Monday, May 04, 2015

Luncai, Pandir dan Kaduk!

Mereka adalah 'sarjana' dalam dunia melayu. Itu tafsiran saya. Carian maksud sarjana akan memberi tafsiran seperti berikut : 
- pendeta
- arif
- ilmiawan ( betul ejaan nya ilmiawan ) 
- ilmuwan
- alim
- begawan ( pun betul ejaannya begawan ) 
- ilmiah
- pujangga 

Tiga nama yang saya sebut itu memberi keterangan khusus pada watak mereka. Setiap watak adalah 'lambang / bidang / kepakaran' mereka tersendiri. 

Luncai, membawa watak seorang yang lurus bendul. 
Pandir, membawa watak yang suka menyindir, kemaruk dan taksub.
Manakala Kaduk pula membawa watak kesungguhan dan kejujuran. 

Hari ini, jadi pengampu orang kaya adalah kerjaya. Nak jadi pemimpin mesti kaya, nak jadi orang politik juga mesti kaya. 

Apa guna hidup kalau jadi gunaan orang? 

No comments: