Friday, July 01, 2016

Kerana Mulut! ( Orang Perempuan )

Segala pujian bagi pencipta alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan. 

Kawan saya berhenti kerja dari Majlis Perbandaran kerana di 'tegur' oleh isterinya. Umurnya baru 50 tahun. Alasan atau sebab dia berhenti tu buat saya rasa tak percaya. Boleh kata kami rapat di kampung. Dia tua beberapa tahun dari saya. 

Kami kerap bersama, sejak wujud Kelab Belia MAYC, Ketua Pemuda / Ketua Cawangan UMNO, Persatuan Sepaktakraw Negeri Perak, Pasukan Bolasepak / Takraw Majlis Perbandaran. Tak silap saya ketika dia berhenti kerja, dia adalah Setiausaha Bahagian & Setiausaha BN di Bukit Gantang & Taiping. Dari sudut pandangan politik, memang sangat cerah masa depannya. 

Ketika kes MB Nizar & Tan Sri Muhyidin berebut microphone di Taman Kaya Taiping tu, kawan saya ni la yang jadi Pengerusi Majlis & Imam malam tu. 

Dalam fikiran saya, dia takut isteri barangkali, tapi isterinya tidak bekerja. Saya kenal isterinya juga. Sejak mereka berkahwin lagi. Tak mungkin dia kena loteri atau jumpa duit di mana-mana yang dia tak ceritakan pada saya. 

Lama juga saya cuba cungkil rahsia. Akhirnya dia bercerita tanpa dipaksa. Lama saya fikir akan kebenarannya. Setelah meneliti beberapa fakta, saya percaya. Seperti tajuk, kawan saya berhenti kerja kerajaan hanya kerana 'mulut seorang perempuan'! 

Kisahnya lebih kurang begini. Setelah dapat menantu, selang setahun dapat la cucu. Oleh kerana anak & menantunya kerja luar daerah, cucu mereka bela. Jadi, setiap kali waktu rehat tengahari, kawan saya balik rumah untuk bermain dengan cucunya. Setelah beberapa bulan, isterinya menegur. 

".. Apa hukumnya makan gaji setiap bulan kalau waktu rehat asyik berada di rumah? Apa pandangan orang jika tahu abang kerap balik rumah dan masuk lewat ke pejabat? Abang tu mengajar orang tentang agama, apa itu hukum halal & haram.. " 

Dia mengaku, dia akan balik jam 12 lebih dan masuk pejabat semula sebelum jam 3 petang. Oleh kerana kedua-dua kawan saya ini berlatar belakangkan 'orang ada didikan agama', malah dia turut mengajar di beberapa surau & masjid. Menerima jemputan dari luar dan berstatus 'Ustaz'!  

Walaupun tidak selalu & tidak berlaku setiap hari, kawan saya telah menghantar surat berhenti kerja. Setelah setahun menunggu, akhirnya di luluskan. Dia dengan bangga bercerita pada saya bahawa dia tidak lagi berkhidmat dengan Majlis Perbandaran. Semua jawatan politik, kelab & persatuan juga semua di lepaskan begitu sahaja. 

Di tegur isteri sampai berhenti kerja? Nak makan apa kalau tak ada gaji? 

Dia sebut lagi, dia berhenti kerja kerana 'Mulut Seorang Perempuan!' 

Jazakallah Khairan.. 

No comments: