Friday, July 08, 2016

Budaya Yang Hilang! Hukum atau hukuman?

Segala puji bagi pencipta sekelian alam,
Selawat dan salam ke atas junjungan.

Banyak benda kita dah tak bersependapat. Banyak benda kita tak setuju walau dah di putuskan oleh jemaah yang lebih ramai. Kita keluar dari jemaah kerana kita sudah hilang pertimbangan. Hanya kerana kita tak percaya pada sistem atau kita sudah terpengaruh dengan ideologi / fahaman moden yang kononnya mengikut perubahan zaman. 

Lebih 35 tahun lalu, saya di besarkan dengan alunan lagu / sifat ber tarannum, berzanji, marhaban & dikir. Antara aktiviti malam di rumah kenduri / merewang sambil bermain daun terup atau mendengar bacaan ayat suci Al Quran & dikir Pak Ku Syahdat. Antara yang saya suka lagu dikir Vespa Haji Samad. ( Boleh cuba cari di You Tube ). 

Dahulu, jika ada kenduri, sebuah pondok / menara pelantar khas di bina untuk kumpulan mengaji / dikir di kampung saya. Mereka hias & letak pembesar suara. 

Manakala orang macam saya akan berada di khemah masak sambil bermain daun terup. Main Jerami / Empat Ratus. Saya selesa berada dalam kumpulan 'penanggah' atau 'bentara'. Ada juga kumpulan 'hadrah / kompang'. Mereka akan bersilat menyambut pengantin. 

Budaya ini hilang kerana Agama! Mungkin kerana orang dulu-dulu menggunakan perantara lagu dikir  sebagai latihan 'bersuara atau berlagu'. Orang hari ini mempunyai keedah yang lebih baik untuk mempelajari kaedah bertarannum dan bertajwid. Mungkin kerana kejahilan dan kurangnya ilmu pada diri, saya juga dah lama lupakan segala hal yang berkaitan. 

Apabila sedar akan perkara ini, sudah sangat terlambat! Orang nak mengajar mengaji muqaddam pun dah payah jumpa! Dulu di pisahkan pembelajaran agama & akedemik. Kita wujudkan sekolah agama. Kita paksa anak-anak kita sekolah dari awal pagi hingga lewat petang untuk ilmu. Hari cuti mingguan kita hantar pula mereka ke kelas tambahan. Kita sendiri pula dah tak bercampur masyarakat kerana menguruskan hal anak-anak dan ahli keluarga. 

Sebenarnya kita nak kejar apa? 

No comments: