Tuesday, April 28, 2015

Rogol dalam perkahwinan?

Agama ( Islam ) dan negara dah terpisah. Saya sedar, jika dibahasakan dengan cara media jelaskan kisah perempuan atas unta, apabila suaminya mahu seks, si isteri kena turuti kehendak seks suaminya. Saya rasa saya faham bila berlakunya situasi sedemikian. Saya faham dengan mudah, jika seorang lelaki itu perlukan seks, dia perlukan dengan segera. 

Apabila si isteri menolak seks, dan suami paksa untuk seks, undang-undang menetapkan kisah berlainan. Si suami boleh di dakwa pula atas tuduhan merogol. Walaupun pada isteri sendiri. 

Saya lihat 'kes' tersebut bukan berlaku kerana 'hukum' tapi atas kesilapan pasangan itu sendiri. Jika tak rela di perlakukan sebegitu, tidak rela untuk seks spontan atau seks pada bila-bila masa, maka perkahwinan itu bukan atas kerelaan dan suka sama suka. Boleh jadi perkahwinan itu berlaku kerana di rancang oleh keluarga, dulu berkahwin sebab terpaksa, dulu berkahwin sebab suami atau isteri gaji banyak, atau dulu rasa cantik / hensem tapi kini dah buruk. 

Setelah berkahwin, mungkin menyesal, sebab seks tak sedap, seks tak puas, atau dah mula ada cinta pada orang lain. 

Jujurnya saya jelaskan, jika dah tak suka pada pasangan, lepaskan dengan cara baik. Carilah pasangan yang kita yakin boleh puaskan kita. Jika tak jumpa juga. Kita ulang proses pencarian kepada keinginan seks kita yang tinggi itu. Setidaknya kita berusaha! Mengapa nak harap pada pasangan kita yang tak pernah beri kepuasan pada kita? 

Sampai mencari salah pada hukum, mencari salah pada undang-undang yang langsung tidak mendatangkan kepuasan pun pada masalah asal tadi, iaitu seks! 

Saya tak galakkan pula untuk mencuba jika keperluan seks anda gagal. Saya cuma guna bahasa mudah. Jika tak suka, jangan di paksa. Jika dah benci, jangan simpan lama. Beri peluang orang lain pula untuk rasa apa yang kita pernah rasa. Mungkin kita yang tak sedap, tapi orang lain sedap! 

Walllahualam.. 

No comments: