusat hiburan atau rumah urut. Ternyata anda melayu yang berada di zaman yang salah. Sedangkan bangsa lain telah lama moden dan maju dalam urusan mengkafirkan dan menyesatkan umat islam di negara ini.