Wednesday, January 18, 2017

PEMBANGUNAN J.B. - Tun M

PEMBANGUNAN J.B.
17 Jan 2017


1. Saya tidak tahu samada benar atau tidak cabaran yang dilontarkan oleh DYMM Sutan Johor terhadap saya berkenaan pembangunan JB.
2. Mungkin hanya akhbar The Star yang mentafsirkan apa yang dititah DYMM Tuanku sebagai melontarkan cabaran terhadap saya.
3. Tetapi selagi DYMM Tuanku tidak menafikan mencabar saya, saya akan anggap laporan The Star sebagai benar.
4. Saya mengaku bahawa saya berada di dalam keadaan yang agak lemah. Sementara sesiapa sahaja boleh berkata apa-apa terhadap saya, dan saya mengambil sikap terbuka terhadap kebebasan mereka berbuat demikian, saya harap di dalam menjawab terhadap cabaran DYMM Tuanku, saya tidak akan dipenjara tanpa bicara. Jika perbicaraan dapat diadakan, silalah tangkap saya.
5. Apakah yang telah diperkatakan oleh saya? Tidak lebih daripada apa yang dilaporkan Bloomberg di dalam akhbar. Tetapi saya boleh terima kenapa laporan Bloomberg tidak akan dicabar atau dinafikan.
6. Apakah yang diperkata oleh Bloomberg di dalam laporannya pada 22hb November lepas? Ia mengatakan yang sebuah syarikat dari China akan membangunkan Forest City yang akan memuatkan 700,000 penduduk. Ianya juga melapor bahawa orang Cina dari China diterbangkan untuk melihat pameran model sebesar manusia (bergambar) dan mereka ini sudah, malahan akan membeli kebanyakan hartanah di Forest City.
7. Saya tidak fikir ramai Melayu atau Cina Johor telah beli atau akan beli apartment ini. Malaysia tidak mempunyai penduduk yang begitu ramai untuk membeli kesemua hartanah ini.
8. Bloomberg, di dalam laporan yang sama turut menyatakan tentang 60 pembangunan lain yang mirip Forest City, dan ini juga sedang dijual kepada rakyat tanah besar China.
9. Melihat kembali pada tahun 1819, apabila Sutan Johor, Sultan Ali tidak mahu memajak Singapura kepada British, Temenggung telah menandatangani pajakan tersebut. Lihatlah Singapura hari ini. Sebahagian daripada Johor kini adalah negara asing – memanglah ia dibangun dengan mudah, tetapi ia tetap negara asing.
10. Lebih sejuta rakyat asing akan tinggal di Forest City JB dan 60 pembangunan lain disekitarnya. Semua tempat baru ini tidak akan menjadi negara asing tetapi akan mengandungi peratus orang asing yang tinggi. Jika mereka tinggal untuk satu tempoh yang lama yang ditetapkan, mereka layak untuk menjadi rakyat Malaysia.
11. Ya, saya yang mempromosi Pelaburan Langsung Asing (FDI – Foreign Direct Investment). Tetapi ianya bukan bertujuan membeli tanah di Malaysia, membangunkannya dan menjualnya kepada rakyat asing, yang akan tinggal di sana.
12. FDI ialah berkenaan pelaburan di dalam industri pembuatan. Syarikat Malaysia akan membina bangunan dan rakyat akan bekerja di dalam industri-industri tersebut. Mereka akan mempelajari kemahiran dan akan memulakan perniagaan pengeluaran barangan mereka sendiri.
13. Kontraktor Malaysia berkebolehan membina pelbagai jenis bangunan dan memajukan tanah. Kita tidak perlu orang asing untuk ini. Lihatlah Malaysia hari ini. Sembilan puluh peratus atau lebih daripada bangunan baru ini dan pembangunan lain dibuat oleh syarikat Malaysia. Majoriti pembeli juga rakyat Malaysia dan mereka juga bermastautin di situ.
14. Tetapi apabila rakyat asing beli tanah, tidak terdapat aliran masuk wang pun. Kebanyakan sumber kewangan dipinjam dari dalam negara. Dan mereka juga boleh berniaga dengan menggunakan bank mereka sendiri.
15. Apa sahaja pendapatan syarikat asing ini perolehi akan dihantar pulang dan menyebabkan pengaliran keluar wang. Apabila diperkenalkan skim di mana pembeli boleh beli hartanah di negara China dan mendapat satu unit rumah pangsa atau rumah secara percuma di Malaysia, tidak akan ada keuntungan yang dibuat di Malaysia dan Kerajaan Malaysia tidak akan mendapat hasil cukai.
16. Benarkanlah semua transaksi dibuat dengan telus. Terbitkanlah semua dokumen berkaitan pelaburan, jumlah pekerja asing, negara asal mereka, pembeli, bank yang menyediakan pinjaman serta kesemua penghantaran balik wang keluar. Keluarkanlah ini dengan jujur. Jangan berselindung. Janganlah pulak disuruh seseorang yang bernama Tunku Aziz untuk mengesahkannya. Mungkin dia ini pada satu masa mengetuai Transparency International, tetapi dia menerima tanpa belah bagi rompakan dan rasuah yang terjadi dalam 1MDB.
17. Jadi biarlah Transparency International yang benar-benar “International” memeriksa dokumentasi rasmi yang dikeluarkan. Biarkan rakyat meneliti dokumen tersebut untuk buktikan kesahihannya.
18. Pandang ke Timur bukan bermakna mengajak negara-negara di Timur membeli tanah di Malaysia, membangun dan menjual kepada rakyat dari negara-negara mereka. Ya, kita menggalakkan orang asing untuk jadikan Malaysia rumah kedua mereka (Malaysia My Second Home). Tetapi jumlah mereka ini sedikit. Dasar Pandang ke Timur bukan untuk membenarkan migrasi secara besar-besaran melibatkan ratusan ribu. Ianya adalah untuk rakyat Malaysia mempelajari bagaimana negara-negara di Timur ini membangun dan memajukan negara mereka.
19. Mudah sekali untuk menuduh saya ini racist, atau bersikap perkauman. Sebelum ini pun saya pernah digelar Malay ultra.
20. Label atau panggilan serta usaha untuk memburukkan imej ini lebih menunjukkan kegagalan untuk mematahkan apa yang saya buat atau katakan.
21. Ia mencerminkan ketiadaan asas untuk hujah bagi melawan hujah saya.
22. Ini adalah negara berbilang kaum. Rakyat berlainan keturunan, bahasa, agama, budaya dan pencapaian ekonomi telah tinggal dengan aman.
23. Di banyak negara, hanya kerana perbezaan interpretasi yang sedikit pada agama yang dianuti bersama menyebabkan pergaduhan dan peperangan. Tetapi Malaysia stabil dan aman.
24. Ianya stabil dan aman kerana kita terima keadaan sesama kita. Selama 22 tahun saya jadi Perdana Menteri, tidak terdapat pergaduhan kaum yang serius. Konflik ada. Tetapi tanpa keganasan. Dan negara dapat dibangun.
25. Jika saya amalkan perkauman, zaman saya akan terlihat ketidaktentuan dan kemuduran di negara ini.
26. Sesiapa boleh pertikai apa yang saya katakan. Itu hak demokratik sesiapa.
27. Saya cabar The Star untuk siarkan apa yang saya katakan ini secara keseluruhan. Tanda ketakutan Kerajaan terhadap kebenaran boleh digambarkan dengan sejauhmana media arus perdana dikawal.
28. Saya terima jika penulisan ini tidak disiarkan sama sekali kerana kita hidup di dalam sebuah negara kleptocratic di mana kebenaran merupakan satu bala, hanya boleh dibisik tetapi tidak boleh diperkatakan secara terus terang.
29. Saya rakyat Malaysia yang dilahirkan di Kedah.
30. Malaysia adalah rumah saya dan objek kesetiaan saya. Jika saya harus dituduh sebagai penderhaka kerana apa yang saya perkatakan, tuduhlah.
Dr Mahathir bin Mohamad

16 January 2017

Tuesday, January 17, 2017

51 Tahun! Tunku Abdul Rahman

Ada catatan dalam simpanan saya, teks ucapan Tunku Abdul Rahman di Persidangan UMNO yang ke 19 di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 30 Julai 1966. Selepas 20 tahun UMNO di tubuhkan.

Antara kandungan, kisah peperangan, tanggungjawab kerajaan, agama, politik, bahasa, dasar kerajaan hingga lah kepada sokongan Sabah dan Sarawak. 

Tapi yang buat saya simpan teks dan tertarik adalah, petikan dalam tajuk agama.

".. Kita sedar akan tanggungjawab kita pada rakyat Malaysia yang memeluk bermacam-macam agama. Kita membantu rumah-rumah ibadat mereka sama seperti kita membantu masjid-masjid orang Islam, kita juga membina sekolah-sekolah mereka. Berbagai kemajuan telah kita buat untuk orang-orang Islam baik dalam pembinaan masjid-masjid dan sekolah-sekolah agama atau pun dalam perkara-perkara yang bersangkutan dengan agama, termasuklah mengadakan pertandingan-pertandingan Al Quran peringkat kebangsaan dan antarabangsa yang telah mendapat sambutan daripada negara-negara Islam yang lain..

Sekarang ini pula kita ada kan kelas hafaz Al Quran di bawah kelolaan Tuan Haji Nur. Jikalau misalnya musuh Islam datang bakar kesemua Al Quran dalam negeri ini, maka esok hari juga kita boleh adakan sebuah Al Quran... "

Petikan inilah yang menjadikan diri saya sebagai ahli UMNO sejak 30 tahun lalu. Belum pernah terfikir nak ubah parti kerana perangai pemimpin. Kerana saya 'Pegang Agama' yang telah berada dalam perjuangannya..

Jazakallah Khairan...

Monday, January 16, 2017

GST! Antara beban rakyat dan kuasa kerajaan!

Sebenarnya 6% itu sedikit berbanding dengan kadar pinjaman bank atau syarikat kewangan, kad kredit atau pinjaman kenderaan atau pinjaman perumahan. Kalau nak marah kerajaan, marah dan hentamlah kerajaan pada kadar hutang yang tinggi itu. Kerana itu yang kita kena bayar setiap bulan hingga tempoh 20 atau 30 tahun akan datang. 

Kita berhutang dengan kadar peratus yang lebih tinggi. Tapi kita tidak pula menyalahkan kerajaan atau buat perbandingan dengan negara-negara lain. 

Kerajaan mengenakan cukai, hinggakan harga air minuman di jual lebih mahal dari minyak petrol. Apa sebenarnya berlaku di antara pedagang dan kerajaan? Cukai di sektor apa lagi yang kerajaan tak cukup?

Makanan harian juga meningkat naik mengalahkan harga emas.

Saya bukan pakar untuk memahami apa itu peratus atau kadar ekonomi yang meningkatkan kadar pendapatan per kapita rakyat Malaysia. 

Sya masih tak percaya cukai GST itu membantu kerajaan, saya nampak GST adalah peluang pedagang menaikkan harga sesuka hari, kemudian kerajaan 'siasat' jumlah pendapatan dan kenakan syarat untuk bayar cukai atau bantu kerajaan dengan sumbangan atau derma sosial. Buat program, penganjuran acara-acara dalam negara. Mungkin mereka guna sebutan tajaan, komisen, derma atau saguhati. Tafsiran dan terma-terma itu sangat berbeza dalam bahasa perundangan. 

Cuma, bagaimana BRIM boleh jadi bantuan meringankan beban rakyat? Jika  RM1000 boleh ringankan beban dan menjana ekonomi negara, kenapa tak bagi terus kepada semua rakyat Malaysia sebagai 'Gaji Bulanan', boleh jadi pendapatan kerajaan dan cukai yang kerajaan terima adalah 1000 kali ganda dengan apa yang kerajaan dapat sekarang.

Kerajaan wujud dengan undi rakyat. Yang bagusnya tentang demokrasi ni, apabila kerajaan terbentuk, kerajaan akan memikirkan bagaimana cara untuk dapatkan hasil dari rakyat. Melaksana beberapa bentuk undang-undang yang menjadikan rakyat terpaksa 'bayar semula kepada kerajaan'. 

Kenapa kerajaan kita terselamat? Bayangkan seorang penjawat awam memiliki sebuah kereta mewah. Apa berlaku jika penjawat awam itu di lihat mempunyai kehidupan yang di luar kemampuannya? 

Cuba kita lihat orang yang mengunakan kapasiti politiknya untuk ada kehidupan yang membolehkan mereka ada harta dan kuasa dan pangkat yang kita agak jauh sekali dari jumlah pendapatan pada jawatannya? 

Itu kita nak sebut sebagai apa? Undang-undang yang wujud dalam sistem demokrasi tadi tidak terpakai pada kumpulan pemimpin?  
Undang-undang wujud untuk rakyat bawahan? 

Boleh jadi saya yang salah. Kerana tidak faham apa itu GST & BRIM! 


Monday, January 02, 2017

Pain, Sex and Time. A New Outlook On Evolution and The Future Of Man - Gerald Heard 1939

Tesis / Buku yang di tulis pada tahun 1939. 

Saya ambil tajuk sahaja. Bunyinya sangat menarik. Tapi pengkisahan ini mungkin lebih manarik. Itu pun jika faham maksud atau kiasannya. 

Kisah Australia dan percutian itu jadi bahan jenaka. Bagi saya, salah askar upahan / cybertrooper kerajaan juga. Kerana gagal menyediakan jawapan yang 'suci murni'. Mungkin saya yang silap kerana baca dalam keadaan kelakar. Tapi gambar-gambar percutian dan 'caption' pada setiap gambar memang berhak untuk di ketawakan. Gaya hidup orang terkenal dan kaya raya. Lifestyles of The Rich And Famous. 

Rupanya saya di perhatikan dan telah di anggap sebagai ahli Parti Bersatu. Apa buktinya? Hanya kerana saya suka perli orang kerajaan? Sebagai 'penjawat awam', saya tiada kepentingan dalam mana-mana parti politik. Tapi saya 'penyokong' kepada kerajaan yang memerintah. Kerana itu hukum! Bukan kerana saya sayang Perdana Menteri DS Najib Razak. Bukan kerana parti UMNO yang saya dah jadi ahli sejak 30 tahun lalu. Tapi kerana agama yang saya anuti. Sistem yang di reka dan di sokong oleh majoriti. Tak perlu pertikai tentang hukum tersebut. 

Bagi saya, cuti di Australia tak menarik pun. Saya masih ingat percutian Tun Mahathir di Antartika. Gambar-gambar juga sangat menarik, termasuk rombongan dan kawalannya sekali. Sangat bangga dan kagum. Kerana Tun Mahathir bawa delegasi / rombongan penyelidik dan saintis kita. Tak silap saya ada buku juga di hasilkan. "Antartica, Malaysia's Journey To The Ice". - 2002 

Jadi, bersangka baiklah pada PM kita. Mungkin balik dari Australia nanti, ada buku di hasilkan. Paling tidak pun kita patut bangga kerana negara kita dah ada buku hutang! 

Tak percaya cakap saya? Anggaplah ini hanya cerita karut! 

Sunday, January 01, 2017

Selamat Menyambut Tahun Baru 2017!

Apa yang saya capai? Entah! Apa yang saya belum capai? Tak tahu juga.. 

Tapi kisah rasuah BRIM, kerja main golf atau haji tak mabrur itu menjadi 'warna politik' semasa. 

Sejak di perkenalkan, sama ada PTPTN, AUKU, Bantuan RM100 persekolahan, Haji 1MDB itu saya memang 'menentang'! 

Tapi saya tidak menulis di Facebook, hanya menyatakan di Twitter, berbalas tweet dengan pengikut di twitter. 

Benar, hooliganatwork itu adalah saya! Saya guna nama Sam Sim sebagai nama twithandle saya. 

AUKU, 
saya menyokong pelajar universiti di halang politik kerana saya tahu 'universiti' itu di biayai oleh kerajaan. Jadi saya mahu universiti tu 'tiada politik' secara zahir! Hanya 3 atau 4 tahun sahaja. Selepas habis belajar atau dah ada diploma atau ijazah. Suka hatilah nak jadi penanam sayur atau bela kambing. Atau nak jadi Tuhan sekalipun. 

PTPTN, 
Jelas maksud dan niat saya. Jangan berhutang! Kerana ada unsur 'bunga dan riba'. Maka hukumnya haram. Tak ada duit, mohon bantuan pelajaran. Atau cari kerja, atau kutip derma. 

BRIM, 
Sampah! Orang yang kaya / berniaga pun dapat BRIM. Mereka tiada 'slip gaji' dan 'penyata bank'. Maka dah tentu kerajaan bagi pada orang yang salah dan tidak sepatutnya. Lagi pun, kenapa duit kerajaan bagi pada rakyat boleh menjana ekonomi? Projek yang kerajaan laksana itu tidak menjana komisen & ekonomi? 

Bantuan RM100 Persekolahan, 
Apa sebenarnya niat kerajaan nak bantu? Apa yang berlaku pada ekonomi dengan 100 ringgit? Mengapa tidak di peruntukan kepada sekolah dengan kiraan bilangan jumlah murid? Bantuan itu pun memang nama 'bantuan persekolahan' kan? 

GOLF dan Rasuah?, 
Sebenarnya SPRM nak tangkap siapa? 

Haji Mabrur? 
Syarat Haji 'Berkemampuan', Jika buat atas 'bantuan, derma, sumbangan, ehsan, orang pilihan kerajaan? Siapa pilih? UMNO? BN? 
Saya bukan Ustaz atau Mufti pun, tapi saya faham apa itu 'syarat' dan apa itu 'berkemampuan'. 

1MDB dan Derma? 
Sebenarnya menguntungkan siapa? Rakyat atau Kerajaan? 
Apa saya dapat? Hutang siapa bayar? Komisen dapat pada siapa? Derma masuk akaun peribadi itu apa tujuan? 
Kenapa pulangkan? 

Saya bukan Tun Mahathir. Tapi saya bukan bodoh!