Thursday, December 08, 2016

JEMPUTAN & PEMBATALAN

PEMBATALAN 


8 Dec 2016


Pada 10 haribulan 11, 2016, saya menerima jemputan dari Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang menjunjung titah perintah Majlis Raja-Raja untuk menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang Ke-244 (Khas) di Istana Negara, Kuala Lumpur pada hari Selasa 13hb Disember 2016 bersamaan 13 Rabiulawal 1438H jam 11.00 pagi sempena Istiadat Melafaz dan menandatangani Sumpah Jawatan oleh Seri Paduka Baginda Sultan Muhammad V, Yang di-Pertuan Agong dan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Timbalan Yang di-Pertuan Agong.


Saya jawab bahawa saya akan hadir kerana saya anggap acara ini sebagai acara nasional yang tidak ada kaitan dengan mana-mana parti politik.


Pada 6hb Disember, 2016 saya terima surat dari Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang menyebut:


“Dengan hormat saya menyusuli undangan yang dihantar kepada YABhg Tun dan memaklumkan bahawa undangan tersebut adalah dibatalkan.



Surat ini bermaksud untuk mengelak sebarang kesipuan (embarrassment) jika YABhg Tun hadir pada hari dan ketika tersebut kerana Pejabat ini tiada menyediakan kerusi kepada YABhg Tun.”


Rupa-rupanya acara negara adalah sebahagian dari politik parti.


Saya minta maaf kerana membuat anggapan yang salah. Saya akan ambil ingatan bahawa Istana Negara adalah milik Najib dan Parti Barisan Nasional.


Sekian.


Terima Kasih.

Sunday, November 27, 2016

Fahami Tafsiran Sebenar Perang

Ditulis oleh 

Dato' Dr Ismail bin Haji Ibrahim

Pihak media Barat yang diperalatkan oleh golongan yang mahu menggambarkan imej buruk Islam sering menghubungkan perjuangan Islam yang suci atau jihad dengan keganasan dan pembunuhan. Jihad telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris sebagai holy war atau peperangan suci. 
Terjemahan ini memberikan kefahaman yang jelas bahawa Islam adalah ditegakkan dengan mata pedang dan dikembangkan dengan peperangan. Peperangan tentulah merupakan tindakan membunuh dan menyerang, menawan musuh dan mengambil tindakan keras kepada sesiapa sahaja yang menentangnya. 
Orang Islam sendiri, kerana kekurangan pengetahuan dan tanpa menyedari konsep sebenarnya jihad, sering juga memberikan pentafsiran kepada jihad itu sebagai perang sabil, iaitu perang kerana jalan Allah, fi sabilillah, dalam pengertian bahawa jihad itu adalah tindakan mengangkat senjata menentang musuh yang melibatkan pertumpahan darah.

Sebenarnya di dalam kitab suci al-Quran tidak disebut sesuatu yang boleh diterjemahkan sebagai holy war iaitu satu tindakan Islam untuk menyerang musuh atau menceroboh orang lain. Jihad tidak boleh diterjemahkan sebagai peperangan dalam konsep hanya mengangkat senjata dan menggunakan kekerasan untuk memerangi orang lain seperti yang dilakukan oleh Amerika Syarikat ketika menyerang negara Afghanistan, atau pencerobohan Israel ke atas rakyat Palestin.

Jihad menurut Islam ialah perjuangan dan tindakan bersungguh-sungguh yang dilakukan oleh orang Islam sejajar dengan ajaran Allah s.w.t. bagi menentang hawa nafsu di dalam dan di luar dirinya, mempertahankan diri, harta benda, maruah, keluarga dan negaranya daripada serangan dan pencabulan musuh.

Seorang Islam mestilah berjuang untuk mempertahankan kehormatannya dengan beberapa cara yang tertentu, iaitu sama ada dengan harta benda, ilmu dan kebijaksanaannya, kuasa dan jiwanya sendiri. Maka dalam konteks ini jihad tidak memberi sebarang pengertian yang membolehkan seorang Islam menyerang dan menceroboh orang lain yang tidak menyerang atau menceroboh haknya.

Di dalam al-Quran terdapat istilah yang menunjukkan makna peperangan, iaitu al-qatl atau al-qital. Beberapa ayat al-Quran di bawah menjelaskan tentang tindakan peperangan ini:

Dan perangilah pada jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu (tetapi) janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang melampaui batas. (Al-Baqarah, ayat 190)

Dan perangilah mereka itu sehingga tidak ada fitnah lagi, dan (sehingga) agama itu hanya untuk Allah belaka. Jika mereka berhenti (dari memusuhi kamu) maka tidak ada permusuhan (lagi), kecuali terhadap orang-orang zalim. (Al-Baqarah, ayat 193)

Ayat-ayat ini menjelaskan tentang waktu dan bentuk peperangan yang boleh dilakukan oleh orang Islam iaitu sebagai tindak balas kepada musuh-musuh yang menyerang dan memerangi mereka, maka dalam keadaan ini orang Islam haruslah bertindak mempertahankan diri mereka dengan melakukan tindak balas yang sewajarnya.

Namun begitu Allah s.w.t. mengingatkan supaya dalam bertindak mempertahankan diri itu orang Islam tidak seharusnya melampaui batasan yang sewajarnya. Dalam hal ini, Islam mengutamakan tindakan yang adil dan mengutamakan sifat mulia dan beretika dalam melindungi hak manusia dan kehormatan moral mereka. Dengan itu Islam juga menyeru pihak musuh supaya menjaga hal yang sama ketika berlaku persengketaan, sebab itulah ditegaskan bahawa hak agama Allah itu sendiri mestilah dihormati dan dijaga dengan sebaik-baiknya.

Dari sudut yang lain, Islam juga meletakkan garis panduan yang baik tentang kewajipan mempertahankan diri dan membalas tindakan dan pencerobohan musuh. Strategi Islam ialah menjaga keselamatan dan keamanan, di samping mencari perdamaian dengan musuh. Allah s.w.t. menjelaskan tentang sempadan-sempadan yang seharusnya dipelihara oleh orang Islam ketika menghadapi pencerobohan musuh, iaitu di dalam firman-Nya: Barang siapa yang menyerang kamu, maka seranglah ia, yang seimbang serangannya terhadap kamu. Bertakwalah kepada Allah, dan ketahuilah bahawa Allah berserta dengan orang-orang yang bertakwa. (Al-Baqarah, ayat 194)

Namun begitu dalam keadaan yang tertentu, iaitu ketika musuh telah bertindak ganas, seperti yang berlaku kepada Rasulullah s.a.w. ketika Baginda menghadapi pencerobohan yang menyeluruh daripada kaum musyrikin yang ingin membinasakan orang Islam dan agama Allah dengan serangan yang berlarutan dan tidak lagi berperikemanusiaan, maka Allah s.w.t. membenarkan orang Islam bertindak balas dengan menyeluruh juga seperti yang diterangkan oleh ayat yang berikut:

Dan bunuhlah mereka di mana saja kamu jumpa mereka, dan usirlah mereka dari tempat mereka mengusir kamu (Mekah).

Ayat ini menjelaskan bahawa orang musyrikin Mekah telah bertindak di luar batasan perikemanusiaan dengan mengusir orang Islam dari tanah tumpah darah mereka dan bertindak sewenang-wenangnya membunuh orang Islam. Dalam keadaan ini orang Islam harus membunuh mereka dan mengusir mereka dalam proses menegakkan keadilan dan mempertahankan diri dan negara mereka.

Bagaimanapun dalam al-Quran terdapat beberapa ajaran yang berikut yang harus dipatuhi, iaitu:

(1) Sekiranya pihak musuh ingin berdamai, maka orang Islam hendaklah bersedia untuk berdamai.

(2) Peperangan dibenarkan kepada orang Islam kerana mereka telah dizalimi.

(3) Dalam peperangan, orang Islam haruslah memelihara etika dan adab peperangan, iaitu tidak mencabuli tempat-tempat suci agama, orang yang beribadat dan sebagainya.

(4) Tawanan perang haruslah dilayan dengan baik:

Dan jika seorang di antara orang musyrikin itu meminta perlindungan kepadamu, maka lindungilah ia, supaya ia sempat mendengar firman Allah, kemudian hantarkanlah ia ke tempat yang aman baginya. Demikian itu disebabkan mereka kaum yang tidak mengetahui. (At-Taubah, ayat 6)

Secara ringkasnya, orang Islam dan bukan Islam haruslah memahami konsep jihad dan peperangan ini mengikut perspektif Islam yang sebenarnya, supaya kedua-dua golongan tidak menyalahertikan konsep jihad dan perang mengikut kefahaman masing-masing yang tidak bersandarkan ilmu pengetahuan dan konteks sejarah serta tamadun agama ini.

Kalau dilihat dari perspektif Islam yang sebenarnya, maka kuasa-kuasa besar dan negara-negara maju, merupakan para penceroboh yang besar dalam peperangan dan serangan yang berlaku pada hari ini, kerana serangan dan peperangan yang dilakukan amatlah mencabuli hak asasi dan kehormatan manusia sejagat. Bukanlah jihad yang disalahertikan itu.



Thursday, August 25, 2016

UMNO

Sebenarnya UMNO ini bukan parti politik yang menamakan dasarnya - bagaimanapun parti politik yang kita ketahui ada yang kiri ( labour ) ada yang kanan ( conservative ) dan ada yang tengah ( liberal ). UMNO ini parti politik yang menjalankan dasar dan tugas yang didapati sesuai dengan aliran zaman dan kemahuan orang-orang Melayu khasnya, warganegara Malaysia umumnya. Kiranya pada hari ini UNNO ikut jalan yang di sifatkan kanan, pada suatu masa kelak UMNO akan mengikut juga dasar kiri. Ini semuanya kena pada kehendak rakyat dan masa. 

Tunku 

Saturday, July 30, 2016

National Security Council Bill 2015


National Security Council Bill 2015 

On Thursday, December 3, 2015, The National Security Council Bill 2015 was passed in Parliament after a marathon six-hour proceeding.

The bill was passed quickly, taking two days to gain the majority vote, with 107 in favour and 74 against the bill.

Among the contents of the bill are:

Clause 18 (1): PM has full discretion to decide where 'security area' is

Clause 18 (3) and (4): Initial declaration of ‘security area’ lasts for 6 months but may be renewed by PM indefinitely

Clause 22–30: security forces can arrest without warrant; stop and search; enter and search premise; take possession of any land, building or movable property.

Clause 37: All NSC’s affairs are done is absolute secrecy

Clause 38: No action or lawsuit can be brought against the NSC

Unlike the Internal Security Act 1960 which requires the discretion of the Yang di-Pertuan Agong, the NSC bill is under the direct authority of the Prime Minister.

Further, while the Prime Minister has to seek advice from the 8-man security council, he can choose to ignore the advice. The Malaysian Bar called the bill a "lurch towards an authoritarian government".

Thursday, July 21, 2016

NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin

A number of people have contacted me to ask whether I am going to respond to the latest excitement regarding the US Department of Justice press conference yesterday. Actually, my wife and I are currently in Poland and in a short while we will be traveling by road to Austria, a journey that will take almost the whole day. 
Anyway, just to satisfy some of you and to avoid being accused of refusing to talk about the issue, I will post my views on the matter but maybe not in my normal 3-4 page cheong hei manner (because I need to leave soon for Austria).
First of all, I have seen such excitement before, which in the end fizzled out and died a silent death. Take the so-called ‘court case’ in France as one example. It was supposed to have a been an open trial involving Altantuya Shaariibbu’s murder.
I was so excited that I made a trip to Paris to attend the trial and was joined there by the Editor of Free Malaysia Today. What we found out instead is that we were misinformed by Suaram. It was not actually a trial in an open court but merely a closed investigation in the judge’s chambers. So that means it was not open to public or even a trial in the first place.
And we further found out that it was not about Altantuya’s murder but about whether any French nationals or entities were involved in corruption involving the sale of two submarines to Malaysia. And the investigation was based on Suaram’s complaint who claimed they had locus standi to lodge the complaint, and which later proved false.
That was a huge anti-climax and after so many years there is still no word about this so-called trial regarding a murder.
This latest US episode sounds like it is similar to what we have been led to believe about a trial in France. And after viewing the video of yesterday’s press conference, it appears like the US Department of Justice was talking about suspicions rather than facts that have been proven. In response to the questions they said investigations are still ongoing and some of the facts cannot be confirmed yet.
Is this US excitement going to end up like that French excitement of a few years ago? Even the complainant in that French episode has closed down and no longer exists. After all these years no one is telling us anything about that so-called trial in a French court that did not exist.
So before I get all excited and rush to Washington, like I did to Paris a few years ago, let us see where all this is going. 
The US Department of Justice is taking action based on complaints lodged by the ANC (Anti-Najib Campaign). I remember doing the same thing 16 years ago back in 2000 (that time the Free Anwar Campaign or FAC). I went to Washington and paid a US lobby firm to bring Anwar Ibrahim’s ‘political detention’ based on ‘fabricated charges’ and ‘false evidence of sodomy’ to the attention of the US government.
The way it is done in the US, which I have done myself in the past, is that you pay a US firm a large sum of money and they will work the corridors of power to get your case heard. At the end nothing much may happen (like in the Anwar case I brought to them in 2000) but you can make sure that they make a lot of noise (which was what we did in 2000).
I really do not know who Prime Minister Najib Tun Razak has working for him in the US (Anwar had me in 2000). But whoever it is Najib should sack him or her immediately and appoint someone else who knows his or her job. If Najib appointed me and gave me a budget of a few hundred million I would know what to do. I did this before for Anwar and it did not even come to RM1 million.
Of course, Malaysians who do not know how things work in the US would go all googoo-gaga and would get excited. But those of us who know how it works would rather stay cool and drive from Poland to Austria with their wife, like what I am going to do in an hour from now.
Anyway, we talk more once I arri

Friday, July 15, 2016

Rakyat Turki Yang Bertuah!

Telah lama Presiden ke-12 Turki Recep Tayyip Erdogan dipandang sebelah mata. Untuk mengetahui sebahagian yang dilakukan Erdogan, ianya dikatakan seperti berikut:

1. Produk Domestik Nasional Turki telah meningkat. Erdogan membawa negerinya melakukan lompatan ekonomi yang besar.

2. Turkish Airline meraih anugerah diantara penerbangan yang baik.

3. Erdogan dalam 10 tahun pemerintahannya telah mendirikan 125 universiti baru, 189 sekolah baru, 510 rumah sakit baru dan banyak kelas baru yang modern.

4. Ketika krisis ekonomi menimpa Eropah dan Amerika, universiti-universiti Eropah dan Amerika menaikkan yuran kuliah. Sedangkan Erdogan membebaskan seluruh biaya kuliah dan sekolah bagi rakyatnya dan menjadi tanggungan negara.

5. Pendapatan per kapita penduduk Turki yang dahulunya hanya 3,500 dolar pertahun, meningkat pada tahun 2013 menjadi 11,000 dollar per tahun dan Erdogan berjaya menaikkan nilai tukaran mata wang Turki.

6. Di Turki, negara sedang mengupayakan dengan bersungguh-sungguh membiayai ribuan ilmuwan bagi melakukan penelitian ilmiah untuk menuju kemajuan.

7. Di antara keberhasilan politik terbesar Turki adalah keberhasilan Erdogan mendamaikan dua bahagian Cyprus yang bertikai, menghentikan pertumpahan darah, dan berbaik kepada Armenia, sehingga menyelesaikan permasalahan yang sudah lama.

8. Gaji dan upah meningkat mencapai 300%. Dan gaji pegawai baru meningkat dari 340 lira Turki menjadi 957 lira. Dan jumlah pencari kerja menurun dari 38% menjadi 2%.

9. Di Turki, gaji guru menyamai gaji doktor.

10. Di Turki telah dibangun laboratorium IT dan pangkalan data moden yang melatih pemuda-pemuda Turki.

11. Erdogan pernah duduk berhadapan dengan seorang kanak-kanak perempuan yang usianya masih 12 tahun, tampil dalam siaran langsung televisyen, berdebat dan berdiskusi tentang pembangunan Turki masa depan. Beliau menghormati kecerdasan dan semangat anak tersebut. Sekaligus beliau didik anak-anak Turki keteladanan dalam berdebat dan berdiskusi serta membaca masa depan.

12. Erdogan memberikan tamparan keras kepada Israel, dan beliau memaksa Israel meminta maaf kerana kapal Marmara yang ditembak Israel. Dan Turki memberikan syarat pencabutan embargo Gaza untuk menerima permintaan maaf tersebut.

13. Erdogan berikan kritikan tajam terhadap orang-orang yang bertepuk tangan terhadap pidato Shimon Perez dalam pertemuan ekonomi dunia, dan beliau berkata sebelum keluar dari ruangan dan pulang ke Turki: “Memalukan kalian bertepuk tangan terhadap pidato ini, padahal Israel telah membantai ribuan anak dan wanita di Gaza…”

14. Erdogan menolak anak gadisnya membuka hijab saat sekolah. Maka beliau kirim anaknya sekolah di Eropah agar tetap berhijab, sebelum hijab dibolehkan di kampus-kampus Turki.

15. Erdogan satu-satunya kepala negara bersama istrinya mengunjungi Burma dan bertemu dengan kaum Muslimin di sana dari kawasan Myanmar yang dapat bencana.

16. Erdogan menghidupkan kembali pengajaran Al Quran dan Hadits di sekolah-sekolah negeri, setelah hilang selama hampir 90 tahun, dihilangkan pemerintah 

17. Erdogan menetapkan kebebasan berhijab di kampus-kampus Turki dan di parlimen.

18. Erdogan lah pemimpin muslim yang membuat lampu di jambatan gantung terbesar di dunia iaitu di pantai Laut Hitam dengan penerangan yang sangat besar bertuliskan “Bismillahirrahmanirrahim”

19. Erdogan mengembalikan pembelajaran bahasa Uthmaniyah yang berhuruf Arab di sekolah-sekolah negeri

20. Lebih 10 ribu kanak-kanak muslim yang berumur 7 tahun dengan penuh bangga akan memulai kewajiban solat berjemaah dan menghafal Al Quran.

Dan banyak lagi, masya Allah.

Semoga pemimpin negara kami dapat meniru tindakan positif dan baik yang telah dilakukan oleh Erdogan. 

Amin. 

Friday, July 08, 2016

Budaya Yang Hilang! Hukum atau hukuman?

Segala puji bagi pencipta sekelian alam,
Selawat dan salam ke atas junjungan.

Banyak benda kita dah tak bersependapat. Banyak benda kita tak setuju walau dah di putuskan oleh jemaah yang lebih ramai. Kita keluar dari jemaah kerana kita sudah hilang pertimbangan. Hanya kerana kita tak percaya pada sistem atau kita sudah terpengaruh dengan ideologi / fahaman moden yang kononnya mengikut perubahan zaman. 

Lebih 35 tahun lalu, saya di besarkan dengan alunan lagu / sifat ber tarannum, berzanji, marhaban & dikir. Antara aktiviti malam di rumah kenduri / merewang sambil bermain daun terup atau mendengar bacaan ayat suci Al Quran & dikir Pak Ku Syahdat. Antara yang saya suka lagu dikir Vespa Haji Samad. ( Boleh cuba cari di You Tube ). 

Dahulu, jika ada kenduri, sebuah pondok / menara pelantar khas di bina untuk kumpulan mengaji / dikir di kampung saya. Mereka hias & letak pembesar suara. 

Manakala orang macam saya akan berada di khemah masak sambil bermain daun terup. Main Jerami / Empat Ratus. Saya selesa berada dalam kumpulan 'penanggah' atau 'bentara'. Ada juga kumpulan 'hadrah / kompang'. Mereka akan bersilat menyambut pengantin. 

Budaya ini hilang kerana Agama! Mungkin kerana orang dulu-dulu menggunakan perantara lagu dikir  sebagai latihan 'bersuara atau berlagu'. Orang hari ini mempunyai keedah yang lebih baik untuk mempelajari kaedah bertarannum dan bertajwid. Mungkin kerana kejahilan dan kurangnya ilmu pada diri, saya juga dah lama lupakan segala hal yang berkaitan. 

Apabila sedar akan perkara ini, sudah sangat terlambat! Orang nak mengajar mengaji muqaddam pun dah payah jumpa! Dulu di pisahkan pembelajaran agama & akedemik. Kita wujudkan sekolah agama. Kita paksa anak-anak kita sekolah dari awal pagi hingga lewat petang untuk ilmu. Hari cuti mingguan kita hantar pula mereka ke kelas tambahan. Kita sendiri pula dah tak bercampur masyarakat kerana menguruskan hal anak-anak dan ahli keluarga. 

Sebenarnya kita nak kejar apa? 

Friday, July 01, 2016

Kerana Mulut! ( Edisi II )

Saya mula tak bercampur dengan orang atau bermasyarakat sejak saya bekerja di sini ( saya masih dalam tahanan )! 

Saya tidak lagi peduli apa cakap orang, saya tidak lagi peduli apa masalah orang lain. Saya dah lali dengan cakap-cakap orang, saya dah rasa menyesal tolong orang. Saya sesal segalanya tentang 'orang & masyarakat'! 

Yang saya tak pernah tulis, saya di buang kerja ketika DS Anwar Ibrahim di pecat! Tapi kalau orang bertanya, saya hanya jawab akibat krisis ekonomi & matawang. 

Hinggalah saya dapat kerja di 'ehem ehem' ni. Mungkin doa mak saya! Dapat kerja 'sapu sampah' pun tak apa, asalkan kerja kerajaan. Nak jadi polis atau tentera, mak memang 'haramkan' terus! Jadi saya rahsiakan beberapa tahun sehingga mak tahu saya kerja sebagai 'ehem ehem'! 

Sampai di telinga mak, saya kerja 'makan rasuah' di Kuala Lumpur! Bayangkan perasaan seorang mak bila dengar orang cakap begitu! Tapi akhirnya mak diam apabila saya tunjukkan surat tawaran ke universiti. Saya cakap hanya sementara, sebelum saya dapat kerja lain. 

Sebaik sahaja dapat kerja di 'ehem ehem' ni saya rasa bosan la pula. Saya buat keputusan sambung belajar. Saya pilih Sarjana Muda Undang2. Tapi entah kenapa, pihak UITM tawarkan Pengaturcaraan Komputer. Sebelum tu pernah di tawarkan Art & Design, tapi saya menolak, tukar ambil Fotografi. Saya transfer kredit di Pentadbiran Awam untuk sambung Sarjana Muda, tapi sekarang saya di fahamkan dah tak boleh transfer kredit dah. 

Kononnya nak jadi Pegawai Tadbir Diplomatik! Tapi di tolak atas alasan tidak 'kacak & hensem'! Tapi yang bagusnya, saya dapat semula tawaran untuk Sarjana Muda Undang2 dan tawaran pinjaman / biasiswa Datuk Bandar Kuala Lumpur. Tapi tahun saya ambil tu, biasiswa dah di 'hapuskan'atas sebab-sebab orang sebelum 'salah guna' biasiswa. 

Saya mohon maaf, saya sangat menyesal! Ketika saya mula berkhidmat hingga lah sekarang. 

Cuba tuan-tuan & puan-puan ingat, pernah tak nampak saya hadir mana-mana kenduri kahwin, ziarah kematian, atau hadir jemputan majlis cukur jambul atau sebagainya? Pernah jumpa saya? Tak pernah kan? 

Kononnya nak mengejar ilmu, kononnya nak mengejar pangkat, akhirnya saya hilang 'kawan & saudara'! Saya hilang waktu bersama keluarga, saya hilang segalanya. Saya habiskan masa hujung minggu & kelas malam untuk pengajian luar kampus & pengajian jarak jauh. 

Benarlah kata surah Al Asr 'Demi Masa.. ' tu, sebenarnya saya sesal dengan masa lalu, niat saya tak betul agaknya, ilmu yang di tuntut entah kemana, pangkat pun tak berguna. Tak berkat agaknya! 

Akhirnya, tetap menjadi buah mulut orang juga! Orang mengata sampai hari ni, orang mengeji sampai hari ini. Saya cuba fikir apa salah saya, yang saya nampak, saya tak pandai mengampu orang, saya tak pandai nak bodek orang, saya tak pandai puji orang. Susah hidup kalau bermuka-muka dan harap ehsan orang. Mungkin saya lupa bab ini, rezeki yang Allah bagi adalah melalui 'orang-orang pilihan' ini. 

Dah terasa hidup seperti buangan.. 

Wasallam.. 

Kerana Mulut! ( Orang Perempuan )

Segala pujian bagi pencipta alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan. 

Kawan saya berhenti kerja dari Majlis Perbandaran kerana di 'tegur' oleh isterinya. Umurnya baru 50 tahun. Alasan atau sebab dia berhenti tu buat saya rasa tak percaya. Boleh kata kami rapat di kampung. Dia tua beberapa tahun dari saya. 

Kami kerap bersama, sejak wujud Kelab Belia MAYC, Ketua Pemuda / Ketua Cawangan UMNO, Persatuan Sepaktakraw Negeri Perak, Pasukan Bolasepak / Takraw Majlis Perbandaran. Tak silap saya ketika dia berhenti kerja, dia adalah Setiausaha Bahagian & Setiausaha BN di Bukit Gantang & Taiping. Dari sudut pandangan politik, memang sangat cerah masa depannya. 

Ketika kes MB Nizar & Tan Sri Muhyidin berebut microphone di Taman Kaya Taiping tu, kawan saya ni la yang jadi Pengerusi Majlis & Imam malam tu. 

Dalam fikiran saya, dia takut isteri barangkali, tapi isterinya tidak bekerja. Saya kenal isterinya juga. Sejak mereka berkahwin lagi. Tak mungkin dia kena loteri atau jumpa duit di mana-mana yang dia tak ceritakan pada saya. 

Lama juga saya cuba cungkil rahsia. Akhirnya dia bercerita tanpa dipaksa. Lama saya fikir akan kebenarannya. Setelah meneliti beberapa fakta, saya percaya. Seperti tajuk, kawan saya berhenti kerja kerajaan hanya kerana 'mulut seorang perempuan'! 

Kisahnya lebih kurang begini. Setelah dapat menantu, selang setahun dapat la cucu. Oleh kerana anak & menantunya kerja luar daerah, cucu mereka bela. Jadi, setiap kali waktu rehat tengahari, kawan saya balik rumah untuk bermain dengan cucunya. Setelah beberapa bulan, isterinya menegur. 

".. Apa hukumnya makan gaji setiap bulan kalau waktu rehat asyik berada di rumah? Apa pandangan orang jika tahu abang kerap balik rumah dan masuk lewat ke pejabat? Abang tu mengajar orang tentang agama, apa itu hukum halal & haram.. " 

Dia mengaku, dia akan balik jam 12 lebih dan masuk pejabat semula sebelum jam 3 petang. Oleh kerana kedua-dua kawan saya ini berlatar belakangkan 'orang ada didikan agama', malah dia turut mengajar di beberapa surau & masjid. Menerima jemputan dari luar dan berstatus 'Ustaz'!  

Walaupun tidak selalu & tidak berlaku setiap hari, kawan saya telah menghantar surat berhenti kerja. Setelah setahun menunggu, akhirnya di luluskan. Dia dengan bangga bercerita pada saya bahawa dia tidak lagi berkhidmat dengan Majlis Perbandaran. Semua jawatan politik, kelab & persatuan juga semua di lepaskan begitu sahaja. 

Di tegur isteri sampai berhenti kerja? Nak makan apa kalau tak ada gaji? 

Dia sebut lagi, dia berhenti kerja kerana 'Mulut Seorang Perempuan!' 

Jazakallah Khairan.. 

Wednesday, June 29, 2016

Zakat! Salah Tadbir?

Pengkajian saya berkenaan dengan zakat dan pentadbiran zakat di Malaysia sudah agak lama. Bermula dengan penulisan thesis master saya di Fakulti Darul Ulum, Universiti Kaherah, Mesir pada tahun 1998 (Alhamdulillah, saya mendapat pangkat mumtaz ma’a tawsiyat bi al-tab’ untuk thesis ini). Sejak itu pengkajian saya berkenaan dengan zakat berterusan, walaupun area kajian saya telah juga merangkumi bidang lain, termasuklah usul fiqh, qawa’id fiqhiyyah, perbankan dan kewangan Islam.

Saya juga menyelia thesis para pelajar PhD Ramai yang dah siap, dan ada lagi yang belum. Sekarang ini, saya masih ada satu lagi research berkenaan dengan zakat (ERGS bersama beberapa rakan-rakan) bertajuk: “Modelling Regulation of Zakat Administration in Malaysia: A Triangulation Study” yang masih tertangguh lantaran kesibukan yang pelbagai. Hakikatnya, kepada sesiapa yang melakukan penyelidikan berkenaan dengan zakat akan melihat berlaku perubahan yang amat ketara kepada pentadbiran zakat di Malaysia, sama ada dari sudut kutipan mahupun agihan. Bahkan, kepada mereka yang mengkritik keterlaluan, termasuk juga daripada agamawan, pada hakikatnya, maklumat yang mereka ada adalah maklumat yang amat outdated dan tidak dikemaskinikan.

Umpamanya:

1- Isu ketelusan pengagihan dalam pengagihan. Kononnya tiada ketelusan. Pada hakikatnya laporan kewangan kebanyakan pusat zakat / majlis agama, boleh didapati dan di dalam dimuatkan detail berkenaan dengan kutipan dan bentuk pengagihan. Perlu di ingat bahawa pengagihan zakat di Malaysia dibahagikan kepada tiga bahagian, sama ada tamlik fardi, tamlik jama’i ataupun tamlik muassasi. Kena jelas perkara ini.

Jangan main tuduh sahaja bahawa tiada ketelusan di dalam pengagihan dan kemudian memberikan persepsi yang buruk berkenaan dengan pengagihan zakat. Saya berharap para agamawan yang terlalu mengkritik dengan terlalu keras, bahkan kadang-kadang sehingga menampakkan seolah-olah pusat zakat / majlis agama menyalahgunakan duit zakat, termasuklah para mufti, bacalah laporan kewangan.

Kalau tak pandai nak baca, minta tolong orang yang pandai untuk tolong bacakan. Jangan buat kritikan, sehingga orang yang tahu merasakan agamawan ini pada hakikatnya main tembak sahaja semata-mata nak cari populariti.

Saya tak nafikan, masih banyak perkara yang perlu dibaiki. Itu perkara biasa dalam kehidupan. Perubahan adalah sifat manusia, dan kita mahu semua perubahan ke arah yang lebih baik.

2- Isu cadangan agar pusat zakat / majlis agama mencari asnaf bukan hanya sekadar menunggu orang datang, seperti menubuhkan skuad asnaf dan sebagainya. Ini pun bukan perkara baru. Banyak negeri dah ada pun. Bahkan dalam pebagai bentuk agar kita dapat reach (sampai) kepada asnaf. Jadi ini bukanlah suatu cadangan baru. Betul, beberapa penambbaikan amatlah perlu, tetapi janganlah buat gambran seolah-olah pusat zakat / majlis agama ni hanya duduk kat office, tunggu asnaf datang aje.

3- Payah nak bagi zakat, kadangkala banyak investigasi dan soal jawab yang dibuat kepada asnaf. Agamawan yang komen sebegini, sebenarnya mungkin tak pernahpun berhadapan dengan asnaf dan segala potential tipu muslihat dalam hal ini. Perlu diingat, duit yang kita nak beri pada asnaf ni duit zakat, bukan duit kita. Kadangkala (bahkan banyak juga situasi ini), mereka yang minta duit zakat ni, tak layakpun terima zakat.

Mereka hanya berlakon apabila nak terima zakat. Jadi investigasi amatlah perlu, agar kita tak beri zakat kepada orang yang tak layak. Pengalaman peribadi mengajar saya perkara ini. Saya harap sangat agar agamawan sebegini, agar faham hakikat dan realiti. Bukan hanya sekadar buat komen daripada bilik pejabat beraircond mereka semata-mata.

4- Pemberian zakat kepada asnaf fi sabilillah, hanya kepada mereka yang belajar agama, tidak kepada mereka yang belajar bidang-bidang lain seperti medic, engineering, economic dan lain-lain. Ehmmmm. Nampak sangat orang yang komen sebegini tak mengikuti perkembangan dan tak tahu apa yang berlaku. Hakikatnya, pemberian zakat di bawah asnaf fi sabilillah dalam bentuk bantuan pelajaran telah lama memberikan bantuan kepada peajar-pelajar dalam bidang yang lain juga. Tolonglah update maklumat anda sebelum mengkritik.

5- Isu kutipan dan pemberian semula sebahagian duit zakat untuk diagihkan oleh institusi berkenaan. Ia dipraktiskan oleh banyak pusat zakat/ Majlis Agama. Di sini perlu penelitian dan penambahbaikan, terutama kutipan zakat Perlis. Minta maaf kerana menyebut secara direct. Di dalam praktis kebanyakan pusat zakat / Majlis agama Islam, apabila sesuatu institusi membayar zakat kepada pusat zakat, maka mereka berhak untuk meminta sebahagian portion (berbeza2 mengikut negeri), untuk mereka sendiri mengagihkan kepada asnaf yang layak.

Perlu diingat, zakat tersebut tidak boleh diambil oleh mereka. Jika mereka adalah amil (tanpa layak menerima zakat di atas kapasiti asnaf lain) mereka mungkin mengambil portion asnaf amil, tetapi portion ini perlu dilihat juga berapa jumlah yang diambil oleh pusat zakat/ majlis agama utk pentadibiran mereka, agar portion zakat tidak diambil dengan banyak oleh asnaf amil, sedangkan matlamat zakat adalah untuk asnaf lain yang lebih utama.

Zakat ini perlu diagih-agihkan kepada pihak asnaf yang layak dan institusi tersebut perlu untuk memastikan bahawa zakat tersebut diagih-agihkan mengikut asnaf. Umpamanya di bank-bank Islam di Malaysia, mereka mempunyai suatu unit / jabatan khas untuk pengagihan ini, dan pengagihan ini dibuat di bawah pemantauan Majlis penasihat syariah bank-bank Islam tersebut. Sesiapa yagn pernah masuk meeting majlis penasihat syariah akan tahu bagaimana ahli2 majlis penasihat syariah akan meneliti dalam memastikan duit-duit tersebut diagihkan kepada mereka yang sepatutnya.

Namun, terdapat beberapa kekurangan. Antara yang paling ketara ialah kutipan zakat Perlis. Banyak perkara yang perlu dibaiki. Saya berharap Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Perlis melakukan perubahan dalam hal ini. SS Mufti Perlis sepatutnya turut sama mengambil perhatian dalam hal ini. Ada “hanky-panky” dalam kutipan zakat Perlis ini. Sesiapa yang membuat kajian dalam hal ini, tahu perkara ini. Tak tahulah saya kalau Majlis Agama dan Jabatan Mufti tak tahu tentang perkara ini. Ada orang yang menjadikan kutipan zakat ini sebagai bisnes dan mendapat sehingga mendapat belasan ribu ringgit di atas ‘bisnes’ kutipan ini. Majlis Agama dan Pejabat Mufti kena cakna berkenaan dengan perkara ini.

Kesimpulannya daripada penerangan ringkas ini, pentadbiran zakat di Malaysia tidaklah sempurna, tetapi tidaklah terlalu buruk sehinggakan kita tak nak memberi zakat kepada Pusat Zakat. Para agamawan pula, janganlah creat persepsi (melalui kritikan-kritikan outdated dan tersasar anda) bahawa betapa buruknya pentadbiran zakat di Malaysia, sehinggakan masyarakat hilang kepercayaan kepada suatu institusi yang penting ini (ada dua institusi pentng yang perlu perhatian yagn mendalam daripada para sarjana dan agamawan, iaitulah zakat dan wakaf. Dua institusi ini, jika kita dapat mentadbirnya dengan secara efektif, banyak kebaikan yang kita dapat kutip daripada keduanya).

Note: Tambahan “edited” dari saya, penulisan ini tidak bermaksud untuk single out kaedah kutipan zakat Perlis sebagai suatu isu. Pusat Zakat lain juga mempunyai isu-isu yang belum diselesaikan. Ini adalah perkara biasa. Perubahan ke arah yang lain baik adalah perkara yang sepatutnya dilakukan. Namun kaedah kutipan zakat perlis menerusi badan-badan dan individu-individu memang perlukan penelitian semula dan ini agak urgent.

Sebab itulah saya timbulkan perkara itu sebagai suatu kes study. Di negeri lain, saya tidak dengar org menjadikan kutipan zakat sebagai suatu bisnes (betulkan saya jika maklumat saya kurang tepat), tetapi malangnya ini berlaku kepada kutipan zakat Perlis. Pihak-pihak yang berkenaan perlu melihat perkara ini. Ada orang buat study tentang perkara ini dan saya boleh minta orang tersebut (dengan keizinan beliau, of course) share dengan Pusat Zakat Perlis.

Marilah kita memperkasakan institusi zakat dan waqaf di Malaysia. Wallahu A’lam. Wassalam.

Prof. Madya Dr. Aznan Hasan
Pengerusi Majlis Ulama ISMA (MUIS)
Presiden Association of Shariah Advisors Malaysia (ASAS)

Saturday, June 18, 2016

HALAL BUAT KAMI.. HARAM BUAT TUAN..

Ulamak Abu Abdul Rahman bin Abdullah Al-Mubarak Al-Hanzhali Al-Marwazi, seorang ulamak yang termahsyur di Makkah  menceritakan kisah ini.

Suatu ketika, selepas selesai salah satu ritual haji, beliau berehat dan tidur. Dalam mimpinya beliau melihat dua malaikat turun dari langit, dia terdengar perbualan mereka, "Berapa ramai jemaah yang datang pada tahun ini?" Tanya malaikat itu kepada para malaikat lain.

"Tujuh ratus ribu," jawab malaikat yang satu lagi.

"Berapa ramai orang-orang yang diterima hajinya itu?"

"Tiada satu pun"

Perbualan itu membuat Abdullah gementar ketakutan, "Apa?" Dia menangis dalam mimpi.

"Semua orang-orang ini datang dari belahan bumi yang jauh, dengan susah payah dan keletihan sepanjang jalan, mengembara melalui padang pasir yang luas, dan semua usaha mereka sia-sia?"

Walaupun dengan rasa takut, dia terus mendengar cerita kedua malaikat tersebut.

"Namun ada seorang lelaki yang walaupun dia tidak datang untuk menunaikan haji, tetapi ibadah hajinya diterima dan semua dosanya telah diampunkan. Diatas keberkatan daripada lelaki itu, seluruh haji para jemaah diterima oleh Allah. "

"Bagaimana ia boleh terjadi begitu?"

"Itu adalah kehendak Allah"

"Siapakah orang tersebut?"

"Sa'id bin Muhafah, tukang kasut di kota Damsyik"

Mendengar ucapan itu, ulamak itu terus terjaga. Pulang daripada haji, dia tidak terus balik ke rumah, tetapi beliau pergi ke kota Damsyik, Syria.

Sampai di sana, beliau terus pergi ke tukang kasut yang disebut oleh malaikat dalam mimpinya. Hampir semua tukang-tukang kasut dia bertanya, apakah benar ada tukang kasut yang bernama Sa'id bin Muhafah.

"Di sana, di pinggir bandar", kata seorang tukang kasut sambil menunjukkan arahnya. Apabila di sana, ulamak tersebut menemui seorang tukang kasut yang berpakaian lusuh.

"Adakah benar anda bernama Sa'id bin Muhafah?", tanya Ulamak

"Betul, siapakah tuan?"

"Saya Abdullah bin Mubarak"

Said terharu, "Tuan adalah ulama yang terkenal, kenapa tuan datang mencari saya?"

Sejenak ulamak itu agak terkeliru, di mana beliau ingin memulakan soalan, akhirnya beliau memberitahu perihal mimpinya itu.

"Saya ingin tahu, adakah apa-apa yang anda telah buat, sehingga anda layak mendapat pahala haji mabrur?"

"Wah! saya sendiri tidak tahu!"

"Beritahu saya bagaimana kehidupan anda selama ini".

Sa'id bin Muhafah kemudian teringat, "Setiap tahun, setiap musim haji, saya selalu mendengar: Labbaika Allhuma labbaika....Labbaika la syarika laka labbaika... innal hamda...Wanni'mata... Laka wal mulka... La syarika laka...

Ya Allah, aku datang kerana panggilan -Mu. Tiada sekutu bagi -Mu. Segala pujian dan nikmat adalah kepunyaan-Mu dan kekuasaan-Mu. Tiada sekutu bagi -Mu.

Setiap kali aku mendengarnya, aku sentiasa menangis "Ya Allah aku rindu Mekah ... Ya Allah aku rindu melihat ka'abah ... Izinkan aku datang ... Izinkan aku datang, ya Allah ..."

Oleh kerana itu, sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu setiap hari saya mengenepikan sedikit wang dari hasil kerja saya sebagai tukang kasut. Sedikit demi sedikit, saya kumpulkan. Akhirnya, tahun ini, saya mendapat 350 dirham, cukup untuk haji saya.

"Saya sudah bersiap-sedia untuk berangkat menunaikan haji"

"Tetapi anda batalkan?"

"Benar"

"Apa yang berlaku?"

"Isteri saya mengandung, dan sering mengidam. Ketika saya hendak berangkat pergi saat itu isteri saya terlalu ngidamkan sesuatu  "

"Abang, awak terhidu bau masakan yang sedap ini?

"Ya sayang"

"Cubalah abang cari, siapakah yang memasak sehingga baunya lazat begini. Mintalah sedikit untuk saya "

"Tuan, saya mencari sumber bau masakan itu, ia datang dari sebuah pondok buruk berhampiran. Disitu terdapat seorang balu dan enam orang anaknya."

Saya memberitahunya bahawa isteri saya mahu masakan yang dia masak, walaupun sedikit.  Ibu tunggal itu diam melihat saya, sehingga saya mengulangi kata-kata saya.

Akhirnya dengan perlahan dia berkata, "Tidak boleh tuan"

"Saya sanggup membeli walau dengan harga yang tinggi," kata saya tegas

"Makanan ini bukan untuk dijual, tuan," katanya sambil berlinang air mata.
Saya bertanya kenapa?

Sambil menangis, wanita itu berkata, "Ini adalah daging halal untuk kami dan haram untuk tuan," katanya.

Dalam hati saya, "Bagaimana halal baginya, tetapi ia adalah haram untuk saya, padahal kita sama-sama Muslim?  Kerana itu, saya menggesa beliau lagi, "Kenapa?"

"Sudah beberapa hari kami tidak makan. Di rumah tidak ada makanan. Hari ini kami ternampak seekor keldai mati, dan kemudian kami mengambil sebahagian dagingnya untuk dimasak "

"Bagi kami ini adalah daging yang halal, kerana jika kami tidak memakannya kami akan mati kebuluran. Tetapi bagi Tuan, daging ini haram".

Mendengar kata-kata wanita itu, saya terus menangis, lalu saya pulang ke rumah.

Saya memberitahu isteri saya mengenai kejadian itu, dia pun menangis, kami akhirnya memasak makanan dan pergi ke rumah wanita itu tadi.

"Ini masakan untuk kamu"

Peruntukan wang haji sebanyak 350 dirham telah saya berikan kepada mereka.

"Gunakan wang ini untuk puan dan keluarga puan. Gunakanlah ia untuk modal berniaga, supaya puan sekeluarga tidak lapar lagi"

Ya Allah ... disinilah Hajiku ...
Ya Allah...  disinilah Mekahku ...

Mendengar kisah tersebut Abdullah bin Mubarak tidak dapat menahan air mata.

Monday, June 13, 2016

Rayani: Tamat Perkhidmatan!

Saya tidak mengenali pemilik Rayani Air. Tapi saya tahu mereka adalah sepasang suami isteri yang berbangsa India. Mereka memperkenalkan idea yang berlatar belakangkan syariat Islam dalam urusan pengendalian penerbangan mereka. 

Ketika mula-mula mereka beroperasi, saya tak rasa pun mereka menepati konsep syariat Islam. Kalau setakat pakai tudung dan tidak menghidangkan arak dah di anggap menepati syariat, saya rasa elok saya tidak menekan hal yang berkaitan dengan rukun dan hukum. 

Yang mengagumkan saya adalah, mereka berani menubuhkan syarikat penerbangan Rayani Air dan bersaing dengan syarikat tambang murah Air Asia dan syarikat MAS yang semestinya di kuasai oleh orang-orang kerajaan. Ketika Air Asia di tubuhkan, tiga  nama eksekutif nya berada dalam senarai 10 orang terkaya di Malaysia. Sesuatu yang hebat! 

Saya mula tertanya, siapa kenalan atau orang hebat dalam negara yang boleh menyokong mereka? Siapa yang membantu mereka mendapatkan lesen dan pinjaman atau urusan pembelian / penyewaaan pesawat? Tidak termasuk dengan lesen atau permit atau kebenaran mengunakan lapangan terbang atau tumpang lalu mana-mana ruang udara. 

Siapa tengok video PM Najib betapa besarnya jasa Datin Rosmah ketika menyelamatkan seorang rakyat Malaysia yang di tahan di Mesir kerana di anggap sebagai pengintip dan jasa Datin Rosmah membawa pulang pelajar Malaysia di Mesir kerana darurat / rusuhan? 

PM Najib sebut, kerana hubungan baik Datin Rosmah dengan isteri Presiden Mesir Hosni Mubarak,  pelajar Malaysia di bebaskan tak sampai 2 jam. 

PM Najib sebut, kerana hubungan baik Datin Rosmah dengan isteri-isteri Raja Arab Saudi, Ops Piramid, beratus pelajar Malaysia boleh pulang ke Malaysia tanpa Visa, malah dapat menggunakan 2 pesawat Arab Saudi secara percuma. 

Saya tanya diri saya, macam mana saya nak dapat isteri macam Datin Rosmah ni. 

Apa pandangan tuan-tuan dan puan-puan? 


Tuesday, April 26, 2016

Tweet Norm @norm_an_ #1MDB

1. semalam @1MDB gagal lunaskan bayaran faedah RM50.3 juta ke atas hutang USD1.75billion #1MDBdefault


2. kegagalan @1MDB membayar faedah tersebut menyebabkan ia default terhadap hutang USD1.75b & cross-default terhadap hutang-hutang lain

3. hutang lain yang cross-default i) RM5billion hutang yang dijamin kerajaan persekutuan/pembayar cukai


4. bermakna duit pembayar cukai akan digunakan untuk menanggung hutang RM5billion tersebut kerana ianya dijamin oleh kerajaan persekutuan

5. hutang lain cross-default ii) RM2.4 billion sukuk murabahah Bandar Malaysia yang dipegang oleh Tabung Haji & KWAP


6. Sukuk Murabahah RM2.4 billion ini dijamin dengan tanah Bandar Malaysia yang sudah pun dijual sebahagiannya kepada syarikat dari China

7. bukti sukuk murabahah RM2.4 billon dilanggan oleh Tabung Haji (RM1.5b) & KWAP (RM900j) daripada laporan PAC


8. yang terkesan dan terlibat dengan kegagalan 1MDB membayar hutang adalah pembayar cukai, pendeposit Tabung Haji dan bakal pesara.

tolong RT tweetstorms ni. dalam Bahasa Melayu. pembayar cukai, penyimpan Tabung Haji, bakal pesara semua terkesan

Thursday, February 25, 2016

Negeri Agama!

Selawat dan salam ke atas junjungan.

Saya tertarik pada kenyataan Sultan Johor, bahawa urusan agama adalah tertakluk pada undang-undang di negeri masing-masing. 

Apa yang saya faham, kita patut berada di negeri yang benar-benar faham agama atau kita boleh ubah undang-undang agama di setiap negeri agar memenuhi kehendak politik atau pemimpin semasa. 

Saya tak rasa Sultan atau Raja mempunyai kefahaman yang sama tentang agama & kesaksamaan pada perbandingan agama lain. 

Bahaya pada orang macam saya, boleh jadi saya akan guna agama untuk kepentingan diri atau keluarga atau sesiapa sahaja. Hanya kerana kepelbagaian agama pada setiap negeri itu menjadikan orang separuh agama memandang atau melihat hukum itu hanya sebagai lampu isyarat / papan tanda di setiap persimpangan. 

Agama itu masih sama, tapi hukum berubah-rubah kerana keperluan semasa?