Saturday, October 31, 2015

Arul atau Tony yang urus 1MDB?

Memang patut Tony yang bertanya, Arul yang jawab. Kenapa pula Arul nak tanya Tony? Bukan Tony yang urus 1MDB.

Apa kena mengena dengan kehebatan Arul sebagai pendebat atau bekas pelajar Maktab mana? Kalau di lulus SPM pun, kalau dia yang bekerja makan gaji di 1MDB.

Arul nak tanya apa pada Tony? Jika Tony jawab bagi pihak 1MDB, siapa lebih pusing sebenarnya?

Tuesday, October 20, 2015

Kaitan ayat & insuran?

Kerana faktor sebeginilah.. Saya masih anggap insuran itu haram! 
Mengunakan ayat Al Quran & mendapat keuntungan di atas perniagaan tersebut. 

Saturday, October 17, 2015

EMAS & INSURAN!

Teruja betul lihat kawan2 menjual emas dan insuran. Seolah2 mereka dah temui cinta sejati! Dapat petunjuk bahawa selama ini mereka tak tahu bahawa emas dan insuran ini banyak faedah dan rahmatnya. Padahal mereka tak sedar mereka di tipu dengan cara halus atau cara licik. 

EMAS

Bagaimana anda kata berniaga emas itu untung? Jika beli emas 100 ringgit, bila jual susut nilai 30 % jadi harga 70 ringgit? Alasan mereka guna, kena tunggu setahun atau 2 tahun baru untung. 
Korang tak pernah tahu bekas plastik jenama Tupperware ke? Setiap 100 ringgit nilai barang, korang dapat 30 ringgit untung. Sebab kadar peratus untungnya 30 % juga. Tak perlu tunggu sampai bertahun pun. Beli petang ni, jual petang ni juga terus dapat untung. Jaminan barangan juga sepanjang hayat. Asalkan tidak terbakar atau kena gigit tikus. 

Saya bagi contoh tuperrware sebab peratus 30 tu. Sama! 

Kita ni hidup nak bahagia. Bukan dengan menipu! Transaksi kewangan kita bukan kerana nak untung atau nak kaya 10 tahun akan datang. Kita kena hadap hidup hari ini dengan selesa. Jika nak beli emas berkilo pun, pastikan hutang kereta dan habis, hutang rumah dah habis. Belanja anak2 sekolah juga ada. Baru boleh bantu orang lain jana pendapatan atau membantu orang lain urus kewangan dengan lebih baik. 

Saya pun beli emas, saya ada 72 gram sahaja. Saya simpan untuk kecemasan. Sekali masuk pajak gadai, boleh dapat 12 ribu ringgit. 

INSURAN  

Saya pernah jelaskan, insuran peribadi tu haram! Haram kerana tak membantu mereka yang mati. Hanya menguntungkan syarikat dan penjual insuran. Pengalaman saya sebagai ejen yang sah juga memberi sedikit pengetahuan. Hanya menjadikan nilai kematian manusia itu ada ganjaran. 

Jika anda ibu atau ayah saya atau isteri saya. Saya ambil insuran nyawa dengan nilai 1 juta ringgit. Jadi kalau ibu atau ayah atau isteri saya mati, saya dapat 1 juta! Anda suka? 

Anda ambil insuran untuk isteri atau suami anda. Anda mati? Isteri dan suami anda pasti bergembira! Dapat insuran! Anda suka? 

Anda ambil insuran untuk anak-anak anda, anak anda mati? Anda suka? Tergamak nak guna duit itu untuk si mati? 

Fikir semula, apa faedah insuran dan sistem khairat? Jika anda jujur nak membantu ahli keluarga dan sanak saudara dan rakan taulan, pasti kan mereka masuk sistem khairat di setiap mukim kawasan mereka tinggal. Setidaknya, kain kapan, upah gali kubur, van jenazah dan kenduri tahlil, mereka akan sediakan. Jika bukan kita yang mati pun, kita dapat pahala dengan bayaran khairat yang telah di beri. 

Percayalah. Sistem kehidupan kita yang sebenar adalah, dengan membantu orang lain walau hanya  menyenangkan fikiran mereka, tanpa perlu membayar atau membeli sesuatu. 

Permudahkan urusan orang lain. Kita patut percaya bahawa, urusan bila kita mati, terletak pada mereka yang masih hidup! 

Monday, October 12, 2015

KENYATAAN MEDIA BERSAMA

Penahanan peguam Matthias Chang dan sebelum ini anak guamnya Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA 2012, adalah satu penyalahgunaan kuasa serta tindakan terdesak untuk mendiamkan pengkritik. Penggunaan SOSMA untuk menahan kedua-dua individu ini juga adalah bertentangan dengan semangat dan tujuan Akta ini diluluskan oleh Parlimen.


Amatlah malang bagi rakyat Malaysia apabila tindakan tersebut diambil oleh pihak berkuasa, mesej yang sampai kepada rakyat ialah apabila seseorang melaporkan berlaku kesalahan, orang yang membuat laporan akan ditangkap.

Pada akal yang sihat, tindakan ini juga memperlihatkan apabila ada pihak yang didakwa melakukan kesalahan dan apabila laporan dibuat terhadapnya, apa jua peruntukan undang-undang yang ada akan digunakan untuk menutup kesalahan pihak yang didakwa.

Tidakkah amat memalukan apabila seseorang yang dituduh melakukan kesalahan tidak berusaha membuktikan kebenaran ataupun “his innocence” tetapi sebaliknya orang yang melaporkan kesalahan ditahan.

Oleh kerana tidak ada undang-undang yang dapat digunakan untuk menahan dan menangkap orang yang membuat laporan, maka digunakan satu undang-undang yang digubal untuk tujuan memelihara keselamatan negara dan ketenteraman awam serta memperuntukkan satu hukuman yang berat untuk membuat tahanan dan tangkapan.

SOSMA yang diperbuat menurut Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan adalah khusus untuk menghalang sebarang tindakan atau ancaman oleh sekumpulan besar orang di dalam dan di luar Malaysia:

1)untuk menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, atau untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu;

(2)untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong;

(3) yang memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau yang memudaratkan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya;

atau

(4)untuk mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, apa-apa jua yang ditetapkan melalui undang-undang.

Matthias Chang adalah peguam yang mengiringi Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan membuat laporan mengenai dakwaan salahlaku 1MDB kepada pihak-pihak berkuasa di dalam dan di luar Malaysia. Tindakan ini tidak bercanggah dengan undang-undang mana-mana negara dan tidak boleh dianggap sebagai suatu ancaman kepada ketenteraman dan keselamatan awam yang dilindungi oleh SOSMA.


Malahan laporan-laporan yang dibuat oleh Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan adalah mengikut lunas-lunas demokrasi serta hak yang dijamin oleh mana-mana negara yang mengamalkan sistem demokrasi.

Justeru, kami menegaskan bahawa penahanan Matthias Chang dan Khairuddin Abu Hassan di bawah SOSMA adalah satu bentuk penyalahgunaan proses undang-undang oleh pihak berkuasa yang jelas bercanggah dengan tujuan undang-undang ini diluluskan oleh Parlimen.

Ia menyekat hak dan kebebasan individu untuk mengambil suatu tindakan yang sah dalam sebuah negara yang menjunjung keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

Apatah lagi, YAB Perdana Menteri sendiri ketika membentangkan Rang Undang-Undang SOSMA 2012 di Dewan Rakyat pada 16 April 2012 memberikan jaminan bahawa setiap individu “bebas menyuarakan pendapat, mengkritik, menyokong, berbeza pandangan, bersiasah mahupun menganggotai apa-apa pertubuhan”. Malahan, beliau berjanji “tidak ada sesiapa akan dihukum hanya kerana menjalankan hak-hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang negara”.

Berdasarkan janji ini, maka kedua-kedua warganegara ini mestilah dibebaskan serta-merta dan pihak berkuasa memberikan jaminan bahawa tiada sesiapa lagi akan ditahan di bawah SOSMA hanya kerana menyatakan pandangan, pendapat dan kritikan serta mengambil apa-apa tindakan yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara.


YABhg Tun Dr Mahathir Mohamd

YABhg Tun Ling Liong Sik 

YB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Hj Mohd Yassin

YB Datuk Seri Shafie Apdal

YBM Tengku Razaleigh Hamzah

YBhg Tan Sri Ong Tee Keat 

YBhg Tan Sri Sanusi Junid


12 Oktober 2015