Friday, December 26, 2014

Surat Kepada Anwar Ibrahim. Dari Mangsa Banjir!

Surat kepada Anwar Ibrahim & Kabinet Bayangan.
Dari Mangsa banjir.

Bang Nuar dah makan? Saya dah! Nasi lemak lauk sotong. Bang Nuar kayuh basikal pergi mana pagi ni? Bang Nuar pergi New Zealand dapat tambang diskaun kan? Tak macam PM Najib, semua benda orang bayar kat dia. Zalim kan dia?

Gini lah Bang Nuar, saya straight to the point je, saya kecewa bila Bang Nuar tak jadi PM, kalau Bang Nuar jadi PM, mesti Kelantan, Terengganu & Pahang tak banjir kan? Mesti negeri-negeri tu aman damai sampai bila-bila.

Bang Nuar dah baca kisah Dr Adibah tu? Sian kan. Habis mati dah semua. Shame on you Malaysia, shame on you. Saya dah agak dah, Bang Nuar je boleh selamatkan Malaysia dari BN zalim ni. Bang Nuar relaks je. Selagi kerajaan tak isytihar darurat, Banjir tak akan surut punya. Kalau kerajaan BN isytihar darurat, nanti air banjir hilang! Peruntukan juga hilang. Lagi pun Bang Nuar naik basikal je, bukan salah besar pun.

Bang Nuar tak payah bimbang sangat la, rakyat tetap sokong Pakatan Rakyat. Bang Nuar dan ahli Pakatan lain boleh buat road tour kasi ceramah sama rakyat Malaysia. Kasi hentam sama itu UMNO & BN. Rakyat Malaysia perlukan pemimpin macam Bang Nuar. Banyak rahsia kerajaan Bang Nuar tahu kan, sama macam operasi menyelamat ni, semuanya kerana line internet tak ada. Sebab helikopter tak boleh hantar biskut. Kan saya dah cakap, saya suka biskut.

Bang Nuar agak2, kalau PM Najib tak main golf, mesti tak berlaku banjir kan? Saya rasa sukan golf tu memang yahudi la. Tu sebab tuhan turun bala kat kita di Malaysia ni. Terutama Kelantan sebab nak laksana Hudud. Tuhan marah Najib & UMNO & BN sebenarnya. Tapi rakyat tak sedar, hanya Bang Nuar sahajalah yang boleh mohon pada tuhan supaya banjir ni dapat hilang.

Oleh kerana saya tak nampak pun Bang Nuar bantu mangsa banjir, jadi saya agak mesti Bang Nuar ada ilmu khas. Buat kerja senyap-senyap macam Bang Nuar pergi Mekah tak lama dulu. Bang Nuar ada mukjizat juga kan? Boleh naik boraq dan terbang ke Mekah. Saya tahu Bang Nuar anugerah tuhan.

Supaya tidak menggangu masa Bang Nuar, saya harap Bang Nuar tidak berkecil hati kerana saya dedahkan betapa Bang Nuar adalah manusia pilihan..

Kan .. :p

Majlis Cinta Rasul 2015 Berjemaah Membantu Mangsa Banjir

Untuk Siaran Akhbar 26 Disember 2014

Majlis Cinta Rasul 2015 Berjemaah Membantu Mangsa Banjir

Malam Cinta Rasul 2015 yang bakal dianjurkan pada 31 Disember 2014 jam 8:00 malam di Dataran Merdeka Kuala Lumpur adalah hasil dari kerjasama dan gabungan pelbagai badan kebajikan seperti Yayasan Pendidikan Cheras, Richwell (Pertubuhan Kebajikan dan Rekreasi Richworks Group Sdn Bhd), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan & TV Al Hijrah serta sumbangan ikhlas dari individu-individu yang bertujuan mendekatkan anak-anak muda Islam dengan majlis ilmu sempena acara sambutan Tahun Baru yang sudah bertahun-tahun sangat kurang atau tidak langsung mendekatkan mereka kepada ALLAH SWT dan Rasulullah SAW.

Dataran Merdeka yang lebih dikenali dengan tapak pelbagai acara hiburan sebelum ini akan mewujudkan satu suasana baru dan fenomena baru pada anak-anak muda yang menyaksikan acara Program Malam Cinta Rasul 2015 yang sarat dengan rasa kasih dan cinta kepada Rasulullah SAW sesuai dengan dakwah jalanan. Program Malam Cinta Rasul 2015 adalah platform terbaik dianjurkan setiap tahun di luar perkarangan masjid, menunjukkan kepada masyarakat umum yang beragama Islam dan bukan Islam betapa Islam itu mudah didekati. Islam itu ada hiburan yang tidak melampaui batasnya.

Menyedari bahawa Dataran Merdeka adalah tempat yang sering menjadi tumpuan umum dalam acara-acara hiburan kebelakangan ini, pihak penganjur terpanggil untuk memberi mesej kepada umum agar acara-acara hiburan yang melalaikan itu diganti dengan acara-acara hiburan yang bermanfaat, diisi dengan ceramah keagamaan dan disulam dengan kisah-kisah teladan terbaik dari Rasulullah SAW.

Namun menjelang berlangsungnya Program Malam Cinta Rasul 2015 ini, tanahair tercinta ketika ini diuji dengan musibah banjir paling buruk dalam sejarah. Kami di Sekretariat Program Malam Cinta Rasul 2015 menyedari bahawa tiba masanya umat Islam tanahair ini duduk bersama solat hajat memohon doa kepada ALLAH SWT dengan rasa kasih dan sayang kepada KekasihNYA agar diturunkan rahmat kepada tanahair ini dan diangkat segala bencana kerana hanya DIA yang Maha Berkuasa untuk menahan segala bala bencana alam. Malam Cinta Rasul 2015 akan dimulakan dengan solat isya' serta solat hajat sebagai tentatif utama program pada malam itu nanti.

Menjawab tuduhan bahawa program ini membazir dan sebagainya, kami ingin tegaskan di sini bahawa tiada pembaziran yang akan berlaku dalam usaha untuk memohon rahmat ALLAH SWT, menyuburkan rasa kasih dan sayang kepada KekasihNYA Nabi Muhammad SAW dan kami menyedari bahawa tiada bayaran yang mampu dibayar untuk mendapatkan Rahmat ALLAH SWT melainkan doa dari seorang yang taat kepada ALLAH SWT dan cinta kepada KekasihNYA. 

Memang tidak dinafikan untuk menganjurkan program seperti ini memerlukan kos tetapi jumlahnya amat kecil kerana tiada kos diperlukan untuk menganjurkan program ini di Dataran Merdeka hanya sedikit kos sistem audio untuk digunakan di dalam majlis tersebut nanti.

Semoga tujuan kita untuk menghimpunkan umat Islam di Malaysia untuk sama-sama mengingati ALLAH SWT dan Rasulnya akan membawa rahmat ke bumi Malaysia.

Dalam masa yang sama, ALLAH SWT berfirman dalam Al Quran “ (Ingatlah) kamu pada-Ku,
niscaya Aku akan ingat pula padamu. ” (Al--
Baqarah :152) dan “Bersyukurlah pada aku dan janganlah kau mengkhufuri aku.”

Pihak penganjur sangat prihatin dan peka bahawa penganjuran program sebegini seharusnya dianjurkan dengan penuh kesederhanaan dan tanpa pembaziran. Oleh itu, pendekatan yang diambil oleh pihak penganjur hanya bertujuan menganjur majlis ilmu dengan penuh kesederhanaan dan tidak melibatkan kos berjuta-juta ringgit seperti yang fitnah yang di sebarkan oleh pihak-pihak tertentu baru-baru ini.

Bagi membantu mangsa banjir yang sedang timpa musibah, Sekretariat Program Malam Cinta Rasul 2015 mengambil  inisiatif melancarkan gerakan Tabung Prihatin Banjir yang akan digerakkan secara meluas pada malam acara itu berlangsung. Untuk mengelakkan sebarang kata nista dan adu domba, Sekretariat Program Malam Cinta  Rasul 2015 akan mengumumkan secara rasmi jumlah kutipan dari Tabung Prihatin Banjir pada media selepas acara berlangsung.

Pihak penganjur mengajak seluruh umat Islam untuk berhimpun bersama seluruh rakyat Malaysia, selami betapa pentingnya kasih dan sayang kepada Rasulullah SAW yang diutus ALLAH SWT sebagai Rahmat Sekalian Alam. Lahirkan kecintaan kepada Rasul SAW tanda syukur kepada Allah SWT Mudah-mudahan dengan cinta kepada KekasihNYA, doa dan harapan kita dimakbulkan oleh ALLAH SWT agar tanahair ini beroleh rahmat dan keberkatanNYA.

Rakyat Malaysia perlu sama-sama berhimpun untuk bermunajat kepada ALLAH SWT untuk keselamatan negara kita agar bebas dari segala bala bencana, sentiasa aman dan harmoni, kukuh ekonomi dengan kepimpinan kerajaan yang baik dan rakyat sentiasa cemerlang dan terbilang.

Pihak NGO dan individu sedia kala membantu dengan dana yang kami ada, tetapi kekuatan kami terhad kepada dana kami sahaja. Justeru itu, kami berhimpun seramai individu dan kumpulan untuk meringankan musibah yang menimpa sahabat-sahabat kita. Kalau kami sahaja yang membantu, memang tidak cukup untuk kami mengumpul dana untuk membantu ramai orang. Jika kami berjemaah dan berhimpun beramai-ramai, berdoa dan pada masa yang sama menderma untuk mangsa banjir, kami dapat mengumpul dana yang lebih banyak untuk membantu lebih ramai mangsa banjir.

Ini peluang kita rakyat Malaysia terutamanya umat Islam untuk membantu sahabat-sahabat kita yang dilanda musibah dan bukan hanya menuding jari menyalahkan orang lain apatah lagi takdir.

Sekiranya ALLAH SWT mampu menurunkan hujan dan mendatangkan banjir kepada DIA, pasti hanya kepada DIA lah satu-satunya tempat untuk kita merayu memohon untuk memulihkannya. Semoga bencana ini menjadikan kita lebih redha, sabar dan dekat kepadaNYA.

Datuk Syed Mehdhar Syed Abdullah
Pengerusi
Sekretariat Malam Cinta Rasul 2015