Sunday, October 12, 2014

Faham Agama?

Selawat dan salam ke atas junjungan.

Mengapa Islam di pandang pada orang tertentu seolah-orang tertentu itu maksum?
Bila bercakap hal agama, tetiba semua orang jadi pandai agama, seolah-olah orang lain tak pandai agama.

Kerana suka pada orang tertentu, kita memuja & anggap orang yang kita puja itu sebagai penyelamat.

Saya sebut agama, saya bagi contoh agama bukan sebab saya pandai, saya kias.. Saya kias dengan harapan orang faham apa itu agama..

Kita bercakap besar seolah kita lebih faham agama itu mengapa? Apa tujuan? Orang lain belajar sampai tua tak pandai-pandai untuk tafsir dan terjemah maksud ayat Quran. Tapi ada yang muda pula dah mula ambil beberapa potong ayat, dan jadikan potongan-potongan ayat Quran tersebut sebagai pelaris untuk dapat gelaran Orang Agama..

Semua kita beragama.. Semua kita percaya pada Allah yang Satu.. Mengapa nak mengajar orang pula bagaimana nak faham Islam?

Ceramah / Pentas politik tu bukan 'Majlis Ilmu', memperkatakan tentang hukum bukan dengan menyampaikan nya di corong pembesar suara..
Mengapa orang tak faham perbezaan Agama & Bangsa? Kita pilih Puak kita kenapa? Kita pilih bangsa kita kenapa? Sebab nak jaga kepentingan bangsa kita sendiri?

Itu bukan taksub?

Friday, October 03, 2014

Cinta, Politik & Agama!

Saya tak percaya Cinta, jadi saya tak perlu ulas. Tapi saya boleh bicara pada politik & agama. Kerana itu wujud dalam kehidupan seharian. Kerana itu berlaku dalam urusan seharian.

Ini bukan pasal kerja, ini blog hooliganatwork,  bukan blog tegasdansetia. Bimbang kalau-kalau ada yang tidak perasaan pada maksud & tajuk yang saya tulis.

Saya elak menulis hal cinta kerana tidak mahu memberi maksud yang orang lain tak suka, bagi memudahkan kefahaman, lebih baik saya mengaku bahawa saya tidak percaya pada cinta.

Politik pula bukan pada logo. Atau mentaati, atau harus percaya bahawa pangkah parti tertentu masuk syurga. Tapi politik itu alat. Alat yang membolehkan manusia lain percaya dan akur pada satu maksud yang disepakati. Di persetujui dengan nama demokrasi atau keputusan bersama. Seperti bermesyuarat, dan buat keputusan secara bersama. Itulah yang dinamakan politik. Mencapai matlamat atas persetujuan bersama.

Agama pula kepercayaan, budaya & ilmu. Asasnya pada keturunan yang berbangsa-bangsa & berpuak-puak dengan pelbagai budaya. Adat resam yang dipertangunggjawabkan atas entiti bangsa. Menuruti apa itu yang jadi kepercayaan. Dan Ilmu itu pula di jadikan batas pada dosa & pahala yang menuntut manusia berbuat baik atau jahat.

Saya bukan ahli falsafah yang bertauliah. Tapi itulah yang berlaku dalam kehidupan manusia yang terkini. Ada percaya sains, ada percaya hukum, ada yang tidak percaya pada agama, tidak percaya wujudnya Tuhan yang mencipta sekelian alam.

Tidak harus tidak, kita menentukan hal politik & agama yang kita suka, kita pilih rezeki yang kita usaha. Kita pilih pasangan membiak kita juga.

Seolah-olah kita yang berkuasa atas apa yang berlaku dalam pergolakan dunia. Tapi yang menentukan kesakitan, kesusahan atau kesenangan itu siapa pula?

Tak menongkah, manakan tahu derasnya arus..

Wassalam..