Sunday, August 26, 2012

INI AGENDA JAHAT UMNO!

Syurga bukan jaminan! Tapi Neraka itu macam sudah pasti! Saya tidak mengubah walau sepatah huruf pun!

Published with Blogger-droid v2.0.6

SIAPA PENGGANTI TOK GURU!

Ulasan saya berdasarkan bacaan saya buku Dr Mujahid Yusof Rawa, Rejuvenasi PAS. Menurut buku tersebut, isu siapa pengganti jadi bualan di Kelantan. Bagi saya itu sangat kurang sopan walaupun memang benar berlaku. Dah jadi 'Tiga Abdul' pula, kerana wujudnya pula 'kem' yang di katakan menyebelahi pihak tertentu. Lebih menarik apabila di kaitkan dengan isu pembalakkan.

Dua kem yang menarik dan berkonflik, Kem Dato Paduka Husam Musa dan Kem Nik Abduh. Dua kem yang di katakan mempunyai kekuatan kewangan, pengaruh dan ketokohan. Cuma status menantu CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan Berhad itu saya tak pasti pula 'menyebelahi' siapa.

Apabila wujudnya catatan bahawa Dato Paduka Husam tidak menyebelahi Tok Guru, ada yang anggap ada 'habuan' yang terlibat. Malah ada juga cerita bagaimana 'ketegasan' Dato Husam Musa menolak permohonan balak dalam mesyuarat exco. Tetapi dikatakan ada proksi beliau dan duit yang digunakan untuk menonjolkan dirinya sebagai pengganti Menteri Besar Kelantan.

Yang sangat menarik lagi, kedua-dua kem ini mula terbentuk di negeri lain di luar Kelantan. Kerana ini saya telah nyatakan berulang kali. Ini semua berlaku kerana PAS mula meniru perjuangan UMNO! Bukan lagi kerana 'Islam dan Ketuanan Melayu' di awal penubuhan PAS itu lagi dan PAS baru sedar setelah 57 tahun.

Posted via DraftCraft app

Friday, August 24, 2012

HAK UNTUK BERDAKWAH

Orang bukan Islam juga menikmati hak ini, iaitu hak untuk meyakinkan orang Islam tentang pandangannya. Dua sebab boleh menunjukkan dan menguatkan hak orang bukan Islam ini dalam Islam.

Pertama, proses dakwah adalah hubungan dua hala; proses berhujah dan membalas hujah. Ia tidak boleh berlaku kecuali dalam satu dialog bebas di antara dua orang atau pihak. Keyakinan begini terhasil daripada proses dialetik bukan merupakan tujuan Islam.

Keyakinan dengan cara ini menganggap manusia adalah kertas putih (tabula rasa) yang dibentuk oleh guru dan ianya tidak benar. Jenis pengetahuan yang di persoalkan disini tidak sesuai kecuali yang mencungkil beberapa tindak balas dan menghasilkan beberapa perubahan dalam pengubahan subjek.

Kedua, ianya hanya menjadi baik sekiranya orang Islam dibenarkan untuk berdakwah dan orang bukan Islam juga diberikan hak yang sama. Hak bertimbal balik itu tidak akan mengalami penyalahgunaan oleh sebarang pihak kerana ianya sama dimiliki oleh mereka disebabkan kemanusiaan mereka. Ianya tidak boleh dipertikaikan bahawa orang bukan Islam mungkin tidak berdakwah kepada orang Islam.

Orang Islam dianggap mengetahui tentang kebenaran paling berharga yang dimiliki mereka. Sekiranya mereka tidak berupaya menolak dakwah orang bukan Islam, tugas mereka adalah menetapkan diri dalam agama mereka atau sekurang-kurangnya dengan meminta nasihat daripada orang yang berilmu dalam agama mereka.

Sekiranya mereka keluar dari Islam disebabkan dakwah orang bukan Islam, kelemahan pada ilmu dan iman merekalah yang perlu dipersalahkan. Islam tidak meminta mereka dilindungi oleh orang yang jahil, tetapi mereka mereka perlu mengajar dan menjadikan mereka berilmu.

Diperingkat mana sekalipun, dengan kemajuan moden dalam teknologi komunikasi, tiada perlindungan sebegitu atau pengasingan boleh dilakukan. Hujah lawan akan sampai pada mereka dengan apa cara sekalipun, dan perlindungan yang ada untuk mempertahankan daripada hujah ialah hujah yang lebih baik, sahih dan benar.

Apa yang perlu ditakutkan dari pelaksanaan hak bukan Islam ini ialah hasutan atau pengkianatan terhadap negara Islam, atau ummah Islam secara keseluruhannya.

Tetapi penyampaian yang jujur daripada pihak mana sekalipun, mesti dibenarkan untuk diteruskan tanpa membiarkan atau dihalang oleh sebarang sumber.

Posted via DraftCraft app

Thursday, August 23, 2012

HAK BUKAN ISLAM

Sebagaimana apa jua perbentangan tesis secara teori, penerangan mengenai Islam kepada orang bukan Islam boleh menggunakan semua bukti yang ada ; tetapi ia tidak boleh lebih daripada hanya membentangkannya. Kepada orang yang terlalu bersemangat dan mengambil penolakkan manusia daripada menerima dakwah ke dalam hati, atau sesiapa yang cuba melepasi batas dalam mengemuka kan kebenaran mengenai Islam , AlQuran memberi amaran:

" Jika tuhan kamu menghendaki nescaya berimanlah sekelian manusia yang ada dibumi (tetapi tidak dilakukanNya). Maka patutkah engkau pula hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang yang beriman? "

" Wahai sekelian manusia! Datang kepada kamu kebenaran (AlQuran) dari tuhan kamu. Oleh itu, sesiapa yang mendapat hidayah petunjuk (beriman kepadanya), maka faedah hidayah petunjuk itu terpulang kepada dirinya sendiri; dan sesiapa yang sesat (mengingkarinya), maka bahaya kesesatannya itu tertimpa keatas dirinya sendiri.." (Yunus 10:99, 108)

Keadaan Islam yang sebegini adalah amat neutral. Untuk menggangu proses yang melibatkan perkara intelek dengan membawa dan melihat apa yang lebih dari hujah boleh merosakkan proses itu. Gangguan seperti itu mengandungi ancaman kepada penyatuan dan kesahihan manusia. Tambahan pula, suatu keputusan yang di ambil melalui paksaan, suapan atau gangguan yang lain bukan merupakan keputusan yang dibuat. Iaitu ianya berlaku bukan disebabkan kehendak sendiri dan dianggap tidak bermoral. Kedua-dua pihak yang terlibat dalam keputusan itu dan pendakwah yang 'menolongnya' kepada keputusan itu melalui jalan yang tidak sah patut dibalas dengan azab neraka. Dari pandangan Syariah, keputusan untuk memeluk Islam itu tidak sah dan batal kepada subjek dan suatu jenayah yang boleh di dakwa kepada pendakwah sebagai penyampai.

Posted via DraftCraft app

NURUL IZZAH & LAMPU ALADIN!

Saya mula sedar, YB Nurul Izzah sangat selesa berada dalam parlimen dan menjadi sebahagian dari kerajaan BN. Antara YB PKR yang saya suka! Perkataan dari mulutnya sentiasa teratur dan menunjukan bahawa beliau bersungguh dalam setiap pengucapannya. Saya percaya ramai juga beranggapan begitu.

Sejauh mana beliau membantu rakyat di kawasannya? Saya harus akur, beliau berjaya menambat hati pengundinya juga.

Cuma apabila beliau bercakap hal yang berkaitan dasar PKR, dasar Pakatan Rakyat, timbul lah pembohongannya terhadap isu semasa dan hal kerajaan yang lain. Kemampuan memberi rumah percuma atau apa sahaja yang percuma itu umpama beliau memiliki lampu ajaib Aladin! Mungkin juga mereka sekeluarga adalah keturunan Aladin! Siapa tahu!

Wednesday, August 22, 2012

PAS YANG TIDAK MODEN!



Saya masih tidak menerima perjuangan Islam PAS! Bukan kerana saya tak cukup islam atau terlebih islam, tapi sangat tidak kena dengan prinsip-prinsip asas islam itu sendiri.

Dari Presiden hingga kepada ahli yang paling bawah, saya tidak pernah dengar sepatah ayat pun yang baik berkaitan kerajaan, umno atau BN. Mustahil kerajaan BN, umno dan seluruh ahlinya adalah ahli neraka!

Adakah islam dalam umno tidak diterima pakai oleh PAS? Pembangunan dan perkembangan ekonomi dalam negara juga sering di persenda dan salah ertikan dengan kezaliman dan pembaziran. Adakah pembangunan dan kekayaan yang wujud dalam negara ini merupakan sumber yang tidak sah atau halal dari segi hukum syarak?

Asasnya agama islam pada PAS adalah apa sebenarnya? Perjuangan politik PAS itu adalah perjuangan agama islam? Dalam rupabentuk yang sebagaimana? Siri ceramah, kutipan derma, memburukkan pemimpin dan mengkafirkan islam lain itu adalah islam cara PAS? Mustahil itu adalah islam yang dari alquran atau sunnah.

Ekonomi yang di bentuk oleh kerajaan Islam PAS? Corak atau perniagaan yang sebagaimana di cadangkan oleh PAS dalam membantu golongan islam yang lain? Terutama dalam pembahagian keperluan fakir miskin, asnaf dan kumpulan fisabillilah dan lain? Bentuk simpanan perbendaharaan yang wujud dalam islam PAS?

Saya pernah syorkan kepada Pemuda PAS agar mewujudkan Yayasan PAS yang kukuh! Membina sekolah dan universiti. Menyediakan kemudahan pembelajaran yang bersesuaian. Bukan membentuk kumpulan militan yang menentang kerajaan / bangsa islam sendiri. Dengan terbentuknya yayasan tersebut, PAS bukan sahaja akan menjadi islam dengan falsafahnya, malah akan mempunyai 'tentera islam' yang akan menawan dunia! Memiliki cerdik pandai islam dalam semua bidang adalah maksud islam yang moden dan universal! Bukan sekadar mengadap kiblat yang sama, tetapi memiliki hala tuju islam yang lebih baik berbanding islam yang ada dalam PAS itu sendiri!

Itu berlaku hari ini. PAS masih tidak berubah! Kekal dengan islam yang salah! Islam yang tidak langsung membuka tafsiran dan takrif yang moden dan boleh diguna pakai oleh bangsa lain, agama lain. Tiada istilah arab! Tapi keterbukaan islam kepada agama lain adalah tuntutan sejak wujudnya agama islam.

Posted via DraftCraft app

Thursday, August 16, 2012

AKTA IBUKOTA PERSEKUTUAN 1960 : KUASA DATO BANDAR

BAHAGIAN III
PERUNTUKAN-PERUNTUKAN PERALIHAN

(pindahmilik harta,dsb)
17. (1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan seksyen ini dan apa-apa arahan Yang di-Pertuan Agong, semua harta dan aset yang sebelum sahaja mula berkuatkuasa Akta ini adalah terletakhak pada Ahlimajlis-ahlimajlis Perbandaran Kuala Lumpur atau pada seseorang bagi pihak Ahlimajlis-ahlimajlis itu hendaklah apabila mula berkuatkuasanya Akta ini terletakhak pada Dato Bandar.

(2) Semua tanah yang sebelum sahaja mula berkuatkuasanya Akta ini telah terletakhak pada atau direzabkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubung dengan jagaan tanah bagi maksud Ahlimajlis-ahlimajlis Perbandaran Kuala Lumpur hendaklah, apabila mula berkuasakuasanya Akta ini, terletakhak pada atau di sifatkan sebagai direzabkan, mengikut mana yang berkenaan, bagi maksud Dato Bandar.

(kontrek-kontrek dan pembicaraan sedia ada)
18. (1) Tertakluk kepada Bahagian ini, semua suratikatan, bon, perjanjian, suratcara dan perkiraan kerja yang sedia ada sebelum sahaja mula berkuatkuasanya Akta ini dan yang menyentuh mana-mana harta yang dipindahmilik di bawah seksyen 17 hendaklah berkuatkuasa dan berkesan sepenuhnya terhadap atau untuk Dato Bandar, dan boleh dikuatkuasakan dengan sepenuhnya dan dengan berkesan seolah-olah sebagai ganti Ahlimajlis-ahlimajlis Perbandaran Kuala Lumpur, atau mana-mana orang yang bertindak bagi Ahlimajlis-ahlimajlis itu, Dato Bandar telah dinamakan dalamnya atau telah menjadi suatu pihak kepadanya.

(2) Tertakluk kepada Akta ini, apa-apa perbicaraan atau alasan tindakan yang belum selesai atau yang sedia ada sebelum sahaja mula berkuatkuasanya Akta ini oleh atau terhadap Ahlimajlis-ahlimajlis Perbandaran Kuala Lumpur atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Ahlimajlis-ahlimajlis itu boleh diteruskan atau dibawa oleh atau terhadap Ahlimajlis-ahlimajlis Kuala Lumpur atau orang itu jika Akta ini tidak dikanunkan.

(penerusan perjanjian-perjanjian perkhidmatan, dsb)
19. Tiap-tiap yang sebelum sahaja mula berkuatkuasanya Akta ini telah diambilbekerja oleh Ahlimajlis-ahlimajlis Perbandaran Kuala Lumpur hendaklah apabila berkuatkuasanya Akta ini disifatkan sebagai ditukarkan ke perkhidmatan Dato Bandar atas had-had dan syarat-syarat perkhidmatan sebagaimana yang terdapat sebelum berkuatkuasanya Akta ini.

(kuasa-kuasa berkenaan dengan ordinan perbandaran PTM 3/48)
20. Semua kuasa yang diberi kepada Raja dalam Mesyuarat Negeri Selangor oleh seksyen 3 Ordinan Perbandaran (Pemakaian Diperluaskan) 1948, hendaklah berkenaan dengan Bandaraya, disifatkan sebagai diberi, apabila dan selepas mula berkuatkuasanya Akta ini, kepada yang di-Pertuan Agong.

(pemansuhan 52/50) sel.PW 194/50
21. (1) Apabila mula berkuatkuasa Ak ta ini, Bahagian-bahagian I & II Ordinan Pilihanraya Pihakberkuasa Tempatan, 1950, hendaklah terhenti dipakai bagi Bandaraya, dan apa-apa perintah yang masih berkuatkuasa pada masa itu dibawah seksyen 52 Ordinan tersebut berkenaan dengan Bandaraya hendaklah dengan ini tamat.

(2) Perlembagaan Perbandaran Kuala Lumpur yang diisytiharkan di bawah seksyen 4 Ordinan Pilihanraya Pihakberkuasa Tempatan, 1950, sebagaimana dipinda dari semasa ke semasa, adalah dengan ini di mansuhkan , dan seseorang yang sebelum sahaja mula berkuatkuasanya Akta ini adalah Yang Dipertua atau seorang Ahlimajlis bagi majlis yang ditubuhkan dibawah Ordinan Perbandaran dan Perlembagaan tersebut hendaklah apabila mula berkuatkuasanya Akta ini terhenti menjadi Yang Dipertua atau Ahlimajlis tersebut, mengikut mana yang berkenaan.

(32) tahun 1958
(3) Ordinan Ibu Kota Persekutuan ( Pilihanraya Perbandaran) , 1958, adalah dengan ini di mansuhkan.

Posted via DraftCraft app

Friday, August 10, 2012

BILA UMNO JADI REBUTAN

Orang berlumba jadi orang umno, mahu jadi orang kerajaan, mahu jadi pemerintah, mahu mencari dan buat kekayaan.

Manakala orang lama umno berebut cari pengaruh agar jasa mereka tak dilupakan. Orang muda sibuk dengan transformasi kononnya mahu bawa perubahan. Padahal ayat transformasi itu hanya ayat / istilah baru. Sejak wujud umno, suara orang muda sentiasa jadi 'bisa' yang mengancam negara. Lihat dan bacalah sejarah umno.

Ada yang kecewa dan membentuk parti lain dan cuba berjuang dengan aliran lain. Tapi sama kah dengan umno? Hari ini parti PAS sangat berbangga jika orang umno masuk parti mereka. Kerana mereka tahu kualiti orang bagaimana. Orang umno memang sentiasa hebat walau apa parti mereka sertai. Walaupun hebat yang boleh melingkupkan mereka sendiri.

Sama sekali minta jauhkan diri dari mereka yang mengaku umno tanpa tahu asal usul. Umno rosak kerana mereka. Berada dalam umno, tapi hanya mahu mengekalkan kekayaan dan kesejahteraan ahli keluarga. Lihat sendiri, bukan saya bergurau. Jika benar mereka usahawan berjaya, mengapa nak habiskan di meja politik?

Hati-hati dengan mereka ini, sentiasa ingat bahawa umno tak akan rosak di tangan musuhnya, tapi akan rosak kerana ahlinya sendiri..

Posted via DraftCraft app

HATI ORANG UMNO

Jika 25 tahun lalu, saya lihat umno dan politik itu sangat berlawanan dengan cara hidup. Hubungan antara masyarakat dan jiran tetangga. Hubungan dengan bangsa dan agama lain yang sentiasa akrab bagai aur dengan tebing.

Seorang cina boleh singgah mana-mana rumah untuk tumpang minum atau makan. Imej seorang cina di kampung saya dengan seluar khakis 'katok, tshirt pagoda. Basikal palang berbakul jual ikan dengan dacing tembaga. Atau bertindak sebagai penjual ayam atau peraih buah. Lebih tepat gambaran seperti dalam filem Tan Sri P. Ramlee, watak apek dalam Sarjan Hassan atau apek dalam Seniman Bujang Lapok. Tapi bukan apek dalam Madu Tiga yang mati pun kena pegang bendera.

Mengapa cara hidup orang umno berubah? Kerana perubahan zaman? Atau kerana wawasan 2020 yang mahu menjadikan kita menjadi negara maju?

Bagaimana umno boleh di benci? Kerana pemimpin umno semakin kaya? Kerana orang umno pandai berniaga? Kerana orang umno memberi peluang kepada bangsa lain mencari kemewahan dan kekayaan di negara ini?

Atau umno di benci kerana tidak menerima seorang peliwat jadi perdana menteri, maka rakyat boleh merusuh dan membentuk parti politik?

Cuba tanya diri sendiri pula, antara orang umno dan bangsa lain, apakah bentuk permusuhan yang mereka alami? Mengapa mereka bermusuh? Kerana slogan hari kebangsaan, atau jumlah duit yang di habiskan oleh seorang perdana menteri demi mentadbir negara?

Posted via DraftCraft app

KAMI BENCI UMNO

Saya juga membenci. Terutama yang hanya fikir mereka sudah lama 'umno' untuk berjuang mempertahankan nasib bangsa dan negara.

Berada dalam umno jika hanya sebagai penjilat atau mahu menang bergaya, lebih baik jangan menyusahkan orang lain.

Saya tak hadir kemajlis makan-makan atau untuk menerima wang saguhati hanya kerana saya memiliki kemeja atau tshirt umno.

Saya pilih untuk tidak menyerang mana-mana individu yang saya rasakan tidak memberi impak kepada pembangunan sahsiah bangsa dan agama. Itu muktamad. Tapi pasti saya menyerang sesiapa sahaja yang hanya mementingkan diri sendiri dengan helah yang tidak dapat di tafsirkan. Kerana makanan buaya adalah bangkai, maka buaya tidak akan menolak bangkai. Itu istilahnya.

Saya tak pandai berbahasa, saya tidak pandai bermadah berhelah. Jika benar di hati saya, itu lah kebenaran. Jika salah di mata saya, itulah kejahatan yang sedaya upaya saya hindarkan dati menguasai diri.

Nilai pangkah saya di kertas undi adalah sama nilai pangkah seorang perdana menteri sekalipun. Tapi bagaimana nak menyakinkan orang lain bahawa kita pilih dan mengundi orang yang salah?

Posted via DraftCraft app