Sunday, March 17, 2013

BN ZALIM! Selamanya!

Ada yang bertanya mengapa saya percaya tuduhan liwat dan hubungan seksual yang di lakukan oleh Anwar Ibrahim.

Apa salahnya saya percaya? Sedangkan mereka juga percaya Altantuya kena bom, mereka juga percaya Rosmah ada cincin dan beg tangan yang berharga jutaan ringgit.

Mereka boleh percaya bahawa semua gambar dan video seks Anwar Ibrahim satu fitnah yang di reka oleh UMNO dan BN. Apa salahnya jika saya tak percaya semua itu?

Mereka tanya jika saya kenal jurugambar, orang yang mengambil video dan gambar-gambar tersebut, tapi adakah mereka kenal siapa Altantuya? Mereka kenal Rosmah? Mereka kenal Najib?

Mereka tanya keperluan negara beli kapal selam! Saya takut nak jawab! Sebab saya sendiri tak pernah tengok kapal selam! Tapi mereka tetap percaya itu adalah pembaziran.

Saya percaya video hitam putih. Kerana saya biasa tengok gambar begitu. Mereka boleh cakap ini tahun 2013 dan semua video mesti berwarna. Mereka tetap percaya itu rekaan UMNO dan BN.

No comments: