Wednesday, April 23, 2014

Merdeka dari pengaruh perempuan..

Antara buku rujukan kesukaan saya tentang perangai manusia, Falsafah Hidup karangan HAMKA. 
Yang buat saya rasa terpanggil untuk menulis tajuk ini, kerana beberapa petikan ayatnya memang bertepatan dengan sifatnya sebagai seorang pemerhati dan penulis. Saya juga suka memerhati, malah berkeinginan juga untuk menjadi terkemuka. Itu fitrah manusia. 

Antara petikan menarik, 

Orang yang dipengaruhi perempuan, yang memandang bahawa perempuan itulah hanya satu-satunya kesenangan di dunia ini, alamat bahawasanya kemerdekaannya akan hilang. Orang tidak boleh lupa bahawa tabiat perempuan adalah egoistis. Yang lebih dipentingkannya ialah keperluan dirinya. Dia hendak dapat perhatian lelaki, dia hendak mempergunakan lelaki jadi tangganya mencapai maksud dirinya, dia hendak mengaramkan hatinya dan akalnya. 

Perempuan tidak sanggup menjalankan fikiran sedalam-dalamnya yang berhubung dengan umum, tetapi dia sanggup memikirkan suatu pekerjaan. Kebanyakkan perjuangan yang engkau tempoh itu di timbangnya dengan timbangan melihat rumahtangga. Kalau engkau nyatakan pendirian mu yang  berlainan dengan orang banyak, atau dengan perasaan nya sendiri, kalau sekiranya dirasanya bahawa kelak engkau akan di timpa halangan, tentu akan dipatahkannya. Bahayanya sahaja yang dinampakkannya dan tidak dibukakan faedahnya itu.

Sebab itu hati-hati kepada perempuan, jangan sampai tabiat perempuan itu engkau lupakan. Menurut ukuran dia, cinta namanya kepada engkau tetapi engkau tidak sedar bahawa cintanya itu membunuhmu kelak...