Friday, May 08, 2015

Tanah saya, Tabung Haji & 1MDB!

Saya ada tanah seluas 4 ekar di Gombak. 

1. Saya harap pihak kerajaan persekutuan datang lihat tanah saya di Gombak ni, sebelum kerajaan mencadangkan kepada pihak 1MDB beli tanah saya. 

2. Jika 1MDB beli tanah saya, kerajaan mesti beli dengan nilai semasa. Berdasarkan nilai semasa, setengah ekar adalah 1 juta ringgit. Jika 4 ekar, bermakna 1MDB bayar saya hanya 8 juta ringgit. 

3. Kemudian, pihak 1MDB boleh rekemen tanah saya pada Tabung Haji. Sebab penilai di Tabung Haji pasti tahu nilai sebenar tanah. Berdasarkan kiraan harga tanah Tun Razak Exchange tu, Tabung Haji boleh beli dengan harga diskaun. Menurut kiraan saya, Tabung Haji hanya perlu bayar 200 juta ringgit sahaja. Sebab tanah TRX tu hanya sebesar separuh padang bola, sedangkan tanah saya Tabung Haji boleh bina 10 padang bola dan banyak lagi kemudahan awam lain. :) 

4. Tapi kalau Tabung Haji labur lagi 650 juta, boleh bina banyak lagi bangunan untuk di sewa atau di jual pada pihak lain. 

5. Kalau tanah saya dapat jaminan kerajaan Malaysia, saya percaya saya boleh dapat jual tanah saya lebih dari 42 bilion. 

6. Saya berjanji jika saya dapat jual dengan harga 42 bilion, saya akan menyumbang 1 juta pada setiap bahagian UMNO di seluruh Malaysia. 

7. Saya juga berjanji akan bagi 1 juta sorang pada sesiapa yang share status saya.

8. Saya akan lakukan semua tu demi negara. Itu pun jika esok saya jadi Perdana Menteri! 

Wassalam.. 

No comments: