Friday, July 01, 2016

Kerana Mulut! ( Edisi II )

Saya mula tak bercampur dengan orang atau bermasyarakat sejak saya bekerja di sini ( saya masih dalam tahanan )! 

Saya tidak lagi peduli apa cakap orang, saya tidak lagi peduli apa masalah orang lain. Saya dah lali dengan cakap-cakap orang, saya dah rasa menyesal tolong orang. Saya sesal segalanya tentang 'orang & masyarakat'! 

Yang saya tak pernah tulis, saya di buang kerja ketika DS Anwar Ibrahim di pecat! Tapi kalau orang bertanya, saya hanya jawab akibat krisis ekonomi & matawang. 

Hinggalah saya dapat kerja di 'ehem ehem' ni. Mungkin doa mak saya! Dapat kerja 'sapu sampah' pun tak apa, asalkan kerja kerajaan. Nak jadi polis atau tentera, mak memang 'haramkan' terus! Jadi saya rahsiakan beberapa tahun sehingga mak tahu saya kerja sebagai 'ehem ehem'! 

Sampai di telinga mak, saya kerja 'makan rasuah' di Kuala Lumpur! Bayangkan perasaan seorang mak bila dengar orang cakap begitu! Tapi akhirnya mak diam apabila saya tunjukkan surat tawaran ke universiti. Saya cakap hanya sementara, sebelum saya dapat kerja lain. 

Sebaik sahaja dapat kerja di 'ehem ehem' ni saya rasa bosan la pula. Saya buat keputusan sambung belajar. Saya pilih Sarjana Muda Undang2. Tapi entah kenapa, pihak UITM tawarkan Pengaturcaraan Komputer. Sebelum tu pernah di tawarkan Art & Design, tapi saya menolak, tukar ambil Fotografi. Saya transfer kredit di Pentadbiran Awam untuk sambung Sarjana Muda, tapi sekarang saya di fahamkan dah tak boleh transfer kredit dah. 

Kononnya nak jadi Pegawai Tadbir Diplomatik! Tapi di tolak atas alasan tidak 'kacak & hensem'! Tapi yang bagusnya, saya dapat semula tawaran untuk Sarjana Muda Undang2 dan tawaran pinjaman / biasiswa Datuk Bandar Kuala Lumpur. Tapi tahun saya ambil tu, biasiswa dah di 'hapuskan'atas sebab-sebab orang sebelum 'salah guna' biasiswa. 

Saya mohon maaf, saya sangat menyesal! Ketika saya mula berkhidmat hingga lah sekarang. 

Cuba tuan-tuan & puan-puan ingat, pernah tak nampak saya hadir mana-mana kenduri kahwin, ziarah kematian, atau hadir jemputan majlis cukur jambul atau sebagainya? Pernah jumpa saya? Tak pernah kan? 

Kononnya nak mengejar ilmu, kononnya nak mengejar pangkat, akhirnya saya hilang 'kawan & saudara'! Saya hilang waktu bersama keluarga, saya hilang segalanya. Saya habiskan masa hujung minggu & kelas malam untuk pengajian luar kampus & pengajian jarak jauh. 

Benarlah kata surah Al Asr 'Demi Masa.. ' tu, sebenarnya saya sesal dengan masa lalu, niat saya tak betul agaknya, ilmu yang di tuntut entah kemana, pangkat pun tak berguna. Tak berkat agaknya! 

Akhirnya, tetap menjadi buah mulut orang juga! Orang mengata sampai hari ni, orang mengeji sampai hari ini. Saya cuba fikir apa salah saya, yang saya nampak, saya tak pandai mengampu orang, saya tak pandai nak bodek orang, saya tak pandai puji orang. Susah hidup kalau bermuka-muka dan harap ehsan orang. Mungkin saya lupa bab ini, rezeki yang Allah bagi adalah melalui 'orang-orang pilihan' ini. 

Dah terasa hidup seperti buangan.. 

Wasallam.. 

No comments: