Thursday, August 16, 2012

AKTA IBUKOTA PERSEKUTUAN 1960 : KUASA DATO BANDAR

BAHAGIAN III
PERUNTUKAN-PERUNTUKAN PERALIHAN

(pindahmilik harta,dsb)
17. (1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan seksyen ini dan apa-apa arahan Yang di-Pertuan Agong, semua harta dan aset yang sebelum sahaja mula berkuatkuasa Akta ini adalah terletakhak pada Ahlimajlis-ahlimajlis Perbandaran Kuala Lumpur atau pada seseorang bagi pihak Ahlimajlis-ahlimajlis itu hendaklah apabila mula berkuatkuasanya Akta ini terletakhak pada Dato Bandar.

(2) Semua tanah yang sebelum sahaja mula berkuatkuasanya Akta ini telah terletakhak pada atau direzabkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubung dengan jagaan tanah bagi maksud Ahlimajlis-ahlimajlis Perbandaran Kuala Lumpur hendaklah, apabila mula berkuasakuasanya Akta ini, terletakhak pada atau di sifatkan sebagai direzabkan, mengikut mana yang berkenaan, bagi maksud Dato Bandar.

(kontrek-kontrek dan pembicaraan sedia ada)
18. (1) Tertakluk kepada Bahagian ini, semua suratikatan, bon, perjanjian, suratcara dan perkiraan kerja yang sedia ada sebelum sahaja mula berkuatkuasanya Akta ini dan yang menyentuh mana-mana harta yang dipindahmilik di bawah seksyen 17 hendaklah berkuatkuasa dan berkesan sepenuhnya terhadap atau untuk Dato Bandar, dan boleh dikuatkuasakan dengan sepenuhnya dan dengan berkesan seolah-olah sebagai ganti Ahlimajlis-ahlimajlis Perbandaran Kuala Lumpur, atau mana-mana orang yang bertindak bagi Ahlimajlis-ahlimajlis itu, Dato Bandar telah dinamakan dalamnya atau telah menjadi suatu pihak kepadanya.

(2) Tertakluk kepada Akta ini, apa-apa perbicaraan atau alasan tindakan yang belum selesai atau yang sedia ada sebelum sahaja mula berkuatkuasanya Akta ini oleh atau terhadap Ahlimajlis-ahlimajlis Perbandaran Kuala Lumpur atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Ahlimajlis-ahlimajlis itu boleh diteruskan atau dibawa oleh atau terhadap Ahlimajlis-ahlimajlis Kuala Lumpur atau orang itu jika Akta ini tidak dikanunkan.

(penerusan perjanjian-perjanjian perkhidmatan, dsb)
19. Tiap-tiap yang sebelum sahaja mula berkuatkuasanya Akta ini telah diambilbekerja oleh Ahlimajlis-ahlimajlis Perbandaran Kuala Lumpur hendaklah apabila berkuatkuasanya Akta ini disifatkan sebagai ditukarkan ke perkhidmatan Dato Bandar atas had-had dan syarat-syarat perkhidmatan sebagaimana yang terdapat sebelum berkuatkuasanya Akta ini.

(kuasa-kuasa berkenaan dengan ordinan perbandaran PTM 3/48)
20. Semua kuasa yang diberi kepada Raja dalam Mesyuarat Negeri Selangor oleh seksyen 3 Ordinan Perbandaran (Pemakaian Diperluaskan) 1948, hendaklah berkenaan dengan Bandaraya, disifatkan sebagai diberi, apabila dan selepas mula berkuatkuasanya Akta ini, kepada yang di-Pertuan Agong.

(pemansuhan 52/50) sel.PW 194/50
21. (1) Apabila mula berkuatkuasa Ak ta ini, Bahagian-bahagian I & II Ordinan Pilihanraya Pihakberkuasa Tempatan, 1950, hendaklah terhenti dipakai bagi Bandaraya, dan apa-apa perintah yang masih berkuatkuasa pada masa itu dibawah seksyen 52 Ordinan tersebut berkenaan dengan Bandaraya hendaklah dengan ini tamat.

(2) Perlembagaan Perbandaran Kuala Lumpur yang diisytiharkan di bawah seksyen 4 Ordinan Pilihanraya Pihakberkuasa Tempatan, 1950, sebagaimana dipinda dari semasa ke semasa, adalah dengan ini di mansuhkan , dan seseorang yang sebelum sahaja mula berkuatkuasanya Akta ini adalah Yang Dipertua atau seorang Ahlimajlis bagi majlis yang ditubuhkan dibawah Ordinan Perbandaran dan Perlembagaan tersebut hendaklah apabila mula berkuatkuasanya Akta ini terhenti menjadi Yang Dipertua atau Ahlimajlis tersebut, mengikut mana yang berkenaan.

(32) tahun 1958
(3) Ordinan Ibu Kota Persekutuan ( Pilihanraya Perbandaran) , 1958, adalah dengan ini di mansuhkan.

Posted via DraftCraft app

No comments: