Tuesday, January 21, 2014

Selangor Kesal Kejadian Menimpa Ketua Pembangkang

Kerajaan Selangor amat  kesal dengan kejadian yang menimpa Dato’ Seri Anwar Ibrahim dimana beliau telah dihalang daripada memasuki negara Jepun berdasarkan laporan ‘sesuatu yang berlaku tahun lalu’ yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia.

 

Kerajaan Negeri berpendapat perbuatan ini  menghina kedudukan beliau selaku Ketua Pembangkang Malaysia yang telah dipilih oleh rakyat secara sah menjadi Ahli Parlimen menerusi  Pililhan Raya Umum ke-13 yang lalu.

 

Lebih dikesali kerana Kerajaan Selangor mempunyai hubungan baik dari segi diplomatik dan ekonomi dengan Jepun dimana pelabur Jepun adalah pelabur asing terbesar di Selangor manakala Dato’ Seri Anwar Ibrahim pula adalah Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.

 

Mencerminkan hubungan baik dan kerjasama erat ini,  Kerajaan Negeri  amat berharap kerajaan Jepun dapat memberi penjelasan yang memuaskan berkaitan insiden ini supaya sebarang kekeliruan dapat diselesaikan secepat mungkin.

 

Kita juga mendesak Wisma Putra memberi alasan yang munasabah kerana terbukti tindakan oleh  pihak berkuasa Jepun ini diambil berdasarkan laporan malah mungkin juga arahan yang dikeluarkan kerajaan Malaysia.

 

YAB TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM

DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

20 JANUARI 2014

No comments: