Wednesday, November 14, 2012

TINGGI CITA-CITA!

Hidup mesti mempunyai cita-cita. Tinggi cita-cita itulah yang menjadikan manusia di dalam hidupnya sentiasa hendak mencapai yang lebih sempurna. Manusia tidak mahu mencukupkan sehingga keadaannya yang ada sekarang sahaja. Hanyalah manusia yang ada cita-cita. Sebab itu hanyalah manusia yang senantiasa beroleh kemajuan di dalam hidupnya.

Tinggi cita-cita bertali dengan harga diri dan tahu kemuliaan diri. Tahu harga dan kemuliaan diri itulah yang menyebabkan kebanyakkan orang tidak suka melakukan pekerjaan yang hina di mata orang banyak. Namanya di belinya dengan harga yang sangat mahal, dengan usaha dan tenaga, kadang-kadang dengan kepayahan hati dan badan, kepayahan menjaga langkah jangan sampai tertarung. Sebab itu maka orang yang mempunyai cita-cita dan nama harum itu kurang jumlahnya dari manusia kebanyakan. Tegasnya hanya manusia yang lahir ke dunia, hidup, makan dan mati.

Orang yang bercita-cita tinggi dan tahu akan harga dirinya tidak mahu mendekati pekerjaan yang hina dan rendah, pekerjaan yang tiada layak baginya. Kerana dia tahu bahawa ruginya untuk namanya sudah terlalu banyak. Dia tidak mahu akan menjatuhkan harga itu hanya di dalam waktu yang pendek.

Posted via DraftCraft app

No comments: