Monday, July 13, 2015

Low Yat Menjerit! The series!

Shark dan Tiger ada tadi. Tapi abang peguam big shot KL pun hadir juga. Katanya ada isu nasional! Tak boleh sembang sembarangan.

Melibatkan ketenteraman awam. Hal sebuah kementerian.

Saya pula bolak balik pasal kisah awal. Mengapa cakap kena tipu sebab beli hp tiruan. Kenapa sebar cakap ada resit. Tapi tuduhan jadi mencuri. Apa budak melayu tu dah betul gila bawa kawan nak repeat gegar kaunter telefon kerana niat datang nak mencuri?

Shark dan Tiger geleng kepala. Itu bukan kisah sebenar! Pasal gegar Low Yat tu sebab nak tengok kawasan siapa paling berkuasa. Nak test siapa paling berkuasa. Hanya budak-budak tu ambil kesempatan mencuri ketika 'melee' berlaku.. Melee tu 'close combat' atau tempur jarak dekat tanpa di rancang! ;-)

Melee itu di rancang? Laman Facebook Polis pun kena hack sepanjang masa kejadian. Saya makin terpedaya. Ni cerita reka-reka ke apa?

Ingat Internal Affair? Yang baik jadi jahat masuk kongsi gelap, yang jahat pula masuk jadi polis. Tapi itu cerita sahaja! Tak sama langsung!

Kita punya filem lebih hebat! Kita boleh menguasai minda rakyat dengan hanya sebar isu di media, kita boleh buat rakyat jadi 'askar sukarela' dengan hanya arahan tanpa bayaran.

Kita boleh bayar beberapa blogger sebagai lencongan kepada bukti atau menghapuskan kreabiliti keterangan supaya hilang kekuatan kepercayaan atau menimbulkan keraguan.

Saya mula bimbang kalau-kalau Shark dan Tiger nak jadikan saya sebagai Kambing Hitam. Atau kalau mereka kena simpan, dengan saya sekali berada dalam lokap!

Kekuatan keselamatan negara pada kumpulan yang tak pakai seragam? Timbal balik pada keselamatan dalam negara bergantung kepada ketua-ketua kumpulan masyarakat. Saya elak guna kod atau nombor kumpulan. Saya takut juga pedang samurai atau senjata lain yang terbang-terbang tu.

Saya cuma tanya, saya nak guna nama apa kalau saya nak masuk kumpulan tu. Ada cadangan dari pembaca?

Bagi la nama yang gempak sikit! >:)

No comments: