Wednesday, June 29, 2016

Zakat! Salah Tadbir?

Pengkajian saya berkenaan dengan zakat dan pentadbiran zakat di Malaysia sudah agak lama. Bermula dengan penulisan thesis master saya di Fakulti Darul Ulum, Universiti Kaherah, Mesir pada tahun 1998 (Alhamdulillah, saya mendapat pangkat mumtaz ma’a tawsiyat bi al-tab’ untuk thesis ini). Sejak itu pengkajian saya berkenaan dengan zakat berterusan, walaupun area kajian saya telah juga merangkumi bidang lain, termasuklah usul fiqh, qawa’id fiqhiyyah, perbankan dan kewangan Islam.

Saya juga menyelia thesis para pelajar PhD Ramai yang dah siap, dan ada lagi yang belum. Sekarang ini, saya masih ada satu lagi research berkenaan dengan zakat (ERGS bersama beberapa rakan-rakan) bertajuk: “Modelling Regulation of Zakat Administration in Malaysia: A Triangulation Study” yang masih tertangguh lantaran kesibukan yang pelbagai. Hakikatnya, kepada sesiapa yang melakukan penyelidikan berkenaan dengan zakat akan melihat berlaku perubahan yang amat ketara kepada pentadbiran zakat di Malaysia, sama ada dari sudut kutipan mahupun agihan. Bahkan, kepada mereka yang mengkritik keterlaluan, termasuk juga daripada agamawan, pada hakikatnya, maklumat yang mereka ada adalah maklumat yang amat outdated dan tidak dikemaskinikan.

Umpamanya:

1- Isu ketelusan pengagihan dalam pengagihan. Kononnya tiada ketelusan. Pada hakikatnya laporan kewangan kebanyakan pusat zakat / majlis agama, boleh didapati dan di dalam dimuatkan detail berkenaan dengan kutipan dan bentuk pengagihan. Perlu di ingat bahawa pengagihan zakat di Malaysia dibahagikan kepada tiga bahagian, sama ada tamlik fardi, tamlik jama’i ataupun tamlik muassasi. Kena jelas perkara ini.

Jangan main tuduh sahaja bahawa tiada ketelusan di dalam pengagihan dan kemudian memberikan persepsi yang buruk berkenaan dengan pengagihan zakat. Saya berharap para agamawan yang terlalu mengkritik dengan terlalu keras, bahkan kadang-kadang sehingga menampakkan seolah-olah pusat zakat / majlis agama menyalahgunakan duit zakat, termasuklah para mufti, bacalah laporan kewangan.

Kalau tak pandai nak baca, minta tolong orang yang pandai untuk tolong bacakan. Jangan buat kritikan, sehingga orang yang tahu merasakan agamawan ini pada hakikatnya main tembak sahaja semata-mata nak cari populariti.

Saya tak nafikan, masih banyak perkara yang perlu dibaiki. Itu perkara biasa dalam kehidupan. Perubahan adalah sifat manusia, dan kita mahu semua perubahan ke arah yang lebih baik.

2- Isu cadangan agar pusat zakat / majlis agama mencari asnaf bukan hanya sekadar menunggu orang datang, seperti menubuhkan skuad asnaf dan sebagainya. Ini pun bukan perkara baru. Banyak negeri dah ada pun. Bahkan dalam pebagai bentuk agar kita dapat reach (sampai) kepada asnaf. Jadi ini bukanlah suatu cadangan baru. Betul, beberapa penambbaikan amatlah perlu, tetapi janganlah buat gambran seolah-olah pusat zakat / majlis agama ni hanya duduk kat office, tunggu asnaf datang aje.

3- Payah nak bagi zakat, kadangkala banyak investigasi dan soal jawab yang dibuat kepada asnaf. Agamawan yang komen sebegini, sebenarnya mungkin tak pernahpun berhadapan dengan asnaf dan segala potential tipu muslihat dalam hal ini. Perlu diingat, duit yang kita nak beri pada asnaf ni duit zakat, bukan duit kita. Kadangkala (bahkan banyak juga situasi ini), mereka yang minta duit zakat ni, tak layakpun terima zakat.

Mereka hanya berlakon apabila nak terima zakat. Jadi investigasi amatlah perlu, agar kita tak beri zakat kepada orang yang tak layak. Pengalaman peribadi mengajar saya perkara ini. Saya harap sangat agar agamawan sebegini, agar faham hakikat dan realiti. Bukan hanya sekadar buat komen daripada bilik pejabat beraircond mereka semata-mata.

4- Pemberian zakat kepada asnaf fi sabilillah, hanya kepada mereka yang belajar agama, tidak kepada mereka yang belajar bidang-bidang lain seperti medic, engineering, economic dan lain-lain. Ehmmmm. Nampak sangat orang yang komen sebegini tak mengikuti perkembangan dan tak tahu apa yang berlaku. Hakikatnya, pemberian zakat di bawah asnaf fi sabilillah dalam bentuk bantuan pelajaran telah lama memberikan bantuan kepada peajar-pelajar dalam bidang yang lain juga. Tolonglah update maklumat anda sebelum mengkritik.

5- Isu kutipan dan pemberian semula sebahagian duit zakat untuk diagihkan oleh institusi berkenaan. Ia dipraktiskan oleh banyak pusat zakat/ Majlis Agama. Di sini perlu penelitian dan penambahbaikan, terutama kutipan zakat Perlis. Minta maaf kerana menyebut secara direct. Di dalam praktis kebanyakan pusat zakat / Majlis agama Islam, apabila sesuatu institusi membayar zakat kepada pusat zakat, maka mereka berhak untuk meminta sebahagian portion (berbeza2 mengikut negeri), untuk mereka sendiri mengagihkan kepada asnaf yang layak.

Perlu diingat, zakat tersebut tidak boleh diambil oleh mereka. Jika mereka adalah amil (tanpa layak menerima zakat di atas kapasiti asnaf lain) mereka mungkin mengambil portion asnaf amil, tetapi portion ini perlu dilihat juga berapa jumlah yang diambil oleh pusat zakat/ majlis agama utk pentadibiran mereka, agar portion zakat tidak diambil dengan banyak oleh asnaf amil, sedangkan matlamat zakat adalah untuk asnaf lain yang lebih utama.

Zakat ini perlu diagih-agihkan kepada pihak asnaf yang layak dan institusi tersebut perlu untuk memastikan bahawa zakat tersebut diagih-agihkan mengikut asnaf. Umpamanya di bank-bank Islam di Malaysia, mereka mempunyai suatu unit / jabatan khas untuk pengagihan ini, dan pengagihan ini dibuat di bawah pemantauan Majlis penasihat syariah bank-bank Islam tersebut. Sesiapa yagn pernah masuk meeting majlis penasihat syariah akan tahu bagaimana ahli2 majlis penasihat syariah akan meneliti dalam memastikan duit-duit tersebut diagihkan kepada mereka yang sepatutnya.

Namun, terdapat beberapa kekurangan. Antara yang paling ketara ialah kutipan zakat Perlis. Banyak perkara yang perlu dibaiki. Saya berharap Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Perlis melakukan perubahan dalam hal ini. SS Mufti Perlis sepatutnya turut sama mengambil perhatian dalam hal ini. Ada “hanky-panky” dalam kutipan zakat Perlis ini. Sesiapa yang membuat kajian dalam hal ini, tahu perkara ini. Tak tahulah saya kalau Majlis Agama dan Jabatan Mufti tak tahu tentang perkara ini. Ada orang yang menjadikan kutipan zakat ini sebagai bisnes dan mendapat sehingga mendapat belasan ribu ringgit di atas ‘bisnes’ kutipan ini. Majlis Agama dan Pejabat Mufti kena cakna berkenaan dengan perkara ini.

Kesimpulannya daripada penerangan ringkas ini, pentadbiran zakat di Malaysia tidaklah sempurna, tetapi tidaklah terlalu buruk sehinggakan kita tak nak memberi zakat kepada Pusat Zakat. Para agamawan pula, janganlah creat persepsi (melalui kritikan-kritikan outdated dan tersasar anda) bahawa betapa buruknya pentadbiran zakat di Malaysia, sehinggakan masyarakat hilang kepercayaan kepada suatu institusi yang penting ini (ada dua institusi pentng yang perlu perhatian yagn mendalam daripada para sarjana dan agamawan, iaitulah zakat dan wakaf. Dua institusi ini, jika kita dapat mentadbirnya dengan secara efektif, banyak kebaikan yang kita dapat kutip daripada keduanya).

Note: Tambahan “edited” dari saya, penulisan ini tidak bermaksud untuk single out kaedah kutipan zakat Perlis sebagai suatu isu. Pusat Zakat lain juga mempunyai isu-isu yang belum diselesaikan. Ini adalah perkara biasa. Perubahan ke arah yang lain baik adalah perkara yang sepatutnya dilakukan. Namun kaedah kutipan zakat perlis menerusi badan-badan dan individu-individu memang perlukan penelitian semula dan ini agak urgent.

Sebab itulah saya timbulkan perkara itu sebagai suatu kes study. Di negeri lain, saya tidak dengar org menjadikan kutipan zakat sebagai suatu bisnes (betulkan saya jika maklumat saya kurang tepat), tetapi malangnya ini berlaku kepada kutipan zakat Perlis. Pihak-pihak yang berkenaan perlu melihat perkara ini. Ada orang buat study tentang perkara ini dan saya boleh minta orang tersebut (dengan keizinan beliau, of course) share dengan Pusat Zakat Perlis.

Marilah kita memperkasakan institusi zakat dan waqaf di Malaysia. Wallahu A’lam. Wassalam.

Prof. Madya Dr. Aznan Hasan
Pengerusi Majlis Ulama ISMA (MUIS)
Presiden Association of Shariah Advisors Malaysia (ASAS)

Saturday, June 18, 2016

HALAL BUAT KAMI.. HARAM BUAT TUAN..

Ulamak Abu Abdul Rahman bin Abdullah Al-Mubarak Al-Hanzhali Al-Marwazi, seorang ulamak yang termahsyur di Makkah  menceritakan kisah ini.

Suatu ketika, selepas selesai salah satu ritual haji, beliau berehat dan tidur. Dalam mimpinya beliau melihat dua malaikat turun dari langit, dia terdengar perbualan mereka, "Berapa ramai jemaah yang datang pada tahun ini?" Tanya malaikat itu kepada para malaikat lain.

"Tujuh ratus ribu," jawab malaikat yang satu lagi.

"Berapa ramai orang-orang yang diterima hajinya itu?"

"Tiada satu pun"

Perbualan itu membuat Abdullah gementar ketakutan, "Apa?" Dia menangis dalam mimpi.

"Semua orang-orang ini datang dari belahan bumi yang jauh, dengan susah payah dan keletihan sepanjang jalan, mengembara melalui padang pasir yang luas, dan semua usaha mereka sia-sia?"

Walaupun dengan rasa takut, dia terus mendengar cerita kedua malaikat tersebut.

"Namun ada seorang lelaki yang walaupun dia tidak datang untuk menunaikan haji, tetapi ibadah hajinya diterima dan semua dosanya telah diampunkan. Diatas keberkatan daripada lelaki itu, seluruh haji para jemaah diterima oleh Allah. "

"Bagaimana ia boleh terjadi begitu?"

"Itu adalah kehendak Allah"

"Siapakah orang tersebut?"

"Sa'id bin Muhafah, tukang kasut di kota Damsyik"

Mendengar ucapan itu, ulamak itu terus terjaga. Pulang daripada haji, dia tidak terus balik ke rumah, tetapi beliau pergi ke kota Damsyik, Syria.

Sampai di sana, beliau terus pergi ke tukang kasut yang disebut oleh malaikat dalam mimpinya. Hampir semua tukang-tukang kasut dia bertanya, apakah benar ada tukang kasut yang bernama Sa'id bin Muhafah.

"Di sana, di pinggir bandar", kata seorang tukang kasut sambil menunjukkan arahnya. Apabila di sana, ulamak tersebut menemui seorang tukang kasut yang berpakaian lusuh.

"Adakah benar anda bernama Sa'id bin Muhafah?", tanya Ulamak

"Betul, siapakah tuan?"

"Saya Abdullah bin Mubarak"

Said terharu, "Tuan adalah ulama yang terkenal, kenapa tuan datang mencari saya?"

Sejenak ulamak itu agak terkeliru, di mana beliau ingin memulakan soalan, akhirnya beliau memberitahu perihal mimpinya itu.

"Saya ingin tahu, adakah apa-apa yang anda telah buat, sehingga anda layak mendapat pahala haji mabrur?"

"Wah! saya sendiri tidak tahu!"

"Beritahu saya bagaimana kehidupan anda selama ini".

Sa'id bin Muhafah kemudian teringat, "Setiap tahun, setiap musim haji, saya selalu mendengar: Labbaika Allhuma labbaika....Labbaika la syarika laka labbaika... innal hamda...Wanni'mata... Laka wal mulka... La syarika laka...

Ya Allah, aku datang kerana panggilan -Mu. Tiada sekutu bagi -Mu. Segala pujian dan nikmat adalah kepunyaan-Mu dan kekuasaan-Mu. Tiada sekutu bagi -Mu.

Setiap kali aku mendengarnya, aku sentiasa menangis "Ya Allah aku rindu Mekah ... Ya Allah aku rindu melihat ka'abah ... Izinkan aku datang ... Izinkan aku datang, ya Allah ..."

Oleh kerana itu, sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu setiap hari saya mengenepikan sedikit wang dari hasil kerja saya sebagai tukang kasut. Sedikit demi sedikit, saya kumpulkan. Akhirnya, tahun ini, saya mendapat 350 dirham, cukup untuk haji saya.

"Saya sudah bersiap-sedia untuk berangkat menunaikan haji"

"Tetapi anda batalkan?"

"Benar"

"Apa yang berlaku?"

"Isteri saya mengandung, dan sering mengidam. Ketika saya hendak berangkat pergi saat itu isteri saya terlalu ngidamkan sesuatu  "

"Abang, awak terhidu bau masakan yang sedap ini?

"Ya sayang"

"Cubalah abang cari, siapakah yang memasak sehingga baunya lazat begini. Mintalah sedikit untuk saya "

"Tuan, saya mencari sumber bau masakan itu, ia datang dari sebuah pondok buruk berhampiran. Disitu terdapat seorang balu dan enam orang anaknya."

Saya memberitahunya bahawa isteri saya mahu masakan yang dia masak, walaupun sedikit.  Ibu tunggal itu diam melihat saya, sehingga saya mengulangi kata-kata saya.

Akhirnya dengan perlahan dia berkata, "Tidak boleh tuan"

"Saya sanggup membeli walau dengan harga yang tinggi," kata saya tegas

"Makanan ini bukan untuk dijual, tuan," katanya sambil berlinang air mata.
Saya bertanya kenapa?

Sambil menangis, wanita itu berkata, "Ini adalah daging halal untuk kami dan haram untuk tuan," katanya.

Dalam hati saya, "Bagaimana halal baginya, tetapi ia adalah haram untuk saya, padahal kita sama-sama Muslim?  Kerana itu, saya menggesa beliau lagi, "Kenapa?"

"Sudah beberapa hari kami tidak makan. Di rumah tidak ada makanan. Hari ini kami ternampak seekor keldai mati, dan kemudian kami mengambil sebahagian dagingnya untuk dimasak "

"Bagi kami ini adalah daging yang halal, kerana jika kami tidak memakannya kami akan mati kebuluran. Tetapi bagi Tuan, daging ini haram".

Mendengar kata-kata wanita itu, saya terus menangis, lalu saya pulang ke rumah.

Saya memberitahu isteri saya mengenai kejadian itu, dia pun menangis, kami akhirnya memasak makanan dan pergi ke rumah wanita itu tadi.

"Ini masakan untuk kamu"

Peruntukan wang haji sebanyak 350 dirham telah saya berikan kepada mereka.

"Gunakan wang ini untuk puan dan keluarga puan. Gunakanlah ia untuk modal berniaga, supaya puan sekeluarga tidak lapar lagi"

Ya Allah ... disinilah Hajiku ...
Ya Allah...  disinilah Mekahku ...

Mendengar kisah tersebut Abdullah bin Mubarak tidak dapat menahan air mata.

Monday, June 13, 2016

Rayani: Tamat Perkhidmatan!

Saya tidak mengenali pemilik Rayani Air. Tapi saya tahu mereka adalah sepasang suami isteri yang berbangsa India. Mereka memperkenalkan idea yang berlatar belakangkan syariat Islam dalam urusan pengendalian penerbangan mereka. 

Ketika mula-mula mereka beroperasi, saya tak rasa pun mereka menepati konsep syariat Islam. Kalau setakat pakai tudung dan tidak menghidangkan arak dah di anggap menepati syariat, saya rasa elok saya tidak menekan hal yang berkaitan dengan rukun dan hukum. 

Yang mengagumkan saya adalah, mereka berani menubuhkan syarikat penerbangan Rayani Air dan bersaing dengan syarikat tambang murah Air Asia dan syarikat MAS yang semestinya di kuasai oleh orang-orang kerajaan. Ketika Air Asia di tubuhkan, tiga  nama eksekutif nya berada dalam senarai 10 orang terkaya di Malaysia. Sesuatu yang hebat! 

Saya mula tertanya, siapa kenalan atau orang hebat dalam negara yang boleh menyokong mereka? Siapa yang membantu mereka mendapatkan lesen dan pinjaman atau urusan pembelian / penyewaaan pesawat? Tidak termasuk dengan lesen atau permit atau kebenaran mengunakan lapangan terbang atau tumpang lalu mana-mana ruang udara. 

Siapa tengok video PM Najib betapa besarnya jasa Datin Rosmah ketika menyelamatkan seorang rakyat Malaysia yang di tahan di Mesir kerana di anggap sebagai pengintip dan jasa Datin Rosmah membawa pulang pelajar Malaysia di Mesir kerana darurat / rusuhan? 

PM Najib sebut, kerana hubungan baik Datin Rosmah dengan isteri Presiden Mesir Hosni Mubarak,  pelajar Malaysia di bebaskan tak sampai 2 jam. 

PM Najib sebut, kerana hubungan baik Datin Rosmah dengan isteri-isteri Raja Arab Saudi, Ops Piramid, beratus pelajar Malaysia boleh pulang ke Malaysia tanpa Visa, malah dapat menggunakan 2 pesawat Arab Saudi secara percuma. 

Saya tanya diri saya, macam mana saya nak dapat isteri macam Datin Rosmah ni. 

Apa pandangan tuan-tuan dan puan-puan?