Monday, January 20, 2014

A Kadir Jasin! "Kadir, Take care of my son in law, will ya!"

Saya agak ada tiga orang sahaja yang baca blog saya. 1. Saya 2. Saya dan 3. Saya! 

Dalam pemerhatian saya, dalam media penulisan, atau orang gila macam saya yang nak menulis juga percaya bahawa, dalam kehidupan yang berkait dengan setiap orang dan percaya ada nya tali persaudaraan di antara setiap makhluk itu bebas bersuara. Tapi dalam kehidupan orang ada-ada, mereka akan minta pertolongan yang ada balasan. I scratch your back, you scratch mine. 

Jadi, walau apa pun penulisan yang di anggap tidak berkepentingan, tidak mendapat upah, tidak mendatangkan apa-apa faedah adalah sampah. Budaya kita dah memang begitu. Kita jarang mengigit tangan orang yang beri kita makan. Kita mungkin rasa betul pada hari ini, tapi tidak di esok hari. Kita pangkah BN pada hari ini, esok kita mungkin dah keluar parti dan mengaku kita pangkah parti lain. 

Prinsip bebas yang saya percaya, semua orang betul pada kepercayaannya terhadap sesuatu isu atau perkara. Kerana itu adalah kapasiti yang dia tahu. Mana mungkin setiap orang tahu setiap bidang dengan cemerlangnya. Bagaimana suatu isu di siarkan adalah kerana usaha penulis dan pengarang ceritanya. Di tambah beberapa contoh, di selit beberapa gambar, di letakkan beberapa rujukan tambahan. Siapa baca pun akan percaya. Dengan kemahiran yang ada pada setengah orang yang bergelar penipu, dia boleh menipu sesiapa sahaja. Mungkin dalam rupa bentuk rayuan, kesedihan, fakta pada perkara yang di jangkakan akan menghasilkan imbuhan. 

Sama ada menikam nombor ekor, menilik nasib, membuat ramalan, membuat teori atau merancang kaedah penipuan seperti kad gores dan menang, skim piramid, skim cepat kaya, jualan langsung, pelaburan emas, pinjaman dengan kadar faedah, atau dengan istilah insuran, mutual trust, skim amanah dan bentuk zakat, atau baitulmal.

Begitu juga dengan piagam, dasar, konsep pentadbiran mengurus pemerintahan dan kerajaan. Yang menentukan kadar perniagaan, spekulasi mata wang, penjualan atau urusan sewa beli dan kontrak perjanjian. Hinggakan dengan wang, orang boleh beli masa dengan tempoh bayaran dan pinjaman. 

Apa peranan yang kita letak pada diri kita? Menjadi manusia yang berkhayal dengan ideologi politik yang kita percaya? Menyokong orang yang kita percaya akan menjadi pemimpin? Kita bekerja? Ada majikan yang perlu kita puaskan hatinya dengan hasil kerja yang kita buat? Atau kita patut dapat pujian atas akal fikiran yang kita terjemahkan dalam bentuk penulisan? 

Kelayakan kita di hormati kalau kita ada kelayakkan yang bergelar di depan nama, ada anugerah yang kita pamer di dinding rumah kita, orang membacakan biodata kita di majlis-majlis keramaian, orang letak kita di kerusi-kerusi khas yang buat kita akan di hormati dan di sanjung? 

Akhirnya kita rasa kita betul dalam pemikiran kita, orang perlukan kita dalam kehidupan hidup bermasyarakat. Maka kita di sebut-sebut orang masyarakat yang di kenang-kenang orang.

Matinya hubungan seseorang itu apabila mulutnya lebih petah dan pintar dari biasa dan sedar makanan yang di perolehi adalah dari ehsan orang. Tapi terpaksa memenuhi jemputan orang dan terpaksa menghormati orang-orang yang telah berbudi dan berjasa pada nya. 

Realitinya, orang itu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak mengikut keturunan darahnya. Orang itu mungkin saya, mungkin siapa sahaja. Kerana kita tak kenal siapa jiran kita di akhirat kelak. Kita tak begitu maksum dan ada mukjizat untuk di agih-agihkan apabila mati kelak! 

No comments: