Friday, September 05, 2014

Beragama!

'Terimalah, walau dalam agama apa engkau dilahirkan. Sama sahaja, dalam agama Nasrani, atau Islam, atau Yahudi atau Buddha sekali pun. Cuma satu yang penting engkau perhatikan; iaitu engkau lahir dalam lingkungan suatu agama dan satu kepercayaan yang dipertahankan oleh nenek moyangmu. Ingatlah bahawa dalam agamamu ada kewajibanmu kepada Allah yang harus engkau sempurnakan' 

Menurut sari ajaran Buddha adalaj "fana'a" ( meniadakan diri ). Sari ajaran Yahudi adalah "tadhiyah" ( berkorban ). Sari ajaran Kristian adalah "hubb" ( cinta ). Sari ajaran Islam adalah "ukhuwwah" ( persaudaraan sejagat / seluruh dunia )'. 

Kita selidiki agama itu sedalam-dalamnya dan kita sesuaikan hidup kita dengan dia. Kemudian kita selidiki pula agama yang lain, supaya kita sebagai orang Islam akan ketahui apa persamaan kita dan apa perbezaan kita. 

Kerana, 

"Bagi tiap-tiap kamu kami berikan peraturan dan sistem sendiri, supaya Allah mencuba keteguhanmu dalam perkara yang di datangkan kepadamu. Sebab itu berlumba-lumbalah menegakkan kebajikan.. " 

No comments: