Saya tertanya, jika itu yang perlu untuk pilihanraya, bagaimana dengan parti lain? Jika benar derma itu adalah budaya atau cara mendapatkan dana bagi kekal berkuasa, bagaimana dengan PAS? Belanja mereka hanya dengan tin milo dan uncang kain? Bagaimana dengan DAP? Mereka dapat derma daripada siapa pula? 

Saya terbaca juga kisah NGO yang mendapat sumbangan dan derma dari negara asing. Mereka juga di siasat dan di dakwa di mahkamah juga. Beberapa tahun lalu, saya ada baca kisah sumbangan / derma di akhbar di ceritakan oleh Tun M berkaitan dengan yahudi dan israel juga. 

Semudah itu derma di cerita oleh mereka yang bergelar pemimpin. Kami rakyat bawahan ni adalah apa? Saya sebenarnya rasa terhina. Kerajaan yang saya sokong selama ini rupanya hidup berkuasa dan memerintah atas dasar meminta derma. Jenis kerajaan apa yang kita ada sekarang ni? Derma itu kononnya untuk negara Islam yang sedang membangun? Yang kita pukul canang bahawa kita negara maju ni apahal pulak? Tak malu ke kalau sistem politik UMNO selama ini adalah atas ehsan / derma negara asing? Negara asing tu dapat duit berbilion itu dari sumber apa? Rakyat negara yang menderma tu dah semua kaya2? 

Saya benar musykil dengan sistem demokrasi yang kita pukul canang bahawa itu lah sistem pilihanraya yang adil. Adil itu terletak di mana? Atas ehsan derma negara atau hasil usaha rakyat negara lain? 

Jangan jadi setan lah!!