Tuesday, September 25, 2012

SEKULARISME

Sejarah Sekularisme

Kelahiran ideologi sekular ini sebenarnya timbul dalam agama Kristian. Ajaran Bible yang di anuti oleh masyarakat Kristian tidak mengandungi secara langsung aspek-aspek perundangan dan pemerintahan negara, lantaran itu suatu idea dan falsafah baru di perlukan sebagai tambahan kepada ajaran Bible tersebut. Tambahan pula, pemerintahan gereja ketika itu tidak membuka langsung ruang pemikiran dan pengkajian terhadap ilmu-ilmu yang tidak di sebut secara langsung dalam Bible, menyebabkan berlakunya pemberontakan rakyat demi untuk mencipta kemajuan.

Kelahiran aliran sekularime barat itu di dorong oleh sebab-sebab berikut:

1. Cengkaman dan Penguasaan Gereja secara Zalim

Masyarakat barat di kuasai oleh golongan gereja ( paderi ) yang menentang pembangunan, pemodenan serta ilmu-ilmu sains moden. Di katakan antara tahun 1841-1901, seramai 32,000 orang di bunuh oleh pihak gereja kerana pandangannya bertentangan dengan pendapat gereja termasuklah Parnily yang menemui bintang beredar pada orbit, Compland yang menemui planet lain selain bumi, Galileo yang mengatakan bumi mengelilingi matahari dan Columbus yang menemui tanah Amerika.
Mereka dibunuh dan dihukum secara kejam akibat daripada pengkajian mereka yang bercanggah dengan ajaran ortodoks Bible. Akibatnya berlaku penentangan terhadap gereja dan Reformasin Agama yang di ketuai oleh Martin Luther ( 1483-1546 ).

2. Perkembangan Sains dan Teknologi Moden

Penemuan-penemuan dan perkembangan sains teknologi menghilangkan keyakinan masyarakat terhadap kepercayaan agama, perkara-perkara ghaib, mistik dan metafizik. Pencapaian kemajuan sains dan teknologi yang kian canggih akhirnya menyebabkan kelunturan iman kepada perkara-perkara ghaib akibat dimomokkan dengan kejayaan teknologi membuktikan idea meterialisme, dan semua perkara mempunyai sebab yang boleh dibuktikan secara impirikal dengan sendirinya tertolak.

3. Revolusi Perancis 1789

Berlakunya revolusi ini dengan rampasan harta benda paderi, penentangan sekolah-sekolah gereja dan sebagainya, hingga akhirnya kekuasaan paderi di jatuhkan apabila Napoleon Bonaparte, seorang anak petani memulakan kempen merampas kuasa daripada tangan paderi. Prinsip mereka dalam pemerintahan negara di ungkapkan oleh falsafah mereka 'Berilah urusan pentadbiran negara kepada Kaisar dan berilah urusan tuhan ( agama ) kepada tuhan..' Dan pada tahun 1905 Perancis telah meluluskan satu rang undang-undang yang memisahkan antara agama dengan pentadbiran dan kerajaan.

4. Perkembangan Aliran Pemikiran Falsafah Secara Bebas

Kebanyakkan pemikir dan ahli falsafah ketika itu memandang agama sebagai penghalang kepada kebebasan berfikir mereka dan akhirnya timbullah pelbagai usul agar kebebasan berfikir dibuka untuk mencipta kemajuan. Hasilnya, lahirlah pemikiran sekularisme. Falsafah dan ideologi ini cukup diminati dan di sokong kuat oleh beberapa tokoh ahli falsafah termuka seperti Loke, Leibniz, Hegal, Marx, Homes dan Rosseau agar agama dipisahkan daripada aspek pemerintahan dan pentadbiran negara.


Posted via DraftCraft app

No comments: