Thursday, May 14, 2015

Haji!

Miskin : simpan duit sebab nak tunaikan rukun haji.

Kaya : simpan duit sebab nak dapat dividen & pulangan daripada keuntungan pelaburan. Sebab patuhi hukum syarak. 

Miskin : simpan sikit-sikit, kalau ada rezeki dapatlah ke tanah suci. 

Kaya : dah simpan banyak dah. bila ada masa nanti akan pergi lah.

Miskin : bila simpan, kalau mati pun tak apa lah, niat nak pergi buat haji dah ada. 

Kaya : yang penting, kadar dividen jangan kurang. mohon pihak tabung haji terus melabur dalam mana-mana agensi hartanah atau beli harta untuk menambah keuntungan. 

Saya nyatakan supaya nampak. Apa yang saya maksudkan bukan kerana pelaburan yang menepati syariah atau kehendak syarak. Tapi yang saya cuba gambarkan adalah perbezaan antara menunaikan rukun. 

Tujuan asal penubuhan adalah untuk urusan-urusan berkaitan dengan rukun dan perjalanan tabung itu juga adalah sepatutnya pada rukun. 

Patut ke Tabung Haji ada bangunan komersial sendiri? Ada rumah kediaman mewah di pusat bandar? Ada pelantar minyak? Ada beli saham yang di percayai untung beberapa tahun akan datang? 

Saya sangat kolot dalam pemikiran yang melibatkan rukun dan hukum ni. Tapi urusan yang melibatkan kerajaan persekutuan, 1MDB dan campur tangan Perdana Menteri dan para spekulasi aset / hartanah dan syarikat yang membeli TRX hingga lebih 600 juta dalam tempoh beberapa hari sahaja adalah bukti bahawa harga yang di sebut itu adalah penipuan! 

Jika semudah itu kerajaan dan syarikat milik kerajaan itu berniaga, kenapa masih perlu bayar hutang? Kenapa masih perlu bagi bantuan subsidi dan bantuan lain kepada rakyat? 

Selama ini, bagaimana kerajaan dan syarikat itu menjalankan perniagaan? 

Maka, saya lihat, yang ada hanya pembohong! 

No comments: