Sunday, June 14, 2015

Alkisah kayu hulu kapak, nasihat Cikgu dan Proton

Saya memulakan catatan hari ini dengan ucapan syabas dan tahniah kepada Proton kerana diberi "publisiti" besar-besaran selama tiga hari berturut-turut oleh TV3 baru-baru ini. Bukan mudah untuk mendapat peluang "keemasan" begitu. Sebenarnya dengan rating TV3 tertinggi, "iklan percuma" pada waktu perdana yang diberikan itu terlalu tinggi nilainya. Nasib baik TV3 memberikan secara percuma. Kita wajar menyanjung sikap pemurah yang ditunjukkan itu.

Kita juga wajar berbangga kerana stesen televisyen ini berjiwa rakyat dan mendengar "rintihan" pemilik-pemilik teksi yang mengadu kualiti kereta Proton terlalu rendah. Pemilik teksi dikira bernasib baik kerana mempunyai TV3 yang mengutamakan keluhan mereka walaupun kereta Proton dijadikan teksi sudah hampir tiga dekad lalu.

Janganlah ditanya kenapa dan mengapa rintihan itu dilayan ketika ini. Elok sangatlah media tempatan seperti TV3 memberikan "iklan percuma" kepada khazanah negara seperti Proton ini. Kalau hendak diharapkan media Barat seperti The New York Times atau The Washington Post, tidak adalah nampaknya. Lagi pun jangan percaya sangat dengan media Barat kerana mereka lebih cenderung untuk meruntuhkan daripada melestarikan yang sudah ada.Proton bagi kita adalah sebatang pokok yang bertaraf balak.

Mengambil masa berpuluh tahun untuk matang, tegap dan teguh menahan ribut dan taufan. Kalau dulu orang Melayu dihina oleh penjajah kerana tidak mampu membuat jarum, tetapi sejak tiga dekad lalu, kita sudah boleh membuat kereta. Proton dan beberapa lagi yang menjadi mercu tanda kecemerlangan dan legasi bangsa adalah sebatang balak yang mengambil masa lama untuk berada seperti yang kita lihat sekarang.

Bercakap tentang pokok balak, ingatan saya pantas melayang ke kampung halaman ketika mula-mula menjadi wartawan di Utusan Melayu 30 tahun lalu. Di kampung ada seorang tua, guru pencen yang terus kekal dengan panggilan hormat "Cikgu" dalam kalangan orang kampung. Cikgu pencen ini seorang pembaca setia akhbar Utusan Melayu bertulisan Jawi.

Dia sangat berbangga apabila saya bekerja di Utusan Melayu sebab dia kagum kepada tokoh wartawan, Ishak Haji Muhammad (Pak Sako). Dia terkedu apabila saya memberitahu bekerja satu pejabat dengan Pak Sako. Dia kata, kalau Pak Sako menyertai UMNO, sudah lama Pak Sako menjadi menteri. Entahlah, saya tidak tahu cerita ini tetapi Pak Sako memang hebat, antara anak Melayu awal pernah jadi majistret zaman penjajah Inggeris.

Suatu hari apabila saya bercuti di kampung, Cikgu datang ke rumah dan berbual panjang di tepi sawah tentang hal ehwal di Kuala Lumpur. Dia kelihatan ternganga apabila saya menceritakan tentang operasi di Jabatan Pengarang Utusan Melayu yang bingit dengan bunyi mesin taip. Cikgu banyak memberi nasihat kepada saya, antara yang saya tidak lupa ialah jangan sama sekali menjadi kayu hulu kapak.

Ketika itu saya tidak faham sangat dengan kiasan-kiasan. Pening memikirkan kayu hulu kapak. Puas mencari maksud tersurat dan tersirat. Kata Cikgu, kayu hulu kapak itu dikiaskan kepada orang yang menjadi pengkhianat. Cikgu menghuraikan, hulu kapak itu diperbuat daripada kayu yang asalnya sebatang balak. Kemudian dibuat hulu tempat memegang untuk digunakan bagi menebang pohon yang "sebangsa" dengannya.

Dalam lain perkataan, kiasan kayu hulu kapak ialah orang yang dipergunakan oleh pihak lain untuk menumbangkan legasi atau khazanah milik bangsanya sendiri. Ini adalah gambaran orang yang hilang maruah dan integriti kerana sanggup menjadi alat untuk menghancurkan sesuatu yang menjadi milik bangsa.

Saya agak terkilan kerana ketika itu tidak mengambil endah sangat dengan nasihat orang tua-tua. Pernah sekali itu Cikgu memberi amaran kepada saya, katanya, “Aku tak mau dengar hang jadi wartawan kayu hulu kapak, dipergunakan untuk meruntuhkan bangsa,”.

Saya terkedu. Sampai hati Cikgu kata saya "wartawan kayu hulu kapak". Tetapi setelah lama bergelumang dalam dunia wartawan, melihat warna peribadi pelbagai manusia termasuk yang menjadi sesumpah dan rama-rama, barulah saya sedar nasihat Cikgu sebenarnya sangat berharga.Saya bertemu dengan banyak manusia seperti hulu kapak, mereka dipergunakan untuk menumbangkan pohon bangsanya sendiri kerana mengejar habuan dan kedudukan. Mereka melakukan tanpa sedikit pun rasa bersalah.

Oleh kerana Proton diumpamakan sebatang balak yang sudah mempunyai teras, janganlah pula ada manusia yang berperangai seperti kayu hulu kapak yang dipergunakan untuk menebang legasi kebanggaan bangsa itu. Saya percaya tidak ada. Kalau ada, itu tandanya nilai integriti dan maruah mereka lebih rendah daripada sekeping roti yang basi.

 

Pejabat JPJ lebih rendah taraf dari kasino

Baru-baru ini kecoh di laman sosial seorang wanita Cina diminta memakai kain batik semasa berurusan di sebuah pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Wanita itu dikatakan memakai skirt singkat dan suasana begini dianggap suatu yang biasa, padahal ini adalah luar biasa.

Menteri Pengangkutan, Liow Tiong Lai dipetik sebagai berkata, tidak ada peraturan tentang kod etika pakaian pelanggan yang berurusan dengan JPJ. Lebih malang lagi anggota Rela yang meminta wanita Cina itu memakai kain batik telah dikenakan tindakan dan ditukarkan serta merta.

“Saya kesal isu kod etika pakaian terjadi. Tidak ada perkara seperti peraturan kain sarung. Kita tidak harus mengenakan garis panduan kod pakaian yang tidak perlu kepada orang awam. Terdapat keperluan segera untuk mengkaji semula garis panduan yang sedia ada,” kata Tiong Lai menerusi laman Facebooknya.

Benarkah pejabat kerajaan tiada kod etika pakaian? Kalau benar, ini suatu yang sangat memalukan. Hendak masuk kasino pun kena mengikut kod etika pakaian, inikan pula pejabat kerajaan. Takkan maruahnya lebih rendah dari kasino tempat orang berjudi?

Kalau tidak percaya pergilah meredah masuk ke kasino tanpa memakai pakaian yang menepati kod etika yang ditetapkan. Anda akan dihalau, tidak boleh masuk waima untuk berjudi. Nak berjudi pun kena mematuhi etika pakaian, pejabat kerajaan tidak ada peraturan.

Saya tidak percaya kata-kata Tiong Lai. Mustahil tidak ada peraturan. Akhirnya ada orang membuktikan kepada saya, memang ada peraturan. Sekarang orang yang melanggar peraturan dimenangkan dan anggota Rela yang memperkasakan peraturan telah dikenakan tindakan. Ini undang-undang rimba mana ni?

- See more at: http://m.utusan.com.my/rencana/alkisah-kayu-hulu-kapak-nasihat-cikgu-dan-proton-1.102708#sthash.aeOAoZtQ.dpuf

Friday, June 05, 2015

Tun M #Nothing2Hide

Petikan ucaptama Tun M pada dialog bersama PM bertajuk ‘Nothing To Hide’... 

"....Bertanggungjawab untuk menjelaskan kepada rakyat apa sebenarnya yang telah berlaku dan kenapa saya mengambil keputusan untuk tidak lagi menyokong DS Najib walaupun dia adalah anak Tun Razak yang menjadi idola saya dahulu yang menyebabkan saya dapat jadi PM. Saya amat terhutang budi pada Tun Razak. Sebab itu saya hendak DS Najib meneruskan perjuangan Tun Razak. Sebab itu saya sokong DS Najib. Tetapi saya dapati  banyak dasar-dasarnya tidak membawa kebaikan kepada negara. Dia terlalu tunduk kepada Singapura. Dia terlalu tunduk kepada Amerika. Sehingga nak buat keretapi di negara sendiri pun dia bertanya kepada PM Singapura. Bolehkah saya buat keretapi laju di negara sendiri? Dia bagitahu tak boleh. Jadi DS Najib sendiri pun tak bolehlah... pasal PM Singapura tak setuju. Jadi apakah negara kita ini sudah merdeka? Atau kita masih dijajah. Ternampak bagi saya seolah-olah negara kita masih dijajah. Banyak sudah rancangan dan polisi lama yang dibatalkan dan digantikan dengan dasar-dasar baru ciptaannya sendiri yang saya tak bersetuju. Namun saya tahan hati. Saya beritahu kepada diri saya, saya bukan PM. Masa saya sudah habis. Ini masa DS Najib dan saya tak patut ganggu. Saya bertahan lama. Tetapi apabila kehilangan wang berbillion ringgit. Saya dapati ini tak boleh dibenarkan kerana perbuatan ini dibuat secara sulit. Tidak diberitahu kepada rakyat dan tak diberitahu kepada kabinet pun. Saya ingin menceritakan daripada mula, diwaktu mana cadangan dibuat, dimana duit minyak Terengganu mahu digunakan untuk pelaburan. Dan ditubuhlah satu badan pelaburan TIA, Terengganu Investment Authority. Tetapi walaupun ia milik Terengganu tetapi negeri itu sendiri tak berkuasa atas pengurusan wang tersebut. Segala pengurusnya dilantik oleh DS Najib. Saya bermula pendapat bahawa ini adalah cadangan yang baik. Seperti Kuwait dulu boleh melabur. Dan menjadi lebih kaya. Tetapi saya dapati pengurusannya tidak seperti yang dikehendaki. Yang pertamanya, telaga minyak Terengganu mahu digadai nak dijadi collateral untuk pinjaman wang. Ini telaga minyak Terengganu adalah milik Terengganu dan telaga minyak milik negara. Kita tak boleh gadai semudahnya. Zaman dulu kita biasa gadai tanah untuk nak dapat bantuan daripada British. Bagi Pulau Pinang, bagi Singapura pada orang. Ini nak digadai harta kita kepada orang dan dibuat pula tanpa tanya orang negeri Terengganu. Saya diberitahu bahawa tiba-tiba cadangan dibuat untuk pinjam sebanyak 5 billion Ringgit dengan cagaran telaga-telaga minyak Terengganu. Pihak Istana tidak setuju dan disuruh supaya pinjaman ini ditangguhkan tetapi DS Najib teruskan juga sebab itu Terengganu asingkan diri daripada perkara ini. Pada masa itu pun sudah ada jolo menghasut sana sini supaya diadakan pelaburan....."

Ucaptama terhenti apabila pihak Polis mula menyerbu nak ke pentas untuk memberhentikan ucapan Tun M. Apabila Tun M memberitahu sebab ucaptamanya kepada Polis, mikrofon telah dirampas dan Tun M diarahkan duduk.

Monday, June 01, 2015

Geopolitical Risk Of 1MDB Could Be A Reality

If we were policemen on duty and suddenly on that day, we encountered a person who was badly hurt in the aftermath of car accident, what would our first course of action be? Would it be appropriate for us to figure out the damaged car, taking pictures of the accident scene or rush to help the injured person?

Definitely we need to assist the victim and figure out the other details of the scene later, especially in identifying the cause of accident.

This analogy has always been used by former Malaysian premier Tun Dr Mahathir Mohamad in time of dire straits where decisive action must be made in saving critical institutions and assets, as he had demonstrated in the 1997 economic crisis.
Government institutions and corporations that faced the utmost difficulties could trigger a systemic risk to the country’s economy as a whole, must be saved first and prioritised above the blame game.
The problems besetting 1Malaysia Development Bhd (1MDB) — Malaysia’s strategic development company — is almost similar to the risks exposure of the 1997 financial crisis.
In 1997, the crisis involved many companies but now it is confined to a single company that holds a massive debt.
Much has been written about 1MDB especially with regard to politically charged expositions championed by the Opposition parties in Malaysia. But none thus far have touched on the geopolitical risk that 1MDB might bring if it is going to enter the event of a default and worse, foreclosure.
The greatest threat at hand is the loss of national strategic assets which are currently within the fold of 1MDB: The tract of land for Tun Razak Exchange in Sungai Besi and the number of power plants recently acquired by its subsidiary Edra Global Energy Bhd.
Contagion
In what way 1MDB debt could be exposed to such problem? One of them is through the systemic risk of servicing debt with debt.
1MDB external debt exposure would pose a systemic risk to the national economy. 1MDB has hired investment bank Goldman Sachs, dubbed by many as “the bank that rules the world” as its book runner. Goldman Sachs has histories of mismanagement and unethical practices when it comes to managing debt.
The current economic mess in Greece can be traced to the role of Goldman in 2002. As an aspiring member of the newly established eurozone, Greece, like any other European Union (EU) members, was required to conform to Maastricht Treaty where its debt management must not exceed 60% of its gross domestic product.
To manage this expectation, the Greek government then sought help from Goldman for a loan swap deal in order to mask Greece’s sovereign debt with a fictitious exchange rate that would help the debt amount appeared to be smaller than it should. The swap deal circumvented weaknesses that existed in Eurostat’s reporting rules that do not comprehensively keep tab on transactions involved with financial derivatives.
The impact is huge to Greece’s economy as we can see today. On top of the national deficits, Greece currently is on the brink of economic collapse due to extreme austerity measures that are being imposed by powerful EU debt commission: European Commission, European Central Bank and International Monetary Fund. Dubbed as “the troika”, they have subverted Greece political sovereignty under the suzerainty of the international bankers.
Threat of Vulture Funds
Second geopolitical threat is in the form of a vulture fund. It is a type of fund that institution buy over the debts at a discounted price in the view to gain profit through interest charges by helping the indebted party — either country, company or individual — in settling the debt within the grace period.
Not of all them are sincere to help. There are sinister vulture funds that really preyed onto the debtor’s agony with a view to tie them into a financial serfdom.
Case in point is Argentina, where it is currently being hunted by the vulture funds that have acquired some portions of their national debt. Failing to resolve the debt internally, Argentina had to resort to foreign assistances. In that chaotic period of recession, the government did not expect some of their debts were already bought over by a group of fund institutions that were known for their efforts in rescuing distressed entities — including the vulture funds.
In 2012, the renowned vulture fund manager Paul Singer through his NML Capital Ltd (subsidiary of Singer’s hedge fund Elliott Capital) filed a court injunction which was granted by Ghanian superior court to detain Argentina’s naval vessel ARA Libertad in the Ghana’s port city of Tema.
As reported by The Financial Times, Elliot Capital had been tracking the vessel and was bidding for the right moment in enforcing the legal judgments at the port that falls under the jurisdiction that previously was awarded by the US and UK courts.
Not limited to that, creditors have been targeting planes belonging to Argentina’s national airlines Aerolineas Argentinas as well as Argentina’s central bank money deposited in the US and Europe.
Argentina is also fighting a ruling made by the New York District Judge Thomas Griesa to block all interest payments to the restructured bondholders unless payment is being made to the vulture funds led by Paul Singer’s NML Capital. This has caused the country to default last summer for failing to service their debt on time.
Although we cannot make direct comparison between 1MDB and a country that held massive national debt like Argentina, the sensitivity and risk exposures on the debt that beleaguers them has almost similar impacts.
1MDB Must be Resolved
From the situational assessment above, the risk of 1MDB to fail cannot be taken lightly. It must be viewed from a larger picture of geopolitics.
Though most of the critics coming especially from Malaysian Opposition parties are warranted, the manner they handle the crisis at hand as well as the solutions proposed are counter-intuitive to the risks discussed.
Bailout is a consequence of decision that we must make in order to save 1MDB from encountering another event of default.
It’s not only due to the sheer amount of debt that 1MDB currently owes but also the strategic assets of land and power plants that must not fall into the wrong hands especially to the external creditors which care not on the sovereignty of our nation.

*The author is a fellow at Putra Business School, Universiti Putra Malaysia.