Tuesday, March 18, 2014

Budiman!

Seorang budiman, seorang mulia jasa, diabaikan orang, dilupakan orang, tetapi orang yang sudi menurutkan perintah orang banyak, diangkat-angkat. Apakah sebabnya itu?

Sebabnya ialah kerana orang yang sama hidup dengan dia hendak berlumba dengan dia. Orang sakit hati mengapa maka ilmunya dan akalnya begitu lanjut, sedang orang lain tidak mendapat. Kadang-kadang apa yang dikatakannya itupun terasa oleh orang lain, tetapi orang lain itu kedahuluan juga olehnya.

Sebab itu dengan segala daya usaha mereka berusaha hendak menghapuskan kelebihannya atau menjatuhkan darjat yang telah dicapainya. Itulah sebabnya orang yang mulia jasa itu banyan sekali yang membencinya. Hasad dengki melihat kemajuan orang lain dalam perkara yang sefasal ini, adalah rajanya segala macam hasad dengki di dunia.

No comments: