Tuesday, May 19, 2015

Politik! Kisah saya!

".. Konsep dan pemikiran Onn yang membuka keahlian UMNO kepada semua golongan yang menganut agama Islam dan mengamalkan adat istiadat Melayu tanpa mengira darah keturunan.. " 

Saya memahami politik itu adalah 'membantu orang lain'! 

Manakala Islam itu pula adalah 'disiplin ilmu'! 

Saya mempelajari keduanya dari ibu saya. Saya memahami keduanya dengan pemerhatian. Saya tak pernah mempersoal sejauh mana kebenaran sesuatu perkara jika melibatkan hal yang berkaitan. Kerana anggapan saya, perkara yang betul pada hari ini boleh menjadi salah di masa hadapan, begitu lah sebaliknya nanti. Perkara yang salah akan jadi betul bila dilakukan oleh sebilangan orang. 

Saya cuba untuk menjadi kritis dan berfikiran sebaliknya, tapi tak membantu sedikit pun pemahaman saya pada politik dan agama. 

1. Politik di tafsir orang sebagai alat. Alat yang di gunakan untuk mempengaruhi orang lain untuk percaya pada idea dan rancangan kita. Kita buat orang percaya bahawa tindakan kita adalah yang lebih baik. Berada dalam satu kumpulan dan buat orang percaya bahawa itu adalah keputusan bersama. Itu politik! 

2. Agama pula mengajar kita pada disiplin ilmu. Menjadikan watak kita lebih sesuai di mata masyarakat. Kita guna agama untuk buat orang percaya kita lebih berilmu dari orang lain. Menghilangkan sifat agama itu kepada hubungan manusia dengan Tuhan ( Allah ) atau kita memperdaya orang lain dengan disiplin hubungan manusia dengan manusia lain. 

Saya akui, saya sedar bahawa saya tidak lebih beragama dari orang lain, tapi tidaklah pula menjadikan saya tidak beragama. Cuma saya sandarkan beberapa cerita sebagai panduan. Dan cerita itu hanya sebahagian dari kisah saya. 

Mengapa ada orang sanggup mengkianati orang atau manusia lain? Jawapannya kita semua tahu, kerana orang itu mahu mencapai kemenangan atas kepuasan dirinya. Adalah perjuangan memuaskan diri sendiri itu adalah perjuangannya mencapai kejayaan. 

Atas pentas politik atau pentas agama. Kita percaya pandangan dan fikiran kita adalah betul. Kita percaya bahawa kita boleh berjaya dengan usaha kita sendiri. Maka dengan sendirinya kita pasang gelaran pada pangkal nama. Kita gantung anugerah dan pingat untuk di tonton orang. Kita pilih untuk berkuasa atas nama pekerjaan. Kita mengejar apa itu pencapaian dalam kehidupan. 

Kisah 1MDB dan Tabung Haji adalah contoh salah pada ukuran politik dan agama. Pandangan saya, nilai sebidang tanah itu 'merosakkan' manusia. Kononnya nilai tanah itu ikut pasaran, akan untung di masa hadapan. Di masa hadapan, nilai tanah itu kononnya akan lebih bernilai lagi. Kita memperdagangkan 'tanah' atas alasan itu memberi untung di masa hadapan. Nilai diri kita berada dimana? 

5 tahun lagi tanah itu akan beratus kali ganda naik dan untung. Tapi 5 tahun lagi apa nilai kita? 

Baca itu dalam konteks bernegara? Prinsip ekonomi?  Kenapa tak baca itu dalam nilai diri kita ( manusia ) dimasa akan datang? Kita bawa untung beratus juta atau beratus bilion ringgit. Tapi apa nilai diri kita ketika itu? Mampukah kita berladang atau bercucuk tanam di atas tanah itu atau masih bernilai tanah itu untuk kita di sumbat ke dalam tanah yang sekaki 3 ribu ringgit itu? 

Kalau ukuran jasad kita hari ini, saya perlukan 6 kaki x 3 kaki.. Bermakna saya perlukan 18 kaki persegi untuk saya mati di tanam dengan nilai tanah yang berharga 54 ribu ringgit! 

Saya salah mengunakan fikiran disiplin ilmu dan politik? 

No comments: