Wednesday, March 20, 2013

Masuk Politik!

Zaman sekarang adalah zaman parti politik, bukan main banyaknya parti politik yang terdiri, terutama di negeri demokrasi, sehingga tiap-tiap orang yang berakal merasa patut memasuki salah satu sesudah di timbangnya, lalu diperintahkannya asas parti itu bila telah di masukinya. Tetapi dalam praktik, banyak parti itu kerapkali menghendaki 'penumpah darah'. Orang perbuat bermacam-macam perbuatan 'kejam' atas nama parti!

Tidak dapat di mungkiri lagi, bahawa seseorang yang telah masuk ke dalam suatu parti apa jua pun, ertinya dia telah mulai mengikat dirinya, telah mengorbankan kemerdekaan akalnya, sebahagian besar dari kebiasaannya menjadi hilang. Kadang-kadang dia mesti tunduk, meskipun terpaksa, kerana kehendak parti. Tetapi jika bagi setengahnya lagi, yang fikirannya lebih luas, merasa bahawa dengan berparti itu dia lebih merdeka menyatakan pendapatnya. Dia mendapat lapangan untuk menyatakan pendirian, kerana dia tidak kuasa menyatakan dan mengerjakan buah fikirannya itu, kalau tidak ada 'sawahnya'. Maka parti telah digunakannya untuk menanam benih fikirannya itu.

Kepada orang yang seperti ini tidaklah kita akan berkata: 'Jangan didekati perkumpulan, jangan masuk ke salah satu parti,' Sebab dia bukan ikhlas kepada parti, tetapi ikhlas kerana keyakinannya dan fikirannya sendiri. Cuma kepada orang ini kita berseru lain, iaitu: 'Sedapat mungkin, hendaklah jaga kemerdekaanmu dalam parti itu. Jangan jadi budak parti. Pegang teguh keyakinanmu, pertahan tujuanmu yang suci. Harus sentiasa bersedia buat keluar dari parti itu, kalau sekiranya parti itu berlawan dengan keyakinanmu, atau akan memaksa engkau meninggalkan keyakinanmu, atau jika parti itu melupakan pendiriannya yang asli, kerana mengharap kekuasaan.

'Ikhlas kepada partimu itu, selama engkau masih menampak bahawanya dia masih ikhlas kepada pendirianmu. Keikhlasanmu itu harus engkau nyatakan dengan terus terang. Bilamana engkau lihat bahawa parti itu telah meninggalkan asasnya yang pertama, iaitu harus engkau bantah, engkau lawan sekuat-kuat tenagamu. Sikap serangan itu harus dengan aturan dan hormat, di dalam linkungan parti itu sendiri, dan jangan di luarnya. Tetapi kalau nampak bahawa parti itu telah di pengaruhi oleh satu tangan dan satu perbuatan yang tidak jujur, lekas-lekas lah engkau keluar, jangan di tahan-tahan lagi memerangi parti itu. Nyatakan dan bukakan kepada rakyat segala kesalahan dan kecuranganya. Dengan cara demikian, terpeliharalah kemerdekaanmu yang mahal itu. Setelah itu, kalau sekiranya engkau hendak memelihara kemerdekaan itu dengan sikap merdeka, nyatakan fikiranmu dengan penyiaran, dengan mengarang brosur, mengarang buku-buku, pidato atau mengarang di akhbar-akhbar.

'Percaya lah bahawa selama kita masih memelihara kemerdekaan kita, maka bertambah pula lah penghormatan kita kepada buah fikiran sendiri. Dan orang lain pun mahu tak mahu mesti menaruh hormat kepada engkau, cinta dan percaya..'

Tuesday, March 19, 2013

FITNAH UMNO!

Memang gambar ni hitam putih! Macai-macai UMNO ni bukan mampu beli kamera ada warna!

Tuduhan Tun Mahathir dapat solat sunat dalam Kaabah tu hanya rekaan orang UMNO! Pengiring dan saksi seramai 14 orang yang lihat pun dah habis mati secara misteri!

Takbir!!


Sunday, March 17, 2013

BN ZALIM! Selamanya!

Ada yang bertanya mengapa saya percaya tuduhan liwat dan hubungan seksual yang di lakukan oleh Anwar Ibrahim.

Apa salahnya saya percaya? Sedangkan mereka juga percaya Altantuya kena bom, mereka juga percaya Rosmah ada cincin dan beg tangan yang berharga jutaan ringgit.

Mereka boleh percaya bahawa semua gambar dan video seks Anwar Ibrahim satu fitnah yang di reka oleh UMNO dan BN. Apa salahnya jika saya tak percaya semua itu?

Mereka tanya jika saya kenal jurugambar, orang yang mengambil video dan gambar-gambar tersebut, tapi adakah mereka kenal siapa Altantuya? Mereka kenal Rosmah? Mereka kenal Najib?

Mereka tanya keperluan negara beli kapal selam! Saya takut nak jawab! Sebab saya sendiri tak pernah tengok kapal selam! Tapi mereka tetap percaya itu adalah pembaziran.

Saya percaya video hitam putih. Kerana saya biasa tengok gambar begitu. Mereka boleh cakap ini tahun 2013 dan semua video mesti berwarna. Mereka tetap percaya itu rekaan UMNO dan BN.

Monday, March 11, 2013

Takbir!! Hidup Tian Chua! Takbir!!

Semoga bumi melayu ini terus mendapat rahmat dengan pemimpin / pejuang Islam seperti ini.

Hanya PAS memahami apa yang tersirat dan terselirat!

Membangun bersama Islam! Takbir!!