Saturday, April 18, 2015

Jadi asli?

Saya akui, dalam kehidupan sebenar, saya seringkali di persenda dengan jumlah pendapatan ( gaji ) dan pangkat saya ( gred perkhidmatan ). Tapi itu bukan masalah saya. Masalah orang lain yang anggap jumlah duit, pangkat dan kuasa itu lebih penting. 

Seperti hari-hari sebelum, saya melahirkan rasa kecewa pada kos pendidikan. Sejak zaman sebelum merdeka, hingga dah merdeka, dan zaman nak gelap ( kiamat ) ni, hanya orang kaya sahaja boleh menikmati pendidikan yang lebih baik. Cuma beza nya, maklumat hari ini lebih mudah di perolehi berbanding zaman terdahulu. Saya lebih terkilan apabila melihat mereka yang tercicir dari pendidikan adalah mereka yang memang miskin, papa kendana, pemalas, perompak, penyamun dan segala istilah yang buruk pada seorang manusia. 

Benar kita ada nasib kita masing-masing, kita kena percaya pada takdir. Kita kena percaya pada agama. Sebaiknya kita yang pandai sikit ni, adalah dengan memberi ruang pada yang bodoh-bodoh itu untuk menerima apa sahaja yang berguna. 

Atau boleh jadi, kita rela jadi susah dan miskin. Kemudian kita guna saluran media untuk dedahkan kemiskinan kita, kita dedahkan kampung kita tak ada jalan, kita dedahkan sekolah di kampung kita tak ada dinding. Sedangkan kita sendiri tidak berusaha atau kita pentingkan diri kita dahulu? Kemudian kita sebarkan perkara yang mungkin kita rasa kita boleh jadi hero dalam membela nasib orang lain?

Tak nampak ke apa jadi pada kerajaan hari ini? Mereka berkhidmat untuk kita atau kita jadi hamba pada mereka? Tak nampak apa jadi pada menteri-menteri dalam kerajaan? Mereka jadi senang lenang  dan kaya raya kerana usaha mereka mendahulukan kepentingan rakyat? Pemimpin zaman dahulu jadi miskin papa kedana kerana nak bagi rakyat makan. Bukan nak hidup selesa pun, tapi kena bagi makan. 

Kalau ada menteri yang asal usul susah pun, mereka tak susah dah. Mereka dah senang dan kaya raya juga. Tapi kenapa rakyat pilih pemimpin dan jadikan mereka yang miskin ni jadi kaya raya? Kalau lantik yang kaya pula? 

Tak rasa menyesal kerana beri kuasa pada mereka, mereka nak sembelih kita pula dengan kepelbagaian jenis kenaikan harga barangan dan jenis-jenis percukaian? Kita pilih kerajaan sebab nak senangkan siapa sebenarnya? 

Saya ke yang gila? 

No comments: