Tuesday, January 17, 2017

51 Tahun! Tunku Abdul Rahman

Ada catatan dalam simpanan saya, teks ucapan Tunku Abdul Rahman di Persidangan UMNO yang ke 19 di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 30 Julai 1966. Selepas 20 tahun UMNO di tubuhkan.

Antara kandungan, kisah peperangan, tanggungjawab kerajaan, agama, politik, bahasa, dasar kerajaan hingga lah kepada sokongan Sabah dan Sarawak. 

Tapi yang buat saya simpan teks dan tertarik adalah, petikan dalam tajuk agama.

".. Kita sedar akan tanggungjawab kita pada rakyat Malaysia yang memeluk bermacam-macam agama. Kita membantu rumah-rumah ibadat mereka sama seperti kita membantu masjid-masjid orang Islam, kita juga membina sekolah-sekolah mereka. Berbagai kemajuan telah kita buat untuk orang-orang Islam baik dalam pembinaan masjid-masjid dan sekolah-sekolah agama atau pun dalam perkara-perkara yang bersangkutan dengan agama, termasuklah mengadakan pertandingan-pertandingan Al Quran peringkat kebangsaan dan antarabangsa yang telah mendapat sambutan daripada negara-negara Islam yang lain..

Sekarang ini pula kita ada kan kelas hafaz Al Quran di bawah kelolaan Tuan Haji Nur. Jikalau misalnya musuh Islam datang bakar kesemua Al Quran dalam negeri ini, maka esok hari juga kita boleh adakan sebuah Al Quran... "

Petikan inilah yang menjadikan diri saya sebagai ahli UMNO sejak 30 tahun lalu. Belum pernah terfikir nak ubah parti kerana perangai pemimpin. Kerana saya 'Pegang Agama' yang telah berada dalam perjuangannya..

Jazakallah Khairan...

No comments: