Saturday, April 18, 2015

I have Vagina, so what?

Saya baca artikel tersebut dari perkongsian Facebook Marina Mahathir. Saya baca beberapa kali untuk faham. Saya baca komen-komen rakan beliau juga. Sokongan yang kuat dari kaum hawa / Sisters in Islam ni.

Sejak dulu saya mengikuti 'fahaman mereka' walau saya tak setuju dalam banyak perkara berkaitan Islam, saya hanya boleh menolak dengan kata hati. Bukan dengan hujah atau keterangan secara ilmiah atau secara akedemik. Saya tiada latar belakang syariah atau undang-undang Islam. 

Kisah wanita yang mengaku Islam dan menyalahkan 'ektremist agama' kerana memandang nya dengan pandangan bernafsu atau pandangan yang menjurus kepada 'mengajak' kepada seks sejak dia bertudung dan bergelar sebagai isteri. Saya agak, lelaki Islam lain lebih suka kepada perempuan bertudung dan bergelar isteri orang untuk di jadikan pasangan seks. 

Katanya lagi, sejak dia bergelar janda, dia di datangi dengan lelaki yang sanggup membayar rumah sewa dan keperluan lain asalkan membenarkan dia bermalam di rumahnya bila dia nak datang KL atas urusan kerja. Perempuan itu menolak dan anggap lelaki itu tidak bermoral barangkali. 

Kemudian, ketika menaiki teksi, bila pemandu teksi tu dapat tahu dia janda, pemandu teksi itu pula tanya, 'Boleh ke tahan seks, sebab dah biasa ada suami dan dapat seks, selesa ke hidup tanpa seks?' *saya ubah ayat tu supaya saya tidak boleh di dakwa atau di anggap plagiat ceritanya.. 

Kemudian cerita bosnya meraba dalam kereta, kerana anggap dirinya sunyi dari belaian seorang lelaki.

Apa logiknya perempuan itu menyalahkan agama dan tudung dan status janda yang dimilikinya? Saya juga pelik, apabila ramai pula menyokong tindakan perempuan itu 'meninggalkan amalan / perbuatan' yang melambangkan dirinya sebagai wanita yang ada adap dan kesopanan? 

Untuk berdosa, bukan kerana warna tudung atau status janda. Saya sendiri akui, saya elak menegur isteri orang dalam apa jua bentuk komunikasi. Saya elak guna pelbagai rangkaian media yang mungkin menyebabkan gambar isteri orang tersimpan dalam telefon bimbit saya. Saya elak mengucap selamat hari lahir atau takziah juga. Takut dikatakan mengambil kesempatan di waktu yang tidak sesuai. 

Saya masih ingat, seorang wanita yang melahirkan rasa syukur kerana berpisah dengan suami yang telah berkahwin selama 21 tahun. Wanita itu bercakap di stesen radio. Dia kata, dia tunggu 21 tahun untuk menyatakan pada suaminya bahawa dia tak pernah cintakan suaminya. Bila di tanya mengapa tunggu sampai 21 tahun, dia jawab, dia nak anak-anaknya habis sekolah dahulu. 

Demi Allah, saya tak sangka ada perempuan sebegini. 



No comments: