Friday, March 23, 2012

Negara orang!

Benar kata orang, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu..

Bukan perjalanan seni atau pengembaraan seorang pencari bakat di negara orang, tapi saya benar anggap ini 'rezeki' yang tuhan beri. lihat sahaja dengan siapa dan dimana gambar ini di ambil. Ada beberapa orang penting dalam negara dan terkenal di dunia.

Penceritaan yang tak mungkin boleh habis dalam sehari. Masih ada beratus keping gambar yang saya simpan sebagai kenangan.

Sebagai ingatan kepada diri, kita masih ada negara yang aman makmur dan kita masih berusaha mengekalkannya sebegitu..

Wassallam..

Friday, March 09, 2012

Islam di Malaysia bukan bermula pada 1957

Islam bukan bermula selepas merdeka 1957 atau selepas pembentukan Malaysia pada 1963, malah kedaulatan kerajaan-kerajaan Melayu telah lama berdiri teguh sejak berabad-abad lamanya. Jika di sandarkan pada Batu Bersurat Teengganu, kerajaan Melayu yang berteraskan ajaran agama Islam telah bertapak kukuh sejak kurun ke 13 lagi. fakta ini diteguhkan lagi melalui pemakaian undang-undang kanun-kanun Negeri-Negeri Melayu ( Malay Digest) yang berlandaskan hukum syarak. 

ISLAM AGAMA NEGARA : UNDANG-UNDANG TERTINGGI NEGARA

Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi di Negara ini memartabatkan Islam sebagai Agama Negara – Fasal 1 Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan – ‘ Islam adalah agama bagi Pesekutuan;’ atau dalam teks asalnya ‘islam is the religion of the federation;’. Jika diterjemahkan kedalam bahasa arab ia bermaksud – ‘islam deen alDawlah’. Bersandar kepada ketinggian kedudukan islam sebagai Agama Negara ini, Fasal 1 Perkara 37 Perlembagaan Persekutuan mewajibkan Seri Paduka baginda Yang DiPertuan Agong untuk membuat satu komitmen atas nama suci Allah dengan melafazkan sumpah – wallahi; wabillahi; watallahi untuk memelihara agama islam pada semua masa. Lafaz sumpah ini dilakarkan secara khusus di dalam jadual keempat Perlembagaan Persekutuan.