Friday, August 07, 2015

Dua perpuluhan enam bilion!

Saya tak kisah pun jika ada orang nak derma sebanyak itu. Saya cuma tak dapat bayangkan jumlah sebenar itu jika di longgokkan di depan saya. Jika guna not 100 pun, saya agak perlu 1 kontena saiz 40 kaki untuk muat duit sebanyak itu.

Yang menyebabkan saya percaya kepada fitnah terhadap PM Najib adalah cara beliau berbelanja. Itu lah panduan yang saya guna. Saya tak perlu dokumen atau bukti laporan kewangan bank negara, laporan Polis atau laporan SPRM atau Peguam Negara.

Jika PM Najib mengaku dia Islam, itu bukan perlakuan seorang pemimpin negara Islam. Saya pun jahil, munafik atau apa-apa tafsiran lain yang pernah di lontarkan pada saya. Saya mengaku jahat! Tapi saya bukan PM atau pemimpin yang di lantik oleh rakyat. Saya bukan orang kaya atau orang berjawatan tinggi atau berkuasa.

Jangan lihat atau cari punca siapa penderma, tapi lihat bagaimana orang yang menerima sumbangan derma itu berbelanja..

Nampak kan apa yang saya cuba sampaikan?

No comments: