Friday, August 01, 2014

Gaza atau Kiew / Ukraine!

Walau ada berjuta lagi mereka yang ingin membantu, saya hanya mampu mengusik dengan tulisan dan beberapa petikan ayat yang di anggap sebagai sindiran dan kiasan berbentuk saikologi terbalik. Kerana saya sedar saya tak mampu membantu walau dengan doa atau sekadar niat.

Sumbangan derma atau masuk tabung pula memang saya tak pernah percaya. Kecuali tabung masjid yang dikutip semasa khutbah jumaat. Kerana jumlahnya dikira selepas solat dan di umumkan jumlahnya. Dari jauh saya hanya boleh memerhati. Itu lah kualiti yang ada pada saya. Kumpulan kasta rendah yang tak berapa berjaya dalam hidup. Setiap kali jumpa kawan lama, kawan sekolah, mereka akan lebih berjaya dan lebih kaya dari saya. Bermakna saya makin susah setiap kali jumpa kawan lama atau kawan sekolah. Kawan bermuka juga ramai, depan lain, belakang lain. 

Orang sebut nak berjuang, saya juga sebut nak berjuang. Orang angkat sejata, saya duduk belakang dan lihat orang berjuang. Orang yang berjuang di barisan hadapan mungkin dan hilang nyawa dan terpisah dan dibuang oleh keluarga. Ada hilang anggota dan cacat seumur hidupnya. Orang yang duduk belakang berjaya balik dengan sempurna. Bawa balik dokumen, bawa balik gambar sebagai bukti. Bawa balik cerita. Yang jadi ketua dapat nama. 

Kerana orang tak faham. Kerana saya tidak setara dengan mereka yang lain. Saya tak berjaya dan saya masih kekal melihat dan menulis ikut sedap rasa hati dan akal saya. Ilmu manusia yang sukar difahami. Ilmu perbezaan jantina yang sentiasa meruntun hati. Ilmu memperdaya dan terpedaya. Hinggakan ada yang bersalahan dengan kesetiaan dan mentaati ketua dan pemimpin yang salah. Tidak berani mendahului dalam perkara yang mendalangi ilmu, perkara yang mencabar prinsip ilmu. Pembaharuan dalam mengubah nilai masyarakat. 

Orang bergelar makin ramai, orang beragama juga makin ramai. Yang jadi tua menanti mati juga ramai. Bukan nak komen atau mengadu sampai orang jadi benci. Jika tidak menimbulkan rasa senang atau tidak berjaya menjadikan orang lain berfikir dan mengulanginya dengan berfikir juga, memang lah akan menjadikan orang lain lebih marah. Kerana nilai tidak bersependapat. 




No comments: