Sunday, March 30, 2014

Memoir Politik Asri : Menitis Arus yang diterbitkan oleh Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 1993


31/03/2014

Bekas Presiden PAS Akui Syiah Menular Dalam PAS Sejak Dulu Lagi

Allahyarham Tan Sri Dato' Mohd Asri Haji Muda [Presiden PAS ke-3]

Pada suatu ketika selepas PAS menguasai Kelantan dan Terengganu, pernah dibangkitkan bahawa PAS sengaja mempermainkan isu kafir mengkafir untuk menarik pengundi dan sokongan rakyat khususnya umat Islam, sehingga pada suatu ketika suasana masyarakat begitu tegang di Kelantan. Banyak ulama tergugat, pengajian pondok sering diganggu. Kadang-kadang pengajaran tafsir juga menjadi suatu momok yang membimbangkan, terutamanya apabila pentafsiran mengenai ayat-ayat tertentu.

Sebenarnya sepanjang yang saya tahu, PAS sendiri tidak pernah mengambil sebarang ketetapan atau keputusan dalam mana-mana mesyuarat pun, baik peringkat pusat mahupun di peringkat cawangan. Badan yang berhak memutuskan dalam hal seperti ini ialah Dewan Ulama; sedangkan Dewan Ulama tidak pernah membuat keputusan sama ada dengan bertulis atau dengan lisan. Pada ingatan saya ada suatu ketika muncul cadangan tentang perkara yang tersebut untuk dibincangkan dalam suatu persidangan muktamar, akan tetapi cadangan itu tidak diterima untuk dihabaskan oleh Ketua Dewan Ulama. Jadi mengaitkan isu kafir-mengkafir dengan PAS pada masa dahulu tidaklah adil.

Cuma pada peringkat akhir kepimpinan saya dalam PAS sesudah tidak berada dalam Barisan Nasional lagi, mulailah timbul berbagai-bagai karenah. Pada suatu pagi, telah berkunjung ke rumah saya di Kuala Lumpur seorang pemimpin muda PAS. Waktu itu Dato' Seri Dr. Mahathir baru sahaja mengambil alih pimpinan UMNO. Surat khabar pada pagi itu telah memuatkan kenyataan pertama daripada pemimpin UMNO yang baru itu tentang arah langkah dan masa depan UMNO. Pokok utama yang ditimbulkan ialah penerapan nilai-nilai Islam dalam masyarakat dan negara demi untuk mencapai kesejahteraan masyarakat. Pemimpin muda PAS itu mendedahkan perasaan kebimbangannya tentang masa depan PAS, sehingga terluah segumpal ayat "Kalau begitu taktik Mahathir dengan UMNOnya, habislah PAS". Saya lantas bertanya : "Kenapa PAS boleh habis? Katanya "Rakyat akan berpaling daripada PAS, sebab yang diperjuangkan oleh Mahathir hampir sama dengan PAS."

Saya terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk menjelaskan kepadanya ; bahawa kewajipan memperjuang dan menegakkan Islam itu ialah kewajipan semua umat Islam baik daripada PAS mahupun daripada UMNO dan daripada golongan mana sahaja. Kalau UMNO melalui suara pemimpinnya mahu memberikan saham dalam perjuagan global ini, syukurlah kita. UMNO sebagai parti tulang belakang pemerintah negara tentu lebih berkemampuan untuk meneruskan jihad besar ini, kita harus mengucapkan terima kasih kepadanya.

Pemimpin muda PAS itu lantas menjawab bahawa dia tidak percaya kepada ucapan pemimpin UMNO itu. Bagi beliau ucapan itu adalah pemanis mulut sahaja, sekadar untuk mengatasi dan menghancurkan PAS, tidak bersungguh-sungguh dan tidak ikhlas. Saya katakan kepadanya, bahawa ikhlas atau tidak hanya bagi ALLAH yang menilainya. Adapun kita manusia biasa ini, sekadar berpegang kepada kata-kata dan ucapannya semata-mata sebab kepada kita sebagai manusia cukuplah berpegang kepada ikrar dan pengakuan, jangan sama sekali penerimaan ikrar dan pengakuan dirosakkan oleh syak wasangka dan kebimbangan yang melulu, sebelum kita menyaksikan lambai dan langkah serta haluannya yang menyeluruh.

Pemimpin muda itu juga membangkitkan, kalau demikian apa lagi yang dapat dilakukan oleh PAS, kalau UMNO mengambil alih perjuangan ini? Saya dengan senyum menjawabnya bahawa masih banyak ruang bagi kita untuk bergerak. Kita boleh sokong tetapi tetap bersedia memberikan pandangan demi untuk kelancaran cita-cita itu disamping teguran dan kritikan yang membina sesuai dengan peranan kita sebagai pembangkang yang sihat.

Akhirnya beliau beredar dari rumah saya dengan perasaan tidak puas hati, malah ternyata dalam pandangan saya, beliau begitu kecewa dengan sikap dan pendirian saya yang mungkin begitu aneh baginya. 

Kemudian daripada kejadian tersebut, hubungan pun mulailah renggang dan kemesraan yang diikat oleh ukhwah mulalilah terungkai sedikit demi sedikit. Di beberapa tempat di Terengganu dan Kelantan khususnya, telah muncul beraneka kejadian yang dimulai dengan kafir-mengkafir sesama sendiri mengakibatkan perpecahan masyarakat, bahkan perpecahan keluarga. Anak berpecah dengan bapa, suami isteri berkelahi dan jadilah masyarakat yang dibahagi-bahagikan oleh perbezaan politik yang menyebabkan berlakunya sembahyang dua imam dan lahirnya dua masjid semukim, lahirnya kubur berasingan. Kenduri kendara, mati relai dan sakit demam tidak lagi menjenguk silai. Pernag berlaku kenduri kahwin oleh satu pihak tidak dihadiri oleh pihak yang satu lagi sehingga sebahagian besar lauk pauk yang disediakan menjadi basi dan terpaksa dibuang ke parit. Sesungguhnya berbagai-bagailah cencela yang berlaku.

Sebahagian pemuda PAS mulai berkursus di luar negeri, malah telah ada anggota parti yang dijemput berkunjung ke Iran. Sebagai Yang Dipertua Agung, saya tidak pernah diberitahu. Apabila pada suatu hari saya bersungut kepada orang tertentu sama ada benar berlaku pengiriman orang-orang PAS ke Iran, tetapi semuanya malah menggeleng kepala, tidak tahu. Padahal seorang pemuda telah berjumpa dengan saya dan menceritakan bahawa beberapa orang lagi anggota PAS akan berangkat ke Iran sambil menunjukkan tiket-tiket penerbangan ke Iran yang baru diterima dari sebuah kedutaan asing.

Revolusi Iran baru mencapai kejayaan dan seluruh dunia gempar. Malaysia juga tidak ketinggalan. Betapa hebatnya sebuah revolusi atas nama Islam dapat mencapai kejayaan, sedangkan yang dihadapinya ialah suatu kekuatan yang didukung oleh Amerika sendiri. Pada suatu ketika semangat Iran membumbung tinggi, sebahagian anak muda begitu terpengaruh dengan kejayaan Iran. Pernah saya memberikan ulasan kepada akhbar bahawa kita semua memang bangga atas kejayaan Iran yang membebaskan negara daripada pengaruh Amerika dan berjaya menegakkan sebuah negara Islam. Sungguhpun begitu cara revolusi yang berlaku di Iran itu sama sekali tidak sesuai dengan iklim dan suasana negara kita. Selain faktor komposisi masyarakat yang sedemikian uniknya yang memerlukan kebijaksanaan serta strategi yang mampan, maka hasrat serta keupayaan yang dalam jangka panjangnya memang menuju kepada suatu matlamat yang kita cita-citakan.

Walaubagaimanapun sikap ekstrim yang dilahirkan oleh sesetengah kalangan, terutamanya di kalangan Dewan Pemuda yang telah mengadakan muktamar tahunannya secara berasingan di Bukit Mertajam, dan suara prorevolusi Iran telah berjalan dengan rancak sekali dan merebak dengan cepatnya ke dalam seluruh organisasi PAS sehingga tidak mampu dibendung lagi. Demikian pula suasana yang berlaku dalam muktamar tahunan PAS dengan menonjolnya nilai-nilai revolusi Iran yang dilaungkan dan dipamerkan. Inilah salah satu daripada sebab punca yang menjadikan saya berasa tidak mampu lagi memegang pimpinan, apatah lagi pendapat dan arahan saya tidak dipatuhi. Akhirnya saya terpaksa mengambil sikap mengundurkan diri daripada memegang teraju pimpinan.

Akhirnya tindakan tata tertib telah diambil atas diri saya bersama rakan-rakan saya, dan apa yang dinamakan 'Kumpulan 13'. Sebenarnya kumpulan 13 itu dikaitkan dengan kejadian 13 orang tokoh PAS Kelantan yang telah dikenakan tindakan tata tertib oleh pucuk pimpinan sebagai akibat daripada simpati dan berpihak kepada saya setelah meletakkan jawatan Yang Dipertua Agung pada 23Oktober 1982. Mereka itu ialah Allahyarham Dato' Haji Ishak Lotfi Omar, bekas Menteri Besar Kelantan, bekas Pesuruhjaya PAS Kelantan dan bekas Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan; Dato' Nik Man Nik Mat, bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan, bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan dan bekas Yang Dipertua PAS kawasan Pasir Mas; saya sendiri; Haji Wan Ismail Ibrahim, bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan, bekas ahli Jawatankuasa Agung PAS dan bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan,; Haji Hassan Haji Muhammad, bekas Bendahari Agung PAS, bekas ahli Dewan Rakyat kawasan Rantau Panjang; Haji Azhari Awang, bekas ahli Jawatankuasa Agung PAS, bekas Naib Ketua Pemuda PAS pusat, bekas Yang Dipertua PAS Kuala Krai dan bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan dan Kampung Baru; Haji Salahuddin Abdullah, bekas Exco Kerajaan Kelantan, bekas Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, dan bekas Yang Dipertua PAS kawasan Kota Bharu; Haji Abdul Hamid Salleh, bekas Exco Kerajaan Kelantan dan bekas Yang Dipertua PAS Kota Bharu dan Nilam Puri : Mohd Shaari Awang Ali, bekas Setiausaha PAS Rantau Panjang; Mohd Fakhruddin Haji Abdullah, bekas Jawatankuasa Agung PAS dan Pengarah Pilihanraya PAS Kelantan dan bekas ahli Parlimen Pasir Mas; Haji Mohd Zain Abdullah, bekas ahli jawatankuasa Agung PAS, bekas Yang Dipertua PAS Bachok dan bekas ahli Parlimen Bachok; Haji Wan Sulaiman Haji Ibrahim, bekas Yang Dipertua PAS Pasir Puteh, bekas Exco Negeri Kelantan dan bekas Ahli Parlimen Pasir Puteh dan Haji Wan Ibrahim Wan Abdullah bekas ahli Parlimen Pasir Mas.

Dalam surat yang dihantar kepada tiga belas ahli yang berkenaan yang telah ditandatangani oleh Setiausaha Agung PAS itu, tiada dinyatakan sebarang alasan yang diberikan atas tindakan tatatertib itu.

Beberapa orang tokoh PAS dari Kedah antaranya Dato' Haji Sudin Wahab, Allahyarham Haji Othman Alyunusi - bekas Pesuruhjaya PAS Kedah, dan Haji Mohd Ramli Abdullah, ahli Jawatankuasa Agung PAS dan Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pusat; telah mengambil inisiatif menjalankan usaha dan ikhtiar untuk Islah atau kebaikan, mereka telah mengadakan pertemuan dengan beberapa kumpulan tertentu di kalangan pucuk pimpinan PAS, namun usaha mereka gagal, atas sebab-sebab yang tidak perli dirakamkan disini. Hanya ALLAH jua yang maha mengetahui.

Berikutan dengan tindakan tatatertib ini, maka saya diberi arahan agar tidak membuat sebarang kenyataan baik di dalam Dewan Undangan Negeri atau sebagainya, dan dimaklumkan bahawa perlantikan saya sebagai Ketua Pembangkang di dalam dewan itu telah ditarik balik.

Setelah mengadakan perbincangan dan bertukar-tukar fikiran dengan sahabat handai dan rakan taulan, kami telah mengambil suatu keputusan membentuk sebuah badan politik sebagai platform memberitahu masyarakat tentang perkara yang sebenarnya berlaku. Maka dalam satu pertemuan di kediaman Dato' Haji Ishak Lotfi di Kota Bharu telah dicapai keputusan untuk menubuhkan sebuah organisasi politik baru yang dinamakan Hizbul Muslimin Malaysia atau sebutan ringkasnya HAMIM, mengambil sempena nama sebuah pertubuhan politik dibawah pimpinan Allahyarham Ustaz Abu Bakar al-Baqir. Pertubuhan itu telah diharamkan oleh pihak berkuasa Inggeris berikutan pengistiharan darurat tahun 1948

Artikel ini dipetik dari : Memoir Politik Asri : Menitis Arus yang diterbitkan oleh Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1993

Sumber : Pena Minang 

Tuesday, March 18, 2014

Budiman!

Seorang budiman, seorang mulia jasa, diabaikan orang, dilupakan orang, tetapi orang yang sudi menurutkan perintah orang banyak, diangkat-angkat. Apakah sebabnya itu?

Sebabnya ialah kerana orang yang sama hidup dengan dia hendak berlumba dengan dia. Orang sakit hati mengapa maka ilmunya dan akalnya begitu lanjut, sedang orang lain tidak mendapat. Kadang-kadang apa yang dikatakannya itupun terasa oleh orang lain, tetapi orang lain itu kedahuluan juga olehnya.

Sebab itu dengan segala daya usaha mereka berusaha hendak menghapuskan kelebihannya atau menjatuhkan darjat yang telah dicapainya. Itulah sebabnya orang yang mulia jasa itu banyan sekali yang membencinya. Hasad dengki melihat kemajuan orang lain dalam perkara yang sefasal ini, adalah rajanya segala macam hasad dengki di dunia.

Monday, March 17, 2014

Keadilan untuk Anwar!

Demi masa depan Anwar, Isteri & anak, marilah kita sama-sama menyokong perjuangan Pakatan Rakyat demi memastikan kemenangan di Kajang.

Perjuangan ku untuk Anwar. Hidup ku untuk Anwar. Mati ku demi Anwar.

Negara ini sudah tak Islam kerana konsert. Negara ini dah di malukan tuhan dengan kehilangan pesawat. Negara ini dah kafir kerana dadah. Negara ini dah di timpa bencana kerana kerajaan BN! Jerebu salah kerajaan. Br1m juga salah kerajaan. Tak ada air salah kerajaan. Jambatan Pulau Pinang pembaziran.

Saturday, March 08, 2014

Kita kehilangan pesawat! Dan nyawa!

Kawan-kawan bertanya tentang kehilangan pesawat, saya terus jawab 'no komen', mereka tanya kenapa 'no komen', saya jawab, 'saya bukan ahli atau tahu pasal air crash pun, apa lagi tentang usaha search & rescue'. 

Sebulan yang lalu, saya ada tanya rakan di skuad penyelamat, ada hantar bantuan tak kepada pesawat yang terhempas di genting / pahang, beliau juga jawab hal yang sama, pasukan penyelamat DBKL juga tidak pernah dapat latihan berkaitan dengan air crash. 

Berkaitan dengan status 'kapal terbang MAS hilang dan itu adalah salah UMNO' adalah ayat sarkastik. Merujuk kepada tweet YB Nizar dari Perak! Saya rasa mereka percaya dengan tweet beliau dan percaya kehilangan pesawat itu adalah konspirasi UMNO dan BN untuk mengalih perhatian dari kes liwat Anwar Ibrahim. Ketika mereka bergembira menyalahkan hakim dan kerajaan BN dan UMNO, mereka salah kan UMNO juga atas kehilangan pesawat MAS tersebut. 

Ada dengar PAS buat solat hajat? Ada dengar Pakatan Rakyat berkumpul di Stadium dan baca doa 'timbulkan pesawat, selamatkan pesawat'? Doa mereka termasuk dalam KO BN KO UMNO sahaja ke? Itu nama Ulama? Itu nama orang berilmu dan berakal? 

Ketua pembangkang masih sibuk dengan kes bontotnya. Tapi ahli pakatan penghuni syurga ini masih anggap itu salah UMNO dan BN! Apa kaitan bontot dengan kerajaan BN dan UMNO? Yang di bicarakan adalah Anwar Ibrahim. 

Maka siapa yang gila dengan berita dari media sosial sekarang? Siapa yang ada otak? Pasukan dari negeri-negeri pembangkang dan Pakatan Rakyat boleh buat apa atas kehilangan pesawat MAS? Mereka guna kaedah yang sama kan! Maki hamun pemimpin BN dan UMNO dan salahkan kerajaan! 

Akhirnya saya pula yang salah! :p 

Monday, March 03, 2014

Usia memburukkan kita!

Ujub! Bila rasa diri lebih baik dari orang lain. Bila rasa diri dah terpelajar dan anggap orang lain semua masih jahil dan fasiq.

Saya tidak pandai, hanya melihat potret diri. Lihat potret kawan. Lihat potret kenalan lain. Lihat dan baca komen orang lain. Saya berpaksikan kepada ilmu tepi jalan. Saya baca bahan buku murah dan terbuang. Saya tidak pandai berbahasa arab juga untuk mentafsir ayat-ayat agama.

Ada yang saya kenal sejak kecil, ada yang saya kenal di zaman persekolahan, ada yang kenal bila bekerja. Ada yang kenal kerana berselisih di tepi jalan atau yang bertegur sapa ketika berselisih di mana-mana majlis yang tidak dapat di ingat kembali kerana faktor kelupaan yang mula berada dalam diri. 

20 tahun lalu kita mungkin kenal dan sayangkan seseorang. 20 tahun lalu kita menyimpan perasaan pada seseorang. Kalau tidak kerana jodoh atau terpisah kerana kita bukan orang ada-ada. Kita sukakan seseorang tapi kita diam hingga hari ini. 

Kita mula sedar, kita masih ingat apa makanan kesukaannya. Kita masih ingat baju apa yang di pakainya ketika kali terakhir dan berpisah. Rupanya dia juga sama. Kita nama kan ingatan itu sebagai apa? Bukankah buruk jika dia atau kita telah pun berkeluarga dan kita masih mahu bercerita pada hal yang berlaku 20 tahun lalu? 

Saya bukan komen pada sesiapa. Hanya terfikir jika komen kita di ruang sembang yang pelbagai nama dan kisah itu akan lebih memburukkan perangai kita. Selama 20 tahun atau lebih atau kurang, kita tak berubah pada tingkah laku, perangai dan anggap kita lebih baik dari orang lain dengan petikan beberapa ayat berunsur nasihat atau terjemahan ayat-ayat suci Al Quran. Kita mungkin tidak sedar bahawa orang yang kita nak tarbiah atau kita nasihati itu lebih tinggi ilmu dalam dirinya kerana tidak berkata apa-apa.

Kita mempersenda pada ketua atau kerajaan yang memerintah dan lupa bahawa kita tak pernah pun tahu apa itu kerajaan pada agama, atau apa itu agama bagi kerajaan. Kita percaya air jampi yang menyembuhkan penyakit dengan tiupan menggunakan ayat-ayat suci dan akhirnya berjumpa doktor dan mendapatkan rawatan dari jenis-jenis ubatan moden yang tidak di tiup atau di perbuat dari bijirin hitam atau habatus sauda. Tanpa sedar kita menyekutukan atau mensyirikkan Allah atas alasan tidak percaya kepada sains dan teknologi.

Kita boleh buat apa pada tubuh badan yang kian usang ini? Zat yang bagaimana dapat mengelakkan diri dari penyakit? Kita sedar kita tua, kita rasa kita nak berdakwah dan bercakap hal agama dan mempelajari ilmu akhirat dan menuntut orang percaya kita dah berubah dan jadi lebih baik dari semalam? 

Tak berguna sesaat pun jika orang yang kita kenal dahulu yang berbeza perangai dan tingkah lakunya. Entah apa kejahatan yang dia dah lakukan pada orang lain. Begitu juga diri kita sendiri. Saya tak percaya pada orang yang melukakan hari orang lain dan kembali kejalan yang benar hanya kerana dia dah mula bercakap hal agama atau mula mempelajari agama. Pembohong semua itu! 

Saya lihat siapa di sekelilingnya. Saya lihat siapa ahli keluarganya. Saya lihat apa sumbangannya pada masyarakat. Saya lihat bagaimana pertuturannya kepada orang lain. Saya lihat kedut senyumannya pada orang lain. Saya lihat bagaimana dia menghormati masa. Saya lihat siapa yang berubah dan jadi pengikutnya.. 

Cuba tanya diri sendiri? Agama itu untuk siapa? Kita suruh atau kita buat?