Wednesday, August 22, 2012

PAS YANG TIDAK MODEN!



Saya masih tidak menerima perjuangan Islam PAS! Bukan kerana saya tak cukup islam atau terlebih islam, tapi sangat tidak kena dengan prinsip-prinsip asas islam itu sendiri.

Dari Presiden hingga kepada ahli yang paling bawah, saya tidak pernah dengar sepatah ayat pun yang baik berkaitan kerajaan, umno atau BN. Mustahil kerajaan BN, umno dan seluruh ahlinya adalah ahli neraka!

Adakah islam dalam umno tidak diterima pakai oleh PAS? Pembangunan dan perkembangan ekonomi dalam negara juga sering di persenda dan salah ertikan dengan kezaliman dan pembaziran. Adakah pembangunan dan kekayaan yang wujud dalam negara ini merupakan sumber yang tidak sah atau halal dari segi hukum syarak?

Asasnya agama islam pada PAS adalah apa sebenarnya? Perjuangan politik PAS itu adalah perjuangan agama islam? Dalam rupabentuk yang sebagaimana? Siri ceramah, kutipan derma, memburukkan pemimpin dan mengkafirkan islam lain itu adalah islam cara PAS? Mustahil itu adalah islam yang dari alquran atau sunnah.

Ekonomi yang di bentuk oleh kerajaan Islam PAS? Corak atau perniagaan yang sebagaimana di cadangkan oleh PAS dalam membantu golongan islam yang lain? Terutama dalam pembahagian keperluan fakir miskin, asnaf dan kumpulan fisabillilah dan lain? Bentuk simpanan perbendaharaan yang wujud dalam islam PAS?

Saya pernah syorkan kepada Pemuda PAS agar mewujudkan Yayasan PAS yang kukuh! Membina sekolah dan universiti. Menyediakan kemudahan pembelajaran yang bersesuaian. Bukan membentuk kumpulan militan yang menentang kerajaan / bangsa islam sendiri. Dengan terbentuknya yayasan tersebut, PAS bukan sahaja akan menjadi islam dengan falsafahnya, malah akan mempunyai 'tentera islam' yang akan menawan dunia! Memiliki cerdik pandai islam dalam semua bidang adalah maksud islam yang moden dan universal! Bukan sekadar mengadap kiblat yang sama, tetapi memiliki hala tuju islam yang lebih baik berbanding islam yang ada dalam PAS itu sendiri!

Itu berlaku hari ini. PAS masih tidak berubah! Kekal dengan islam yang salah! Islam yang tidak langsung membuka tafsiran dan takrif yang moden dan boleh diguna pakai oleh bangsa lain, agama lain. Tiada istilah arab! Tapi keterbukaan islam kepada agama lain adalah tuntutan sejak wujudnya agama islam.

Posted via DraftCraft app

No comments: