Sunday, August 09, 2015

Keputusan kes Low Yat!

KUALA LUMPUR 10 Ogos - Tiga jurujual kedai telefon bimbit masing-masing didenda RM1,800 atau penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini kerana sengaja mendatangkan kecederaan terhadap seorang penganggur yang dikaitkan dengan kekecohan di Plaza Low Yat, Julai lalu.

Majistret Muhamad Faizal Ismail memutuskan demikian terhadap Low Leong Seng, 29, Eric Chan Weng, 23, dan Soo Weng Hing, 26, selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan itu.

Mereka didakwa bersama-sama mencederakan Shahrul Anuar Abdul Aziz, 22, di tingkat G, Plaza Low Yat, Bukit Bintang di sini pada pukul 4.47 petang, 11 Julai lalu.

Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - BERNAMA

No comments: